The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

8.4: SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SOSIAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Razmi Mohamed, 2021-12-05 08:25:51

T1 BAB 8: TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

8.4: SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SOSIAL

Keywords: SEJARAH TINGKATAN 1,BAB 8

Cikgu Razmi Mohamed

8.4 SUMBANGAN
TAMADUN ISLAM
KEPADA DUNIA

SUMBANGAN DALAM
BIDANG SOSIAL

Pada akhir pembelajaran, murid
akan dapat:

Ø Menerangkan tentang
sumbangan Tamadun Islam
kepada dunia.

➢ Mengangkat kedudukan
wanita

➢ memajukan penyelidikan
saintifik

➢ memesatkan kegiatan
intelektual

➢ kemunculan ilmuan Islam.

SOSIAL

Shafiah binti Abdul Muthalib Kedatangan Islam telah mengangkat
martabat dan memuliakan kedudukan
ISLAM MENGANGKAT wanita.
KEDUDUKAN DAN MARUAH
Wanita mempunyai peluang untuk mendapat
WANITA pendidikan dan menghadiri majlis ilmu.

Siti ‘Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq,
merupakan contoh wanita yang luas ilmunya
sehingga menjadi periwayat hadis serta
tempat bertanya kaum wanita serta para
sahabat tentang permasalahan hukum
agama.

Begitu juga dengan Shafiah binti Abdul
Muthalib yang keluar berperang bersama-
sama kaum wanita Madinah untuk
membantu memberikan minuman dan
merawat tentera yang tercedera dalam Perang
Uhud.

TEKNIK PENYELIDIKAN
SAINTIFIK

Perkembangan penyelidikan
bidang sains dan teknologi dalam
Tamadun Islam telah membantu
perkembangan industri
pengeluaran barangan, seperti
industri kertas yang
kemudiannya diperkenalkan di
Itali, Perancis dan negara Eropah
lain.

TEKNIK PENYELIDIKAN
SAINTIFIK

Begitu juga dalam kaedah
penyelidikan pertanian, seperti
sistem pengairan, pemilihan
benih dan baja yang bermutu
telah membawa kemajuan
dalam Tamadun Islam.

Penyelidikan saintifik juga
berlaku dalam bidang
astronomi, fizik, perubatan dan
kimia.

KEWUJUDAN PUSAT oTamadun Islam telah
KEGIATAN INTELEKTUAL mengembangkan kegiatan
keilmuan dengan pesatnya.

oSemasa pemerintahan
kerajaan Bani Umaiyah,
banyak masjid dijadikan
institusi pendidikan, seperti di
Damsyik, Kufah dan Basrah.

oIstana khalifah turut
dijadikan pusat kegiatan
pendidikan, iaitu tempat
belajar dan perpustakaan.

PUSAT INTELEKTUAL DI CORDOBA
DAN TOLEDO, SEPANYOL

Para pengkaji atau pelajar dari pelbagai pelosok
Eropah telah datang belajar di universiti-universiti
Islam di sini terutama dalam bidang sains dan
falsafah.

Para sarjana Islam ketika melakukan
penterjemahan telah meningkatkan lagi
pengetahuan tentang falsafah dan sains dari
zaman Yunani.

Semasa Tamadun Islam pesat berkembang di
Sepanyol, hubungan orang Islam, Yahudi dan
Kristian telah mewujudkan budaya ilmu yang
memberangsangkan.

KEMUNCULAN ILMUAN ISLAM ✓ Ilmu Sains dan
Kimia

✓ Perubatan
✓ Falsafah
✓ Astronomi dan

falak

✓ Geografi

✓ Matemati

✓ Pelayaran

ILMU SAINS DAN KIMIA Jabir bin Hayyan (Geber)

▪ Menghasilkan
sebanyak 80 buah
karya berkaitan
perubatan dan kimia.

▪ Himpunan hasil
penulisannya
dikenali sebagai
korpus Jabir.

▪ Kebanyakan karyanya
diterjemahkanke dalam
bahasa Latin.

PERUBATAN Ibn Sina (Avicenna)

oMerupakan tokoh
perubatan dan ahli
falsafah yang masyhur
dengan bukunya al-
Qanun fi al-Tib.

oAhli falsafah Barat,
Albert the Great telah
dipengaruhi oleh karya
Ibn Sina.

FALSAFAH

Al-Kindi

oMenghasilkan lebih daripada
270 buah karya mencakupi
pelbagai bidang, seperti logik,
muzik dan perubatan.

o Tokoh ilmuan atau pengkaji
Eropah seperti Roger Bacon
dan Descartes terpengaruh
dengan idea Al-Kindi.

Al-Battani (Albategnius)

Beliau
memperkenalkan
asas ilmu
trigonometri,
menulis buku
astronomi dan
mencipta alat
ukuran masa.

ASTRONOMI DAN FALAK

Al-
Biruni

Kajian utama beliau dalam bidang kartografi
(peta) dan geografi. Kebanyakan orang
Eropah telah belayar dengan menggunakan
peta yang dicipta oleh tokoh ini.

GEOGRAFI

Rajah tentang gerhana bulan yang dihasilkan oleh Al-Biruni

Al-Khawarizmi

❖ Pengasas ilmu algebra.

❖ Pengasas kitab Hisab
al-Jabr wa al Muqabalah

yang telah diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa.

❖ Terjemahan ke dalam
bahasa Latin dilakukan oleh
Gerald of Cremona dan
dijadikan teks asas di
universiti-universiti di Barat.

MATEMATIK

Ibn Battuta

➢ Pernah berlayar
sampai ke India dan
Alam Melayu.

➢ Buku pelayaran
beliau digunakan
oleh pelayar lain
selepas itu

PELAYARAN

TERIMA KASIH…


Click to View FlipBook Version