The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayah Hassan, 2024-03-21 10:45:50

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP Pergerakan Pengakap Malaysia DISEDIAKAN OLEH : NURHIDAYAH BINTI HASSAN


DISEDIAKAN OLEH BIODATA DIRI P E N G A K A P I P G K A M P U S K O T A B H A R U Nama : K UMPULAN NO kad pengenalan : Nurhidayah binti Hassan 030721-02-0704 Unit : Program : Bahasa Melayu Ambilan Jun 2021/2026 Nama Pensyarah : Tn Hj Mohammad Shukri bin Mat Yaacob S EKAWAN MERAH Hidayah


PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN ISI KANDUNGAN MAKLUMAT PENGENALAN UNIT -DEFINISI -MATLAMAT -FALSAFAH -OBJEKTIF -VISI -MISI BENDERA MALAYSIA BENDERA PENGAKAP LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA SEJARAH KEPENGAKAPAN PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP PERLEMBAGAAN PRINSIP PRINSIP BERPENGAKAP UNDANG-UNDANG PENGAKAP ISTIADAT RASMI COGAN KATA PENGAKAP PERSETIAAN PENGAKAP HORMATPENGAKAP LAGU PENGAKAP


STRUKTUR DAN ORGANISASI ISI KANDUNGAN STRUKTUR DAN ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA. STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP KANAKKANAK. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENGURUSAN KEAHLIAN PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK-KANAK PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PANGKAT PEMIMPIN PANGKAT/ LENCANA KEMAHIRAN LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI MINGGUAN


PRINSIP ASAS PENGAKAP


Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politikuntuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul,bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yangdiilhamkan oleh pengasasnya. FALSAFAH DEFINISI Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yangberpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawabterhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakatantarabangsa MATLAMAT Pergerakan Pengakap bertujuan memberi latihan kepimpinan berasaskan Prinsip, Persetiaan, dan Undang-Undang Pengakap untuk mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa. Mereka berusaha mencipta insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, dan jasmani, tanpa mengira warna kulit, agama, atau kebudayaan. Usaha ini bertujuan memperkukuhkan disiplin, akhlak, sopan santun, dan tanggungjawab diri, keluarga, dan masyarakat, serta membentuk warga yang berguna kepada Agama, Bangsa, dan Negara.


1.Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai pengakap. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja. 2. Untuk melatih, Jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat. 3. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program kepengkapan berpandukan prinsip dan Undang-Undang Pengakap. 4. 5.Menjadikan sebuah organisai yang berdikari dan diurus dengan berkesan. OBJEKTIF VISI PPM (Persatuan Pengakap Malaysia) MISI PPM (Persatuan Pengakap Malaysia)


BENDERA MALAYSIA Biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum Kuning bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan BENDERA PENGAKAP Bintang pecah 14 Menunjukkan perpaduan 15 buah negeri dan kerajaan persekutuan Anak Bulan Membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara Diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk bendera Malaysia dan lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan PasukanPasukan Persekutuan setiap hari mulai jam 8.00 pagi sehinggalah 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu. neB dera P e rsekutuanPengaka p Ma al y i s a


Lingkaran tali berwarna putih - Melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Ikatan buku sila - Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Warna putih - Kesucian dan kebersihan. LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA Pecahan tiga kelopak - Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan - Melambangkan Undang-. undang Pengakap yang sepuluh. Warna ungu - Warna Biro Pengakap Sedunia. LAMBANG PENGAKAP SEMALAYSIA 3 kelopak membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap : >Taat kepada Tuhan >Raja dan Negara >Menolong orang setiap masa & Menurut undang-undang Pengakap. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap". Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negert-negeri dalam Malaysia". Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara laltu Agama Islam". Lingkaran Tall melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja. Warna pada lambang menandakan unit-unit pengakap. Merah - "Pengakap Remaja" Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak"; Hijau - "Pengakap Muda";


