The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROJEK MINGGU ANTI DADAH DI SMK PEKAN TELIPOK, TUARAN SABAH BERSAMA PPDa, UBK & PELAJAR UKM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mierul0528, 2022-07-25 10:00:00

LAPORAN PROJEK MINGGU ANTI

LAPORAN PROJEK MINGGU ANTI DADAH DI SMK PEKAN TELIPOK, TUARAN SABAH BERSAMA PPDa, UBK & PELAJAR UKM

LAPORAN PROJEK

PROGRAM
MINGGU ANTI DADAH

AHLI KUMPULAN

RATIZAH BINTI SALA (P113336)
NOR AZLINDA BINTI ABDUL AZIZ (P115503)
MOHD AMIRUL BASHAH (P113325)

#DADAHTERKAWAL2025

GGGB6813
AKHLAK, ETIKA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2021/2022

SOALAN TUGASAN
LAPORAN KAJIAN LAPANGAN:
MINGGU ANTI DADAH SMK PEKAN TELIPOK TUARAN SABAH

PENSYARAH:
DR ISA HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH:
RATIZAH BINTI SALA (P113336)
NOR AZLINDA BINTI ABDUL AZIZ (P115503)
MOHD AMIRUL BASHAH (P113325)

SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)
FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENDAHULUAN
2.0 PENGERTIAN 1
3.0 PENYALAHGUNAAN DADAH 1
4.0 PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH 2

4.1 Kurang Pendidikan Agama 3
4.2 Pengaruh Rakan dan Persekitaran 4
4.3 Tekanan / Depresi 4
4.4 Perasaan Ingin Tahu 5
5.0 REFLEKSI PROGRAM
5.1 Penerapan Unsur Kesedaran Nilai Moral Tentang 6

Bahaya Dadah 8
5.2 Cadangan Penambahbaikan 10
5.3 Kekuatan dan Kelemahan Program 12
6.0 PERBINCANGAN DAPATAN 16
7.0 LAPORAN PERBELANJAAN 17
8.0 RUMUSAN 17
9.0 RUJUKAN 17
10.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN A Kertas Kerja
LAMPIRAN B Iklan Program
LAMPIRAN C Poster Hasil Karya Pelajar
LAMPIRAN C Laporan Bergambar

ii

1.0 PENDAHULUAN

Masalah penyalahgunaan dadah adalah gejala penyakit masyarakat yang paling berbahaya
masa kini. Ia menyerang semua lapisan masyarakat khususnya golongan muda. Dadah
melemahkan kekuatan ekonomi dan melumpuhkan pembangunan negara dengan meracuni
pemikiran dan semangat individu untuk memantapkan diri dengan keperluan semasa dan
cabaran masa hadapan. Dadah boleh dianggap punca segala jenis jenayah dan maksiat seperti
merompak, mencuri, memeras ugut dan lain-lain jenayah yang membawa kekacauan dalam
rumah tangga, masyarakat dan negara. Di samping itu penagih dadah adalah beban kepada
negara. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit berjuta-juta ringgit setahun untuk menanggung
kos pusat-pusat pemulihan. Pada masa yang sama pengedar mengaut keuntungan berganda-
ganda daripada penderitaan penagih yang setia

2.0 PENGERTIAN DADAH
Menurut Kamus Dewan (2005), dadah ataupun ‘drug’ boleh didefinisikan sebagai ubat-ubatan.
Dadah ialah sejenis bahan kimia yang amat berbahaya kepada seseorang individu. Pada era
kini, remaja kita sering dikaitkan dengan dadah. Remaja merupakan individu yang paling
banyak yang terlibat dengan aktiviti dadah ini. Dadah dapat mengubah cara minda dan tubuh
manusia. Terdapat lebih daripada 200 000 jenis dadah di muka bumi ini. Dadah dapat
memudaratkan kesihatan fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku seseorang dan ini akan
menyebabkan seseorang itu ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa dadah,
seseorang penagih akan menjadi lemah dan tidak bertenaga dan ia sukar untuk dirawat. Ubat-
ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan seseorang sekiranya
tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai “caffeine’. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan
yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara.

Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-
undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya
kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi
dan sebagainya. oleh itu, kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini dalam Akta Dadah
Merbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport,
pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin,
syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga
dikenali sebagai “dadah yang disalah guna”.

1

3.0 PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah merupakan satu isu yang sering diperkatakan. Isu ini sering terpapar
dalam media cetak dan elektronik. Saban setiap hari kedengaran ada berita mengenai penagihan
dadah sering diperkatakan. Menurut President Reagan (1987) semasa International conference
on Drug Abuse and Illicit Trafficking.
.......the problem of drug abuse and drug trafficking knows no borders and it is a cancer
threatening every nation. Wherever it manifests, itself it breeds organized crime, depletes vital
government resourcer and most disturbingly, saps the energy and ambition of youth.

