NAMA: ALICIA LIM SHUEN RUI NOMBOR MATRIKS: P21245996 PROGRAM: PISMP JUN 2021 UNIT: X 12 KUMPULAN: KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK PERSEUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
BIODATA DIRI NAMA : ALICIA LIM SHUEN RUI NO MY KAD : 020421040296 TARIKH LAHIR : 21.04.2002 ALAMAT RUMAH : 17, JALAN SAUJANA 2/20, TAMAN SAUJANA SEK. 2, BUKIT KATIL, 75450 MELAKA. NO. TEL BIMBIT : 011-10669932 NAMA IPG : IPG KAMPUS IPOH ANGKA GILIRAN : 2021242340257 UNIT : BAHASA CINA 1
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yangdiilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yangberpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawabterhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakatantarabangsa. PENGENALAN 2
Visi Pengakap Malaysia Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muds negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan. Misi Pengakap Malaysia Misi kepengakapan adalah menyumbang kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat. 3
Logo Pengakap Dunia LAMBANG 1) Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. 2) Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap. 3) Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. 4) Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5) Warna ungu-warna Pengakap Sedunia.6) Warna putih-kesucian dan kebersihan. 4
3 kelopak pada lambang melambangkan 3 Persetiaan Pengakap Logo Pengakap Malaysia LAMBANG dan BENDERA Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam" Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia" Bendera Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia 5
COGAN KATA Pengakap Kanak-kanak ‘Buat Sehabis Baik’ mempelajari asas kepengakapan Pengakap Muda ‘Selalu Sedia’ menerima cabaran Pengakap Remaja ‘Pandangan Luas’ berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu Pengakap Kelana ‘Berkhidmat’ berkhidmat untuk negara 6
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan, Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia IKRAR LAGU PENGAKAP 7
SEJARAH PENGAKAP PENGAKAP 8
Setelah bersara daripada tentera, BadenPowell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. SEJARAH PENGAKAP DUNIA 9
Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “ Aids To Scouting”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. 10
Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah tamat Perang Dunia ke-II iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 11
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Ingeris samaada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. 12
Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. 13
1910 Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett 1913 Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan 1915 Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915 Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) 1919 Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet) 1915 Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan pergerakan pengakap: 1922 Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield 14
1926 Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar 1926 Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka 1926 Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith 1926 Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution 1927 Terengganu oleh AJ Gracle 1927 Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong 1928 Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar 15
PERLEMBAGAAN DAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PENGAKAP 16
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. 2. Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan PengakapPengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 1. Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. 2. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: 1.Perlembagaan 2.Menjadi ahli persekutuan 3.Dasar agama 4.Perbalahan politik dan perindustrian 5.Dasar kewangan 6.Hubungan luar dan antarabangsa 7.Peraturan-peraturan am 17
LAMBANG RASMI PERSEKUTUAN Kebenaran Penggunaan Lambang Persekutuan Seksyen 13; semakan Akta Parlimen, Akta No.409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 menetapkan: 13. Tiadalah sesiapa jua, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau menunukkan di tempat awam secara yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pengakap mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan. (2) Tiadalah sesiapa jua boleh memiliki dengan tiada kebenaran atau sebab yang sah di sisi undang-undang: a) apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan hingga menyebabkan bahawa tanda tersebut dipercayai sebagai lencana, tandaat au lambang itu; atau b) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana perkataan atau tulisan yang biasanya diguna bagi memperihalkan mana-mana Pengakap hingga men-adi boleh tertipu atau terkeliru olehnya; atau c) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan-perkataan “Budak Pengakap” atau “Budak-Budak Pengakap”. 18
PERSETIAAN PENGAKAP Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia telah dinyatakan di dalam bahagian 1: Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Bahasa rasmi Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap adalah dalam bahasa Malaysia. Dalam keadaan tertentu, Persetiaan dan Undang-Undang boleh menggunakan bahasa Inggeris. 01 02 03 Persetiaan Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan spesifikasi sepenuhnya seperti berikut: Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya,dengan seberapa daya upaya saya akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap. 19
Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya 2. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa 3. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun 4. 5.Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi 6.Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah 8. 9.Pengakap adalah jimat dan cermat Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya 10. UNDANG-UNDANG PENGAKAP 20
Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. LordBadenPowell PENGASAS SEJARAH 1899 HOBI AHLI KELUARGA Bapanya, Reverend H.H. BadenPowell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. BIODATA 22 FEBRUARI 1857 Hyde Park, London Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. 21
SEJARAH Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys. MENGAPA??? seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. 1 22 Februari 1857 2 POPULAR KE DUNIA Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa. BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia. Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguhsungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia. PROSES PENUBUHAN 4 PENUBUHAN 3 22
Memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Membimbing golongan remaja yang seimbang dari segi JERIS, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebh baik apabila setiap individu: boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan menghormati diri sendiri dan orang lain bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat Menunjukkan sikap beryanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP Memupuk remaja yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa 23
Cara Hormat Pengakap Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan jari - jari telunjuk, hantu dan manis dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking. Hormat Pengakap dilakukan apabila: Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 1. 2.Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 3. 4.Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap 5. Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam tentera atau polis .Sentuhkan hujung kening. ISTIADAT RASMI PENGAKAP 24
Isyarat Tangan Pengakap ISTIADAT RASMI PENGAKAP 25
Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 1. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 2. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 3. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 4. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 5. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). 6. Istiadat Laung Agung ISTIADAT RASMI PENGAKAP 26
Istiadat Mengibarkan Bendera ISTIADAT RASMI PENGAKAP Ahli pengakap dalam keadaan sedia dalam bentuk ladam kuda menghadap ketiang bendera. 1. Pemimpin bertugas akan melaporkan dan meminta kebenaran daripada Ketua Perkhemahan/ Pemimpin Kumpulan untuk memulakan Istiadat Bendera. 2. Pemimpin bertugas akan balik ke tempatnya dan memberi arahan “Bendera”. Semua ahli menghadap ke arah bendera. Petugas keluar terus ke tiang bendera, berhenti satu langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan, bergerak selangkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera 7 semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menghormati bendera. Semua menjatuhkan tangan selepas petugas menjatuhkan tangannya.Petugas balik ke tempatnya di dalam barisan. 3. Ini akan diikuti pula dengan nyanyian lagu kebangsaan. Pemimpin bertugasakan memberi arahan “Menyanyikan Lagu Negaraku”. Semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menyanyikan Lagu Negaraku bersama-sama. 4. Diikuti pula dengan bacaan doa. Pemimpin bertugas akan memberi arahan”Doa”. Petugas akan bergerak satu langkah ke hadapan dan memberikan arahan “AP” dan doa dibacakan. Ahli pengakap yang bukan beragama Islam berdoa mengikut cara agama masing-masing dengan menundukkan kepala. Selepas tamat doa dibaca, petugas memberikan arahan “AP” untuk menurunkan tangan. 5. Pemimpin bertugas akan melapurkan sekali lagi bahawa istiadat selesai danmenjemput Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memberikan ucapan/ taklimat/ teguran dan sebagainya. 6. Setelah selesai ucapan oleh Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan, Pemimpin bertugas akan memberikan arahan “Keluar Baris”. Istiadat mengibarkan bendera tamat 7. 27
Istiadat Menurunkan Bendera ISTIADAT RASMI PENGAKAP Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi menyempurnakan istiadat ini. 1. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan seorang lagi bersedia dengan wisel. 2. Pengakap meniup wisel panjang sekali. emua yang hadir dikehendaki berdiri sedia. 3. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak menjejak ke bumi. 4. Apabila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang menandakan istiadat menurunkan bendera tamat. 5. Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan menyerahkannya kepada pemimpin/ urusetia 6. 28
STRUKTUR STRUKTUR ORGANISASI ORGANISASI PENGAKAP PENGAKAP 29
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA 30
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT NEGERI 31
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT DAERAH 32
STRUKTUR ORGANISASI TADBIR KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU 33
STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH RENDAH 34
DASAR KEAGAMAAN KEAGAMAAN 35
Tidak terhad kepada sesuatu agama Mengamalkan ajaran masing-masing Galakkan mereka melakukan ibadat mengikut cara agama masing-masing Menghormati agama orang lain 1 2 3 4 5 Kumpulan yang megandungi ahli-ahli yang mengamalkan agaman yang sama boleh mengatur ibadat dan pelajaran agama mereka DASAR AGAMA (DALAM P.O.R) 36
Perlu dititikberatkan kepada ahli kerana tanpa kepercayaan agama maka pengakap itu tidak akan sempurna. 1. Di peringkat WOSM, syarat yang ditetapkan untuk sesebuah negara itu diterima dalam Pertubuhan Pengakap Sedunia adalah dengan memasukkan unsur “Kepercayaan kepada Tuhan” di dalam Persetiaan Pengakap tersebut. 2. Jangan diadakan satu sembah yang khas bagi kesemua agama dalam kumpulan itu. 3. Contoh Persetiaan pengakap DASAR KEAGAMAAN 37
Contoh Penerapan Nilai Murni 1. Dipercayai Seksyen III, Peraturan 17(1) dan (2) dalam P.O.R. 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan Haiwan 7. Menurut Perintah 8. Tabah Hati 9. Berjimat 10. Suci fikiran, Suci perbuatan, Suci perkataan 38
PENGURUSAN DAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTADBIRAN KUMPULAN KUMPULAN 39
Pendaftaran Ahli dan Kumpulan sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: 1.Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) 2.Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) 3.Borang PPM 1B (Borang Kawalan) 4.Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. B o r a n g P e n d a f t a r a n 40
Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. 41
Kegiatan Butiran Peribadi Anggota Pengakap Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat 42
PAKAIAN SERAGAM PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PENGAKAP 43
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP 44
PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PENGAKAP 45
SKIM LATIHAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK- PENGAKAP KANAKKANAK 46
1 Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 1. 2.Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3.Lima Prinsip Rukun Negara 4.Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5.Sejarah Pergerakan Pengakap. 6.Cerita Hutan 7.Laung Agung SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANK Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. 47
2 Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 2. 3.Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6. 7.Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang Ahli Renang 48
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1.Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal. 2. 3.Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki. 6. Penunggang Basikal 49