The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah majalah yang menerangkan tentang pembaziran yang berleluasa pada masa kini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahiskandar177, 2022-05-27 07:36:49

Pembaziran

Sebuah majalah yang menerangkan tentang pembaziran yang berleluasa pada masa kini

Keywords: majalah,graphic design,magazine,waste,buletin,pembaziran

Buletin

Pembaziran

Penghayatan Etika dan Peradaban MPU 21032

Senarai
Penulis

MUHAMAD ADAM BIN AHMAD SYAH ISKANDAR
ASRULNIZA BIN MOHD AZAN SYAH
18DDS21F2062
18DDS21F2061

MUHAMMAD ZUHDI BIN MUHAMMAD ADIB BIN
RAHIMI SHAMSUDIN

18DDS21F2056 18DDS21F2059

DDS_1C

Kupasan
Tajuk

1 PENGENALAN
Menerangkan konsep tentang pembaziran yang banyak
semakin berleluasa pada masa kini.

2 PEMBAZIRAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
3
Penulisan yang mampu menjentik hati dan memberi kita
peluang untuk memperbetulkan diri kita daripada sifat
tamak pembaziran

PEMBAZIRAN DALAM EKONOMI

Menerangkan tentang isu pembaziran dalam ekonomi yang
berlaku kepada kerajaan.

4 PUNCA-PUNCA TERJADINYA PEMBAZIRAN

Penulisan yang memberitahu kita tentang faktor-faktor
menyebabkan pembaziran berlaku dengan kerap.

5 KESAN YANG BERLAKU AKIBAT PEMBAZIRAN

Tajuk yang menerangkan tentang impak yang akan berlaku
jika manusia membiarkan sifat pembaziran terus berleluasa.

6 LANGKAH BAGI MENGATASI PEMBAZIRAN
7
Penulisan yang santai tapi sampai. Menarik untuk kita men-
jadikan panduan bagi mengelakkan sifat yang suka mem-
bazir.

KESIMPULAN

Akhir kata tentang tajuk pembaziran yang berlaku sehingga
masa kini.

"Sesungguhnya orang-orang yang
melakukan pembaziran itu adalah
saudara-saudara syaitan, sedang

syaitan itu pula adalah makhluk
yang sangat kufur kepada Tuhann-

ya". (Al-Isra: 27).

PEMBAZIRAN diambil daripada bahasa Arab iaitu daripada asal kata `Bazzara, Yubazziru,
Tabzira' yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula
membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Masud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengelu-
arkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat, yakni tidak pada jalan yang diperin-
tahkan oleh Allah dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah. Manakala Ibnu Kathir
pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-sikan nikmat Allah kepada perk-
ara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah.

Ramai di kalangan kita yang menyempitkan istilah ini kepada wang dan harta benda
sahaja. Ia juga meliputi sifat spiritual. Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi
harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan
minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut spiritual pula termasuklah
tenaga, masa, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya. Semua nikmat ini harus
dihargai dan dimanfaatkan pada jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh
Allah, kerana ia adalah bentuk pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini
sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan
nikmat pemberian Allah (kufur nikmat). Allah menyifatkan orang-orang yang suka memba-
zir itu sebagai saudara syaitan.

Pembaziran melalui

Perspektif Islam

Di kalangan masyarakat Islam kita, perbuatan mem-
bazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pemba-
ziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum,
malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pemba-
ziran masa dan umur. Jika pembaziran dari sudut
makan minum itu dapat kita lihat dengan terbuangn-
ya makanan dan minuman ke dalam tong sampah,
tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia)
pula seringkali tidak kita sedari kerana tidak dapat
dinilai dengan mata kasar. Namun perlu kita fahami
bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia,
harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal
dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita
di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Tidak akan
berganjak dua tapak kaki manusia pada Hari Kiamat
sehingga dia disoal tentang empat perkara; Menge-
nai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Men-
genai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan
ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah
dia memperolehnya dan ke jalan manakah dia mem-
belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah
yang telah dia lakukan?" (Hadis hasan sahih riwayat
Tirmizi).

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup
membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi
dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana
dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalunya
waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti
sia-sialah umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata,
"Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau
habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga."