Namun demikian, Malaysia tidak terkecuali dari masalah dadah ini dan merupakan
salah sebuah negara yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi masalah ini. Keadaan
ini menjadi bertambah runcing dan serius apabila penagihan dadah ini merebak pula kepada
golongan muda-mudi dari semua kaum yang terdapat di negara ini yang telah menyerang
Malaysia sejak tahun 1970 dan hanya seramai 711 orang sahaja penagih dadah yang dapat
dikesan. Tetapi bilangan penagih dadah telah bertambah pesat sehingga Mei (1987), jumlahnya
ialah 128,741 orang.

Menurut Ibrahim (1997) penagihan dadah bukan saja golongan berpendapatan rendah,
bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini
menunjukkan bahawa, setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa
mengira kedudukan umur atas jantina. Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak di tempat kelima dirantau
Asia Tenggara mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai. Mengikut laporan
Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti Dadah (1985), perbuatan
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah diketahui bermula di awal tahun
1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh pihak kerajaan melalui
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui tindakan disiplin di sekolah-sekolah.
Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang pertama kali dikesan adalah terdiri
dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa
penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih
berkelanjutan sehingga ke hari ini. Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan,
adalah penting untuk melahirkan pelajar yang bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan
dadah.

2

Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Negeri Selangor, pihak kerajaan menyedari bahawa kadar peratusan yang tinggi penagih dadah
adalah di kalangan remaja Melayu. Statistik mengikut kaum OKP – Orang Kena Pengawasan
iaitu penagih berdaftar dengan AADK mengikut negeri Selangor dan kaum di Malaysia bagi
tempoh bagi tempoh 3 tahun bermula 7 Julai 2014 hingga 7 Julai 2017 adalah seperti Jadual I
di bawah:

4.0 PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
4.1 Kurang Pendidikan Agama
Kegagalan atau kurang pendidikan kebanyakan remaja yang terlibat dengan dadah adalah
disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak memberi
perhatian kepada anak mereka. Selaras dengan zaman teknologi, remaja sangat terdedah

3

dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan
agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama.

4.2 Pengaruh Rakan dan Persekitaran

Berdasarkan analisis temu duga yang dijalankan oleh Suppiah Nachiappan et al. (2014)
terhadap bekas penagih di pusat PENGASIH Malaysia ialah antara faktor utama yang
mendorong kepada penyalahgunaan dadah ialah pengaruh kawan. Pergaulan dengan orang
yang tidak berkelakuan baik menyebabkan kebanyakan orang terlibat dalam penyalahgunaan
dadah. Pada usia keremajaan, remaja lebih berpengaruh dengan kawan-kawan kerana mereka
meluangkan masa yang berlebihan dengan kawan-kawan. Apabila kawan-kawan mereka
mendampingi mereka untuk terlibat dalam kegiatan ini, mereka tidak dapat mengelak diri
mereka daripada gejala negatif ini.

Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Prof Madya Dr. Lekra Ramal berkata sebanyak 14.6 % daripada remaja yang berumur antara
15 – 19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan penyalahgunaan dadah. Kebanyakan remaja
bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripada umur mereka akan dipengaruhi dengan
pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan
dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya, golongan muda akan lebih mudah
terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Remaja yang tidak
berhati-hati dalam memilih kawan pasti akan terikut dengan perbuatan negatif yang dilakukan
oleh rakannya. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh
setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang dikenali oleh mereka terlibat dalam pengambilan
dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut -ikut dengan sikap rakan mereka.
Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius dan
remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

4.3 Tekanan / Depresi

Remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata.
harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam
pelajaran telah menjadi satu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di
sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian,

4

seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka
tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari
oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononnya ingin
mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja. Selain daripada
punca-punca di atas, terdapat juga beberapa faktor lain yang menjadi punca utama remaja ini
terlibat di dalam penyalahgunaan dadah.

4.4 Perasaan Ingin Tahu
Perasaan ingin tahu juga merupakan faktor yang menyebabkan ramai penagih mengambil jalan
mudah untuk melibatkan diri mereka di dalam kancah ini terutamanya remaja. Mereka tidak
mampu mengawal nafsu mereka dan mereka mula menagih semula. Ini kerana semasa
peringkat remaja, mereka lebih sinonim sebagai satu peringkat usia yang sedang mencari
identiti diri serta arah tuju hidup mereka (Siti Ruslan 2009). Remaja juga lebih menjurus ke
arah ingin mencuba sesuatu yang baharu bagi merasai sendiri pengalaman bagi situasi yang
dicuba seperti penglibatan penyalahgunaan dadah. Pada usia remaja, mereka mempunyai
keinginan yang tinggi untuk mencuba benda yang baharu kerana faktor perubahan hormon.

