The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yeu Chee, 2023-11-01 19:32:23

E-Majalah Perpaduan Di Malaysia

E-Majalah Perpaduan Di Malaysia

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH E-CAHAYA EDISI 2:


SIDANG REDAKSI AJK GRAFIK LIM CHEE YEU { Mom } KETUA EDITOR MIOR AHMAD FARIS BIN AHMAD HAMBAL PENCARI MAKLUMAT 1 ANIF FITRI BIN ZUKIMAN PENCARI MAKLUMAT 2 MUHAMMAD HARRIS ADAM BIN MOHD SHAHARUDDIN SAKIT SAMA MENGADUH LUKA SAMA MENYIUK MOHD FADHLI BIN AZIZ PENASIHAT i


I S I KA N D U N GA N 01 02 03 04 05 Pengenalan Kesan-kesan Tidak Bersatu-padu Sebab-sebab Perpaduan Antara Kaum di Malaysia Langkah-langkah Memupuk Perpaduan 06 Kebaikan Perpaduan Kaum di Malaysia 07 Kesan-kesan Memupuk Perpaduan 08 Galeri Album 09 Penutup 10 Sumber Rujukan 1 ii2 3-5 Aktiviti untuk Mengekalkan Perpaduan 6-8 9-1213 14-1617-1920 21-22


PENGHARGAAN Terlebih dulu, kami mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengna kurnianya, kami dapat menyiapkan tugasan e-folio ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan, penasihat kursus penghayatan etika dan peradaban yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga kami ucapakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan e-folio ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan e-folio ini. iii


PENGENALAN Perpaduan merujuk kepada proses atau keadaan di mana individu atau kumpulan yang berbeza bersatu atau bekerja bersama untuk mencapai matlamat atau kepentingan bersama. Perpaduan boleh merangkumi aspek-aspek yang berbeza, termasuk perpaduan dalam konteks sosial, politik, ekonomi, atau budaya. Perpaduan di Malaysia merujuk kepada proses dan usaha-usaha yang dilakukan untuk menyatukan pelbagai etnik, agama, budaya, dan kumpulan masyarakat yang berbeza dalam negara ini. Malaysia merupakan sebuah negara multietnik yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, seperti Melayu, Cina, India, dan etnik-etnik lain. Oleh itu, perpaduan di Malaysia merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan harmoni, keserasian, dan kerjasama antara kumpulan-kumpulan ini dalam masyarakat. 1


KESAN-KESAN TIDAK BERSATU PADU Apabila ketidakwujudan perpaduan maka secara tidak langsung akan wujudnya masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Oleh itu, pergaduhan dan pertelingkahan akan timbul dalam kalangan rakyat pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh menyebakan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Monumen berdarah sebagai cermin zaman 2


AKTIVITI UNTUK KEKALKAN PERPADUAN N egara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. 3


KE-6“BULAT AIR KERANA PEMBETUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT” . MENURUT KATA PERDANA MENTERI YANG DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK 4


5


ARTIKEL SEBAB-SEBAB PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA PERPADUAN AMAT PENTING DALAM PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA, SAMA ADA NEGARA TERSEBUT MERUPAKAN NEGARA MAJU, MEMBANGUN MAHUPUN SEDANG MEMBANGUN. HAL INI DEMIKIAN KERANA KESATUAN DAN KESEPAKATAN ANTARA RAKYAT AMATLAH PENTING DALAM MEMBENTUK SESEBUAH NEGARA MAJU YANG AMAN TANPA KONFLIK YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PERTUMPAHAN DARAH DAN MENGAKIBATKAN KEHANCURAN NEGARA TERSEBUT. MENURUT KAMUS DEWAN PERDANA, PERPADUAN MERUPAKAN PENYATUAN DAN DARJAH, SERTA JENIS PENYATUAN YANG DIPAMERKAN OLEHY SESEBUAH MASYARAKAT,ATAUPUN KUMPULAN DAN JIRAN. PERPADUAN AMATLAH PENTING DALAM MEMBENTUK SESEBUAH NEGARA YANG MAJU. TANPA PERPADUAN, AMAT MUSTAHIL KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT BOLEH DICAPAI. 6


