The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqah sharbini, 2021-09-12 11:54:32

JURUKIRA WANG

JURUKIRA WANG

i

PUSTAKA BUANA
No. 142, Jalan Choo Lip Kung
Taman Taynton View
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-9132 7218

© PUSTAKA BUANA
Cetakan Pertama 2008

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian
dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi atau diubah suai dalam sebarang bentuk
atau cara, sama ada secara elektronik, mekanikal,
penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada penerbit.

Perpustakaan Data Pengkatalogan-
Negara Malaysia dalam-Penerbitan

M. Saleh Mahyat, 1948-
Jurukira wang / M. Saleh Mahyat.
(Siri jejak-jejak usahawan)
ISBN 978-983-2632-20-7 (set)
ISBN 978-983-2632-28-3
1. Malay fiction. I. Judul. II. Siri.
899.2333

Dicetak oleh C.T. Book Makers Sdn. Bhd. (416129-H)

ii

iii

iv

1
KISAH DI TEPI PADANG

Di pinggir sebuah bandar terdapat sebuah taman
perumahan. Di situ banyak rumah kos rendah
yang baru didirikan. Antara yang tinggal di situ
ialah Amin, Armugam dan Ah Chai.

Rumah Amin terletak di blok A, rumah Armugam di
blok B dan rumah Ah Chai pula di blok C. Sungguh pun
begitu mereka bersekolah di sekolah yang sama.

Mereka memang sentiasa berkawan baik. Pergi
dan balik sekolah setiap hari tetap bersama-sama dengan
menaiki basikal masing-masing. Jika basikal salah seorang
daripada mereka rosak, Amin atau yang lain bersedia
memboncengkan kawan itu.

Perasaan iri hati memang tidak pernah wujud
dalam hati masing-masing. Begitulah baiknya mereka

1

yang sentiasa mendengar nasihat guru di sekolah supaya
berbaik-baik antara satu sama lain. Tetapi mereka dapat
tahu daripada kawan-kawan yang lain, ada orang yang
tidak menyenangi persahabatan mereka.

“Mengapa dia orang nak rosakkan persahabatan
kita?” Amin inginkan kepastian.

“Mungkin dia orang tak suka tengok kita senang dan
berkawan baik,” jelas Armugam.

“Nanti aku cari siapa orangnya,” tegas Ah Chai.

“Jangan begitu, tak baik,” tegah Amin.

Ah Chai pun tidak segera bertindak. Jika tidak dia
akan mencari kawan-kawan yang suka berkumpul di
belakang bangunan dewan sekolah. Dia memang tahu di
situ tempat budak-budak jahat.

Amin memandang Ah Chai sambil menggeleng-
gelengkan kepalanya.

“Mengapa kamu pandang Ah Chai macam itu Amin?”
Armugam begitu hairan.

“Aku tak sangka, Ah Chai begitu berani orangnya,” kata
Amin sambil ketawa.

“Bukan kamu tak tahu, ayahnyakan orang kuat di pasar
ikan,” terang Armugam.

Amin mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tidak
mahu lagi berbicara lagi mengenai hal itu.

2

“Amin, percayalah, Ah Chai bukan budak jahat,” suara
Armugam perlahan.

“Aku tahu, tapi jika sesekali dia bersuara, aku rasa
seram sejuk,” Amin mengakui.

“Amin, aku gertak saja, bukan ada apa-apa,” suara Ah
Chai lembut.

Amin tersengih-sengih. Dia membetulkan duduknya
di bangku panjang di tepi warung yang menual air batu
campur itu. Tiga agkuk di atas meja panjang di hadapan
mereka sudah kosong.

Empat orang budak lain pun berada di situ, sedang
manikmati air batu campur, tetapi mereka bukan sebaya
dan tidak berapa kenal rapat. Mereka bertiga tidak
mengendahkan langsung kumpulan budak-budk itu.

“Jomlah kita ambil angin di padang,” ajak Armugam.
Dia sudah bangun dari tempat duduknya di bangku panjang
itu.

“Ini siapa nak bayar?” soal Amin.

“Tak apa, tak apa, aku boleh bayar,” jawab Ah Chai. Dia
menyeluk saku seluar dan mengeluarkan wang kertas RM10
lalu dihulur kepada Abang Ali, tuan punya warung itu.

“Masuk ini dah dua kali kamu bayar, esok biar aku pula
yang bayar,” kata Amin sambil beredar.

3

“Ala, macam itupun nak berkira, macam banyak sangat
duit,” Armugam bersuara perlahan. Dia mengekori Amin
dan Ah Chai menuju ke padang permainan kanak-kanak.

“Armugam, kamu ingat aku tak ada duit?” soal Amin
sambil berpaling ke belakang.

“Aku tak kata begitu, kamu memang anak orang berada,”
jawab Armugam.

“Ah, sudahlah, jangan nak bertekak, aku tak suka,”
tegah Ah Chai.

Armugam mengangguk dan tangan kirinya segera
memegang tangan kanan Amin. Dia berjabat tabgan
dengan Amin. Amin faham, Armugam meminta maaf di atas
keterlanjurannya tadi.

