PERASMI PENCERAMAH
DR. JIANI BINTI JAMAN DR. TAN CHAI LONG
Sekapur Sirih Seulas Pinang HAJAH MAZNI BINTI
MOHD SHERIFF
Pengetua SMK USJ 13
PENGETUA SMK USJ 13
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada hari ini
dalam latihan personel guru bertajuk Cetusan Minda, Wacana Kreatif. Sesungguhnya latihan personel pada
hari ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran menulis para guru Bahasa Melayu. Latihan personel
ini juga akan memberi pendedahan teknik menulis karangan yang mantap sekali gus dapat meningkatkan
motivasi dan keyakinan guru terutamanya guru-guru baharu dalam menyampaikan ilmu penulisan
karangan kepada murid-murid. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr Jiani Binti Jaman pegawai SISC+
Bahasa, PPD Petaling Perdana kerana sudi bersama-sama kita sebagai perasmi program pada hari ini.
Saya ingin mengucapkan selamat menghadiri latihan personel kepada guru- guru daripada SMK USJ
4, SMK USJ 8, SMK Subang Jaya, SMK Subang Utama dan SMK Seafield yang turut bersama-sama kita pada
hari ini. Semoga latihan personel pada hari ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran menulis dalam
kalangan guru-guru malah dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru terutamanya dalam bidang
penulisan. Semua pihak hendaklah memahami situasi semasa dengan memberi ruang dan peluang yang
mencukupi untuk kita benar-benar fasih dan mahir membudayakan PdPR dalam alam pendidikan pada
masa ini. Sesungguhnya situasi norma baharu tidak menghalang kita menambahkan ilmu pengetahuan.
Pelbagai medium yang membolehkan para guru dapat menjana idea yang kreatif untuk menambah baik
PdPR seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan karangan.
Akhir kata, saya mengharapkan agar sama-samalah kita berganding bahu menjalankan peranan
masing-masing demi kepentingan masa depan anak-anak didik kita kerana kata peribahasa Melayu, yang
pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Apa-apa jua halangan,
cabaran dan transformasi yang mendatang, kita sebagai pendidik harus mendepani dengan fikiran positif
dan terima dengan minda yang terbuka berbekalkan jati diri terpuji seperti beriltizam, berdedikasi dan
berintegriti dalam menempuh segala kemelut demi mencapai misi dan visi KPM. Teruskan tekad, gandakan
usaha dan semarakkan semangat jaya dalam sukma agar kita dapat menjadi JUARA di penghujungnya.
Sekian, terima kasih.
Setitis Tinta Santapan Minda DR JIANI BINTI JAMAN
Pegawai SISC + Bahasa PPD Petaling Perdana PEGAWAI SISC+ BAHASA,
PPD PETALING PERDANA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bertemu dalam program
Latihan Personel ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada panitia Bahasa
Melayu SMK USJ 13 selaku pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan program
bertunjangkan uslub memperkasa kemahiran guru dalam profesion keguruan. Syabas dan tahniah kepada
SMK USJ 13 yang berjaya berkolaborasi dengan 5 buah sekolah berdekatan Bandaraya Subang Jaya yakni
SMK USJ8, SMK USJ 4, SMK Subang Jaya, SMK Subang Utama dan SMK Seafield. Latihan Personel CETUSAN
MINDA, WACANA KREATIF bertujuan membantu meningkatkan lagi kemahiran menulis para guru Bahasa
Melayu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru terutamanya dalam bidang penulisan wacana.
Saya percaya melalui latihan personel ini, guru-guru yang menyertai program ini akan dapat meningkatkan
lagi kemahiran dalam bidang penulisan dan dapat menarik minat murid untuk menulis wacana serta
memperoleh skor cemerlang, seterusnya membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik
Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu
diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau
tiada keikhlasan’. Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa
mengukur pencapaian berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Para pendidik jangan cepat
berasa puas dengan pencapaian pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan
kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang
lain. Justeru, pada kesempatan ini saya menyeru kepada semua guru supaya dapat memperkasakan diri
dengan segala bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran demi melonjakkan prestasi kendiri.
Akhir kata, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa program pada hari ini merupakan satu
penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru-guru dari pelbagai sekolah yang hadir pada hari
ini untuk mencipta kecemerlangan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
kepada barisan pentadbir dan guru-guru SMK USJ 13, atas usaha yang ditunjukkan dalam
mencemerlangkan para guru dan murid Subang Jaya dalam bidang akademik.
Sekian, terima kasih.
ATUR CARA
OBJEKTIF LATIHAN PERSONEL
“CETUSAN MINDA, WACANA KREATIF”
JAWATANKUASA
INDUK
LATIHAN
PERSONEL
“CETUSAN
MINDA,
WACANA
KREATIF”
JAWATANKUASA
PELAKSANA
Teks Ucapan Bacaan doa LATIHAN
PERSONEL
Pn Mimisusiyana Binti Momen (K) En Mohd Ishak Bin Abd Aziz “CETUSAN
Pn Ushamathy A/P Selvarajoo
Pautan Google Meet MINDA,
Juruacara dan WACANA
KREATIF”
Pn Wan Noorazilla bt Wan Ramli Pautan Kehadiran
Jemputan Pn Santi Binti Dapari (K)
Pn Nurul Hidayah Binti Mohd Nawai
Pn Wan Mazilah Binti Wan Abdullah
e-Sijil Penyertaan
Poster dan Latar Pentas
En Muizzuddin Bin Mamat (K)
Pn Nazariah Binti Mohd Zaki (K) En Mohd Farid Ehsan Bin Johari
Pn Nurul Zanariyah Binti Ramli
Dokumentasi
Buku Program
Pn Sapinah Binti Muhammed (K)
Pn Nur Syafiqah Binti Mohd Rosli (K) Pn Teo Fee Kim
Pn Sharmila Singam A/P Veerasingam
Pn Siti Nur Afiah Binti Pauzi