5.0 REFLEKSI PROGRAM

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan
rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang
merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan
inhalan (bahan yang disedut). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan
perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan
bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh
digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Bersempena kempen minggu antidadah, kami telah menganjurkan kempen tersebut
yang telah dijalankan di SMK Pekan Telipok Tuaran selama seminggu yang telah memberi
banyak input tentang dadah serta HIV dan AIDS. Kempen ini dirasakan sangat sesuai
dianjurkan memandangkan kepada statistik sebelum ini berlakunya peningkatan
penyalahgunaan dadah di kalangan remaja terutama yang melibatkan pelajar sekolah. Oleh itu,
sebagai satu usaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah di kalangan remaja

5

khususnya pelajar sekolah menengah, kami selaku pelajar sarjana Pendidikan Islam UKM
mengambil inisiatif mengadakan pengisian program Minggu Anti Dadah dengan ceramah anti
dadah pada 28 Jun 2022. Sepanjang berlangsungnya program yang dijalankan telah
menyebabkan kami sebagai seorang guru untuk memahami lebih mendalam tentang punca-
punca, cara pengambilan serta kesan pengambilan kepada penagih dadah.

Secara ringkasnya, dapat dirumuskan cara yang paling biasa digunakan untuk
mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan
berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti
dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut
sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah.
Oleh yang demikian, sebagai seorang guru, pihak yang terlibat memperkukuhkan lagi
persatuan yang ada di sekolah supaya para pelajar tidak mudah terjebak dalam kancah
kemusnahan dadah ini dan memantau perkembangan individu yang terlibat dalam kegiatan ini
dan memulihkan keadaan yang sedia ada.

5.1 Penerapan Unsur Kesedaran Nilai Moral Tentang Bahaya Dadah

Sememangnya sesuatu masalah sosial itu tidak akan dianggap sebagai masalah jika tidak
mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada individu, keluarga, masyarakat dan Negara.
Masalah sosial penagihan dadah memberikan kesan yang amat besar, ketidakfungsian sosial
dan ekonomi dan lain-lain dan keadaan ini perlu ditangani dengan segera dan secara
menyeluruh. Kesedaran tentang bahaya dadah perlu dipertingkatkan di kalangan pelajar
sekolah sebelum mereka melangkah ke alam dewasa kerana mereka adalah aset negara.
Penerapan nilai rasional perlu disuntik ke dalam jiwa remaja sejak di bangku sekolah lagi agar
boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan wajar. Mereka perlu memikirkan rasional sesuatu tindakan yang
dibuat sebelum mengambil dadah yang boleh memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Selain daripada itu, nilai mematuhi peraturan dan undang-undang juga perlu ada dalam diri
remaja agar mereka takut dan tidak berani mengambil risiko yang boleh mengancam diri
sendiri dan orang sekeliling dengan cara menerima serta mematuhi peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan mengikut perundangan Malaysia. Apa yang lebih penting ialah
seseorang remaja perlu ada nilai harga diri dengan cara berkeupayaan dan berkeyakinan agar

6

mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Ini kerana kesan berpunca
daripada penagihan dadah akan merugikan semua pihak antaranya:

i. Masalah kepada keluarga

Penagihan dadah dalam kalangan ibu bapa akan menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan
fungsi mereka dengan baik. Keadaan ini akan membawa kepada masalah kemiskinan,
gelandangan, kebuluran dan sebagainya. Selain itu, masalah yang paling ketara adalah apabila
ibu atau bapa yang menagih dadah mereka akan berada di luar pertimbangan, oleh itu mereka
akan mudah terjebak melakukan penderaan, merogol, membunuh anak serta pasangan mereka.
Keadaan ini akan membawa kepada keganasan rumah tangga akan berlaku dan seterusnya
merosakkan masa depan penagih serta anak-anak.

ii. Gelandangan

Masalah daripada penagihan ini juga akan membawa kepada bertambahnya bilangan
gelandangan atau turut dikenali atau disterotaipkan sebagai mereka yang tidak mempunyai
rumah dan menjadikan lorong-lorong, kawasan bawah jambatan dan sebagainya sebagai lokasi
pilihan penempatan mereka. Kebiasaannya penagih dadah tegar ini tidak mempunyai kerja
yang tetap dan telah disisihkan atau dibuang oleh keluarga dan masyarakat oleh sebab mereka
ini tidak dapat menjalankan fungsi sosial dan ekonomi jadi mereka tidak berkemampuan untuk
memiliki rumah. Dan keadaan gelandangan ini bukan sahaja memberi kesan sosial dan
ekonomi malah telah merosakkan imej negara di mata dunia.

iii. Masalah kesihatan

Selain daripada mendapat masalah ketagihan yang teruk, penagih-penagih dadah juga terdedah
kepada jangkitan dan penyakit Aids serta penyebaran virus HIV dalam kalangan masyarakat
misalnya melalui perkongsian jarum dan hubungan kelamin. Di samping itu, penagih dadah
juga akan mengalami masalah emosi dan kesakitan mental kesan daripada mereka penggunaan
dadah yang tidak terkawal.