“Hah, macam itulah. Bukankah baik, tak bermusuh-
musuhan,” puji Ah Chai.

Tiba di tepi padang kanak-kanak itu, didapati ramai
kanak-kanak dan ibu-ibu mengawasi anak mereka yang
sedang bermain di situ. Tiga sekawan itu tidak ada tempat
duduk. Kemudian mereka duduk di bawah pokok mempelam
padi yang lebat buahnya tetapi masih muda.

Dari situ mereka boleh memerhatikan ramai kanak-
kanak bawah usia dua belas tahun sedang bermain di situ.
Penjual aiskrim pun ada di tepi padang. Ada antara kanak-
kanak itu berlari untuk membeli aiskrim.

“Petang pun ada penjual aiskrim?” rungut Ah Chai.

4

5

“Hairankah?” soal Amin.

“Mahu tak hairan, aiskrim pagi sampai tengah hari saja,”
jawab Ah Chai.

“Ini aiskrim buat sendiri, tengoklah dalam sarung plastik
panjang tu,” kata Amin sambil menuding.

“Tentu sedap, biar aku beli, kamu tingal di sini,” Amin
bingkas bangun dan meluru ke arah budak yang menjual
aiskrim di situ.

“Hai, baru lepas minum air batu campur dah dahaga?”
soal Armugam.

“Aku nak tolong dia cari duit,” jawab Amin.

“Pergilah,” kata Ah Chai.

Amin berlari ke arah penjual aiskrim itu tetapi berpatah
semula. Dia menguak-nguak kedua-dua belah tangannya.
“Dah habis.”

“Mempelam padi di atas ni, lagi sedap,” cetus Armugam
sambil menuding ke atas.

“Nak mati?” soal Amin.

“Mengapa?” jawab Armugam.

“Buah tu belum masak, siapa yang makan asam banyak
boleh sakit perut,” terang Amin dengan serius.

Armugam mengangguk dan diperhatikan oleh Ah Chai.
Kemudian Ah Chai pun turut mengangguk. Fikir mereka,

6

7

memang ada kebenaran kata-kata Amin.

“Tengok budak tu, dah balik ambil aiskrim lagi,” kata
Amin sambil menuding ke arah budak penjual aiskrim itu.

“Itu abang dia, kawan kita,” jelas Armugam.

“Mari kita ke sana,” ajak Ah Chai. Dia bingkas dari
tempat duduk di atas rumput, di bawah pokok mempelam
padi.

Mereka segera meluru ke arah kawan mereka yang
sedang menjual aiskrim. Sebaik tiba di situ Amin segera
mengambil tiga batang aiskrim. Amin membayar wang
sebanyak tiga puluh sen.

“Tengok adik kamu tu asyik mengira duit,” kata Amin.

“Biarlah, dia dah dapat upah kena kira sendiri,” jelas
Sudin., kawan mereka itu. Dia masih melayan beberapa
orang kanak-kanak yang ingin membeli aiskrim.

“Oh, macam itukah, jual sendiri kira sendiri,” ujar
Armugam pula. Dia menikmati aiskrim yang berperisa buah
asam masin itu dengan penuh selera.

“Patutlah kamu sudah tidak mahu bercampur dengan
kita lagi, rupanya ada kerja sendiri,” Ah Chai melemparkan
kata-katanya.

“Aku nak cari duit, aku kena berusaha dengan
bersungguh-sungguh,” kata Sudin sambil melayan pembeli
aiskrim.

8

Amin, Armugam dan Ah Chai terdiam setelah mendengar
kata-kata Sudin. Barulah mereka sedar bahawa apa yang
dilaukan oleh Sudin dan adiknya amat memberangsangkan
semangat mereka.

“Kamu apa nak susah, mak ayah kamu banyak duit, kira
duit sajalah di rumah atau di kedai,” jawab Sudin. Dia masih
melayan beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan
yang datang ke situ untuk membeli aiskrimnya.

Amin mengangguk-anggukkan kepala. Benar juga kata
Sudin itu. Selama ini pun dia turut menghitung wang yang
diperoleh daripada perniagaan emak dan ayah di kedai
kain, di Bandar Baru. Sejak mereka membuka kedai kain
itu, mereka tidak putus wang. Dengan adanya wang itu dia
boleh membeli apa sahaja yang dikehendakinya.

9

2
DI PERPUSTAKAAN

“Mana perginya Armugam, ni?” rungut Amin.
Dia mundar-mandir di hadapan pusat
aktiviti kanak-kanak itu.

Kanak-kanak yang lain sudah ada yang masuk ke
dalam bangunan untuk membaca buku di perpustakaan
atau bermain congkak, dam dan sebagainya. Pembantu
di situ, Kak Miah sibuk mencatat kehadiran mereka. Tetapi
yang belum masuk tidak dicatat namanya ke dalam buku
kehadiran.

Amin tahu, Kak Miah akan dibayar elaun bulanan oleh
pengerusi pusat aktiviti, iaitu ayahnya sendiri. Dia yang
menyerahkan wang itu setelah ayahnya meminta dia
menyerahkan wang itu kepada Kak Miah. Sebelum wang
diserah, dia yang mengiranya terlebih dahulu, ada RM250.

