SEJARAH
RAGBI
Mengetahui sejarah ragbi dan ragbi
sentuh
Mengetahui peraturan permainan ragbi
sentuh.
Mengetahui sejarah ragbi dan ragbi
sentuh
Mengetahui peraturan permainan ragbi
sentuh.
Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di
England tahun 1823, William Webb Ellis (1805-1872)
Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun
1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang
bernama Rugby School di England.
Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis.
Semasa perlawanan bola sepak, tanpa diduga beliau telah
mengambil bola dengan tangannya dan membawanya
berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakan-
rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang
menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya
mengejar. Akhirnya terjadilah perebutan dalam kalangan
mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu
disertai pula rakan-rakannya. Maka dari situlah bermulanya
satu permainan baru.
Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena
nama pekan kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis
bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubah
suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan
rasminya sendiri.
Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England.
Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi
permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia
pertama.
Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri
Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-
pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen,
Seremban.
Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini.
Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri.
Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak,
Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut
ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch
Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor
dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara
negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala
All Blues. Perak muncul sebagai juara.
Kesatuan Ragbi Malaysia adalah badan pentadbir bagi
sukan ragbi di Malaysia. Ia diasaskan pada tahun 1921 dan
menjadi sekutu kepada Badan Ragbi Antarabangsa pada
tahun 1988.
Ragbi sentuh merujuk permainan berasal
daripada bola sepak ragbi di mana pemain
tidak saling merebut tetapi menyentuh pihak
lawan mereka menggunakan tangan pada
mana-mana bahagian badan, pakaian atau
bola.
7 orang pemain dalam sesuatu perlawanan.
5 orang pemain di bangku simpanan.
5 pemain simpanan boleh bermain dan digantikan setiap
perlawanan.
Masa permainan rasmi 7 atau 10 minit setiap separuh masa
dan 2 minit waktu rehat.
Jenis boleh ragbi kulit atau sentetik saiz-3 untuk sekolah
rendah.
1. Kemahiran menghantar bola.
2. Kemahiran menangkap bola.
3. Kemahiran mengacah.
(KUTIPAN MATA)
Setiap try dan penalti try yang dilakukan akan diberi
3 mata dan try 5 mata akan diberi kepada
pemain yang meletakkan bola dalam kotak yang
disediakan dalam kawasan in goal.