Selain daripada itu, terdapat perubahan pada tingkah laku penagih. Akibat yang jelas
ialah dari segi tingkah laku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada
masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah
serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal,

7

penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih
boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang
berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan.
Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit
seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

iv. Akibat kepada keluarga penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih
boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang
yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan
dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan perceraian
antara ahli keluarga mungkin berlaku.

v. Akibat ke atas masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri,
merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk
membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan
seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-
undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah
keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

5.2 Cadangan Penambahbaikan

i. Perancangan Kempen

Secara keseluruhannya, kami mendapati bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil
serius dalam menjamin keberkesanan kempen seperti peringkat pelaksanaan, kandungan mesej
dan pemilihan medium. Kempen yang dijalankan perlu menggunakan kaedah yang pelbagai
seperti penggunaan media sosial, e-mel berantai, komunikasi bersemuka dan penggunaan artis
sebagai duta untuk menarik minat golongan sasar khususnya golongan remaja. Walau
bagaimanapun, kandungan mesej yang digunakan di dalam setiap kempen menjadi isu utama
yang kerap diperkatakan oleh informan. Secara dasarnya kempen yang dilaksanakan membawa
kandungan mesej supaya menolak dan memerangi gejala dadah di Malaysia. Kebiasaannya

8

kandungan mesej kempen yang digunakan adalah impak terhadap pengambilan dadah yang
sememangnya masyarakat sudah sedia maklum akan kesan buruknya. Isu yang dibangkitkan
ialah mengapa tidak diceritakan realiti dan perkara sebenar yang terjadi serta hukuman
terhadap penagih dan pengedar.

Penggunaan medium seperti media sosial diperkasakan juga selari dengan perkembangan
teknologi hari ini. Oleh kerana itu, adalah amat penting bagi sesebuah agensi untuk melakukan
kajian yang terperinci terlebih dahulu berkaitan sesuatu perkara atau isu sebelum kempen
dijalankan. Dengan itu barulah kempen yang dijalankan dapat memberikan kesan yang besar
dan positif. Terdapat juga cadangan berkaitan penggunaan artis sebagai ikon untuk kempen
anti dadah. Perkara ini terdapat baik dan buruknya. Sebagai contoh, penggunaan artis sebagai
penarik audien atau crowd puller kebiasaannya memang berkesan khususnya kepada artis yang
mempunyai pengikut yang ramai.

Namun begitu, hal ini akan bertukar menjadi mimpi buruk kepada agensi tersebut sekiranya
artis tersebut pula ditangkap kerana kesalahan penggunaan dadah. Tidak hanya terhenti di situ,
perkara ini akan diambil serius oleh golongan remaja yang menjadikan artis ini sebagai model
ikutan mereka dengan melihat penggunaan dadah sebagai elemen “wajib” untuk menjadi
berjaya seperti artis kesayangan mereka. Impak ini juga akan menular ke kawasan luar bandar
dengan berasaskan kepada perkara yang sama.

ii. Penglibatan

Kami juga mendapati sikap individualistik yang menebal dalam kalangan masyarakat hari ini
menjadi punca utama kepada kurangnya penglibatan masyarakat dalam menangani gejala
dadah. Hal ini jelas sangat membimbangkan kerana keutuhan masyarakat merupakan salah satu
benteng penting dalam memastikan gejala negatif tidak mudah menular dalam masyarakat.
Kekuatan ukhuwah di kalangan masyarakat hari ini sememangnya dilihat rapuh dan mudah
untuk diruntuhkan.

Setiap masyarakat lebih gemar untuk menyendiri dan melakukan hal masing-masing tanpa
mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini membuatkan rencana gerak kerja
kumpulan pengedar dadah mudah untuk “menawan” kawasan kejiranan sebegini menjadi lebih
mudah. AADK perlu menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan bagi
mengembalikan semula kepercayaan masyarakat tentang kesungguhan kerajaan dalam

9

menangani masalah dadah di negara ini. Hanya dengan cara ini sahaja penglibatan masyarakat
akan dapat diraih setelah kepercayaan mereka dipulihkan.

iii. Perubahan Tingkah Laku

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani gejala
dadah di Malaysia. Perkara paling utama yang dilihat mampu membantu untuk mencapai
objektif ini ialah dengan memperkasakan keberadaan dan fungsi AADK itu sendiri. Hal ini
perlu di lihat secara serius kerana rata-rata pelajar yang ditanya membayangkan bahawa
kewujudan AADK itu tidak dirasai. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara contohnya
dengan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan, pengurusan aduan yang pantas dan cekap serta
elemen promosi. AADK dilihat tidak boleh lagi bergerak secara bersendirian dalam menangani
masalah dadah. Gerakan perlu dilaksanakan secara teratur dan berkumpulan dengan agensi
penguatkuasaan yang lain. Lebih berkesan sekiranya AADK dapat membawa bersama
masyarakat setempat untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti pencegahan. Ini secara
langsung dapat membuka mata masyarakat tentang kesan buruk dadah.

Selain itu dapat menyampaikan mesej bahawa tanggungjawab memerangi dadah ini
adalah tanggungjawab bersama bukan hanya agensi penguat kuasa sahaja. Persepsi masyarakat
terhadap dadah ini perlu diubah sebelum penglibatan dan kerjasama mereka ini dapat diraih
khususnya oleh AADK. Sehubungan itu, kempen promosi dan aktiviti aktiviti bersama
masyarakat perlu diperbanyakkan agar mendatangkan rasa selesa masyarakat kepada AADK.
Dengan cara ini dilihat mampu menarik sokongan dan penglibatan mereka bagi membantu
menangani gejala dadah di Malaysia.