Pembaziran masa selalu berlaku jika kita tidak bijak
menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan
masyarakat kita yang suka menghabiskan masa
dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka
kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja me-
lengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadan-
ya. Lebih teruk lagi apabila pembaziran masa yang
dilakukan itu mengakibatkan berlakunya kelemahan
pengurusan dan pentadbiran yang tidak produktif.

Pembaziran dalam
Ekonomi

"BAGI Islam pembaziran adalah sesuatu yang boleh membawa kepada kemudaratan terha-
dap mereka yang mempunyai harta benda serta masyarakat di mana mereka tinggal". Itu
adalah satu petikan daripada artikel 'Pendekatan Islam Kepada Keadilan Ekonomi' oleh Tim-
balan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Nik Mustapha Nik Hassan
baru-baru ini. Menurut Nik Mustapha, pembaziran dan kesilapan dari segi penggunaan
sumber-sumber yang ada merupakan tindakan yang boleh dianggap sebagai ketida-
kadilan ekonomi atau 'dzulm' dalam Islam.

Pembaziran di sini bermakna mengambil langkah-langkah yang mendatangkan perbelan-
jaan yang tidak diperlukan serta tidak efisyen dalam aktiviti pengeluaran. Beliau menulis
bahawa pembaziran merupakan satu perkara 'buruk' yang perlu ditolak oleh masyarakat
untuk mengelak kesan negatif daripada amalan sedemikian. Bagi Nik Mustapha pembaziran
adalah satu penyakit bagi seseorang individu tetapi bila kebanyakan atau seluruh daripada
masyarakat bersifat sedemikian dan tidak berusaha untuk mengelak daripada gejala ini,
maka ianya akan bertukar kepada satu faktor yang negatif terhadap pembentukan dan
pembangunan masyarakat tersebut tidak efisyen dalam ekonomi.

Menurut beliau, kegagalan untuk mencapai (Al-Baqarah: 188) yang ber-
tahap efisyen seperti dalam mengenalpasti serta maksud: "Janganlah mengambil
menyelaras sumber yang ada boleh menyum- hak orang lain menerusi cara
bang kepada ketidakadilan dalam ekonomi. yang salah serta curang".
Memperoleh kecekapan untuk pengurusan yang
baik serta efisyen bagi sumber-sumber negara
adalah selari dengan konsep dan semangat
keadilan. Bagi Nik Mustapha, kebebasan untuk
membuat keputusan dan melibatkan diri dalam
kegiatan ekonomi yang dipelopori prinsip-prinsip
agama adalah satu prasyarat terhadap keadilan
ekonomi. Islam juga menghormati hak bagi
setiap orang dalam negara Islam untuk
mendapat 'privasi' atau bebas daripada seba-
rang gangguan terhadap hak dan suasana
peribadi mereka. Ini ada dinyatakan dalam
Al-Quran (Al-Baqarah 188).

Oleh itu keadilan memerlukan sistem sosial yang
menepati kehendak individu dan memuaskan
keperluan tersebut. Sekurang-kurangnya ini tidak
akan memudaratkan masyarakat itu, tulis Nik Mu-
stapha.

Kedudukan

Kerajaan

Dari awal lagi, Islam memperakui
kedudukan kerajaan dalam penguru-
san ekonomi. Dalam setiap mas-
yarakat yang tersusun, perlu adanya
satu badan berkuasa untuk menye-
laras dan memberi halatuju ekonomi.
Fungsi kerajaan adalah untuk menja-
min pencapaian ekonomi yang stabil.
Menurut Nik Mustapha fungsi-fungsi
adalah selari dengan apa yang dike-
hendaki konsep keadilan ekonomi.
Bagaimanapun, kerajaan diperlukan
menanggung perbelanjaan untuk
menampung fungsi-fungsi ini. Ses-
etengah daripada perbelanjaan ini
disyaratkan oleh Syariah secara kekal
seperti perbelanjaan untuk penguru-
san pentadbiran, undang-undang
serta ketenteraman, pertahanan
negara, dakwah dan penyebaran
agama Islam dan yang lain. Untuk
menampung perbelanjaan ini, kera-
jaan dikehendaki mengadakan satu
sistem pendapatan yang selari
dengan kehendak keadilan.

