The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran_dalam_membentuk_masyarkat_MAlaysia_tentang_sains_dan_teknologi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by johnnnn239, 2022-04-04 20:44:56

Cabaran_dalam_membentuk_masyarkat_MAlaysia_tentang_sains_dan_teknologi

Cabaran_dalam_membentuk_masyarkat_MAlaysia_tentang_sains_dan_teknologi

2022 EDISI PERTAMA VOL 1

PIGEON'S MIND

MEMBACA JAMBATAN ILMU

SAINS & TEKNOLOGI DALAM
SEKTOR PERTANIAN

Cabaran Sains &
Teknologi di Malaysia

CARA MENGATASI CABARAN SAINS &
TEKNOLOGI DI MALAYSIA

MPU23042 / SESI 1 2021/2022

NILAI MASYARAKAT

SAINS DAN TEKNOLOGI

Harga : RM10.00 (SM) RM 9.00 (SS)

ISI KANDUNGAN 2
3
Sidang Redaksi Majalah & Pena Penasihat 4
Penghargaan 5-6
Definisi Sains & Teknologi 7-8
9
Pengenalan 10
Cabaran Sains & Teknologi
di Malaysia 11-12

"Let's Play" 13
14-15
Kesan Sains & Teknologi terhadap
Masyarakat dan Negara 16
17
Cara mengatasi cabaran Sains &
Teknologi

"Did you know?"

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM SEKTOR
PERTANIAN
KERATAN AKHBAR MENGENAI SAINS &
TEKNOLOGI
Rujukan

PENULIS

SIDANG Amber Tracie Ashley Jeffrey
(05DPE21F1020) (05DPE21F1023)
REDAKSI MAJALAH
PENYUNTING

Arianna Michelle Dari pena
(05DPE21F1017)
penasihat
Donald Benjamin
(05DPE21F1056) Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PEREKA GRAFIK Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt dengan taufik dan
hidayahnya diberi kesempatan untuk memberi sedikit kata-kata
Johnnathan aluan sebagai penasihat dalam penghasilan e-folio ini. Penulisan ini
(05DPE21F1038 selaras dengan lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM-KPT) iaitu menghasilkan bahan penyelidikan dan penulisan
serta bahan ilmiah. E-Folio ini merupakan salah satu platform yang
terbaik membolehkan perkongsian hasil penulisan pelajar.

E-folio adalah tugasan berbentuk penulisan ilmiah atau kreatif
yang memberi impak kepada pembaca. Dengan terhasilnya e-folio
ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kefahaman yang
mendalam dalam sesuatu isu yang dikupas. Selain itu, e-folio ini
boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada
pensyarah atau pelajar bagi meningkatkan kefahaman dalam
pengajaran.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus
dalam menghasilkan efolio yang manarik minat pembaca. Semoga
segala usaha yang dibuat mendapat balasan yang setimpal. Saya
berdoa semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat
daripada penghasilan e-folio ini.

-ENCIK MOHAMAD FAIZAL AHMAT

2

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnia-
Nya dapat juga saya dan rakan kumpulan saya
menyiapkan e-Book ini yang telah diusahakan selama
ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu
penting iaitu Encik Mohamad Faizal Ahmat selaku
penyarah kursus MPU23042 Nilai Masyarakat
Malaysia kerana beliau telah banyak berjasa
membimbing memberi semangat dan tunjuk ajar
yang tidak putus sepanjang tempoh kami
menyiapkan e-Book ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sama-sama berhempas pulas dan berkerah
tenaga dan peluh dalam menyempurnakan e-Book
masing-masing. Bantuan yang telah kalian berikan
tidak kira dari segi informasi maklumat dan sanggup
meluangkan masa memberi tunjuk ajar cara-cara
pembuatan e-Book amat kami hargai dan tidak akan
kami lupakan.

Akhir sekali, terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa kami yang secara tidak langsung telah memberi
sokongan dan dorongan yang terhadap kami.

3

Definisi Sains
& TEKNOLOGI

Sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui
pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan
yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum
– hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan

dibuktikan melalui kaedah saintifik.



Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan
mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya
ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,

bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah
manusia.

4

Pengenalan

(SAINS & TEKNOLOGI)

Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk
dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan
semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti
elektronik akan saling berinteraksi antara satu
sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang
berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia
dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58
peranti elektronik. Peranti yang saling
berhubungan ini menjana data raya dan
pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi
baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth
Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian
Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’
atau Ekonomi Digital yang menyebabkan
Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan
Dasar Digital Malaysia.