5.3 Kelemahan dan Kekuatan Program

Terdapat pelbagai kekuatan dan kelemahan program sepanjang ianya dijalankan.

Kekuatan
i. Program Minggu Anti Dadah ini telah membina pengetahuan baharu dan pengetahuan
am dalam diri para pelajar tentang bahaya najis dadah. Selain daripada ilmu yang
didapati melalui ceramah oleh penceramah jemputan, para pelajar juga ada menyertai
aktiviti-aktiviti lain seperti kuiz, melukis poster, sajak dan juga pameran anti dadah.
Bukan sahaja tentang dadah, malah para pelajar turut didedahkan dengan bahaya
merokok dan penggunaan Vape juga. Melalui aktiviti-aktiviti ini para pelajar dapat

10

mencari dan mengolah bahan secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan
sedia ada mereka.
ii. Program Minggu Anti Dadah ini berjaya menambahkan lagi kemeriahan sambutan
Bulan Anti Dadah yang disambut pada setiap tahun. Para pelajar bergerak aktif dan
ceria di sepanjang program peringkat sekolah berlangsung.
iii. Projek kajian lapangan ini telah memberikan pengalaman kepada para pelajar Sarjana
Pendidikan daripada Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk
melaksanakan projek di sekolah daripada sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan
program ini jalankan. Sebagai contoh penghasilan kertas kerja dan menguruskan para
pelajar semasa program ceramah dijalankan.
iv. Antara objektif tugasan ini bagi kami pelajar Sarjana FPI UKM ialah untuk merasakan
‘denyut nadi rakyat’. Maka kami dapat menghayati bagaimana isu dadah ini boleh
berlaku dalam kelompok masyarakat terutamanya di Sabah dan kami juga dapat
mengetahui serba sedikit tentang ilmu mengenai najis dadah.
v. Seterusnya program ini dapat menjadikan para pelajar lebih kerap berkomunikasi dan
berbincang sesama rakan pelajar dan kami pelajar FPI UKM turut sama dapat
menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak sekolah dan semua warga SMK
Pekan Telipok, Tuaran.

Kelemahan
i. Terdapat pelajar yang kurang memberikan kerjasama dan tidak berdisiplin semasa
program ceramah dijalankan. Semasa sesi ceramah dan soal jawab, terdapat kumpulan
pelajar lelaki yang sengaja membuat bising di bahagian belakang dewan. Namun
apabila diberikan peluang untuk menjawab soalan, tiada seorang pun pelajar yang
berani untuk tampil ke hadapan untuk menjawab soalan.
ii. Oleh disebabkan program ini dilaksanakan melalui kerjasama banyak pihak,
menyebabkan pengurusan masa dan aktiviti kurang cekap dijalankan. Sesi
perbincangan tidak dapat dijalankan dengan baik kerana terdapat komitmen yang lain
oleh sesetengah pihak penganjur. Namun begitu program dapat dijalankan dengan baik
semasa ianya berlangsung.
iii. Pihak penganjur telah menyediakan borang soal selidik berbentuk Google Form untuk
dijawab oleh para pelajar. Namun begitu, hanya beberapa orang pelajar sahaja yang
memberikan maklum balas terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Oleh yang

11

demikian, pihak penganjur telah menyediakan borang soal selidik secara ‘hardcopy’
untuk dijawab oleh pelajar-pelajar tersebut. Hasilnya terdapat 70 daripada 150 borang
soal selidik yang berjaya dijawab dan dipulangkan.

6.0 PERBINCANGAN DAPATAN

Bagi mendapatkan maklum balas mengenai program yang telah dijalankan, borang soal selidik
telah diedarkan kepada para peserta program. Terdapat 16 item soal selidik mewakili tiga
konstruk yang dipilih iaitu Pengetahuan Tentang Bahaya Dadah, Penilaian Pelaksanaan
Program dan juga Keberkesanan Program. Soal selidik yang diberikan mempunyai dua
bahagian iaitu Bahagian A mewakili faktor demografi dan Bahagian B mewakili soalan-soalan
dalam borang soal selidik. Analisis berdasarkan min digunakan bagi melihat tahap setiap aspek
kajian. Jadual interpretasi adalah seperti berikut:

Jadual 1: Julat Min bagi menjawab soal selidik program.

Skor Min Tahap / Interpretasi
1.0 hingga 1.8 Sangat rendah
1.9 hingga 2.6 Rendah
2.7 hingga 3.4 Sederhana
3.5 hingga 4.2 Tinggi
4.3 hingga 5.0 Sangat Tinggi

Analisis deskriptif digunakan bagi menilai soal selidik yang diedarkan. Berikut adalah dapatan
yang diperolehi daripada para pelajar program:

12

Jadual 2: Skor keseluruhan penilaian program

Konstruk Min SD Tahap
Pengetahuan Tentang Bahaya Dadah 4.33 .465
Sangat
Penilaian Pelaksanaan Program 4.61 .392 Tinggi
Sangat
Keberkesanan Program 4.64 .387 Tinggi
Sangat
Tinggi

Berdasarkan Jadual 2 skor min bagi aspek Pengetahuan Tentang Bahaya Dadah ialah 4.33
dengan sisihan piawaian adalah 0.465. Manakala skor min bagi aspek Penilaian Pelaksanaan
Program adalah 4.61, sisihan piawaian 0.392 dan bagi aspek Keberkesanan Program skor min
ialah 4.64 dengan sisihan piawai 0.387. Merujuk kepada jadual interpretasi skor min jadual 1
maka skor min bagi ketiga-tiga aspek adalah berada pada tahap yang sangat tinggi.

