The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firdausyuhada19, 2021-10-06 20:33:33

MINIT MESYUARAT KALI AJK PIBG KE2

Minit Mesyuarat AJK kali 2

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE-2
SESI 2020/2022

Tarikh : 08 April 2021 (Khamis)
Masa : 2:30 ptg
Tempat : Anjung Muafakat SKT

Hadir : (ahli mesyuarat)

1. En. Mohd Assri bin Malik Penasihat
2. Dato’ Hj. Zulkifli @ Mohd Ros bin Hj. Ahmad Pengerusi/YDP
3. Tn. Hj. Mahayudin bin Hj. Ahmad NYDP
4. Pn. Junaidah binti Abd. Malek Setiausaha Kehormat
5. Pn. Noor Azha binti Puteh Penolong Setiausaha
6. Pn. Nor Syuhada binti Abdul Halim Bendahari Kehormat
7. Pn. Fadhlina binti Aziz AJK Guru
8. Pn. Tuty Muna Sufeedza binti Abdullah AJK Guru
9. En. Osman bin Samsu AJK Guru
10. En. Asyraf Syakir bin Mat Thoha AJK Guru
11. Pn. Suriani binti Marzuki AJK Guru
12. Pn. Suria binti Taib AJK Guru
13. Tn. Hj. Darul Naim bin Ahmat AJK Guru
14. Pn. Che Masayu bnti Zainol Juruaudit
15. Pn. Rosemasyita binti Omar Juruaudit

Turut Hadir : Pihak Pentadbiran PK Pentadbiran
PK HEM
1. En. Muhamad Aqromin bin Azizan PK Kokurikulum
2. Dr. Khairool Anuar bin Hj Hashim PK Pendidikan Khas
3. En. Mohd. Shukri bin Osman
4. Pn. Wan Mariam binti Wan Ismail AJK Waris
AJK Waris
Tidak Hadir Bersebab : AJK Waris
AJK Waris
1. En. Eddi Zaimee bin Romli AJK Waris
2. En. Khairul Suhaimi bin Said AJK Waris
3. Pn. Hasniza binti Mohamad AJK Waris
4. Pn. Rapishah binti Saad AJK Guru
5. Pn. Rokiah binti Hussien
6. Pn. Norsham binti Samat
7. En. Mohd Nazmir bin Mahadzir
8. Pn. Norlida binti Jaafar

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 YDP mengucapan terima kasih kepada semua yang hadir untuk menyuarat kali ini.
1.2 YDP memaklumkan hari ini merupakan sejarah sepanjang berkhidmat sebagai YDP kerana ini
lah pertama kali mesyuarat AJK PIBG yang tidak dihadiri oleh AJK Waris.
1.3 YDP memaklumkan perjalanan sekolah berjalan lancar. Para waris perlu faham dengan norma
baharu di mana para waris tidak boleh masuk ke dalam kawasan sekolah.
1.4 YDP memberitahu bahawa pentadbiran sekolah kemas dan teratur, persekitaran sekolah
semakin ceria dan cantik.
1.5 YDP memaklumkan Menteri Pendidikan sedang dalam rangka lawatan ke sekolah-sekolah
dalam daerah Kubang Pasu pada minggu hadapan.
1.6 YDP juga memaklumkan tentang suntikan vaksin sedang berjalan.
Makluman