10

Jadi, adalah menjadi tugas Amin setiap bulan mengira
wang itu. Tidaklah hanya ke sana dan ke sini tanpa tujuan.
Sedikit sebanyak dia dapat pengetahuan dalam mengurus
sesebuah pusat seumpama itu.

“Kalau aku masuk dulu lagi bagus., boleh aku baca
banyak buku,” gerutu Amin sendirian.

Beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan
sudah masuk ke dalam perpustakaan itu. Amin pun tidak
sabar untuk mengekori mereka. Dia nampak Kak Miah
mencatat namanya dengan pantas.

Amin berdiri di sisi rak-rak buku. Satu persatu buku
cerita ditarik dan dipegangnya. Apabila sudah dapat lima
judul buku, baru Amin mengambil tempat duduk di ruang
tengah yang ada meja panjang dan bangku plastik. Kipas
yang terlekat pada siling ligat berputar.

Di hadapannya ada seorang kawan perempuan yang
sedang tekun membaca buku cerita. Di meja yang sama itu
ada lapan orang semuanya. Amin pun segera memulakan
pembacaannya.

Suasana di situ memang amat menenagkan fikiran.
Tiada siapa yang berani membuat bising sepanjang waktu
berada di situ. Kesemuanya ingin mencari ilmu yang
amat berguna. Dengan banyak membaca mereka akan
memperoleh apa yang dicari.

Sungguhpun begitu, fikiran Amin tetap melayang
jauh kerana tidak seorang pun kawannya nampak batang

11

hidungnya. Dia begitu geram dan marah kerana mereka
tidak mematuhi janji.

“Kalu aku tak ikut ayahku ke bandar, aku datang,” suara
Ah Chai masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.

Amin berhenti daripada membaca. Apabila dia
menyedari perkara itu, cepat-cepat dia menggosok-gosok
matanya.

“Aku juga yang taat di sini,” cetus Amin di hati.

Amin yang membawa buku catatan menyalin perkataan-
perkataan yang ada maknanya atau glosari.Dengan berbuat
demikian dia akan dapat banyak pengetahuan. Di dalam
buku catatannya itu sudah banyak perkara yang ditulis.

Dari sebuah judul berpindah ke sebuah judul yang lain.
Amin merasakan begitu senang kerana tiada gangguan
daripada kawan-kawannya.

“Kalau ada kawan, mungkin tak habis lagi baca sebuah
judul, bisik hati Amin.

Amin terus tunduk dan sepasang matanya tunak ke dada
buku cerita yang di tangannya. Ketika itu juga Armugam
mengambil tempat duduknya di sisinya.

“Mengapa lambat?” soal Amin dengan suara perlahan.

“Basikal aku rosak,” jawab Armugam. Dia nampak
tergesa-gesa.

12

13

Amin menyambung pembacaannyadengan tekun.
Armugam pun faham dan dia mengikut cara Amin.

“Ah Chai mana, tak nampak?” soal Armugam pula.

“Ikut ayahnya ke pasar agaknya,” jawab Amin sambil
memandang Armugam.

Mereka masih memberi tumpuan kepada buku di
tangan. Begitulah cara mereka membaca di situ. Pada
dinding bangunan itu tertulis nota yang berbentuk amaran;
“Jangan Bising.”

Perpustakaan itu amat memberi faedah kepada kanak-
kanak. Memang tidak membazir diadakan di kawasan
perumahan yang ramai penghuninya seperti itu. Mereka
sudah boleh mencari tempat untuk mendapatkan ilmu.
Tidak seperti di rumah yang mana kadangkala kekurangan
bahan bacaan.

Buku-buku cerita yang ada di dalam perpustakaan
itu diberi pinjam oleh Perpustakaan Negeri. Setiap tiga
bulan akan ditukar judulnya. Ertinya sentiasa ada cerita
baru lagi menarik. Memang tidak membosankan pembaca
terutamanya bagi kanak-kanak yang gemar membaca.

“Sudin tak datang lagikah?” Amin bertanya dengan
suara perlahan.

“Belum nampaknya, kamu nak beli aiskrimkah?”
Armugam ingin kepastian.

Amin mengangguk sambil tersengih. Kedua-dua belah

14

tangannya masih memagang buku. Dia masih tidak mahu
melepaskan bahan bacaan yang belum selesai dibacanya.

“Sepatutnya dia boleh datang ke sini, membaca buku,”
bisik Arumugam.

“Sekejap lagi datanglah tu.Dia memang suka membaca,”
ujar Amin dengan penuh yakin.

Mendengarkan kata-kata Amin, Armugam tidak lagi
bersuara.Dia memang tahu di situ tidak digalakkan berbicara
atau berbual-bual.

Apabila kedua-dua mendiamkan diri, tidak mengganggu
orang lain yang ingin ketenangan sambil membaca di dalam
perpustakaan itu. Ketika itu mereka memberi tumpuan yang
sepenuhnya kepada pembacaan.