Pengetahuan Tentang Bahaya Dadah

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi Pengetahuan Tentang Bahaya Dadah. Daripada jadual 3
dapat diteliti bahawa item yang paling tinggi ialah ‘Saya tahu kesan penyalahgunaan dadah
akan membuatkan saya mengantuk dan hilang kawalan diri (min = 4.72, SD 0.506). Manakala
item yang paling rendah adalah ‘Penagih dadah wajar diberi peluang kedua untuk memperbaiki
kesilapan mereka’ (min = 3.75, SD =1.171). Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan
para pelajar tentang dadah adalah pada tahap sangat tinggi (min = 4.33).

Jadual 3: Analisis item Pengetahuan Tentang Bahaya Dadah

Item Saya tahu dadah adalah musuh dalam negara. Min Sp Tahap Purata
B 1.1 Saya tahu heroin, morfin, candu, ganja dan 4.55 .815 Tinggi
B 1.2 syabu adalah jenis-jenis dadah. 4.63 .628 Tinggi
B 1.3 Saya tahu kesan penyalahgunaan dadah akan 4.72 .506 Tinggi
membuatkan saya mengantuk dan hilang
B 1.4 kawalan diri 4.70 .464 Tinggi
B 1.5 Seseorang tidak patut memandu di bawah 4.22 .768 Tinggi
pengaruh dadah.
Kemalangan jalan raya banyak disebabkan
pengaruh dadah di Malaysia.

13

B 1.6 Hukuman berat dapat mengurangkan kes 4.33 .917 Tinggi
B 1.7 penyalahgunaan dadah. 4.38 .868 Tinggi
B 1.8 Faktor penyalahgunaan dadah adalah 4.15 .736 Tinggi
B 1.9 disebabkan individu itu sendiri. 3.90 .955 Tinggi
B 1.10 Faktor penyalahgunaan dadah adalah 3.75 1.171 Tinggi
disebabkan rakan sebaya.
Faktor permasalahan keluarga mempengaruhi
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
Penagih dadah wajar diberi ‘peluang kedua’
untuk memperbaiki kesilapan mereka.

Penilaian Pelaksanaan Program

Jadual 4 menunjukkan tahap Penilaian Pelaksanaan Program yang telah dijalankan. Item yang
paling tinggi ialah ‘kandungan program ini sesuai’ (min = 4.70, SD 0.464). Manakala item
yang paling rendah ialah aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Minggu Anti Dadah
dikendalikan dengan berkesan (min = 4.63, SD 0.740). Namun secara keseluruhannya tahap
penilaian program ini berada pada tahap sangat tinggi (min = 4.610).

Jadual 4: Penilaian Pelaksanaan Program

Item Kandungan program ini sesuai Min Sp Tahap Purata
B 2.1 Objektif program ini tercapai 4.70 .464 Tinggi
B 2.2 Penyampaian penceramah menarik dan 4.63 .740 Tinggi
B 2.3 berkesan 4.45 .597 Tinggi
Perjalanan pelaksanaan program berlangsung
B 2.4 dengan lancar 4.63 .490 Tinggi
Kemalangan jalan raya banyak disebabkan
B 2.5 pengaruh dadah di Malaysia. 4.65 .483 Tinggi

Keberkesanan Program

Jadual 5 pula menunjukkan penilaian terhadap keberkesanan program. Berdasarkan jadual,
item yang paling tinggi ialah pada keseluruhannya program ini adalah ‘Program Anti Dadah
Memberikan Kebaikan Kepada para pelajar’ (min = 4.83, SD 0.385). Manakala item yang
paling rendah adalah ‘Program Anti Dadah’ ini boleh membanteras masalah disiplin pelajar

14

(min = 4.38, SD 0.838). Secara keseluruhannya item menunjukkan keberkesanan program Anti
Dadah berada pada tahap yang sangat tinggi (min = 4.64).

