-Sinopsis Setiap Bab
BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor
Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong
Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima
kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai
menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan
tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan
menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik
mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha
juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor
Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun,
kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor
Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah
kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana
berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka
masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya
bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat
teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini
menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar
semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh
dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya
selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan
terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka
melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana
yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik
bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah
pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya
memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan
Rahia.
BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya
ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun
dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga
anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti
semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung
kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun
agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan
menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya
seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk
mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan.
Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala
lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh
sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali
ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi
yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi
dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya
tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan
Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga
teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut
dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai
ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf
lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu
dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas
menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan
perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan
bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini
menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama
Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang
rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih
tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk
sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong
Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya
ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang
insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.Raiha masih
teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang
punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz
yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula
memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak
saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga
teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat
kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati
dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya
mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur
sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di
sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu
di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang
jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.Raiha masih teringat akan serkahan
Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan
diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang
kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba
menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang
kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati
sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung
tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak
jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa
hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.
Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah
neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan
menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu
terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa
hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma
suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi
yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah
lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan
dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat.
Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah
hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama
Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas.
Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang.
Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor
Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya
yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan
perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang
pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa
dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya.
Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak
perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di
situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di
televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di
hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak
dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu
menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu
risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia
terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat
muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya
yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia
mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik
diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul
dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai
menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu
bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak
rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu.
Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-
wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron
dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam
fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama
ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari
kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa
dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad
pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad
bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam
itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam
hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister
Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru
di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz
pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah
luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga
tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan
wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor
Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam
kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor
Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz.
Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana
didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor
Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak
apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya
menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan
panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di
tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga
berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang
sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia
yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai
‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong
ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur
membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu.
Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah
kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah
arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui
hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah
tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram
dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah
keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah
anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga
setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja
menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat
batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang
berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam
yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan
bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang
kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana
ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia
didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati
dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor
muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu
Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra
dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha
menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng
menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa
yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah
pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor
lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai
Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz
dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul.
Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu
menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga
berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama
di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia
amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak
gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz
yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan
dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai
doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh
dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik
tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu
ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa
sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti
tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat
rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan
Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di
rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala
lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali
walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap
sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah
pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian
disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya
melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang
marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan
teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar
kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa
urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor
Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak
apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai
Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak
peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung.
Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga
dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor
Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang
lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan
membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha
muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa
mereka adalah mangsa keadaan.
•Novel Tingkatan 5
1.Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami
masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama
beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan
Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
-Sinopsis Setiap Bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja
yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-
fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah
pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar
dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa
dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan
bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan
emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan.
Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara
hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar
tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya
menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan
sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan
rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan
ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih
jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa
semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan
imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia
juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia
terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan
keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang.
Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari
Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk
dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin
Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia
meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah
faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang
menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan
menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak
tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu
menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,
Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak
Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga
teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara
yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan
perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana
bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga
memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak
balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya
pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya,
Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri
oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia
sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima
minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh
Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya
pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji
temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan
dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada
petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia
tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-
macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji
Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa
ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke
rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila.
Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah,
nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua
orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak
Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin
ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan
menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak
masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana
dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap
dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said
merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan
mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang
mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah
dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah.
Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun,
Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca
Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul
10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong
mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di
dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong
kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan
bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-
anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau
ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong
pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh
ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya
lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya.
Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak
mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana
orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang
ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan
maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar
dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu,
dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain
sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan
kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan
Dahlia.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15
petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan
baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang
bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia
berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu
Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui
hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan
kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di
bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari
memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari
ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat
emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia
sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada
malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan
Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di
pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-
adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan
menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di
kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa
kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing
peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu
kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana
dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya
dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian,
Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu
ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi
harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke
universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang
mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan
bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia
atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid.
Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa
ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan
keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat
menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah
berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan
semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan
nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar
kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun
di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di
Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya
dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah
untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut
apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak
bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu
Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya
tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang
akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah
tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek
Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah
kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah
Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan
sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju
untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas
tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke
sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang
mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib
bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran
Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan
dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah
tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk
berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang
akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek
Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang
hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah
dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan
parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang
ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu
meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas
membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut
berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak
menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton
telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia.
Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah
memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-
kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti,
cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama
ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin
menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia
menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan
perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di
mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah
Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia
dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat
sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang
dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama
ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek
Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan
baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya
ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas
untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu
ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah
juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah
jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-
sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka
telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan
parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga
dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan
keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat
tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.
Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar
di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.
Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya.
Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari
belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk
bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung
kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu
punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun.
2.Novel Tirani karya Ben Sabariah
-Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin
mengecapi kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan
sebagai isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit
monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik.
Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan
niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh
Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan prang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta
Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda
bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan
sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda
dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan
Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
-Sinopsis Setiap Bab
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang pesek yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya,
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-
kawannya dapat diredakan. Menyedari kekurangan diri, keinginan Waheeda melakukan
pembedahan plastik pada wajahnya begitu membuak-buak. Baginya kecantikan ialah
ruang dan peluang membina keterampilan diri.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang dua lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Dusun Tajau Emas. Kehadiran para
pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik
dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Akan tetapi, bapa Waheeda tidak menggalakkan
kerana bercanggah dengan hukum agama.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menerpa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah
menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah
dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria.
Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke Lapangan Terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Mereka
sempat sampai ke Lapangan Terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai
perasaan katarsis.
Sesampainya di Lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah
Bazilah di Yishun Street iaitu kawan satu universiti dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandar raya Singapura. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang
sedang berbunga. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan
pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa
semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan
gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa
yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.
BAB 5: DOA SELAMAT
Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya kepada
Ghazi. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi
membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu
kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.
Waheeda terkejut dan amat gembira dengan kedatangan ibunya. Raidah dan Bazilah
menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan
menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah,
Raidah mendoakan keselamatan Waheeda.
Bab 6: Metamorfosis
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr
Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang
dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut
mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya
yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC
bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu
ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca
satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke
Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7: Ke Pulau Sentosa:
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa
dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga
menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti
pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung
halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak
dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman
dan pandangan.
Bab 8: (Hadiah Alam)
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa
kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr
Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara
mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita
Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung
halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran
Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka.
Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan
oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan
chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser.
Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah
membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan
diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan
berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah
selatan Singapura.
Bab 9: Wajah Pesona:
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan
Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan
Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih
teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa.
Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki
yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka.
Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan
pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu.
Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan
alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance
atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan
Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah
menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu
antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10: Senyum 10 Ela:
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan
tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser
banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang
Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada
Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya
bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia
dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu,
perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri
Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya
senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi
oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk
Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda
berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri
Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-
sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik
Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita
tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan
supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura.
Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun,
Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid
terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam
perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun
Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan
kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan.
Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu
menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia
gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya
bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari
usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada
pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila
melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat
tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis
pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid
menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu
Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah
diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk
menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada
isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak
mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana
proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi.
Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada
di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi.
Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan
bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan
menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali
tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada
saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan.
Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya
semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh
mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid
dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara
tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat
Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan
pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh
NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah
terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya
itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-
sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil
oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan
dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas
blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda
berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan
rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di
Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada
stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-
macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas
tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu,
Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari
hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri
Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy,
Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid
meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda
ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha
dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi
menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima
mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa
sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke
Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais
menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya
Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz
telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan
rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah
membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas
keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron
Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk
bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid
seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah,
serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih
serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.
Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka
di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi
bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet
Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan
muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan
Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet
Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan
mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada
itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi.
Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri
Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga.
Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati
akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan
diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati
dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani)
telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi
Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar
di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Café Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya
akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan
isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui
bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa
kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat
sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di
kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada
di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar
pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching,
Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu
isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga
kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya
tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati
yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo
Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut.
Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga
agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah
entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar
Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis
yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga
ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya.
3.Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
--Sinopsis Keseluruhan
Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing
dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan
masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada
malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-
kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah
lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat
demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’
Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang
oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik
dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul
Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak
Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki
keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul
Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal
dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan
isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
-Sinopsis Setiap Bab
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar
gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada
malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji
kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan
sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia
untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa
dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di
langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut
kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi
bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul
Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka
tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam
bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi
membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat
kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak
berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini
disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah
ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan
mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut
mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai
milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak
seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan
persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul
hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di
Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca
laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.
Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan
sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih
atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati
jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar
akibat pembangunan yang tidak terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat
projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa
puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang
terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka
beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau
tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama
dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan
isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun
mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka
berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap
mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan
Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-
peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan
abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-
temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata
hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor
daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.
Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah
juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul
Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak
terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki
tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit
Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-
hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa
dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka
berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki
muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah
peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut,
mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang
usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil
lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih
mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan
bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke
kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia
mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman
kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila
populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap
pemuda tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang
sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu
mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-
ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad
Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk
sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh
Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan
pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat
gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul
Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh
dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin
dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk
berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia
tidak suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak
beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis
Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.Selepas menikmati makanan tengahari bersama
Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda
kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin
rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada
Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita
tersebut.Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan
supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.