“Lama sangat di sini pun bosan,” bisik Armugam dengan
suara perlahan.

“Sekejap lagilah, sekarang baru pukul 5.00 petang,”
tegas Amin. Dia memandang jam dinding yang ada di situ.

Armugam pun turut memandang dan mengesahkannya.
Tetapi dia tidak perasan pukul berapa dia datang ke
perpustakaan tadi. Jika pukul 4.30 petang bererti baru tiga
puluh minit. Patutlah sebuah buku cerita pun belum selesai
dibaca.

Amin sedang menyalin beberapa patah perkataan dan
glosari yang terdapat dalam buku yang dibacanya tadi.

15

Dia tida mahu melepas peluang keemasan seumpama itu.
Dengan berbuat demikian Armugam pasti akan mengikut
jejaknya suatu hari nanti.

“Apa yang kamu tulis, tu?” Armugam ingin tahu.
“Ini glosari, amat penting bagi kita,” terang Amin.
“Boleh pinjam buku tu, aku nak salin,” kata Armugam
lagi.
“Boleh, tapi...” suara Amin perlahan.
“Ala, aku belanja kamu aiskrim nanti,” janji Armugam.
Amin tersenyum. Sebentar kemudian dia meletak
semula buku-buku itu di rak-rak dan keluar dengan langkah
yang pantas.
“Hah, Sudin dah datang, mari kita beli aiskrim,” ajak
Armugam.
“Err, basikal kamu mana?” soal Amin sambil mengenakan
seliparnya.
“Bukankah aku dah kata tadi, rosak,” jawab Armugam
sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Amin tersengih sambil mengangguk.
Armugam beli dua batang aiskrim. Sebatang diberi
kepada Amin dengan senang hati.

16

17

3
MENAJA AISKRIM

Ah Chai berbasikal ke sana dan ke sini. Dia
mencari Amin tapi tidak kelihatan. Rumahnya
tertutup. Pagarnya berkunci.
“Ke mana dia pergi?” soal Ah Chai sendirian.
Ah Chai hendak bertanya epada jiran Amin, tapi tiada
seorang pun yang kelihatan di situ. Akhirnya dia menuju ke
rumah Armugam. Armugam juga tiada di rumah.
“Hai, susah betul!” Ah Chai merungut sendirian.
Ah Chai benar-benar serba salah. Ini semua kerana
dia tidak mahu memberitahu Amin atau Armugam terlebih
dahulu. Dia berjanji pada dirinya tidak akan mengulangi lagi
perkara seumpama itu.

18

19

Kini dia yang keseorangan kerana Amin dan Armugam
tiada di sisinya. Tetapi masih ada seorang lagi kawannya.
Dan dia terus ke padang permainan kanak-kanak. Di sana
Sudin tentu ada, sedang menjual aiskrim seperti petang
hari sebelumnya.

“Err, tak nampak uga, ke mana agaknya dia orang pergi,
ni?” rungut Ah Chai lagi.

Matahari di sebelah barat masih tinggi. Cuaca pun
begitu panas sekali. Melihatkan keadaan alam seperti itu,
Ah Chai pun masuk ke dalm bangunan pusat aktiviti kanak-
kanak itu. Di sana dianampak jam pada dinding. Baru pukul
5.00 petang.

“Patutlah tak keluar lagi, masih terlalu awal,” bisik hati
Ah Chai.

Kemudian A Chai keluar semula. Dia masih resah dan
gelisah dibuatnya. Orang yang dicari pun belum dijumpai.
Dia menoleh ke kira dan ke kanan, memang tidak ada
penjual aiskrim di tepi padang permainan kanak-kanak.

“Mengapa Sudin tak jual aiskrim hari ini?” tanyanya
sendirian.

Ah Chai segera mencapai basikalnya lalu dia melompat
dan mengayuh dengan ligat. Sebaik sahaja tiba di halaman
rumah Sudin, Sudin baru hendak keluar rumah.

20

“Err, apa hal ini, Ah Chai?” Sudin bertanya agak
kehairanan.

“Amin hilang, Armugam pun sama,” jawab Ah Chai.

“Tak adalah, dia orang tu ikut ke kedai ayah masing-
masing,” suara Sudin tenang. Dia terus mengatur lagkah
menuju ke padang.

Ah Chai mengangguk. Kemudian dia minta dua batang
aiskrim. Satu berperisa asam masin dan satu lagi berperisa
sirap bandung.

Sudin menerima wang kertas RM1 dan terpaksa
memulangkan lapan puluh sen. Dia mengira duit siling dua
puluh sen empat keping untuk dikembalikan kepada Ah Chai.
Mujur dia banyak membawa duit siling untuk tukaran.

“Banyakkah kamu bawa duit siling untuk tukaran?”
tanya Ah Chai.

“Ada juga sikit, mengapa?” Sudin ingin tahu maksud
kawannya.

“Kalau ada senanglah, mana tahu ada orang beli aiskrim
RM1, dia beri duit RM10,” jelas Ah Chai.