Kejayaan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T)
merupakan cabaran keenam yang disenaraikan
dalam Wawasan 2020 bagi mencapai status
sebagai sebuah negara maju yang setanding
dengan negara-negara yang lain. Bagi mencapai
impian tersebut , maka Malaysia hendaklah
mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk
memajukan sumber Sains dan Teknologi (S&T)

3
5

agar rakyat Malaysia menjadi sebuah
masyarakat yang berasaskan sains dan
mempunyai sikap berdaya cipta dan
berpandangan jauh dari aspek Sains dan
Teknologi (S&T).Antara matlamat bagi
meningkatkan keupayaan Sains dan
Teknologi (S&T) adalah untuk membentuk
satu ekonomi yang cekap teknologinya di
mana teknologi ciptaan mampu melakukan
penyesuaian,pembaharuan dan pelaburan
yang intensif dan juga mampu bergerak ke
arah penggunaaan teknologi yang canggih.
Keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) dan
kaitannya dengan Pembangunan Sektor
Perindustrian bagi menjadikan sebuah
negara yang maju berasaskan kepada
keupayaan menjayakan pelaksanaan
program dengan segera dan usaha
mempercepatkan perindustrian adalah
merupakan hasrat utama Wawasan 2020.

"The science of today
is the technology of tomorrow"

6

Cabaran Sains dan
teknologi di Malaysia

Kawasan Luar Bandar Mempunyai Kekurangan Kemudahan

Cabaran yang didapati dalam membentuk masyarakat Malaysia
tentang sains dan teknologi ialah pembangunan di kawasan
pedalaman yang perlahan. Kebanyakan kawasan pedalaman masih
belum dibangunkan sepenuhnya. Bukan sahaja kawasan tersebut
mengambil masa yang lama, malahan capaian internet atau
kemudahan seperti pusat kesihatan juga belum disediakan. Jadi,
masalah ini menyebabkan penduduk ataupun masyarakat banyak
ketinggalan dalam arus dunia yang moden ini.

ketinggalan Zaman

Selain itu, cabaran untuk membentuk masyarakat
Malaysia tentang sains dan teknologi juga ialah pemikiran
masyarakat yang terlalu tradisional. Segelintir masyarakat

masih mengamalkan amalan tradisional dan tidak
mengharapkan sains dan teknolgi untuk memudahkan lagi

kehidupan mereka. Sebagai contoh, sesetengah
masyarakat tidak begitu mempercayai ubat-ubatan pihak

hospital atau doktor namun lebih mempercayai ubat-
ubatan daripada bomoh. Ada juga masyarakat yang masih

menggunakan khidmat bidan untuk melahirkan selain
menggunakan khidmat hospital yang serba cukup.

7

KETIDAKPERCAYAAN TERHADAP TEKNOLOGI

Seterusnya, cabaran dalam
membentuk masyarakat Malaysia
tentang sains dan teknologi ialah
mereka tidak mempercayai
kebolehan sains dan teknologi untuk
membantu mereka menyelesaikan
pekerjaan seharian mereka.
Sebagai contoh, petani-petani yang mempunyai ladang yang luas ini
memerlukan bantuan daripada sains dan teknologi seperti
nanoteknologi kerana sektor pertanian adalah sektor utama yang
mendapat faedah daripada evolusi nanoteknologi. Aplikasi ini dalam
sektor pertanian membawa kepada suatu perubahan yang
berupaya meningkatkan produktiviti dalam sektor ini dan secara
langsung membantu meningkatkan pendapatan para petani dan
keluaran dalam negara kasar (KDNK). Antara bidang nanoteknologi
yang berkaitan dengan pertanian adalah bahan biopestisid, baja dan
bahan salutan.

SAINS DIBENTUK OLEH
PENGETAHUAN,

KEBIJAKSANAAN DIBENTUK
OLEH KEHIDUPAN

-IMMANUEL KANT

8

Arahan:

1.JAWAB TEKA SILANG KATA YANG DISEDIAKAN.
2.AMBIL GAMBAR TEKA SILANG KATA YANG TELAH SIAP.
3.HANTARKAN JAWAPAN KE NO. 0137849223 (WHATSAPP) DALAM

BENTUK PDF.
4.PEMENANG AKAN DIUMUMKAN DALAM TEMPOH DUA MINGGU.