Jadual 5: Keberkesanan Program

Item Peningkatan pemahaman saya terhadap Min Sp Tahap Purata
B 3.1 kandungan program meningkat berbanding 4.63 .586 Tinggi
sebelum menghadiri program
B 3.2 Program Anti Dadah memberikan kebaikan 4.83 .385 Tinggi
B 3.3 kepada para pelajar 4.68 .526 Tinggi
B 3.4 Saya berkeyakinan untuk menjalani kehidupan 4.78 .423 Tinggi
B 3.5 seharian tanpa dipengaruhi dadah 4.38 .838 Tinggi
B 3.6 Pada keseluruhannya program ini adalah 4.58 .747
berjaya dan bermanfaat
Program Anti Dadah ini boleh membanteras
masalah disiplin pelajar
Program Anti Dadah ini membantu
meningkatkan prestasi akademik pelajar

Perbincangan Dapatan

Dapatan kajian bagi aspek Pengetahuan Tentang Dadah adalah sangat tinggi secara
keseluruhannya. Ini jelas membuktikan bahawa para pelajar mempunyai pengetahuan yang
tinggi tentang jenis-jenis dadah, bahaya dadah dan kesan akibat pengambilan dadah. Semasa
sesi ceramah oleh penceramah jemputan daripada Agensi Dadah Kebangsaan, para pelajar
telah didedahkan dengan jenis-jenis dadah dan juga tanda-tanda seseorang itu telah
menyalahgunakan najis dadah. Antara tanda-tanda tersebut adalah ‘mengalami kegembiraan
yang terlampau’. Ini diakibatkan oleh kesan dadah yang menyebabkan individu tersebut sudah
tidak dapat mengawal diri mereka sendiri.

Seterusnya analisis terhadap konstruk Penilaian Pelaksanaan Program telah
menunjukkan tahap yang sangat tinggi juga. Pihak penganjur iaitu pihak sekolah dan pelajar
Fakulti Pendidikan telah menjemput penceramah yang berkelayakan untuk menyampaikan
tentang objektif program ini. Selain itu, sepanjang minggu Anti Dadah ini juga, banyak aktiviti
dan pertandingan yang telah dirancang oleh penganjur untuk pendedahan kepada para pelajar
tentang bahaya najis dadah. Tahap penilaian menunjukkan program ini berjaya dijalankan
dengan sangat baik.

15

Program ini juga telah menunjukkan kesan yang positif di mana hasil analisis borang
soal selidik menunjukkan penilaian terhadap aspek keberkesanan program berada pada tahap
yang tertinggi. Pihak penganjur percaya bahawa para pelajar telah mendapatkan banyak
pengetahuan dan kesedaran melalui program ini tentang bahaya najis dadah. Diharapkan para
pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada hasil ceramah dan segala aktiviti yang
telah dijalankan sepanjang program Minggu Anti Dadah di SMK Pekan Telipok, Tuaran.

7.0 LAPORAN PERBELANJAAN Kuantiti Harga Jumlah
10 orang (RM) (RM)
Bil Perkara/Bahan
5 buah RM 5.00 RM 50.00
1 Makanan & Minuman
( Pameran & ceramah ) 2 buah RM 50.00 RM 250.00
2 buah
3 Hadiah Sudut Info (Kelas) 2 buah RM 30.00 RM 60.00
4 Hadiah pertandingan poster 4 buah RM 20.00 RM 40.00
RM 10.00 RM 20.00
• Johan 10 buah RM 5.00 RM 20.00
• Naib johan 1 buah
• Ketiga RM 5.00 RM 50.00
• Saguhati RM 75.50 RM 75.50

5 Hadiah kuiz
4 Bunting

JUMLAH RM 565.50

16

8.0 RUMUSAN
Dadah bukanlah perkara baharu dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya
telah dikesan sejak beradab-abad yang lalu. Sehingga ke hari ini, dadah telah menjadi satu
ancaman besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari
demi hari yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya daripada golongan
remaja. Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja perlulah dicegah seawal
mungkin dari peringkat sekolah lagi. Sekolah sebagai institusi kawalan sosial yang dapat
menjadi agen perubahan kepada tingkah laku yang lebih beretika dan berakhlak mulia. Justeru
program seumpama ini adalah sangat berguna dan bermanfaat untuk para pelajar agar
pengetahuan dan kesedaran pelajar dapat dipertingkatkan lagi tentang bahaya dadah.

10.0 RUJUKAN
Kamus Dewan. 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Siti Ruslan. 2009. Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Remaja. Universiti Malaysia Srawak.:
Suppiah Nachiappan, Sandra Piriya Perumalsamy, Fatimah Haji Mohd Zulkafaly &

Harikrishnan Andi. 2014. Penyalahgunaan Dadah Dan Langkah Mengatasi Dari Segi
Kognisi Di Pusat Pengasih Malaysia Drug Abuse and Ways To Overcome in Terms of
Cognitve At Malaysia Pengasih Center. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 9: 176–184.

11. LAMPIRAN

• Kertas Kerja
• Iklan Program
• Poster Hasil Karya Pelajar
• Laporan Bergambar

17

LAMPIRAN A

kertas
kerja

KERTAS KERJA
MINGGU ANTI DADAH SMK PEKAN TELIPOK

ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Kerjasama Bersama
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

&
PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN ISLAM UKM

TARIKH
27 JUN – 01 JULAI 2022

1. PENDAHULUAN
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Anti Dadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh
Utama Negara’. Oleh yang demikian, Kementeriaan Pelajaran Malaysia telah diberi

tanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah

(PPDa) di sekolah. Menyedari betapa pentingnya kempen ini, pihak Unit PPDa dengan

kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengambil inisiatif untuk mengadakan

pertandingan yang melibatkan semua pelajar dan guru.

