Antara khazanah rakyat Malaysia
ialah cerita-cerita rakyat dan
khazanah ini seharusnya dipelihara
supaya kekal sepanjang zaman.
Oleh itu, buku-buku cerita seperti
ini sering diterbitkan dalam
pelbagai bentuk.
Judul-judul yang terdapat dalam siri ini:
Awang Janggut
Puteri Lelasari dengan Ular Tedung
Tanggang Derhaka
Puteri Labu
Bawang Putih Bawang Merah
Batu Belah Batu Bertangkup
Mahsuri
Puteri Buta
Z. Leman
Z. Leman
Ilustrasi oleh: Zaidi Yaman
Penerbitan Hartamas
23 Jalan 3/57 B,
Off Jalan Segambut Bawah,
Segambut, 52100 Kuala Lumpur.
© Penerbitan Hartamas
Purpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Z. Leman
Batu belah batu bertangkup / pengarang Z. Leman.
(Siri khazanah cerita rakyat)
ISBN 983-634-250-6 (set)
ISBN 983-034-246-8
1. Folk literature, Malay. I. Judul.
II. Siri.
398.209595
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran, ditukarkan ke dalam apa bentuk
sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanikal, penggambaran
semula, perakaman ataupun sebaliknya, tanpa izin terlebih dahulu
daripada Penerbitan Hartamas.
Dicetak di Malaysia oleh:
Grand Art Printing & Packaging Sdn. Bhd.
31, Jalan Jasa Merdeka 1A,
Taman Datuk Thamby Chik Karim,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
PRAKATA
Antara khazanah rakyat Malaysia ialah cerita-cerita
rakyat dan khazanah ini seharusnya dipelihara supaya
kekal sepanjang zaman. Oleh itu, buku-buku cerita
seperti ini sering diterbitkan dalam pelbagai bentuk.
Kami tidak ketinggalan dalam usaha ini supaya
khazanah ini terus terpelihara sepanjang masa.
Generasi demi generasi dapat menghayati cerita-cerita
ini yang penuh dengan nilai-nilai murni.
Semoga usaha ini dapat menambahkan bahan
bacaan untuk kepentingan pendidikan negara.
Penerbit
Pada zaman dahulu, ada sebuah negeri
bernama Cendana Puri. Negeri itu sebuah
negeri yang mundur lagi. Keadaan
kampung-kampungnya penuh hutan
rimba. Raja yang memerintah bernama
Alam Syah. Baginda disegani oleh sekalian
rakyatnya.
Kehidupan rakyatnya hanya bekerja
sebagai petani dan nelayan. Kebanyakan
mereka hidup miskin tetapi bahagia.
Antara rakyat negeri itu ada seorang
perempuan bernama Mak Desa. Suaminya
telah meninggal dunia. Mak Desa tinggal
dengan dua orang anaknya, seorang
perempuan dan seorang lagi lelaki.
Anak perempuan Mak Desa bernama
Bunga Melor. Usianya dua belas tahun,
manakala anak lelakinya pula bernama
Bunga Pekan, berusia enam tahun.
1
Mak Desa dan keluarga tinggal di
kampung yang terpencil. Di sekitar
kampung penuh dengan hutan rimba.
Kira-kira seribu langkah dari rumah
mereka, ke arah barat terdapat sebuah
batu besar. Kononnya, batu itu berpuaka
dan boleh menyedut manusia.
Semua orang takut hendak pergi ke
situ. Selama ini tiada seorang pun berani
mendekati batu itu. Batu berpuaka ini
diberi nama Batu Belah Batu Bertangkup.
Keluarga Mak Desa sangat miskin.
Rumah mereka buruk. Setiap hari, mereka
bercucuk tanam untuk hidup. Kadang-
kadang Mak Desa menangguk ikan di
paya untuk dibuat lauk.