9

Kesan teknologi
terhadap budaya dan
kehidupan seharian

Cabaran terakhir dalam membentuk
masyarakat tentang Sains dan Teknologi

adalah perubahan gaya hidup dan
pencemaran bahasa. Hal ini kerana,
pengaruh dan kemajuan Sains dan
Teknologi yang menular dalam kehidupan
moden hari ini jelas telah berjaya merubah
paradigma sosiobudaya dan bahasa
komunikasi masyarakat yang berubah
mengikut peredaran dalam kemajuan Sains
dan Teknologi. Penjajahan budaya hidup
Barat dalam aspek pakaian, makanan,
minuman, tingkah laku, hiburan telah
menukar jati diri manusia. Pakaian
tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya
menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian
harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar
dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia.
Seperkara yang menarik dalam isu Sains dan Teknologi ialah berlakunya
tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa "sms" atau "mesej" dan
"chatting" memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa
sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka
terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum
sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm, Akum, Aslam dan
Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari
susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Hal ini jelas merosakkan
penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

10

16:51 LE N S MADE IN PARAGUAY 077 4G+
MM

ZOOM LENS 17-35 mm 1:2-8

CARA MENGATASI CABARAN SAINS &
TEKNOLOGI DI MALAYSIA

PERANAN SETIAP NEGARA

Setiap negara seharusnya memberi kerjasama
berhubung ancaman gejala ini. Setiap negara juga
perlu mengambil tindakan dari sudut keselamatan,
kesihatan dan juga dari pelbagai aspek lain. Sebagai
contoh, Malaysia mendatangani perjanjian untuk
meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara
dengan bantuan Pertubuhan Makanan & Pertanian.
Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara-negara

Berkecuali (NAM).

PENGAMBILAN PEKERJA YANG BANYAK

Kerajaan perlulah mengambil pekerja yang banyak. Hal ini
kerana, membangunkan kawasan luar bandar sebagai kawasan
bandar. Sebagai contoh, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuala
Terengganu. Selain itu, pembangunan pusat kesihatan, pusat

pengajian tinggi dan pusat kewangan yang cepat.
Pembangunan pusat kesihatan yang cepat boleh membantu

manusia mendapatkan rawatan yang moden jika mereka
menghadapi penyakit yang serius. Seterusnya, pelajar juga

mendapat ilmu pengetahuan yang banyak kerana
pembangunan pusat pengajian tinggi yang cepat.

11

PERANAN PERINGKAT GLOBAL MELALUI PBB

Melalui Kerjasama WHO, Pertubuhan Makanan & Pertanian
(FA0). Berdasarkan maklamat WHO untuk meningkatkan

pengeluaran makanan, membaiki sistem agihan makanan &
kebuluran.

PERANAN PERINGKAT SERANTAU MELALUI ASEAN

Dengan penubuhan ZOPFAN (Kawasan Aman Bebas Berkecuali)
yang menjamin keamanan serantau. Melalui SEANWFZ (Zon

Bebas senjata Nuklear) & Forum Serantau ASEAN(ARF). Tujuan
ARF ialah untuk menyelesaikan konflik antara negara disebabkan

penggeseran kuasa.

Message

12

1. 220 million tons of old computers 4. Albert Einstein won the Nobel
and other technological hardware are Prize for physics in 1921.
trashed in the United States each year.
2. A diamond will not dissolve in acid. 5. Although the famous first flight at
Kitty Hawk took place on December 17,
The only thing that can destroy it is 1903, the secretive Wright Brothers did
intense heat. not demonstrate the technology to the

3. According to Moore's Law, broader public until August 8, 1908.
microchips double in power every 18 to 6. As of early 2009, there have been

24 months. 113 space shuttle flights since the
4. Albert Einstein won the Nobel Prize program began in 1981.

for physics in 1921. 7. Bill Clinton's inauguration in
5. Although the famous first flight at January 1997 was the first to be
Kitty Hawk took place on December 17,
1903, the secretive Wright Brothers did webcast.
not demonstrate the technology to the 8. Chuck Yeager blasted through
the sound barrier at Edwards Air Force
broader public until August 8, 1908.

Base in 1947.


9. Einstein received the Nobel Prize for
Physics in 1921 for his explanation of the
photoelectric effect, the phenomenon by

which electrons are knocked out of
matter by electromagnetic radiation

such as light.
10. In 1901, the Spanish engineer
Leonar do Torres-Quevedo was

responsible for the earliest
developments in the remote control with

his Telekine that was able to do
"mechanical movements at a distance."