SEJARAH KEPENGAKAPAN


SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA Lahir pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Ayahnya, Reverend H.H. Baden-Powell, seorang pensyarah di Universiti Oxford, London, manakala ibunya adalah anak kepada Laksamana British, W.T. Smyth. Ketika berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia, meninggalkan beliau bersama ibunya dalam keadaan sederhana. Sejak kecil, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap alam semula jadi. Semasa di sekolah, BP aktif dalam kegiatan seperti berlakon, menyanyi, dan menembak. Beliau meninggal dunia pada 8 Januari 1941 di Paxtu, Kenya, sebelum menyambut ulang tahunnya yang ke-84.. LORD BADEN-POWELL (BP) Setelah bersara sebagai Leftenan Jeneral, beliau mengadakan perkhemahan di Pulau Browsea pada tahun 1907 dengan 21 orang budak. Baden-Powell menggunakan pengalaman peperangan dan buku "Aids to Scouting" sebagai asas. Pada tahun 1908, beliau menulis buku "Scouting for Boys", yang menjadi asas Pergerakan Pengakap. Pergerakan ini cepat berkembang ke pelbagai negara termasuk Australia, Kanada, New Zealand, dan Afrika Selatan. Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap menubuhkan cawangan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India, dan di seluruh dunia selepas itu.


SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Ingeris samaada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris KotaBahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima RajaKelantan)


Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepasPerang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasinganserta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenalsebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yangmengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripadaPersekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysiapada bulan Ogos 1965 Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanjaRM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempenamenyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalahnadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negaramengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP MALAYSIA Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaituJohor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, PulauPinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan KualaLumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.


SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP MALAYSIA Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan Pergerakan Pengakap: Pulau Pinang (R Roberts, GH Goh & George Pykett) Sabah (Thomas Cecil Alexander di Sandakan) Pulau Pinang (HR Cheeseman di Penang Free School) Sarawak (Thomas Cecil Alexander) di Kuching (aktif selepas 1930) Pahang (GM Laidlow) di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet Kedah (EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield) Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett Perak (LR Wheeler) di Maktab Melayu Kuala Kangsar Melaka (R Brunstone) di Bandar Melaka Negeri Sembilan (R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith) Selangor (BE Haw) di Sekolah Victoria Institution Terengganu oleh AJ Gracle Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong Johor (HR Cheeseman) di Maktab Sultan Abu Bakar 1910 1913 1915 1915 1919 1922 1926 1926 1926 1926 1927 1927 1928 1931 Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith


PERLEMBAGAAN


PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP Prinsip-Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah: Kepercayaan kepada Tuhan Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara Perkhidmatan kepada diri sendiri


Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan Pengakap adalah jimat dan cermat Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun Taat Day 02 Bersaudara Berbudi Kasihkan binatang Menurut perintah Berjimat Suci fikiran, perkataan & perbuatan Tabah hati UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai Berguna Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah


Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. Iadilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "SehabisBaik". Kata itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklahdiadakan pada setiap awaldan akhir perjumpaan PEK ISTIADATLAUNGAGUNG 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ". 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ). Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK. ISTIADAT RASMI


1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. 3. Akela memanggil penerima lencana berbarisdi hadapannya (ditengah bulatan). 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana -Lencana Kemajuan di kiri lengan baju -Lencana Kepandaian dikanan lengan baju. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8.PKK tabik hormat. 9.Selesai semua Pek beri sorakan “Tahniah”dan dijawab oleh penerima lencana. 10.PKK balik ke sekawan masing-masing. ISTIADATTERIMAANUGERAH ISTIADATTAMATKURSUS (MANIKAYU) Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakapyangtelah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hinggaPeringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayupada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian. ISTIADAT RASMI


Taat Day 02 Tabah hati COGAN KATA PENGAKAP Berguna Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya berbeza mengikut unit-unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut : Pengakap kanak-kanak “Buat Habis Baik” Pengakap Kelana “Berkhidmat Selalu” Pengakap Muda “Selalu Sedia” Pengakap Remaja “Pandangan luas”


Taat Day 02 Tabah hati PERSETIAAN PENGAKAP Berguna Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap


Taat Day 02 Tabah hati Berguna Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU PENGAKAP Lirik Lagu Pengakap Malaysia


STRUKTUR DAN ORGANISASI


Taat Day 02 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Taat Day 02 STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP KANAK-KANAK