Melur dan Pekan sedar akan
kemiskinan hidup mereka itu. Oleh itu,
mereka selalu menolong ibunya membuat
bermacam-macam pekerjaan. Rumah
jiran-jiran mereka agak jauh juga dari
situ.
4
Pada suatu hari, Mak Desa hendak
pergi menangguk ikan. Dia pun bersiap-
siap. “Melur, Pekan, tinggallah di rumah
baik-baik. Mak hendak pergi menangguk
ikan,” kata Mak Desa kepada anak-
anaknya itu.
Kedua-dua adik-beradik itu gembira
mendengar kata-kata ibu. Mereka
berharap ibu mereka akan membawa
pulang ikan-ikan yang besar.
Sebentar kemudian, Mak Desa
menuju ke sebuah kawasan paya. Di situ
memang terdapat banyak ikan. Mak Desa
sudah biasa menangguk ikan di paya itu.
Mak Desa menangguk ikan ber-
sendirian. Dia bekerja bersungguh-sungguh.
Nasibnya kali ini agak baik kerana
mendapat beberapa ekor ikan. Hatinya
berasa sangat gembira.
5
Namun Mak Desa terus nenangguk
lagi. Dia mahu menangkap ikan seberapa
banyak yang boleh. Tiba-tiba, dia melihat
ada seekor ikan tembakul di dalam
tangguknya itu.
“Oh, bertuahnya aku! Ikan ini
sedang bertelur nampaknya,” kata Mak
Desa. Dia membelek-belek ikan tersebut.
Kemudian dia membuat keputusan untuk
pulang.
“Ikan apa itu mak?” tanya Pekan
ketika ibunya sedang mempersiang ikan
yang bertelur itu. Pekan suka melihat
telur-telur ikan tersebut.
“Inilah ikan tembakul namanya,”
beritahu Mak Desa dengan senang hati.
“Tentu telur-telur ikan itu sedap
rasanya jika digoreng,” kata Melur pula.
“Ya, mak akan goreng ikan ini,” kata
Mak Desa.
8
Selesai sudah Mak Desa menggoreng
telur-telur ikan tembakul itu. Diasingkan
sebahagian untuk dimakan oleh anak-
anaknya itu. Ada beberapa ketul lagi
disimpannya di atas para untuknya.
“Sedapnya telur ikan ini,” Pekan
makan dengan gelojohnya. Sekejap
sahaja telur-telur ikan goreng itu habis
dimakan bersama-sama kakaknya.
Ada pun Mak Desa masih terasa
penat. Oleh itu dia tidak berselera untuk
makan. Dia pun pergi berehat. Ketika dia
berehat, rupa-rupanya dia terus terlelap.
“Ah, mak aku sudah tidur! Aku
hendak tengok telur goreng simpannya,
itu,” kata Pekan. Rupa-rupanya, dia belum
puas makan telur-telur ikan tembakul itu.
9
Akhirnya, telur ikan tembakul di atas
para ditemui. Tanpa diketahui oleh
sesiapa, Pekan makan telur itu sehingga
habis. Setelah kenyang, dia berpura-pura
tidur.
Mak Desa mula berasa lapar. Dia
teringat akan telur goreng yang disimpan-
nya itu. Dia pun pergi ke dapur untuk
mengambil telur itu tetapi telur itu tidak
ada lagi.
“Siapa yang makan telur-telur goreng
ini?” tanya Mak Desa kepada anak-
anaknya. Tiada seorang pun mengaku.
Melur dan Pekan tuduhmenuduh di antara
satu sama lain.
Hati Mak Desa berasa sangat sedih.
“Kamu berdua ni memang tidak sayang
kepada mak, kempunan Mak tidak
dapat makan telur ikan tembakul,” kata
Mak Desa berasa kesal dengan sikap
anak-anaknya itu.
12
Air mata si ibu berlinangan. Tiba-tiba
sahaja dia menjadi benci melihat anak-
anaknya sendiri. “Oh, aku adalah ibu yang
malang. Anak-anak tidak sayang kepada
aku lagi!” kata Mak Desa dengan suara
yang pilu.