MENINGKATKAN EKONOMI DI SESEBUAH NEGARA DENGAN WUJUDNYA MASYARAKAT YANG AMAT DAN HARMONI, MAMPU MENARIK PELABUR ASING UNTUKMELABUR DAN MENJALANKAN AKTIVITI PERDAGANGAN DI SESEBUAH NEGARA. KEMASUKAN PELABUR ASING MEMPENGARUHI KADAR PERTUKARAN ASING MEMPENGARUHI KADAR PERTUKARAN WANG ASING YANG MEMBANTU KEPESATAN EKONOMI DI SESEBUAH NEGARA. SEJAK KEBELAKANGAN INI, MALAYSIA MENGALAMI KETEGANGAN POLITIK YANG MENYEBABKAN PELABUR ASING MENARIK SEMULA PELABURAN MEREKA DI MALAYSIA KERANA RISAU AKAN BERLAKUNYA SESUATU DI LUAR JANGKAAN PELABUR ASING DAN SETERUSNYA MENYEBABKAN KERUGIAN KEPADA MEREKA. NAMUN KINI, DEK KEHARMONIAN YAND DIWUJUDKAN MENYEBABKAN PELABUR ASING TERTARIK SEMULA UNTUK MENYERTAI PELABURAN DI NEGARA MALAYSIA. HAL NI MAMPU MENGELAKKAN BERLAKUNYA PENINGKATKAN KADAR PENGANGGURAN SERTA KEHILANGAN PELABURAN YANG BERNILAI BERBILION RINGGIT DAN KESAN PENGGANDA DARI SEGI PENCIPTAAN PELUANG PEKERJAAN DAN PEMBINAAN INFRASTUKTUR. 7


PERPADUAN MAMPU MENINGKATKAN IMEJ NEGARA APABILA WUJUDNYA PERPADUAN DALAM SESEBUAHNEGARA, NEGARA TERSEBUT AKAN DIPANDANG TINGGI OLEH NEGARA LAIN ATAS KESTABILAN DANKEHARMONIAN YANG DIMILIKI. SEBAGAI CONTOH, MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUMMAMPU MENJADI SURI TELADAN KEPADA NEGARA LAIN. MALAYSIA MEMPUNYAI BEBERAPA KAUM UTAMA, IAITU CINA, MELAYU DAN INDIA. NAMUN BEGITU, TIDAK WUJUD SEBARANG PERGADUHAN ATAU PERBALAHAN ANTARA KETIGA-TIGA KAUM TERSEBUT. HAL INI MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI PENANDA ARAS KEPADA NEGARA LAIN YANG SEDANG MEMBANGUN ATAS SEMANGAT PERPADUAN, KESTABILAN DAN KEHARMONIAN ANTARA MASYARAKAT YANG DIMILIKI. WALAUPUNMALAYSIA MASIH LAGI TERGOLONG DI BAWAH NEGARA YANG SEDANG MEMBANGUN, BERBEKALKAN KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAANMASYARAKAT, MALAYSIA TAMPIL MENJADI NEGARAYANG DISEGANI DAN DIHORMATI OLEH NEGARA MAJU YANG LAIN. TIDAK ADA MAKNA KEKAYAN, KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN JIKA RAKYAT BERPECAH-BELAH DAN BERGADUH SESAMA SENDIRI. 8


Memupuk Perpaduan Lankah-Langkah 9


LANGKAH-LANGKAH Meraikan Hari Perayaan kaum Malaysia bersama-sama adalah satu cara yang indah untuk mempromosikan kefahaman, perpaduan, dan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang pelbagai budaya seperti Malaysia. Di Malaysia, terdapat pelbagai Hari Perayaan yang disambut oleh berbagai kaum, termasuk Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Deepavali, dan Tahun Baru Cina. CONTOH BUKA PUASA DENGAN KAUM LAIN A) MERAIKAN HARI PERAYAAN KAUM MALAYSIA BERSAMA-SAMA Ketika tiba bulan Ramadan, mengundang rakan-rakan dan jiran dari berbagai kaum untuk berbuka puasa bersama adalah cara yang hebat untuk menghormati tradisi Islam dan berkongsi pengalaman makanan yang lezat. RUMAH TERBUKA Dalam rumah terbuka, kita boleh menghormati tradisi dan adat istiadat orang lain semasa perayaan mereka. Ini membantu memahami dan menghargai budaya orang lain dan membina hubungan sosial yang lebih kukuh antara individu dari pelbagai kaum. 10


