The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Razmi Mohamed, 2021-11-15 11:18:47

T2 BAB 9: WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

9.1 BHG 1 - WARISAN PEMERINTAHAN DAN ADAT ISTIADAT

Keywords: SEJARAH TINGKATAN 2,BAB 9

BAB 9: WARISAN KERAJAAN KEDAH,
KELANTAN, NEGERI SEMBILAN, DAN PERLIS

SEJARAH
TINGKATAN 2

Cikgu Razmi Mohamed

BAB 9.1

WARISAN KERAJAAN
KEDAH, KELANTAN DAN

PERLIS

BAHAGIAN 1: SISTEM PEMERINTAHAN
DAN ADAT ISTIADAT

Kelangsungan kewujudan kerajaan Kedah,
Kelantan dan Perlis hingga kini turut diiringi
dengan kegemilangannya mengharungi
pelbagai cabaran sejak pengasasan lagi.

Kemegahan dan kegemilangan kerajaan ini
dapat dilihat menerusi warisan dalam aspek
sistem pemerintahan beraja, adat istiadat,
perundangan, persuratan dan kesenian.

Sistem Pemerintahan
Beraja

Pengenalan institusi beraja oleh setiap kerajaan
sejak pengasasan merupakan warisan yang kekal
hingga hari ini.

Warisan ini telah diperkembangkan menerusi
pewujudan institusi raja berperlembagaan
apabila negara mencapai kemerdekaan.

Penggunaan Gelaran
Pemerintah

Kerajaan Kedah dan
Kelantan menggunakan
gelaran Sultan.

Kerajaan Perlis
menggunakan gelaran
Raja.

Salasilah
Raja-Raja Perlis

Cara Pelantikan
Pengganti Pemerintah

 Pelantikan putera Sultan
atau Raja sebagai
pengganti.

 Daripada jurai keturunan
pemerintah pengasas.



Adat Istiadat

 Adat Istiadat Keserumpunan budaya
kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis
mewujudkan persamaan warisan adat
istiadat diraja yang meliputi aspek
keputeraan, perkahwinan, pertabalan,
penganugerahan darjah kebesaran dan
pemakaman pemerintah.

 Alat-alat kebesaran diraja turut diwarisi
dan digunakan dalam setiap istiadat
rasmi.

Majlis Pemasyhuran

 Majlis pemasyhuran
pengganti Sultan atau
Raja disempurnakan
sebelum jenazah
pemerintah dimakamkan.

Istiadat Pertabalan

 Istiadatdimulaidengan
mempersembahkan naskhah al-
Quran dan alat kebesaran diraja.

 Sultan atau Raja yang dimasyhurkan
membaca watikah pertabalan dan
kemudian mengucup keris kuasa.

 MenteriBesar mengetuai seruan
“Daulat Tuanku”.

Penganugerahan Bintang
dan Darjah Kebesaran

 Penganugerahan darjah kebesaran
oleh Sultan atau Raja juga
merupakan warisan yang kekal
hingga hari ini.

 Penganugerahan ini merupakan
lambang hubungan antara
pemerintah dengan rakyat

 Lazimnya, penganugerahan ini
disempurnakan bersempena
dengan hari sambutan keputeraan
pemerintah.

 Darjah Kebesaran dianugerahkan
sebagai pengiktirafan kepada
Sultan atau Raja, kerabat diraja
dan rakyat yang berjasa.



Bersambung…


Click to View FlipBook Version