Kemudian Mak Desa meninggalkan
rumah. Dia mahu membawa dirinya yang
malang itu.
Si ibu berjalan meredah hutan rimba.
Air matanya terus berlinang. Dia tidak
tahu ke mana arah tujuannya.
“Mak! Mak! Jangan tinggalkan kami!”
teriak Melur dan Pekan bertangisan.
Mereka mengejar ibu mereka. Namun
begitu, Mak Desa tidak menghiraukan
mereka lagi. Bagi Mak Desa, perbuatan
anak-anaknya amat melukakan hatinya.
13
Dari jauh si ibu terdengar ada suara
memanggil-manggil namanya. Dia pun
berlari mendapatkan suara itu. “Mari ke
sini! Mari ke sini, Mak Desa!” kedengaran
suara itu memanggil-manggil.
Sebenarnya, itu adalah suara Batu
Belah Batu Bertangkup. Kemudian Mak
Desa berkata, “Batu Belah Batu
Bertangkup, telanlah aku hidup-hidup,
aku kempunan telur ikan tembakul!”
Mendengar rintihan itu, batu
berpuaka itu pun bergegar serta berbunyi
garang. Ia mahu menyedut Mak Desa.
Mak Desa terus berkata lagi, “Batu Belah
Batu Bertangkup, telanlah aku hidup-
hidup, aku kempunan telur ikan
tembakul!”
Melur dan Pekan terus mengejar ibu
mereka. “Mak! Mak! Jangan tinggalkan
kami!” kata mereka merayu-rayu.
16
Sebentar kemudian si ibu berada di
hadapan batu berpuaka tersebut. Ketika
itu, mulut batu itu terbuka luas. Mak Desa
benar-benar sudah berputus asa.
Kesudahannya Mak Desa masuk
juga ke dalam mulut Batu Belah Batu
Bertangkup. Batu berpuaka itu pun
tertutup semula. Melur dan Pekan tidak
dapat berbuat apa-apa. Mereka hanya
menangis.
“Adik ku Pekan, mak telah menjadi
korban batu berpuaka ini,” kata Melur.
“Kak, ibu kita tidak ada lagi,
kemanakah kita harus pergi?” tanya
Pekan pula.
“Kita tunggu mak di sini dik,” jawab
Melur. Kedua-dua mereka terus teresak-
esak. Mereka duduk menunggu di situ
hingga menjelang malam.
17
Pada malam itu, ketika sedang
tidur, Melur bermimpikan ibunya yang
memberitahu sesuatu. “Anak-anakku,
tinggalkan tempat ini dan mulakan hidup
baru. Kamu berdua akan mendapat
sesuatu yang baik nanti,” pesan si ibu itu.
Kemudian ibu mereka berpesan lagi,
“Jika kamu dalam kesusahan, datanglah
ke sini. Mak boleh tolong kamu berdua.”
Pada keesokan harinya, Melur cuba
menyempurnakan pesanan itu. Dia
mengajak adiknya pergi merantau.
“Manalah tahu hidup kita berdua lebih
baik, dik,” kata Melur penuh harapan.
Pekan bersetuju. Akhirnya, mereka
berdua pun meninggalkan batu berpuaka
itu. Mereka berjalan menghala ke arah
barat.
20
Sudah terlalu jauh mereka berdua
berjalan. Mereka berasa sedih. Apabila
sampai di suatu tempat, tiba-tiba mereka
bertemu dengan seorang wanita tua. Dia
adalah nenek kebayan yang baik hati.
“Wahai cucu-cucu berdua! Ke
manakah kamu hendak pergi?” tanya
nenek kebayan kepada Melur dan Pekan.
Wanitu tua itu menggembirakan
kedua adik-beradik itu. Melur menceritakan
kejadian yang berlaku ke atas mereka
berdua. Nenek kebayan berasa simpati
dan ingin menolong mereka.
