BAB 1 Skala dan Jarak
Sub Topik Skala Jarak Menentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala
Skala ialah nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi Terdapat tiga jenis skala, iaitu : • Skala lurus • Skala penyata • Pecahan wakilan Menentukan jarak sebenar di atas permukaan bumi. Mengecilkan objek, kawasan atau ciri dalam peta. Menyingkatkan jarak antara dua tempat dalam peta. Kegunaan skala
Jenis-jenis skala yang lazim digunakan dalam peta Skala lurus Skala penyata Pecahan wakilan Penerangan 1 cm mewakili 100m 1 : 10 000 Jarak 1cm di atas peta mewakili jarak 100m atau 10000cm di atas permukaan bumi 1 cm mewakili 500m 1 : 50 000 Jarak 1cm di atas peta mewakili jarak 500m atau 50000cm (0.5km) di atas permukaan bumi 1 cm mewakili 1km 1 : 100 000 Jarak 1cm di atas peta mewakili jarak 100000cm atau 1km di atas permukaan bumi 0 100 200 300 400m 0 500 1000 1500 2000m 0 1 2 3 4km ➢ Skala seperti 1:10 000 digunakan untuk menggambarkan satu Kawasan yang kecil ➢ Skala seperti 1:500 000 pula digunakan untuk menggambarkan satu Kawasan yang besar.
❖ Jarak ialah ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain Jarak Mutlak ✓ Jarak yang dinyatakan dalam unit meter atau kilometer. ✓ Ukuran jarak yang tepat dan kekal. Jarak mutlak dalam unit meter digunakan untuk jarak yang dekat Jarak mutlak dalam unit kilometer digunakan untuk jarak yang jauh
Jarak Relatif ✓ Jarak yang diukur berdasarkan kos dan masa. ✓ Ukuran jarak yang tidak tepat dan berubah-ubah. Kos Tambang perjalanan ke tempat yang dituju dalam sen dan ringgit Masa Tempoh atau lama perjalanan untuk sampai ke tempat yang dituju dalam minit dan jam
Contoh jarak mutlak dan jarak relatif Kawasan sekitar Pekan Wira
Teksi Jenis pengangkutan 10 minit sekilometer Masa RM2.50 sekilometer Kos Tempat Jarak mutlak (km) Jarak relatif Kos (RM) Masa (minit) Pekan Wira ke hospital 3.0 7.50 30 Rumah John ke sekolah 2.0 5.00 20 Kg. Selamat ke masjid melalui jalan raya 2.5 6.25 25 Rumah Rajan ke rumah Azhar 5.0 12.50 50 Jarak mutlak dan jarak relative bagi tempat-tempat di sekitar Pekan Wira
Contoh pengaruh jenis pengangkutan terhadap kos dan masa Jenis pengangkutan Kos (RM) Masa (Jam) Kapal terbang 92.00 1 Kereta api 58.00 4 Bas ekspres 38.00 5 Kos dan masa perjalanan dari Kuala Lumbur ke Pulau Pinang mengikut jenis pengangkutan
Jarak di dalam peta boleh ditukar kepada jarak sebenar berdasarkan skala yang dinyatakan dalam peta Pelajar haruslah mahir menggunakan dan mentafsir jenis skala yang diberikan untuk memperoleh jarak yang tepat
Alat mengukur jarak Jarak lurus Pembaris Jangka tolok Jalur kertas
Alat mengukur jarak Jarak melengkung Benang Jalur kertas Pembaris
ALAT : Benang dan pembaris Langkah 1 Kenal pasti kedudukan poin X dan Y pada Sungai Jasa. Letakkan satu benang pada poin X dan tandakan. Letakkan benang mengikut lengkungan sungai hingga ke poin Y dan tandakan.
Langkah 2 Rentangkan benang di atas pembaris. Ukur jarak dari poin X ke poin Y. Jarak dari poin X ke poin Y ialah 6.5cm. Skala peta ialah 1cm mewakili 1km. Jarak sebenar dari poin X ke poin Y ialah = 6.5 X 1km = 6.5km Gunakan benang yang berwarna cerah untuk memudahkan anda membuat tanda pada benang TIP
ALAT : Jangka tolok Langkah 1 Kenalpasti kedudukan Pekan Suria (X) dan Kampung Aman (Y) Langkah 2 Letakkan kedua-dua hujung jangka tolok pada kedudukan X dan Y.
Langkah 3 Letakkan kedua-dua hujung jangka tolok pada skala lurus peta. Jarak di antara Pekan Suria dan Kampung Aman ialah 5.5cm. Skala peta ialah 1cm mewakili 1km. Jarak sebenar di antara Pekan Suria dengan Kampung Aman ialah = 5.5 X 1km = 5.5km
ALAT : Jalur kertas dan pembaris Langkah 1 Kenal pasti kedudukan poin X dan Y pada Sungai Jasa.
Langkah 2 Bahagikan jarak melengkung dari poin X ke Y kepada bahagian kecil yang lurus. Tandakan huruf pada setiap bahagian yang lurus.
Langkah 3 Letakkan jalur kertas dan tandakan X pada permulaan. Gerakkan jalur kertas di sepanjang Sungai Jasa. Tandakan setiap bahagian kecil yang lurus.
Langkah 4 Ukur jarak dari poin X ke Y Sungai Jasa pada jalur kertas yang telah lengkap ditanda menggunakan pembaris. Jarak di antara poin X dengan Y ialah 6.5cm Skala peta ialah 1:100 000, iaitu 1cm mewakili 1km. Jarak sebenar Sungai Jasa dari poin X ke Y ialah = 6.5 X 1km = 6.5km
THANK YOU