The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Erda, 2023-12-11 23:40:26

BAB 1 _ GEOGRAFI _ TING 3

BAB 1 _ GEOGRAFI _ TING 3

Keywords: geografi,ting 3,bab 1,jadual dan graf

BAB 1 : JADUAL DAN GRAF


SUB TOPIK 01 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual 02 Ciri-ciri dan Kegunaan Graf 03 Langkah-langkah membina Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 04 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan


Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual Jadual - Merupakan cara penyampaian data secara tersusun mengikut lajur dan baris - Memudahkan data dibaca dan difahami Ciri-ciri Mempunyai tajuk yang bersesuaian dengan maklumat dalam jadual Data dan maklumat dimasukkan dalam lajur dan baris Dinyatakan sumber data diperolehi Kegunaan Digunakan untuk melihat perubahan antara dua set maklumat Pengkelasan maklumat lebih terperinci dan menarik perhatian Tersusun dan mudah difahami


Contoh jadual Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 Kematian (orang) 6527 6745 6872 6877 6917 Bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya yang dilaporkan di Malaysia pada tahun 2008-2012 (Sumber : Polis Diraja Malaysia) Tajuk Data dan maklumat Sumber


K a e d a h t e m u b u a l Mencatat atau merekod maklumat melalui perjumpaan dengan seseorang r u j u k a n Maklumat daripada bahan-bahan yang telah diterbitkan seperti buku, majalah, keratan, keratan akhbar, dan laman web K a e d a h p e m e r h a t i a n Mencatat maklumat yang diperhatikan K a e d a h s o a l s e l i d i k Teknik atau kaedah memberikan boring soal selidik kepada responden Kaedah pengumpulan maklumat


Ciri-ciri dan kegunaan graf Graf Rajah yang terdiri daripada bar atau garisan untuk memaparkan saling kaitan antara dua nilai atau lebih Graf bar mudah Graf gabungan Graf garisan mudah


Juga dikenali sebagai graf palang Mempunyai tajuk Mempunyai paksi mendatar (paksi X ) dan paksi menegak (paksi Y) • Mempersembahkan data dalam bentuk bar palang • Dapat menunjukkan perbezaan data • Mudah dibaca, difahami dan ditafsir • Contoh : Graf markah ujian bulanan dan jumlah hujan bulanan Graf bar mudah sering diguna pakai dalam penulisan projek kerana lebih mudah difahami TIP


Menunjukkan perubahan maklumat, iaitu meningkat, menurun, mendatar atau meningkat dan menurun dalam tempoh masa tertentu Mempunyai paksi mendatar (paksi X ) dan paksi menegak (paksi Y)


• Memudahkan membaca dua maklumat yang saling berkaitan • Menunjukkan perubahan atau perbezaan maklumat yang saling berkaitan


Langkah-langkah Membina Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan


Kenal pasti pemboleh ubah dan susun data serta maklumat dalam bentuk jadual yang sesuai Bina jadual kekerapan berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah Hobi Bilangan murid (orang) Bermain computer 35 Bersukan 20 Menonton televisyen 15 Membaca 10 Jumlah 80 Hobi murid tingkatan 1 di SMK Mentari pada Tahun 2017 Sumber : Soal selidik Murid perlu bijak membina jadual mengikut kesesuaian data dan maklumat TIP


Teliti data dalam jadual Gariskan paksi mendatar (paksi X) dan paksi menegak (paksi Y) Pilih skala yang sesuai berdasarkan nilai minimum dan maksimum data Ukur serta bina bar dengan tepat dan kemudian, lorek atau warnakan bar Lengkapkan graf dengan tajuk, petunjuk serta label pada paksi X dan Y Graf bar mudah paling kerap ditanyakan dalam peperiksaan. Justeri, kemahiran membuat graf bar mudah amat penting. Pastikan anda menitikberatkan aspek kekemasan. TIP


Teliti data dalam jadual Gariskan paksi mendatar (paksi X) dan paksi menegak (paksi Y) Pilih skala yang sesuai berdasarkan nilai minimum dan maksimum data Plot data pada kertas graf dan sambungkan kesemua titik Lengkapkan graf dengan tajuk serta label pada paksi X dan Y


Teliti data dalam jadual Gariskan paksi mendatar (paksi X) dan paksi menegak (paksi Y) Pilih skala yang sesuai berdasarkan nilai minimum dan maksimum data Plot data, sambungkan kesemua titik dan lukis bar pada kertas graf Lengkapkan graf dengan tajuk serta label pada paksi X dan Y


Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan


Perhatikan tajuk Perhatikan data dan maklumat yang diberikan dalam jadual Perhatikan pembolehubah pada paksi X dan Paksi Y Kenal pasti pola perubahan data Huraikan nilai maksimum dan minimum Berikan isi tersirat yang menyebabkan berlaku pola perubahan tersebut Buat rumusan secara keseluruhan


Graf gabungan pada muka surat di sebelah menunjukkan suhu dan hujan bulanan di Negara X pada tahun 2017. Secara amnya, jumlah hujan dan suhu menunjukkan terdapat penurunan dan peningkatan sepanjang tahun. Suhu dan hujan maksimum Negara X ialah 20°C dan 75mm, iaitu pada bulan Mac. Manakala suhu dan jumlah hujan minimum ialah 1°C dan 12mm, iaitu pada bulan Julai. Suhu pada bulan Januari ke Mac menunjukkan peningkatan, iaitu 15°C, 17°C dan 20°C. Manakala jumlah hujan pada bulan Januari ke Mac menunjukkan penurunan dan peningkatan, iaitu 60mm, 45mm dan 75mm. Penurunan suhu dan hujan secara ketara berlaku pada bulan April hingga Julai, iaitu 17°C, 15°C, 3°C dan 1°C dan 30mm, 24mm, 15mm dan 12mm. Keadaan ini dipengaruhi oleh musim sejuk dan litupan awan yang tebal. Jumlah hujan kembali meningkat pada bulan Ogos hingga Oktober, iaitu 24mm, 42mm, 60mm, sedikit menurun pada bulan November, iaitu 48mm dan kembali meningkat kepada 63mm pada bulan Disember. Suhu pula terus menunjukkan peningkatan dari bulan Ogos hingga Disember, iaitu 5°C, 8°C, 11°C, 12°C dan 16°C. Hal ini dipengaruhi oleh musim panas dan litupan awan yang tidak begitu tebal. Kesimpulannya, Negara X merupakan sebuah negara yang mengalami musim panas yang lembab dan musim sejuk yang nyaman


Click to View FlipBook Version