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut,: Kelana ‘A’ Bandar Maharani Kelana ‘B’ Bandar Maharani MENUBUH KUMPULAN 1 5 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERS A T U A N PE N G A K A P MA L A YS I A 2 Sekurang-kurangnya 18 orang Seramai-ramainya 48 orang Dengan dua orang pemimpin Jila lebih 48 orang, perlu tubuh dua pasukan BILANGAN ANGGOTA Setiap kumpulan perlu didaftarkan Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang kawalan) Borang PPM 9 A (Permohonan Tauliah Pemimpin/penolong) Borang boleh diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. PENDAFTARAN 3 YURAN PENDAFTARAN 4 Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM Yuran Pendaftaran: -Kumpulan RM30 setahun -Anggota Pengakap RM5 setahun -Pemimpin/Penolong Pemimpin RM10 Setahun Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah dari PPM iaitu Tauliah sementara diberikan kepada pemimpin yang lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua Tauliah tetap diberikan kepada pemimpin yang lulus Kursus kepimpinan Manikayu peringkat Tiga TAULIAH PEMIMPIN


10 Semua kegiatan dijalanka berdasarkan Skim Latihan yang dikeluarkan PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting.1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4- Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 dan remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur Guru Besar/Pengetua),ibu bapa/Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. KEGIATAN 6 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERS A T U A N PE N G A K A P MA L A YS I A 7 Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua) dan pemimpin Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur/ketua pemimpin bagi pihak pelajar Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran Pihak sekolah perlu memiliki/menyediakan satu fail pengakap PENTADBIRAN KUMPULAN Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol bagi Budak-budak Pengakap) JAWATANKUASA KUMPULAN 8 TUGAS MAJLIS PEMIMPIN 9 Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan Mengambil kedatangain anggota Rumpulan dan pemimpin Mmeriksa stok alatan kumpulan Memouat persedlaan menagajr (Program Mingeuan) Mengeluarkan surat kebenaran bu Bapa/Penjaga Nama dan no kad pengenalan anngota Nombor pendaftaran Nombor ibu bapa/penjaga Alamat dan no telefon ibu bapa/penjaga BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA PENGAKAP Tarikh lahir Bangsa dan agama Kesihatan dan alergi makanan Kecenderungan dan minat


PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA


Taat Day 02 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK KANAK


Taat Day 02 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK KANAK


Taat Day 02 PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN


Taat PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN Berguna


P E R S A T U A N P E N G A K A P M A L A Y S I A LENCANA KEMAHIRAN Setelah lulus Lencana Keahlian, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latinan dan ujian bagi mendapatkan SATU (1) Lencana WAJIB mengikut minat dan kesukaannya dalam aktivitiaktiviti lencana tersebut: LENCANA WAJIB Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian LENCANA KEAHLIAN Sebelum layak menjalani ujian dalam silibus Lencana Keris Gangsa, seseorang Pengakap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. LENCANA KEMAJUAN Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak - Lencana Keris Gangsa, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI KEGEMARAN


P E R S A T U A N P E N G A K A P M A L A Y S I A LENCANA KEMAHIRAN Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak - Lencana Keris Perak, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PENGETAHUAN Selang tarikh lulus antara lencana keris gangsa dengan keris perak ada;ah 6 bulan LENCANA KEMAJUAN Setelah lulus Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PERKHIDMATAN


P E R S A T U A N P E N G A K A P M A L A Y S I A LENCANA KEMAHIRAN Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian (SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan. Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri). TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK Selang tarikh lulus antara lencana keris perak dengan keris emas adalah 6 bulan LENCANA KEMAJUAN Sebelum layak lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengkap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (DUA Lencana Kategori Pengetahuan dan DUA Lencana Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu.


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN


Minggu 1 Tarikh: 8/1/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Pengenalan, Dasar dan Tujuan Kepengakapan LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mengetahui Sejarah Kepengakapan : Organisasi Negeri Ibu Pejabat PPM, Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dan Kawasan Asia. Pasifik (APR) Pelembagaan Persekutuan Pengakap Persetiaan Undang-undang Pengakap Dasar Keagamaan Saya dapat mengkaji aspek -aspek penting yang menjadi asas operasi dan aktiviti harian saya sebagai ahli pengakap. Ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai nilai-nilai dan prinsip yang dipegang teguh oleh Pergerakan Pengakap serta tanggungjawab sayasebagai anggota.


Minggu 2 Tarikh: 15/1/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Pengurusan dan Pentadbiran LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mengetahui Selok belok pengurusan dan Pentadbiran PPM : Rekod dan dokumen kumpulan Skim latihan manikayu Sejarah kepengakapan Aktiviti ini membolehkan saya memahami kepentingan memelihara rekod yang tepat dan dokumen yang terperinci dalam Persatuan Pengakap. Ini mengajar saya menghargai nilai sejarah dalam pembentukan kumpulan serta memupuk kemahiran organisasi, kerjasama kumpulan, dan tanggungjawab dalam menjaga dan menyampaikan rekod dan dokumen secara sistematik.