“Entah-entah kamu nak tukar duit,” gurau Sudin. Dia
berjalan sambil menjinjing bekas aiskrim. Loceng aiskrim
digoncang secara berirama.

21

“Pandai kamu buat iramanya,” puji Ah Chai. Dia
menyayangi Sudin dengan mangayuh basikalnya amat
perlahan.

“Tak adalah sama dengan penjual aiskrim yang lain,”
jelas Sudin. Dia berhenti apabila ada seorang kanak-kanak
melambai-lambaikan tangan ke arahnya kerana hendak
membeli aiskrim.

“Adik nak berapa?” tanya Ah Chai.

“Bagi lima batang,” jawab budak lelaki itu sambil
menghulur wang kertas RM1.

Sudin menghulur lima batang aiskrim dan wang lima
puluh sen. Kemudian mereka meneruskan langkahnya
dengan pantas.

“Sekali bawa berapa puluh batang aiskrim?” Ah Chai
masih ingin tahu lagi.

“Lima puluh, tapi di rumah ada lagi,” terang Sudin.

“Sekali buat berapa ratus batang?” soal Ah Chai
semula.

“Seratus lima puluh batang,” jawab Sudin.

“Bagus juga idea mak kamu,” ujar Ah Chai sambil
menikmati aiskrim yang berperisa asam masin di
tangannya.

“Nak cari duit, macam inilah. Kita sebagai anak-anak

22

mesti sanggup tolong ibu bapa kita,” hujah Sudin.

Ah Chai termenung sebentar. Dia terfikir, andainya dia
mengikut ayahnyake pasar, dia hanya boleh duduk mengira
wang di meja kaunter bayaran. Ayahnya sibuk menimbang
ikan untuk pelangan-pelangannya. Tetapi itu pun hanya
boleh dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari-hari
lain dia ke sekolah.

“Kerja ayah aku berbeza degan kerja ayah kamu atau
orang lain,” ujar Ah Chai. Tak kiralah, asalkan kita mahu
turut sama,” jelas Sudin.

“Sesekali bolehlah ikut, aku nak tengok orang jual ikan
dan udag kepada ayah,” terang Ah Chai.

“Oh, beli, lepas tu judi. Tak tahu berapa dapat untung?”
soal Sudin pula.

“Hmm, rasanya tiap sekilo lebih kurang seringgit,” jawab
Ah Chai.

“Bagus juga, berniaga atas angin,” ujar Sudin.

“Berpeluh juga nak dapat, timbang-timbang tolak,” Ah
Chai mengakui.

“Kamu nak jadi macam ayah kamukah apabila dah
besar nanti?” Sudin melemparkan soalannya pula.

“Tak malulah.Aku nak jadi seorang pengurus perniagaan
yang berjaya,” Ah Cai memberitahu hasrat hatinya.

23

Dua orang kanak-kanak bersedia di tepi jalan untuk
membeli aiskrim. Sudin berhenti di tepi jalan dan melayan
pelanggannya. Kemudian dia berjalan lagi sambil
menyambung perbualannya dengan Ah Chai.

“Hari-hari macam ni, seronok juga,” kata Ah Chai.
“Dekat rumah tak mengapa, kalau nak pergi jauh susahlah
sikit,” terang Sudin. Dia terus mengatur langkahnya.
“Belum sampai di padang itu nanti dah habis aiskrim
kamu,” kata Ah Chai.
“Boleh ambil lagi di rumah,” jelas Sudin.
“Lebih baik leta di belakang basikal. Boleh letak dua
bekas, tak penat nak berulang-alik,” Ah Chai memberi
idea.
Sudin mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Mengapa?” Ah Chai ingin tahu.
“Nanti adik aku tak dapat duit, dia pun nak jual juga,”
terang Sudin.
Ah Chai menganggukkan kepalanya sambil
memberhentikan basikalnya di tepi padang.
“Kita adik-beradik bergilir-gilir menjual aiskrim. Biar
dapat sama rata komisen,” kata Sudin dengan tenang.

24

25

“Komisen kira macam mana? Aku pun nak tahu juga,”
Ah Chai begitu minat mendengarnya.

“Tiap seringgit dapat dua puluh sen. Kalu sepuluh ringgit
dapatlah dua ringgit,” Sudin menerangkan dengan jelas.

“Hmm, kalau hari-hari jual aiskrim, lama-lama boleh
jadi banyak duit yang diperoleh. Bolehlah disimpan dalam
bank.,” saranan Ah Chai.

“Memang, duit raya pun saya simpan dalam bank,”
Sudin mengakui.

“Banyak dapat duit raya?” soal Ah Chai.
“Lebih seratus ringgit,” jawab Sudin.
Lima orang kanak-kanak perempuan datang untuk
embeli aiskrim. Sudin melayan dengan tenang.

26

4
BERGESEL

“Err, mengapa dengan kamu ni, Amin?”
Armugam bertanya dengan penuh
kehairanan.
“Jatuh, basikal aku terlangar basikal Sudin,” kata Amin
sambil menuding ke arah Sudin di hadapan.
“Hmm, aku ingat ada budak lain yang mengganggu
kamu berdua,” kata Armugam sambil membetulkan basikal
Amin.
“Tak adalah, siapa nak ganggu kami?” soal Amin.
“Man tahu, budak-budak sini kan ada yang nakal,”
jawab Armugam.
“Jangan cakap macam itu, nanti orang dengar kita yang
kena,” Amin mengingatkan Armugam.

