The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harunarh, 2021-04-12 13:28:24

3.2 peluasan kuasa british

3.2 peluasan kuasa british

3.2 Peluasan Kuasa British

Strategi British meluaskan kuasa

1) Manipulasi

Perak

a) Perang Larut 1861-1874

– Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong Cina memajukan
pelombongan bijih timah di Larut
– pergaduhan pelombong Cina antara Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan hak
dan kepentingan masing-masing menyebabkan tercetusnya Perang Larut
– Peperangan ini berlarutan di Larut sehingga menjejaskan pedagangan bijih timah di Negeri
Selat
– Golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri Selat memintah British campur tangan
untuk melindungi pelaburan mereka dalam pelrombongan bijih timah

b) Perebutan Takhtan Kesultanan Perak

– Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak yang
diasaskan pada awal tahun 1820
– mengikut sistem ini, bakal raja harus melalui 3 jawatan (Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja
Muda), sebelum berhak ditabalkan sebagai Sultan
– akhir abad 19 berlaku krisis dalam kalangan kerabat diraja Perak berkaitan sistem
pewarisan takhta dalam Kesultanan Perak.

i) Pertabalan Sultan Ismail – selepas mangkat Sultan Ali, Raja Ismail dilantik sebagai sultan
ii) Bantahan Raja Yusuf – menuntut haknya sebagai Sultan setelah sekian lama diketepikan
iii) Tuntutan Raja Abdullah – menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah
kewangan dan desakan golongan pelabur Eropah dan Cina

Selangor

– Ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), tercetus petelingkahan dalam
kalangan kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang
– British campur tangan dalam pertelingkahan untuk meluaskan pengaruh di Selangor

i) Raja Abdullah bin Raja Jaafar
– memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad

– berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah dengan
pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
– disokong oleh kumpulan Hai San

ii) Raja Mahadi bin Raja Sulaiman
– Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah
– kemajuan pelrombongan bijih timah di daerah Klang mendorong Raja Mahadi menuntut
hak ke atas daerah tersebut yang penah diletakkan di bawah kekuasaan ayahnya
– disokong oleh kumpulan Ghee Hin

Sungai Ujong, Negeri Sembilan
i) kepentingan Sungai Linggi
– laluan penting menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya
– penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai
terhadap pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai tersebut untuk dibawa
ke pelabuhan Melaka

ii) Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi
– Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato Muda Linggi bersaing mengawal pungutan cukai di
Sungai Linggi
– Namun persengketan mereka dimanipulasi oleh British
– melalui bantuan ketenteraan kepada Dato Kelana untuk mengalahkan Dato Syahbandar,
British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi
– akibat perbalahan tersebut telah menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri Selat

2) Desakan dan paksaan kepada Raja-raja Melayu menerima perlindungan British

Selangor

– British tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Samad menerima pelindungan British, maka
mereka terus mencari alasan untuk meletakkan Selangor di bawah pengaruhnya bagi
menguasai kekayaan bijih timah di Selangor

– British mendapat alasan untuk mendesak Sultan Selangor menerima pelindungan British
apabila berlaku peristiwa menggugat aktiviti perdagangan.

i) Rompakan Kapal Dagang British

– Tahun 1873: kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Melaka dirompak
bedekatan perairan Kuala Langat

ii) Serangan Rumah Api

– Tahun 1874: berlaku serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado

Pahang

– Tahun 1887: British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk
Sultan Pahang menerima seorang wakil British di Pahang
– Tahun 1888: British memperoleh peluang untuk mendesak dan memaksa Sultan Pahang
menerima perlindungan British apabila berlaku kematian seorang lelaki berbangsa Cina Goh
Hui yang ditikam di pekarangan istanan
– British mendakwa bahawa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan diminta
bertanggungjawab atas kematian rakyat tersebut
– Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British edngan alasan Sultan tidak mampu
mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.

3) Menandatangani perjanjian dengan pemerintah tempatan

a) Perjanjian Pangkor 1874

– Andrew Clark Gabenor Negeri Selat bertindak memanggil ketua kumpulah Ghee Hin dan
Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka
– Pembesar Melayu dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan
perselisihan di Perak

Syarat:
i) Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
ii) Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberikan sebuah jajahan kecil
untuk ditadbir
iii) Sultan menerima seorang Residen British. Nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi dalam
semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu
iv) Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong
Residen
v) British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak

b) Perjanjian British-Sungai Ujong 1874

Syarat:
i) Dato Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
ii) British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

c) Perjanjian British-Selangor 1875

Syarat:
i) British membantu Sultan memerintah negeri
ii) British menghantar J.G. Davidson menetap di KLang dan Frank Swettenham menetap di
Langat untuk membantu pentadbiran Selangor

d) Perjanjian British-Pahang 1887

Syarat:
i) British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di
Pahang
ii) British betanggungjawab menjaga keamanan Pahang
iii) Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran
British

e) Perjanjian British-Negeri Sembilan 1895

– Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau
dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah
naungan Kerajaan British


Click to View FlipBook Version