13

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM SEKTOR
PERTANIAN

Sains dan teknologi banyak membantu dalam memajukan negara terutamanya
kepada sektor pertanian. Pelbagai ciptaan sains diselidik, direka, dan diguna pakai

dalam sektor pertanian. Sains dan teknologi sangat memudahkan para petani
untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus di samping meningkatkan

kuantiti hasil pertanian.
Aplikasi sains dan teknologi telah memberikan sumbangan dalam bidang
bioteknologi. Aplikasi ini dapat menghasilkan penemuan baka baharu dalam bidang
pertanian. Penggunaan teknologi berasaskan nuklear mampu menghasilkan baka
tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu melalui kaedah mutasi aruhan. Secara
tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan daya ketahanan, kualiti, dan keupayaan
tumbuhan mengeluarkan hasil keluaran dalam jangka masa yang singkat. Selain itu,
tumbuh-tumbuhan berupaya membina ketahanan terhadap penyakit, cepat

membesar, bahkan cepat matang.
Sains dan teknologi juga menyumbang kepada pemuliharaan tanah. Kaedah
moden digunakan untuk memulihkan tanah yang tidak subur. Nilai pH tanah dapat
disesuaikan dengan tanaman tertentu. Kandungan dan struktur tanah yang tidak
subur dipulihkan dengan mencampurkan kapur dan garam mengikut keperluan
tanaman. Penciptaan baja kimia dan baja organik dapat menyuburkan tanah dan
meningkatkan kualiti serta kuantiti pengeluaran sektor pertanian. Penciptaan baja
organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara
kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu. Tambahan pula,
baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja

organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.

14

Selain itu, sains dan teknologi turut memberikan sumbangan kepada penggunaan
teknologi moden. Terutamanya dalam penggunaan jentera moden semasa proses
membajak, menanam, menuai, dan sebagainya membolehkan tanah diusahakan
dalam skala yang besar dengan mudah dan cepat. Dengan kemudahan jentera, para
petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan
penggunaan masa dan tenaga. Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan
kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah. Sebagai contoh, masalah kekurangan
beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan
jumlah penduduk di negara kita semakin bertambah. Jentera memproses padi dapat

memungut hasil tuaian dengan cepat dalam kuantiti yang banyak.
Sains dan teknologi juga menyumbang kepada kaedah penyimpanan dan
pembungkusan. Perkara ini membantu manusia dalam mengawet hasil pertanian
mahupun bahan lain supaya tahan dengan lebih lama. Dalam era serba moden ini,
terdapat pelbagai ciptaan yang telah dihasilkan bagi memastikan proses
penyimpanan dan pembungkusan yang lancar. Ciptaan sains seperti penggunaan peti
sejuk dapat memastikan hasil-hasil pertanian dapat disimpan dengan lebih lama.
Selain itu, teknik pembungkusan yang menggunakan kaedah vakum juga dapat
memastikan mikroorganisma atau bakteria tidak dapat membiak dan merosakkan
hasil tanaman. Oleh itu, jelaslah bahawa sains dan teknologi mampu memberikan

sumbangan yang besar kepada negara dalam bidang pertanian.
Selain itu, sains dan teknologi dapat mewujudkan sistem pengairan yang sistematik.

Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk menghasilkan produktiviti yang
berkualiti. Oleh itu, sistem pengairan dengan bantuan teknologi moden dapat

memastikan bekalan air mencukupi dan pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun
serta bekalan air dapat dikawal.

Kesimpulannya, sains dan teknologi memberikan sumbangan yang besar kepada
sektor pertanian dalam negara. Sebagai ahli masyarakat, kita perlu menghargai

sumbangan ini agar sama-sama mendapat faedahnya.

15

KERATAN AKHBAR MENGENAI
SAINS & TEKNOLOGI

16

RUJUKAN

https://sharedle.blogspot.com/2018/11/sains-dan-teknologi-banyak-
menyumbang.html?m=1
https://science.upm.edu.my/newspaper/stem_pacu_bidang_sains-5859
https://m.facebook.com/PusatSainsNegara/photos/a.860615650624637/13523

35448119319/?type=3&is_lookaside=1
https://www.google.com/url?

sa=t&source=web&rct=j&url=https://group3nilaimasyarakat.blogspot.co

m/%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwi92t6P-

Pf2AhUF3jgGHai6Bs4QFnoECA8QAQ&usg=AOvVaw2WrOalv2GXPZVFWys

M491d
https://mylink.la/norkhayatipks

17


Click to View FlipBook Version