27

“Adakah orangnya?” Armugam ingin kepastian. Dia
menoleh ke kira dan ke kanan.

Amin hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tetapi
sepasang matanya tetap mengawasi setiap sudut. Apatah
lagi mereka berada di hadapan rumah orang.

“Tolonglah basikal tu, rantainya jatuh,” arah Armugam.

“Aku tahu, Sudin dah nak pergi jual aiskrim,” kata
Amin.

“Okey, bolehlah, ya?” Sudin mengangkat tangan dan
segera mengayuh basikalnya.

Amin dan Armugam juga mengangkat tangan sebagai
megucapkan ‘selamat jalan’ kepada Sudin. Begitulah
cara mereka berkawan tidak pernah bermusuh-musuhan
walaupun berlaku pergeselan tayar basikal.

“Ah Chai ke mana? Tak nampak bayangnya pun,”
Armugam ingin tahu.

“Ikut ayahnya ke bandar, nak buat kaca mata baru,”
terang Amin.

“Bukankah masih ada yang lama tu?”

“Sudah kelabu, tak jelas,” kata Amin sambil
tersenyum.

“Orang ada duit bolehlah selalu tukar kaca mata,” ujar
Armugam.

28

29

“Err, kalau kamu nak juga, boleh..., apa salahnya,” usik
Amin pula.

“Aku mana pernah pakai kaca mata,” Armugam
mengakui dengan jujur.

Amin terus menolak basikalnya. Armugam
mengekorinya dari belakang dengan mengayuh basikalnya
amat perlahan.

“Kalau ada Ah Chai sudah tentu dia ketawakan aku,”
ujar Amin sambil menolak basikalnya.

“Ala, dia pun tak boleh nak betulkan juga basikal ni,”
tegas Armugam.

“Semuanya ini dugaan dalam hidupku,” Amin mengakui.
Kemudian dia berhenti kerana terasa agak penat.

“Macam inilah, kamu duduk di atas para di belakang
basikal aku. Kemudian kita sama-sama pegang basikal
kamu,” cadang Armugam.

“Kenapa tak cakap dari awal?” rungut Amin sambil
duduk di belakang Armugam.

“Aku pun tak terfikir dari tadi,” jawab Armugam. Dia mula
mengayuh basikalnya dan tangan kanannya memegang
hendal basikal Amin.

“Itulah, kalau sudah terdesak baru semuanya timbul,”
Amin mengakui. Dia juga turut mengayuh bersama-sama
supaya Armugam tidak terlalu berat menanggung beban.

30

Beberapa orang yang ada di hadapan rumah masing-
masing tersengih apabila melihat kelakuan dua sahabat itu.
Tahulah mereka bahawa Amin dan Armugam berkawan
baik.

“Kenapa dia orang pandang kita macam tu?” bisik
Amin.

“Ah, biarkanlah! Manusia memang macam tu, pandai
tengok tapi tak nak tolong,” bidas Armugam.Dia meneruskan
kayuhannya dengan tenang.

“Eh, nak hujanlah. Dah gerimis ni,” ujar Amin.

“Kasihan Sudin tak dapat jual aiskrim,” cetus Armugam
pula.

“Ini yang dikata, harapkan panas sampai ke petang,
rupanya hujan di tengah hari,” Amin berkias pula.

“Tapi langit masih cerah, macam mana boleh jadi
gerimis?” soal Armugam agak hairan. Dia mendongak ke
langit seketika.

“Elok-elok, nanti terbabas ke tepi jalan pula,” jerit
Amin.

Kebetulan di belakang Armugam ada sebuah motosikal
mengekori mereka. Armugam tidak boleh mengelak ke
tepi lagi dan amat menyukarkan penunggang motosikal itu
untuk memotong.

“Siapa di belakang kita ni?” Armugam ingin tahu.

31

“Entah, tak nampak,” kata Amin yang tidak dapat
menoleh.

“Jalan sempit, tak boleh nak ke tepi,” jelas Armugam.
“Tak mengapa, teruslah,” ujar Amin.
Penungang motosikal itu membunyikan honnya pula.
Armugam dan Amin semakin marah dan geram. Semakin
hampir ke rumah Amin, semakin galak dibunyikan honnya.
“Hai, semakin marah nampaknya,” kata Armugam.
“Berhenti, biar dia tahu,” Amin memberi arahan.
“Dah nak sampai ke rumah kamu,” terang Armugam.
Apabila sudah sampai di hadapan rumah Amin berulah
Armugam berhenti. Dilihatnya Ah Chai yang mengekori
mereka. Perasaan marah mereka hilang degan serta-
merta.
“Apa hal, ni?” Ah Chai bertanya. Dia masih duduk di
atas motosikal ayahnya.
“Rosak,” jawab Amin. Dia menongkat basikalnya di tepi
dinding rumah.
“Wah, dah pakai kaca mata baru!” kata Armugam. Dia
memerhati wajah Ah Chai.

