1 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK: PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA MENERUSI SUKAN NAMA PENSYARAH: ENCIK ROSLAN BIN YAHYA NAMA NO MATRIK SITI NORFAZIHAH BINTI SAIDIN 04DPT20F2016 IMAN NURSURAYA BINTI ABDULLAH 04DPT20F2022 NUR ATIKAH AYUNI BINTI ADNAN 04DPT20F2008
2 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN M/S ISI KANDUNGAN 2 PENGHARGAAN DAN OBJEKTIF 3-4 PENGENALAN SUKAN DAN PERPADUAN 5 MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN 6-7 MATLAMAT DASAR SUKAN NEGARA 8 1 MURID 1 SUKAN 9-10 KEBAIKAN SUKAN DAN PERPADUAN (INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA) 11-13 KESAN SUKAN DAN PERPADUAN 14 PERANAN PERPADUAN 15 DASAR KUALITI PERPADUAN 16 KESIMPULAN 17
3 PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan olah Allah S.W.T dapat juga kami menyiapkan tugasan blog ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Roslan Bin Yahya yang telah banyak memberi tunjuk ajae serta bimbingan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi peringatan terhadap perkara-perkara yang kami alpa dan atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran.
4 OBJEKTIF Bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah bidang sukan menjadi salah satu instrument dalam menghidupkan perpaduan kaum di Malaysia. Mempertingkatkan mutu sukan Menggalakkan pertubuhan bilangan penyertaan individu dalam bidang sukan Mengenalpasti kebaikan, contoh sukan dan perpaduan terhadap individu, masyarakat dan negara. Menjadikan sebagai usaha untuk meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
5 PENGENALAN Sukan merupakan antara elemen penting dalam menyatukan rakyat di mana-mana negara khususnya Malaysia. Sukan juga adalah sebagai alat perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang kearah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala social yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Seterusnya, tanpa mengira bentuk sukan yang menjadi pilihan sama ada bola sepak, badminton, olahraga dan dan bermacam-macam lagi aktiviti sukan, rata-rata penggemarnya mampu mengeratkan hubungan silaturahim. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatic antara sesebuah negara dengan negara lain. Keamanan negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.
6 MAKSUD APA ITU SUKAN? Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.Misalnya, berenang secara berasingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tapi berenang bersendirian di dalam kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta ataupun sebagai penonton. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah.
7 APA ITU PERPADUAN? Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mancapai matlamat Bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban.
8 MATLAMAT DASAR SUKAN NEGARA Dasar Sukan Negara. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat objektif, strategi peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukn, reaksi dan kecergasan, majlis-majlis sukan institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan kearah pembentukan budaya sukan dan pemantapan intergrasi nasional menerusi pengelibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program- program sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi. Penggubalan adalah berlandasan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan,penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara perpaduan dan kestabilan yang berterusan.
9 1 MURID 1 SUKAN Pelajar telah mendapat banyak manfaat daripada program 1 Pelajar 1 Sukan, yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Sri Mbhammad Najib binTun Haji Abdul Razak. Untuk program pembangunan olahraga sekolah, dasar ini amat penting. Dasar 1 Murid 1 Sukan bertujuan menjana murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek iaitu keseluruhan pembangunan sukan sekolah. Mengikut dasar ini, lebih ramai pelajar dijangka terlibat dan mengambil bahagian dalam sekurang- kurangnya satu sukan atau permainan di sekolah. Salah satu kelebihan asas 1Murid 1Sukani ialah pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan cara yang produktif. Hal ini benar kerana kanak-kanak yang menyertai aktiviti sukan mampu mengelak daripada perbuatan yang memudaratkan dan menimbulkan gejala yang tidak baik. Sebagai contoh, murid-murid boleh mengambil bahagian dalam sukan seperti bola sepak, badminton, bola tampar, bola keranjang dan lain-lain. Mereka mendapat banyak daripada perkara yang dilakukan. Ini membolehkan murid-murid memanfaatkan masa mereka sepenuhnya dan menjauhi perkara yang kurang berfaedah.
10 Selain itu program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan dalam kalangan murid sekdah Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas Apabila badan mereka sihat, dak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalampeperiksaan Dasar ini membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau permainan Melalui sukan yang disertai deh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Muridyang telah dilatih itu bdleh mewakili sekdlah sebagai perrain bola sepak, hoki, badminton, squash boling, dahraga, dan sebagainya Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan Perkara itu membuktikan bahawa dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalamsukan atau permainanyang diminati oleh mereka.
11 KEBAIKAN SUKAN DAN PERPADUAN (INDIVIDU) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit kronik. Memupuk semangat kesukanan dalam diri. Dapat mengisi masa lapang seseorang. Dapat mengurangkan stress seseorang.
12 KEBAIKAN SUKAN DAN PERPADUAN (MASYARAKAT) Memupuk perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum. Mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Membentuk masyarakat yang harmoni. Dapat menyedia peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum.
13 KEBAIKAN SUKAN DAN PERPADUAN (NEGARA) Menggalakkan komuniti kebangsaan yang berbilang kaum untuk bersatu dan berintegrasi. Mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Membentuk masyarakat yang harmoni. Menyemarakkan sikap perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum
14 KESAN SUKAN DAN PERPADUAN Mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi. Mendatangkan keuntungan kepada negara. Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Menaikkan nama baik sesuatu negara.
15 PERANAN PERPADUAN Mendidik masyarakat supaya dintakan perpaduan Memelihara, mengekalkan dan meningkatkan perhubungan kaumke arah perpaduan nasional. Merpramosikan persefahaman dan keharmonianantara agama Menjalankan wahana perpaduan dan kajian perhubungan kaum Melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam mengurus hal ehwal perpaduan negara dan integrasi nasional Menyediakan syor kepada kerajaan dalam menyatakan pendirian negara di peringkat Antarabangsa
16 DASAR KUALITI PERPADUAN Dasar kualiti perpaduan adalah untuk menjadikan perpaduan sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, yang mampu memelihara, memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan .
17 KESIMPULAN Sukan memainkan peranan penting dalam menggalakkan keharmonian kaum. Kerana mereka boleh memberi tenaga kepada badan dan minda serta menyatukan pelbagai kumpulan etnik di Malaysia, sukan adalah sangat baik untuk kesihatan seseorang.Sukan tidak pernah mengambil kira kaum, agama atau latar belakang pemain. Pada peringkat individu, sukan membantu membangunkan keperibadian yang positif, kesedaran diri dan persaingan di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan dengan menggunakan masa rehat dengan baik. Di peringkat tempatan, sukan membantu meningkatkan hubungan kaum dengan memupuk budaya penglibatan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.