Zakat merupakan bentuk bayaran minimum yang boleh dikenakan kepada orang
Islam secara kekal. Tambah Nik Mustapha, pendapatan adalah terhad tetapi ianya
boleh digunakan untuk mengatasi masalah kemiskinan, kesusahan ekonomi serta
penyebaran agama dan pertahanan cukai. Tulis Nik Mustapha lagi, di mana perlu,
kerajaan boleh mengenakan cukai. Tetapi kadar cukai yang terlalu tinggi akan
mengurangkan pendapatan boleh guna sektor swasta dan penurunan dari segi
pendapatan di sektor ini boleh menyebabkan kurangnya pilihan sektor tersebut
untuk bertindak dan bergerak secara bebas. Memang diketahui umum penurunan
kadar cukai akan menaikkan pendapatan kerajaan dari cukai. Bila ekonomi sektor
swasta meningkat dan berkembang, tapak serta landasan asas untuk pencukaian
akan juga berkembang dan akan meningkatkan lagi kutipan dan pendapatan ker-
ajaan daripada cukai.

PUNCA- PUNCA PEMBAZIRAN MAKANAN

Pembaziran makanan boleh berlaku di setiap peringkat
penggunaan. Hasil tani yang segar, seperti sayur-sayuran
serta buah-buahan selalunya akan melalui proses peng-
gredan. Proses penggredan bukan sahaja melihat kepada
kualiti tetapi juga saiz serta rupa bentuk. Hasil tani yang
tidak memenuhi kriteria ini mungkin akan dibuang. Peng-
guna, terutamanya di negara maju amat prihatin akan ke
semua kriteriaiini. Maka, tidak hairanlah apabila Pertubu-
han Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dalam analisisnya
menganggarkan sebanyak 17% daripada hasil tanah di
utara benua Amerika dibuang kerana tidak memenuhi
standard dan saiz yang dikehendaki oleh pasaran.

Pembaziran makanan juga ber-
laku kerana kurangnya keceka-
pan dalam proses pengendalian
makanan. Sayur-sayuran serta
buah-buahan contohnya mem-
punyai hayat simpan yang
pendek.Oleh itu, sistem pengan-
kutan serta logistik yang lemah
akan melambatkan penghan-
taran sayuran-sayuran serta
buah-buahan ke pasaran. Hasiln-
ya, produk-produk ini hanya akan
mampu bertahan dalam tempoh
masa yang singkat apablia
sampai ke pasaran. Dalam pem-
prosesan makanan, bukan
semua bahagian makanan itu
akan digunakan. Contohnya, ber-
dasarkan citarasa pembeli, pen-
jual ayam hanya menjual pada
bahagian yang tertentu sahaja.

PUNCA- PUNCA PEMBAZIRAN AIR

Antara punca pembaziran air ialah disebabkan
kepala yang telah rosak. Walaupun kelihatan air
hanya menitik, tapi jika dibiarkan banyak air yang
dibazirkan tanpa sedar. Antara faktor lain adalah
kepala siraman tidak dilengkapi sistem tutp
automatik. Selapas menggunakan air, air masih
mengalir pada hos, ini akan menyebabkan pem-
baziran air sementara menunggu anda sampai
ke kepala paip untuk menutup air.

Sikap sambil lewa pengguna

Presiden Persatuan Pengguna Air dan Tenaga
Malaysia (WEMAC) T. Saravanan turut bersetuju
bahawa kadar harga air yang murah di negara ini
menyebabkan pengguna mengambil kesempa-
tan dan bersikap sambil lewa. Air yang terawat
sepatutnya dimanfaatkan untuk keperluan isi
rumah digunakan untuk tujuan yang tidak sepa-
tutnya yang menyebabkan pembaziran berlaku.
Beliau memberitahu Bernama, keperluan sumber
air terawat dalam kalangan pengguna sentiasa
meningkat sedangkan dalam masa yang sama
negara menghadapi pelbagai cabaran seperti
faktor panas sejak kebelakangan ini yang menye-
babkan sumber air berkurangan.Salah satu sebab
utama pembaziran air juga berpunca daripada
kebocoran paip. Oleh itu, kita perlulah sentiasa
memeriksa bekalan air dan membaikinya dengan
kadar segera.