1

2.0 UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR)
2.1 GB memaklumkan persekolahan dibuka semula. Pihak sekolah cuba menjaga SOP supaya
sentiasa dalam keadaan terkawal. Kehadiran murid adalah baik mencecah 90%.
2.2 Peperiksaan telah siap dijalankan.
2.3 Pengkelasan kelas terpaksa dilakukan supaya guru-guru senang merancang pembelajaran
kepada murid-murid.
2.4 GB memaklumkan pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Kumpulan Sokongan Waris Pendidikan
Khas. GB mengucapkan tahniah kepada warga Pendidikan Khas kerana dapat menguruskan
kelas dengan cemerlang. Dimaklumkan juga Cikgu Mohd. Fadly Effandy bin Nordin telah
menyumbangkan 5 unit penghawa dingin (ekon) untuk kegunaan kelas-kelas Pendidikan Khas.
2.5 GB memaklumkan Kelas Prasekolah dan Pendidikan Khas mendapat projek tukar bumbung.
2.6 GB memaklumkan akan diadakan perlawanan persahabatan badminton guru-guru lelaki dengan
SK Seri Muda pada petang ini.
2.7 GB mahu mesyuarat pada hari ini dikhususkan kepada perbincangan mengenai Mesyuarat
Agung. Beliau memaklumkan negeri-negeri dalam PKPP boleh menjalankan mesyuarat agung
secara bersemuka tetapi bukan di premis sekolah.
2.8 GB memaklumkan mesin fotostat di bilik guru adalah atas tanggungan PIBG. Syarikat Wasilah
Sinar menawarkan sewa mesin seperti biasa. 1000 cetakan, syarikat akan sumbangkan 1 rim
A4.
Makluman

2.9 GB menyentuh mengenai sumbangan kewangan yang telah dijanjikan oleh Dato Ramlee
semasa Mesyuarat Agung yang lepas. Sumbangan masih belum diterima.
Tindakan : Setiausaha

3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat AJK PIBG kali pertama sesi 2020/2022 diterima tanpa pindaan.
Cadangan pengesahan : Dr. Khairool Anuar bin Hj Hashim. Sokongan : En. Osman bin Samsu

4.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN SEMASA

5.1 Penyata kewangan dibentangkan oleh Bendahari. Diterima sebulat suara.
5.2 Diputuskan kutipan sumbangan PIBG akan dibuat selepas mesyuarat AJK ini.

Tindakan : Setiausaha dan Bendahari

6.0 LAPORAN BIRO
Tiada

7.0 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 2021

7.1 Mesyuarat telah memutuskan akan menjalankan Mesyuarat Agung PIBG di teratak YDP
7.2 VIP yang akan dijemput merasmikan mesyuarat ialah ADUN Bukit Kayu Hitam.
7.3 Tarikh pada Sabtu 29 Mei 2021

Tindakan : Setiausaha

2

8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Cikgu Osman bin Samsu menawarkan diri untuk membuat sumbangan pembelian komputer
bagi kegunaan di bilik guru. Sumbangan berjumlah 50% daripada harga komputer manakala
50% lagi adalah ditanggung oleh PIBG.
8.2 PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada kolaborasi dengan PIBG.
8.3 PK HEM memaklumkan kutipan dijalankan untuk sumbangan kepada murid-murid dalam
Program Ziarah Cakna & Prihatin. Unit HEM mohon sumbangan RM1000.00 (seribu ringgit)
untuk membantu program yang dijalankan ini. PK HEM juga memohon sumbangan PIBG
sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) untuk projek cat kantin sekolah.
8.4 PK Pentadbiran memaklumkan UPSR masih tidak dijalankan pada tahun 2021. Beliau
memohon kepada PIBG untuk diberi sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada murid-
murid yang berjaya ke SBP. Beliau akan membuat servay kepada waris-waris.
8.5 GB memaklumkan AJK Guru akan berubah selepas Mesyuarat Agung kali ini. Setiausaha
Kehormat akan digantikan oleh Cikgu Puan A’zura binti Che Ani manakala Bendahari
Kehormat pula digantikan dengan Cikgu Puan Hafishah binti Long. AJK Waris masih kekal
sehingga habis penggal.
8.6 YDP meluluskan permohonan RM1000.00 (seribu ringgit) untuk Program Ziarah Cakna &
Prihatin, Projek cat kantin RM500.00 (lima ratus ringgit), dan tanggungan bayaran mesin
fotostat diteruskan oleh PIBG.
Tindakan : Bendahari

9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat
pada kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:25 petang.

Minit Mesyuarat disediakan oleh :

(HJH JUNAIDAH BINTI HJ ABD. MALEK)
Setiausaha Kehormat PIBG 20202022

3


Click to View FlipBook Version