Minggu 3 Tarikh: 22/1/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Pakaian Seragam Pengakap dan Selamat Daripada Bahaya LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri Protokol pakaian seragam pengakap Pemakaian lencana dan tanda pangkat Standard Operasi Prosedur (SOP) pengurusan risiko Polisi perlindungan kanak-kanak (Loco Parentins) Kod etika pemimpin Pengajaran ini mengajar saya tentang pentingnya mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan serta menjadi contoh yang baik sebagai pemimpin dalam persekitaran pengakap. 1.Mempelajari :


Minggu 4 Tarikh: 29/1/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Unit Pengakap Kanak-Kanak (PKK) LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang : Program latihan PKK Skim latihan Pengakap Kanak-kanak Merancang Program Organisasi PPM kumpulan daerah dan negeri Aktiviti ini memberi saya wawasan tentang bagaimana merancang, melaksanakan, dan menilai program latihan dengan berkesan, serta pentingnya kerjasama antara peringkat kumpulan, daerah, dan negeri dalam menyokong pembangunan anggota pengakap.


Minggu 5 Tarikh: 5/2/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Istiadat Pengakap LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari prosedur : Istiadat laung agung Istiadat menaikkan bendera Saya belajar tentang pentingnya menghormati dan mempraktikkan adat dan tradisi dalam Pergerakan Pengakap. Aktiviti ini juga mengajarkan saya tentang nilai-nilai patriotisme dan tanggungjawab sebagai warga negara dalam menjaga simbol kebangsaan seperti bendera. Saya memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pentingnya melaksanakan proses tersebut dengan penuh kehormatan dan disiplin sebagai aspek penting dalam pembangunan watak dan kepemimpinan dalam Pergerakan Pengakap.


Minggu 7 Tarikh: 19/2/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Permainan Pengakap, Lagu Lagu Pengakap, Yell LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mengadakan persembahan dan demo : Melalui permainan pengakap saya berpeluang untuk melatih kemahiran komunikasi, kerjasama, dan kepemimpinan sambil berhibur. Lagu-lagu pengakap mengajar saya tentang nilai-nilai pengakap dan semangat persatuan, sementara yell menguatkan semangat kumpulan saya dan memupuk rasa kebanggaan. Aktiviti ini membantu dalam pembangunan watak, kepimpinan, dan kesetiaan dalam Pergerakan Pengakap. Permainan pengakap, lagu-lagu pengakap dan yell


Minggu 8 Tarikh: 26/2/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Sistem Berpatrol LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang: Aktiviti ini bertujuan untuk memahami peranan dan tugas ahli dalam sebuah Patrol (Sekawan) dalam Pergerakan Pengakap. Setiap Patrol mempunyai peranan yang penting dalam menjalankan aktiviti pengakap. Ahli Patrol bekerjasama dalam pelbagai tugas untuk mencapai matlamat kumpulan. Contohnya, seorang ahli mungkin bertanggungjawab untuk merancang dan menyediakan makanan untuk perkhemahan, sementara yang lain boleh menguruskan kumpulan semasa aktiviti luar. Melalui aktiviti ini, saya belajar tentang kerjasama, kepimpinan, dan tanggungjawab dalam konteks kumpulan kecil, yang membantu kami berkembang sebagai individu yang berkesan dalam Pergerakan Pengakap. Peranan Patrol (sekawan) Ahli dan tugas patrol (sekawan)


Minggu 9 Tarikh: 4/3/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Aktiviti Asas- PKK (Kemahiran Berpengkap) LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang : Melalui latihan ini, saya mempelajari keterampilan praktikal yang penting untuk kegiatan luar di Pergerakan Pengakap, seperti perkhemahan dan aktiviti selainnya. Saya juga memahami pentingnya kecekapan dalam membuat ikatan yang kukuh dan selamat. Aktiviti ini membantu saya memperoleh kemahiran teknikal serta keterampilan kerja berkumpulan dan kecekapan dalam menangani alam sekitar semasa menjalankan aktiviti luar. Ikatan dan Simpulan. Buku sila Bunga geti Tindih Kasih Ikatan Manok Ikatan balak