PUNCA- PUNCA PEMBAZIRAN
TENAGA ELEKTRIK

Antara punca pembaziran elektrik ialah
palam ditinggalakan apabila peralatan
sudah tidak digunakan. Tutup suis, tanggal-
kan palamapabila tidak digunakan dan
jangan biarkan peralatan elektrik seperti
kipas dibiarkan terpasang didalam bilik
yang kosong. Sekiranya anda mengecas
komputer riba, cabut dan matikan suis sele-
pas mengecas dan apabila ia sudah tidak
digunakan
lagi.

Bersihkan penapis sebulan
sekali sekiranya pendingin
hawa kerap digunakan.
Bersihkan penapis pendingin
hawa bagi memaksimum-
kan proses penyejukan
kerana kerana penapis yang
kotor menghalang aliran
udara dan mengurangkan
kecekapan pendingin hawa.

Pastikan semua pintu dan
tingkap tertutup rapat ketika
menggunakan
pendingin hawa supaya
hawa sejuk tidak keluar dari
bilik.



Rasulullah s.a.w. sendiri menasihati umatnya agar
meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi
kehidupan dunia dan agamanya, sama ada
berupa perkataan yang sia-sia atau perbuatan
yang tiada manfaat yang hanya menghabiskan
masa dan umurdengan percuma. Sabda baginda
daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud, "Di
antara keindahan Islam itu ialah meninggalkan
perkara yang tidak mendatangkan manfaat
padanya. (Hadis hasan riwayat Tirmizi)." Justeru,
perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. dan para saha-
bat baginda adalah suri teladan yang terbaik
untuk diikuti merangkumi hal-hal pengurusan ken-
egaraan, perniagaan, peperangan, hal ehwal
rumah tangga dan kekeluargaan. Kesemuanya itu
baginda uruskan dengan baik tanpa adanya
pembaziran. Lantaran itu, wajiblah bagi kita umat
Islam menghindarkan diri daripada pembaziran
sama ada yang melibatkan wang, harta, masa,
tenaga, usia dan sebagainya supaya kita tidak ter-
golong dalam golongan mereka yang dibenci dan
dimurkai Allah. Hargailah segala nikmat kurniaan
Allah dengan menggunakannya secara wajar,
berjimat dan memanfaatkannya ke jalan yang
diredhai-Nya.

Kesan pembaziran makanan kepada negara.

Sumber makanan adalah penting untuk kita. Setiap manusia memerlukan
makanan untuk kelangsungan hidup. Tetapi amalan pembaziran makanan
merupakan amalan yang tidak baik. Dengan kadar pembaziran makanan
yang berterusan, ia dibimbangi akan menjejaskan jaminan bekalan
makanan negara. Dan negara pula terlalu bergantung kepada import
makanan yang tinggi, sekaligus mendedahkannya kepada ancaman kesela-
matan makanan. Selain itu kadar pembukaan tapak pelupusan sampah pula
akan meningkat dan wabak penyakit akan mudah tersebar.

Kesan pembaziran tenaga elek-
trik.

Pada era yang serba modern ini, tenaga elektrik
merupakan keutamaan kepada kita. Kebanya-
kan peralatan yang dicipta memerlukan
tenaga elektrik untuk ianya berfungsi. Tidak din-
afikan pembaziran tenaga elektrik sering ber-
laku, lebih-lebih lagi dirumah dan pejabat. Ter-
dapat kesan buruk apabila kita melakukan
pembaziran tenaga elektrik iaitu, terpaksa
membayar bil elektrik yang tinggi. Selain itu, ia
juga dapat meningkatkan kadar pemanasan
grobal. Seterusnya ia dapat meningkatkan
kadar pencemaran alam sekitar. Di samping itu
ia dapat menjejaskan tahap keseimbangan
alam sekitar. Akhir sekali, ia akan memendikkan
jangka hayat peralatan elektrik di rumah atau
pejabat.

Kesan Pembaziran Air.

Penggunaan air yang tidak di ran-
cang dan membazir adalah satu
perbuatan dan sikap yang tidak
bertangungjawab. Ini kerana air
adalah sangat penting dan sangat
terhad sumbernya. Cuma kurang
daripada 1% sahaja air bersih yang
terdapat di muka bumi ini.