B) PERANAN IBU BAPA Ibu bapa boleh menyertai aktivitiaktiviti sosial yang menggalakkan perpaduan dalam masyarakat, seperti program sukarela yang melibatkan pelbagai kumpulan etnik atau menghadiri majlismajlis antara etnik. Peranan ibu bapa dalam memupuk perpaduan dalam masyarakat sangat penting. Perpaduan ini merujuk kepada keharmonian dan kerjasama antara pelbagai kumpulan etnik, agama, budaya, dan latar belakang dalam masyarakat. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran dan sikap anak-anak mereka terhadap perpaduan. CONTOH MEMBERI CONTOH Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik dalamhal sikap terhadap kepelbagaian dan perpaduan. Mereka perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa mereka menghormati dan menghargai orang dari latar belakang yang berbeza. Ibu bapa merupakan entiti mithali kepada anak dan perlu menunjukkan teladan baik. Contohnya, ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran setangga dengan mesra tanpa mengira bangsa, kaum dan anutan agama. Maka, sejak usia muda anak akan terpengaruh untuk meneladani sikap ibu bapa yang menghormati kaum lain, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. TELADAN BAIK 11


C) MELASANAKAN SEKOLAH WAWASAN SEKOLAH WAWASAN ADALAH PENDEKATAN PENDIDIKAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DALAM MASYARAKAT. IA BERTUJUAN UNTUK MENGENAL PASTI, MEMAHAMI, DAN MENGHARGAI PERBEZAAN BUDAYA, ETNIK, AGAMA, DAN NILAI DALAM MASYARAKAT YANG BERAGAM. CONTOH Sekolah Wawasan dapat mengintegrasikan pengajaran tentang sejarah dan kebudayaan pelbagai kumpulan etnik dalam kurikulum mereka. Ini membantu pelajar memahami akar budaya dan sejarah yang mempengaruhi masyarakat berbilang kaum. Pelajar boleh mempelajari tokoh-tokoh bersejarah dari berbagai budaya dan latar belakang. Ini membantu mereka memahami sumbangan individu dalam pembentukan sejarah dan budaya dunia. Pelajar boleh menggunakan muzik dan tarian tradisional dari berbagai budaya dalam pelajaran seni boleh membantu pelajar memahami dan menghormati warisan budaya yang berbeza. Pelajar boleh mempelajari tarian tradisional dari berbagai budaya seperti tarian Bharatanatyam dari India, tarian singa dari cina, atau tarian Asli dari Melayu. Mereka boleh memahami pergerakan, kostum, dan konteks budaya di sebalik tarian-tarian ini. 12