Minggu 10 Tarikh: 11/3/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Aktiviti Asas- PKK (Kemahiran Berpengkap) LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang : Aktiviti kawad kaki merupakan satu aspek penting dalam latihan pengakap yang melibatkan disiplin, ketepatan, dan kerjasama kumpulan. Melalui aktiviti ini, saya mempelajari teknik-teknik kawad kaki seperti langkah, barisan, dan formasi yang betul. Saya juga mengamalkan nilainilai seperti kepatuhan, tanggungjawab, dan kecemerlangan dalam penyampaian. Selain daripada memperbaiki postur badan dan gerakan, aktiviti kawad kaki juga membantu memperkuatkan keupayaan komunikasi dan koordinasi dalam kumpulan. Ini memberi pengalaman yang berharga kepada ahli pengakap dalam mengembangkan keterampilan kepemimpinan, kerjasama, dan disiplin diri. Kawad kaki


Minggu 11 Tarikh: 18/3/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Aktiviti Asas- PKK (Kemahiran Berpengkap) LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang : Dalam aktiviti ini, saya diajar untuk mengenali situasi kecemasan, menguruskan keadaan cedera, dan memberikan bantuan pertolongan awal yang diperlukan sehingga bantuan profesional tiba. Latihan ini termasuk mengajar teknik-teknik seperti CPR (penyelamatan hidup), penjagaan luka, serta penyelamatan dalam air dan gunung. Kemahiran pertolongan cemas memberi pengakap keyakinan untuk bertindak dengan cepat dan berkesan dalam keadaan darurat, menyelamatkan nyawa dan memperkuatkan nilai-nilai kemanusiaan dalam Pergerakan Pengakap. Pertolongan cemas


Minggu 12 Tarikh: 25/3/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Aktiviti Asas- PKK (Kemahiran Berpengkap) LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang : Saya belajar untuk berdikari, kreatif, dan sentiasa bersedia dalam menangani pelbagai situasi dan cabaran. Saya belajar untuk menggunakan sumber-sumber semula jadi, merancang, dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menghadapi cabaran dan keadaan yang mungkin terjadi semasa aktiviti luar. Ikhtiar hidup juga merangkumi kemahiran sosial seperti kerjasama, kepemimpinan, dan penyampaian yang penting dalam membina kepercayaan diri dan kesejahteraan individu dalam Pergerakan Pengakap. Ikhtiar hidup


Minggu 13 Tarikh: 1/4/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Cerita Hutan LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang : Dalam aktiviti ini, saya mempelajari tentang watak-watak dalam cerita hutan yang sering kali diwakili oleh pelbagai jenis binatang dengan sifat-sifat yang berbeza. Melalui pengenalan kepada watak-watak ini, saya dapat memahami bagaimana setiap watak mewakili nilai atau sifat tertentu, seperti keberanian, kesabaran, kecerdikan, atau kebaikan hati. Selain itu, saya juga meneliti moral yang terkandung dalam cerita hutan, yang sering kali berkisar pada nilai-nilai seperti keberanian, kesetiaan, persahabatan, atau pentingnya menjaga alam sekitar. Melalui ceritacerita ini, saya dapat mengambil pengajaran tentang bagaimana menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian kami. Watak-watak cerita hutan Moral dari certa hutan


Minggu 14 Tarikh: 8/3/2024 Hari: Isnin Masa: 2;30-4;30 P.M TAJUK : Malam pengakap LAPORAN AKTIVITI: REFLEKSI Jurulatih bertugas: Tuan Hj Shukri 1.Mempelajari tentang : Daripada aktiviti ini, saya menyedari bahawa Malam Pengakap bukan sekadar satu lagi acara sosial, tetapi ia merupakan peluang untuk memperkukuhkan ikatan kumpulan, memupuk semangat kerjasama, dan memperluaskan pengalaman kehidupan di alam semula jadi. Saya juga belajar tentang pentingnya perancangan yang teliti, kerjasama kumpulan, dan komunikasi yang efektif dalam mengendalikan aktiviti besar seperti ini. Ini membawa kesedaran tentang nilai-nilai seperti tanggungjawab, kerjasama, dan kepemimpinan dalam kehidupan seharian dan dalam kumpulan saya dalam Pergerakan Pengakap. Apa itu malam pengakap Mengendalikan malam pengakap


Click to View FlipBook Version