Pembaziran air secara berterusan akan menyebabkan Pembaziran
wang,membayar bil air yang banyak. Ia menyebabkan jumlah air di
dalam kawasan tadahan di loji - loji air berkurang dengan cepat teruta-
ma sekali di musim Kemarau. Mengurangkan tekanan air yang hendak
di salurkan ke rumah - rumah. Paip bocor yang tidak di baiki akan
menyebabkan pembaziran dan jika kebocoran itu berlaku di jalan raya,
ianya boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
Menyebabkan hakisan tanah (paip bocor) di kaki - kaki bukit. Memper-
cepatkan lagi kadar pengurangan air bersih dunia. Menjadi ikutan anak
- anak yang suatu hari nanti akan menjadi pewaris dunia.

LANGKAH-LANGKAH
MENGELAKKAN PEMBAZIRAN

Tips 1:
Masak di rumah Kebanyakan pembaziran makanan
terjadi kerana sifat tamak haloba di bufet dan restoran.
Oleh itu, anda boleh mengurangkan pembaziran
makanan dengan memasak di rumah. Pastikan anda
merancang menu masakan untuk seminggu dan
menyenaraikan bahan-bahan dapur yang diperlukan
terlebih dahulu sebelum membeli-belah. Untuk mengu-
rangkan pembelian mengikut nafsu, elakkan dari mem-
beli bahan-bahan dapur ketika anda lapar.

Tips 2:
Simpan lebihan makanan dengan elok jika lebihan makanan
tidak disimpan dengan elok, pasti akan menjadi basi dan
dibuang. Sangat membazir, bukan? Perkara ini boleh dielak
jika makanan lebihan disimpan dengan baik.-
Makanan-makanan yang berlebihan sewajarnya dibekukan
di dalam bekas yang ditutup rapat dan apabila sudah tiba
masa untuk dimakan, boleh dinyahbekukan mengguna
ketuhar gelombang atau dimasak semula. Jimat masa dan
tenaga anda! Pastikan makanan yang disimpan sudah dise-
jukkan pada suhu bilik kerana wap boleh menyebabkan
makanan menjadi basi.

Tips 3:
Rancang pembelian sebelum ke bazar Ramadan
Jika anda tidak mempunyai masa untuk mema-
sak, bazar Ramadan sememangnya pilihan yang
terbaik untuk anda. Walau bagaimanapun, pasti-
kan anda merancang pembelian anda terlebih
dahulu dan hanya membawa jumlah wang yang
mencukupi. Contohnya, hadkan diri anda kepada
RM10 sehari sahaja dengan membeli tidak lebih
dari sejenis makanan berat dan sejenis kuih-muih.

Tips 4:
Sedekahkan makanan yang belum disentuh
kepada masjid Kalau anda tidak pasti sama ada
makanan akan tahan lama di peti sejuk atau tidak,
maka lebih baik jika disedekahkan ke masjid untuk
sesi moreh. Anda bukan sahaja dapat mengu-
rangkan pembaziran, malah anda juga boleh
melaksanakan amal jariah pada bulan Ramadan
yang mulia.

Tips 5:
Masak semula makanan lebihan Makanan lebihan
pada waktu berbuka puasa juga boleh dimasak
semula ataupun dimakan pada waktu sahur. Con-
tohnya, lebihan ayam boleh dicarik-carikkan dan
dijadikan sup ayam dan lebihan nasi pula boleh
dijadikan nasi goreng. Dengan cara ini, anda tidak
perlu lagi bersusah payah untuk memikir menu
pada waktu sahur. Makanan lebihan yang dibeku
juga masih elok untuk dihidangkan sewaktu buka
puasa. Dengan cara ini, anda akan mempunyai
lebih banyak variati lauk dan tidak menjadi bosan
memakan makanan yang sama.

KESIMPULAN

Kita perlu mengingatkan diri kita untuk mengelakkan pembaziran
kerana ianya merupakan tanggungjawab terhadap masyarakat
dan sebarang pembaziran memberi kesan kepada masyarakat.
Kita perlu memainkan peranan dengan betul supaya dapat
menekankan etika tanggungjawab dan profesion terhadap
negara. Akhirnya, menghayatilah dan berbelanja sumber yang kita
ada secara hemat untuk menjana nilai yang maksimum.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
MD L domoteka 05.22
Next Book
BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BUKIT RAHMAN PUTRA KALI KE-21 TAHUN 2022