“Jika begitu, tinggallah bersama-
sama nenek. Nenek pun tinggal seorang
diri,” kata nenek kebayan memujuk.
21
Pelawaan itu diterima dengan
senang hati. Sejak itu, tinggallah Melur
dan Pekan di pondok nenek kebayan.
Pekerjaan nenek kebayan adalah menjual
bunga-bungaan. Melur dan Pekan turut
menolongnya.
“Kadang-kadang nenek menjual
bunga sampai ke istana raja,” beritahu
nenek kebayan tentang pekerjaanya.
Tahun demi tahun berganti.
Akhirnya, Melur menjadi gadis remaja,
manakala Pekan pula menjadi seorang
pemuda yang kacak. Nenek kebayan
gembira kerana mereka berdua telah
dewasa.
Hidup nenek kebayan juga ber-
tambah senang. Melur dan Pekan banyak
menolongnya dalam setiap pekerjaannya.
24
Pada suatu hari, heboh berita tentang
puteri Raja tidak sedarkan diri. Ramai
bomoh dan dukun cuba menyembuh-
kannya, namun tidak berjaya. Raja Alam
Syah serta permaisuri benar-benar berasa
bimbang.
“Jika ada sesiapa dapat menyembuh-
kan puteri beta ini, segala permintaannya
akan beta tunaikan,” kata Raja Alam Syah
membuat janji.
Ramai orang cuba menyembuhkan
puteri tetapi gagal. Kemudian Pekan
tampil. Melur menyuruhnya membawa
tuan Puteri ke Batu Belah Batu Bertangkup.
“Di sana nanti mungkin tuan Puteri
dapat disembuhkan,” kata Pekan kepada
baginda Raja. Raja Alam Syah bersetuju.
Mereka membawa tuan Puteri ke tempat
yang disebutkan.
25
Di hadapan Batu Belah Batu
Bertangkup, Pekan dan Melur pun berseru.
“Mak! Anakmu datang mengharapkan
pertolongan. Puteri Raja tidak sedarkan
diri.”
Serta-merta batu itu terbuka luas.
Kedengaran suara Mak Desa menyuruh
Pekan membawa tuan Puteri masuk ke
dalam. Orang yang berada di situ menjadi
cemas. Apabila tuan Puteri dibawa keluar
tuan Puteri telah sembuh.
Raja Alam Syah sangat gembira.
Begitu juga permaisuri. Mereka terhutang
budi kepada Pekan dan juga Melur yang
berjasa itu.
“Pemuda ini memang padan jika
dijodohkan dengan puteri kita itu,” kata
baginda Raja. Permaisurinya bersetuju.
Akhirnya Pekan berkahwin dengan
puteri Raja yang jelita. Mereka hidup
bahagia. Melur dan nenek kebayan
dibawa tinggal di Istana yang indah itu.
28
Jawab soalan-soalan di bawah ini:
1. Bagimanakah kehidupan rakyat di negeri
Cendana Puri dan apakah pekerjaan mereka?
2. Siapakah penduduk miskin di negeri Cendana
Puri?
3. Tidak jauh dari rumah tiga beranak itu terdapat
batu besar berpuaka. Apakah nama batu
berpuaka itu?
4. Apakah yang menyebabkan Mak Desa ditelan
batu berpuaka itu?
5. Pada malam itu, Melur bermimpi. Siapakah yang
muncul dalam mimpinya?
6. Siapakah yang ditemui oleh Melur dan Pekan
dalam perjalanan menuju ke batu puaka itu?
7. Apakah pekerjaan nenek tempat Melur dan
Pekan menumpang tinggal?
8. Apakah yang telah berlaku kepada Puteri Raja?
9. Dalam keadaan yang genting itu, siapakah yang
tampil menghadap Raja?
10. Ke manakah Tuan Puteri itu dibawa untuk
mengubati penyakitnya?
29