32

33

“Mana siap lagi, baru tempah. Seminggu lagi baru siap,”
jelas Ah Chai.

Amin dan Armugam menggeleng-gelengkan kepala.
“Ah Chai, pergi beli aiskrim di rumah Sudin,” perintah
Amin.
“Seorang satu, cukup?” Ah Chai ingin kepastian.
“Dualah, panas ni,” ujar Armugam seperti bergurau.
Ah Chai menghidupkan enjin motosikal ayahnya lalu ke
hadapan. Dia kelihatan tenag sahaja kerana sudah biasa
bermotosikal. Tidak sampai beberapa minit kemudian dia
sudah pulang semula dengan menjinjit beg plastik berisi
aiskrim.
“Apa banyak sangat, ni?” soal Amin sambil mengambil
sebatang aiskrim berperisa asam masin.
“Nanti cairlah,” jawab Ah Chai dengan nada selamba
sambil menongkat motosikal di hadapan rumah Amin.
“Kamu beli sepuluh, seringgit,” kata Amin sambil
menghitung.
“Sesekali, belanja kawan, apa salahnya?” Ah Chai ingin
menarik perhatia kedua-dua orang kawannya.
Amin dan Armugam hanya bertemu pandang. Mereka

34

tidak berkata apa-apa ketika itu kerana asyik menikmati
aiskrim.

“Sudin baru dapat dua puluh sen,” terang Ah Chai.
“Hai, ke situ pula fikiran kamu ni, Ah Chai?” ujar Amin.
“Dia cerita macam itu, setiap seringgit dia dapt dua
puluh sen,” kata Ah Chai dengan suara yang tenang.
“Oh, ini cara kamu nak menolong dia dapatkan dua
puluh sen?” soal Amin.
“Ya, sepatutnya setiap kali kita beli tak kurang seringgit,
cepat dia dapat duit banyak,” cadang Ah Chai.
“Menagapa kamu kata begitu?” Armugam kehairanan.
“Dia simpan duit dalam bank,” jelas Ah Chai.
“”Ayah aku pernah bercerita, ada seorang lelaki tua,
setiap hari masuk duit dalam bank. Dalam setahun sudah
dapat banyak,” cerita Amin dengan suara yang tenang.
“Berapa ringgit sehari?” tanya Armugam.
“Sepuluh ringgit,” jawab Amin.
“Macam kita ni mana nak cari sepuluh ringgit! Seringgit
pun entah dapat atau tidak,” rungut Armugam.
“Kalu tak beli apa-apa memang ada,” Ah Chai
mengakui.

35

Amin memintal plastik pembungkus aiskrim yang sudah
dihabiskan.

“Ada lagi ni, janganlah segan-segan,” ujar Ah Chai.
“Kita tak boleh nak menabung lagi,” koata Amin sambil
menggigit bucu aiskrim lalu menyedutnya dengan penuh
nikmat.
“Apa pasal tak boleh?” soal Armugam.
“Kita tak ada pendapatan tetap macam Sudin,” jawab
Amin.
“Duit belanja sekolah boleh tarik sikit,” Ah Chai memberi
pendapatnya.
Amin termenung sejenak memikirkan cadangan Ah
Chai itu.

36

5
IDEA BARU

Pertemuan demi pertemuan begitu bererti bagi
kelima-lima orang sahabat ini. Ada juga remaja
sebaya, yang tidak menyenangi mereka. Perkara
ini membuat mereka pergi ke taman lain. Di sana mereka
lebih selesa kerana kanak-kanak di sana tidak mengganggu
ketenteraman mereka.
“Apa saja yang tak kena dengan dia orang?” rungut
Armugam.
“Biarlah, dia orang memang nak kena ajar,” tegas Amin.
“Kita buat begini tak kena marah?” Ah Chai agak
kebimbangan.
“Siapa yang tahu kita ada di sini?” Amin bertanya dengan
perasaan takut.

37

“Sudin! Sebab kita selalu beli aiskrim dia,” Ah Chai
menjelaskan.

Mereka bertemu pandang.Ketika itu tiada idea baru yang
timbul. Mereka hanya pandai-pandai sendiri bertindak.

“Apa kata aku beritahu ayah, biar dibawa dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa di pusat aktiviti kanak-kanak?”
Amin memberi buah fikiran.

“Bagus tu, aku sokong,” kata Ah Chai.

“Tapi bukan sehari dua ni dah dapat keputusan,” sangkal
Armugam.

“Tak kisahlah, semingu dua mesti selesai,” Amin
menganggarkannya pula.

“Agaknya dia orang dah nampak, ke hulu dan ke hilir
kita saja, tak ada kawan lain,” Ah Chai meyatakannya.

“Selama ini tak ada kita dengar desas-desus macam
ini,” rungut Amin.

“Hal ini sudah menjadi seperti kata bidalan, bumi mana
yang tak ditimpa hujan,” ujar Armugam.