2.OBJEKTIF
• Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar di semua peringkat
tentang bahaya dadah
• Menggunakan aktiviti kesenian sebagai sebahagian medium bagi menggalakkan
penyertaan para pelajar di dalam proses pembelajaran dan pendidikan bersepadu
secara langsung dan tidak langsung berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah
• Menyedarkan warga sekolah terutama para pelajar tentang bahaya dadah, HIV/AIDS
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara yang kebanyakannya berpunca daripada
rokok

3.KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar

4. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Dr Rutil Taising ( Pengetua)
Pengerusi : Pn. Ritah Bukin (PK HEM)
Hj Jafri (PK Pentadbiran)
Penyelaras : En.Micheal Sungkad (PK Kokum)
Pen. Penyelaras : Pn. Eulia Gubil (PK Petang)
Setiausaha : Ketua Bidang
Bendahari : Pn. Medelinah Henrikus Abdullah
AJK Guru : Pn. Nedilinah Landob
Pn. Marina Kong Abdullah
AJK pertandingan poster, : Pn. Mihing Singkui
Kuiz anti dadah & Pamplet En Ag Zulkiflie Ag Amas
Program Pn Elmi Patrek
En Sylvester Liaw
Pn Nallys Pilo
En Azmain Adnan
Pn Caroll D’Owill
Pn Candy Robert
En Shaifullnizam Mohamad
En Mohd Amirul bin Bashah
Pn. Ratizah binti Sala
Pn. Nor Azlinda binti Abdul Aziz

AJK Pelajar : Ahli Sahabat PPDa
Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Pengawas sekolah

5. TENTATIF PROGRAM

Tarikh Aktiviti Masa Tempat Sasaran Tindakan (AJK)
27.06- Semua Guru UBK
01.07.2022 Info 5 Minit Anti Perhimpunan Foyer pelajar
(Isnin- DARVIH Dewan sidang Guru UBK
Jumaat) Bilik UBK petang Pn. Medelinah
27.06.2022 Pelancaran Mingu Perhimpunan Semua En Ag Zulkiflie
(Isnin) pelajar
Anti Dadah Guru UBK
30 pelajar
Urine Test 8.00 pagi terpilih

Pameran 8.00 pg – Foyer Semua
(AADK 12.30 tghri pelajar
TUARAN)

28.06.2022 Ceramah 9.30 pg – Tingkatan Guru UBK
(Selasa) HIV/AIDS, 11.00 tghri 3: En Ag Zulkiflie
DADAH & Pn Elmi Patrek
INHALAN Bilik 3K4 En Azmain Adnan
seminar 3K5 Pn Caroll D’Owill
Sajak pelajar 3K6
Kuiz Foyer 3K7 Pelajar sarjana
3K8 pendidikan islam
Penyampaian
hadiah/cenderahati 11.00 pg- UKM
12.00 tghari

Pameran pejabat Semua
pergigian murid

Saringan kanser 2.00ptg – Semua Guru UBK
mulut 3.30ptg guru

30.06.2022
(Khamis)

Ceramah ’Bahaya 2.00 ptg- Bilik Tingkatan Guru UBK
Rokok & Vape’ 3.30 ptg seminar 2: En Sylvester Liaw

2K4 Pn Nallys Pilo
2K8 Pn Candy Robert
2K3 En Shaifullnizam
2K5
2K11 Mohamad

01.07.2022 Pertandingan & Sepanjang Kelas Semua Guru UBK &
(Jumaat) penilaian Sudut masa P&P Kelas Ketua Bidang

Info Anti
DARVIH (kelas)

6. KEWANGAN Kuantiti Harga Jumlah
Anggaran Perbelanjaan (RM) (RM)
10 orang RM 5.00 RM 50.00
Bil Perkara/Bahan
5 buah RM 50.00 RM 250.00
1 Makanan & Minuman
( Pameran & ceramah ) 2 buah RM 30.00 RM 60.00
2 buah RM 20.00 RM 40.00
3 Hadiah Sudut Info (Kelas) 2 buah RM 10.00 RM 20.00
4 Hadiah pertandingan poster 4 buah RM 5.00 RM 20.00

• Johan 10 buah RM 5.00 RM 50.00
• Naib johan 1 buah RM 75.50 RM 75.50
• Ketiga
• Saguhati

5 Hadiah kuiz
4 Bunting

JUMLAH RM 565.50

7. PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar Minggu Anti Dadah ini dapat memberi pengetahuan, kesedaran
dan seterusnya mengambil langkah pencegahan kepada murid-murid, guru-guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa. Penglibatan semua pihak adalah amat diharapkan bagi menjayakan
program ini.

Disediakan oleh,

____________________________
(Pn. Medelinah Henrikus Abdullah)
Setiausaha UPPDa
SMK Pekan Telipok

Diluluskan oleh:

______________
(Dr Rutil Taising)
Pengetua
SMK Pekan Telipok

LAMPIRAN B

IKLAN
PROGRAM













LAMPIRAN C

POSTER
PELAJAR









LAMPIRAN D

LAPORAN
BERGAMBAR
























Click to View FlipBook Version