The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

8.5: SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SENI BINA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Razmi Mohamed, 2021-12-05 08:29:08

T1 BAB 8: TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

8.5: SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SENI BINA

Keywords: SEJARAH TINGKATAN 1,BAB 8

Cikgu Razmi Mohamed

8.5: Sumbangan
Tamadun Islam
Dalam Bidang Seni
Bina

81

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM oSeni bina bermaksud
DALAM BIDANG SENI BINA bidang seni untuk
mendirikan bangunan,
reka bentuk dan reka letak
yang dibina oleh
manusia.

oSeni bina bangunan
Islam boleh dilihat pada
masjid dan beberapa
bangunan bercorak Islam
dengan mempunyai ciri-
ciri tertentu.

Masjid Quba’ oDari sudut sejarahnya,
seni bina Islam bermula
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM dengan pembinaan Masjid
DALAM BIDANG SENI BINA Quba’ pada zaman Nabi
Muhammad SAW.

oPada zaman baginda,
masjid berfungsi sebagai
tempat beribadat dan
menyampaikan segala
maklumat.

oMasjid tertua ini menjadi
model pembinaan masjid
yang lain sehingga kini.

CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM oBerunsurkan luahan
perasaan, hening dan
aman.

oMempunyai ruang cahaya
untuk keselesaan beribadat.

oTerdapat ruang
memisahkan lelaki dan
wanita.

oBinaan yang kukuh,
selamat dan tahan lama.

oReka bentuk ruang sesuai
dengan iklim setempat.

PEMBINAAN MENARA, MIHRAB
DAN MIMBAR

Seni bina Islam telah memperluas seni bina
menara.

Menara dibina dalam bentuk tirus dan memuncak
tinggi.

Hal ini bertujuan untuk memastikan laungan
azan didengari dari jarak yang jauh.

Mihrab juga dibina berfungsi sebagai penanda
arah kiblat dan menjadi satu daripada elemen
terpenting di dalam sesebuah masjid.

Terdapat juga mimbar yang digunakan oleh imam
untuk membaca khutbah atau syarahan.

MENGGALAKKAN PERHIASAN oTamadun Islam juga
YANG INDAH menghasilkan bentuk bangunan
yang indah, kubah yang menarik,
arca yang mempesonakan dan
seni khat serta ukiran yang
menakjubkan.

oUkiran menjadi lebih berseni
apabila dihiasi kaca bertatah
batu permata.

oFungsinya untuk mewujudkan
rasa tenang, sebagai pelengkap
binaan dan memperlihatkan
keunikan seni bina Islam.

MENGHASILKAN KEUNIKAN REKA
BENTUK

oReka bentuk pintu berbentuk
melengkung yang melambangkan
perasaan hormat dan tunduk
menjemput masuk ke dalam masjid
atau institusi itu.

o Identiti unik yang ketara ialah
aspek penggunaan air dan cahaya
yang berfungsi untuk menimbulkan
kesan dari segi penampilan ruang.

MEMPUNYAI ELEMEN
ESTETIKA

Seni bina Islam turut
menggalakkan
penghayatan nilai estetika.

Binaan bangunan
diperindah dengan ukiran
arabes, motif kaligrafi,
geometri dan cakerawala
yang berfungsi untuk
memberikan keselesaan
dan ketenangan.

MENYESUAIKAN REKA BENTUK Seni bina Islam juga menerima budaya
DENGAN IKLIM SETEMPAT setempat dan disesuaikan dengan
faktor geografi terutamanya dalam
aspek bentuk muka bumi, cuaca,
keadaan angin dan suhu.

Seni bina di Nusantara mempunyai
tingkap yang tersusun dengan jumlah
yang banyak.

Keadaan ini disebabkan oleh iklim
Nusantara yang panas dan lembap
berserta hujan yang kerap.

Fungsi tingkap yang banyak adalah
untuk penyejukan dan pengudaraan.

Contohnya, pada Masjid Tengkera,
Melaka.

MENYESUAIKAN SENI BINA DENGAN Terdapat juga seni bina
BUDAYA SETEMPAT dan elemen estetika
yang mengikut
kesesuaian budaya dan
seni bina tempatan.

Contohnya, masjid di
China yang mengambil
inspirasi rumah
tradisional, kuil dan
istana. H

al ini dapat dilihat pada
Masjid Huang Sheng Si
di Guangzhou, Masjid
Niu Jie, Beijing dan
Masjid Zhen-Jiao Si di
Hangzhou.

MENYESUAIKAN SENI BINA Penggunaan kubah sebagai
DENGAN BUDAYA SETEMPAT struktur utama bumbung dapat
ditemui di masjid-masjid pada
zaman Turki Uthmaniyah.

Contohnya, Masjid Sultan Ahmet
(Masjid Biru) yang mempunyai
ruang solat utama yang ditutupi
kubah setengah lingkaran dan
mempunyai banyak menara di sisi
masjid.

Fungsinya untuk keselamatan
dengan memperkukuh sistem
struktur daripada rentangnya yang
lebar.

MENYESUAIKAN SENI
BINA DENGAN BUDAYA
SETEMPAT

oMasjid di India juga
mempunyai keunikannya
dengan binaan pintu gerbang
yang besar berfungsi sebagai
pintu masuk utama.

oCiri masjid di India juga dapat
dikenali dengan mudah
kerana menggunakan
bumbung berbentuk bawang
dan lengkung yang menirus.

TERIMA KASIH

81


Click to View FlipBook Version