“Ya, gading mana yang tidak retak,” tambah Amin
pula.

“Dan hati mana yang tidak terguris,” jelas Ah Chai.

“Begitulah dengan kehidupan kita, tak boleh lari dari

38

semuanya itu,” terang Armugam.

“Ini kisah kita yang masih dalam alam kanak-kanak,
bagaimana dengan dunia orang tua,” soal Amin. Dia
memandang kedua-dua orang kawannya.

“Dunia, dunia... inilah rupanya, semakin ramai orang
semakin banyak ragam,” jawab Ah Chai.

Merekadudukdibangkubatudisebuahtamanpermainan.
Tetapi kanak-kanak di situ tidak ada yang keluar bermain.
Mungkin kerana rumputnya sudah panjang, tidak dipotong.
Mengapa boleh dibiarkan di tempat permainankanak-kanak
berkeadaan begitu?

“Err, rumput ini gatal, patutlah budak-budak tak nak
keluar bermain,” kata Amin yang mengenali jenis rumput
di situ.

“Marilah kita ke tempat lain, nanti kita yang terkena
gatal-gatal,” ajak Armugam. Dia pun bangun dan beredar
dari taman permainan kanak-kanak itu.

“Kita nak ke mana, ni?” soal Ah Chai. Dia mengekori
Armugam.

Nanti kamu akan tahulah, ikut saja,” jawab Armugam.

Amin yang erada di belakang mengayuh basikalnya
dengan perlahan-lahan. Entah mengapa dia tidak begitu
ceria nampaknya. Mungkin tidak senang dengan keadaan
di padang tadi.

39

“Apa yang kamu fikirkan sangat tu, Amin?” Ah Chai
ingin tahu.

“Padang tu, macam tak terurus, mesti ada masalah,”
Amin menerangkan.

“Tempat kita juga yang lebih selesa, tak macam di sini,”
celah Armugam. Dia bersaing dengan kedua-dua orang
kawannya.

“Tengoklah, siapa pengerusi pusat aktiviti kanak-
kanak?” soal Ah Chai.

“Tak juga, ahli jawatankuasa pun kena beri kerjasama,”
jawab Amin sambil tersenyum.

“Kita tak usah ambil kisah tentang kata orang tu,”
Armugam berharap.

“Boleh, kita rapat dengan Sudin,” ujar Amin.

“Ya, itu satu jalan yang lebih baik,” sokong Ah Chai. Dia
terus mengayuh basikalnya melintas jalan raya.

Di jalan raya itu memnag agak sibuk sedikit. Kadangkala
ada lori besar dan bas ekspres lalu-lalang di situ. Sudahlah
begitu tiada lampu isyarat di simpang tiga. Keadaan itu
amat berbahaya dan boleh berlaku kemalangan jika tidak
berhati-hati.

“Sudin tu patut diberi sokongan, biar dia ebih banyak
dapat duit,” cadang Armugam.

“Bagimana?” Amin ingin kepastian.

40

41

“Nanti kita tunjukkan caranya,” ujar Ah Chai.

“Selain menjual aiskrim, jual sengkuang potong,”
cadang Amin.

“Hah, itu lagi digemari budak-budak,” kata Armugam
sambil mengangguk.

“Kalau macam itu kena bawa basikal, boleh letak
di belakang., tak berat nak jinjing,” ujar Ah Chai. Dia
memotong Amin dan Armugam kerana ada motosikal dari
arah bertentangan.

Amin dan Armugam pun ke tepi untuk emberi laluan
kepada motosikal tersebut. Begitu yang mereka amalkan
apabila ada orang lain di jalan raya itu. Mereka tidak mahu
dijadikan bahan bicara orang lain di kawasan itu. Mereka
mahu menjadi budak yang baik budi pekerti, bersopan dan
dicontohi.

“Itu pun Sudin. Mari kita pergi dekat dia,” ajak Ah Chai.
Dia menongkat basikal di tepi jalan.

“Jom! Kata Amin turut menongkat basikalnya.

“Nantilah, basikal aku tak boleh ditongkat,” rungut
Armugam sambil merebahkan basikalnya.

Sudin begitu terkejut apabila melihat Amin, Armugam
dan Ah Chai datang menghampirinya yang sedang menjual
aiskrim. Dia memang sungguh tidak menduga mereka akan
datang pada petang hari itu.

42

43

“Sudin, kita orang ada satu cadangan baru. Ini tentu
boleh menambah pendapatan kamu,” kata Amin denga
suara yang tenang.

“Apa dia?” soal Sudin agak hairan.
“Bagaimana kalau kamu tambah jenis jualan?” jawab
Amin dengan serius.
“Hmm, memang aku dah cadang, tapi belum mula lagi,”
jelas Sudin.
“Jual apa?” Amin bertanya.
“Sengkuang potong, sapu dengan sos manis dan
pedas,” kata Sudin sambil tersenyum.
Amin memandang Armugam dan Ah Chai. Mereka
terdiam kerana Sudin pun sudah ada perancangannya
sendiri. Bagaikan ada persamaan idea mereka!

44


Click to View FlipBook Version