KEBAIKAN LAIN PERPADUAN KAUM IALAH PIHAK KERAJAAN BOLEH MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA. KEADAAN NEGARA YANG AMAN DAN DAMAI AKAN MENARIK LEBIH RAMAI PELANCONG ASING DATANG KE MALAYSIA. KEHADIRAN PELANCONG ASING INI AKAN MEMBERIKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT. PELUANG PEKERJAAN INI MEMBOLEHKAN RAKYAT MENDAPAT GAJI BAGI MENYARA HIDUP DAN MENAIKTARAFKAN MEREKA. ANTARA KEBAIKAN PERPADUAN KAUM IALAH MASYARAKAT DAPAT HIDUP DALAM KEADAAN AMAN DAN DAMAI. KEADAAN MASYARAKAT YANG AMAN DAN DAMAI INI MEMBOLEHKAN AKTIVITI HARIAN BERJALAN DENGAN BAIK. MASYARAKAT PELBAGAI KAUM BOLEH MELAKUKAN AKTIVITI KEAGAMAAN DENGAN BEBAS DAN LANCAR. MASYARAKAT JUGA BOLEH MENYAMBUT HARI PERAYAAN KAUM TANPA RASA TAKUT. SELAIN ITU, PERPADUAN KAUM AKAN MENJADIKAN NEGARA AMAN DAN TENTERAM. KEADAAN INI MEMBOLEHKAN PIHAK KERAJAAN MERANCANG UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA. CONTOHNYA, PLHAK KERAJAAN BOLEH MEMBINA SISTEM PENGANGKUTAN NEGARA YANG LEBIHBAIK. PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN INI MEMBOLEHKAN TARAF HIDUP RAKYAT TERUS MENINGKAT. KEBAIKAN-KEBAIKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA PERPADUAN KAUM, KESEPADUAN SOSIAL KUNCI UTAMA MEMBINA KEMAKMURAN DAN KEHARMONIAN NEGARA 13


KESAN MEMUPUK PERPADUAN Kestabilan Sosial Pembangunan Ekonomi Pengayaan Budaya Kurang Diskriminasi Mengukuhkan Identiti Nasional Meningkatkan kerjasama Pendidikan yang Lebih Baik Keamanan dan Keselamatan Pembinaan Toleransi Pencegahan Konflik 14


Dalam suasana yang harmoni dan stabil, pelaburan dan aktiviti ekonomi dapat berkembang dengan lancar. Ini akan menarik pelabur asing dan mendorong pertumbuhan ekonomi. Dengan perpaduan, potensi untuk konflik dan perselisihan dikurangkan. Hal ini sangat penting untuk mencegah ketegangan yang boleh mengakibatkan gangguan sosial atau bahkan kekerasan. Pembangunan ekonomi Pencegahan Konflik 15


Meskipun ada kepelbagaian, perpaduan memastikan bahwa semua warga negara merasa menjadi sebahagian dari identiti nasional yang sama, yang memperkukuhkan jati diri bangsa. Mengukuhkan Identiti Nasional Perpaduan mendorong pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian, yang mengurangkan diskriminasi berdasarkan etnik, agama, atau budaya. Kurang diskriminasi 16


Galeri Album 17


18


19


Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. Kesimpulannya, harapan kami terhadap perpaduan kaum adalah Malaysia sebagai negara yang multi etnik dan terdiri daripada berbilang kelompok kaum, budaya dan agama, kita perlulah tidak mendiskriminasi sesiapa berdasarkan warna kulit atau kaum mereka. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk saling memahami dan bertoleransi antara sesuatu kaum yang lain tanpa bersangka buruk terlebih dahulu supaya dapat menghindarkan konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan Negara. PEUNUTUP Agama Usul Bangsa, Bahasa Jiwa Bangsa, Budaya Raga Bangsa, Adat Martabat Bangsa. 20


SUMBER RUJUKAN E-folio (2021). E-folio perpaduan di Malaysia (Etika & Peradaban). Diambil daripada https://anyflip.com/vgxsy/xewt/basic E-folio (2021). E-folio pemantapan kesepaduan nasional Malaysia. Diambil daripada https://anyflip.com/nbogq/tfre/basic Helwig, N. E., Hong, S., & Hsiao-wecksler, E. T. (n.d.). Perpaduan kaum di Malaysia. 142–161. Lukin @ Lokin, S. A., Esa, M. S., Abang Muis, A. M. R., Ationg, R., Mohd Tamring, B. A., Othman, I. W., & Mokhtar, S. (2021). Methods and Challenges in Managing Ethnic Relations in Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 6(23), 115–124. https://doi.org/10.35631/ijlgc.623008 21


Nasir, M., & Omar, B. (2003). Agama dan Perpaduan Kaum Di Malaysia. July 2003. https://www.researchgate.net/publication/343253953 Nasir Omar, M. (2020). Fitnah dan Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia. September. Nurhijrah Zakaria, Sharifah Nor Puteh, & Amla Salleh. (2012). Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia. The 3rd International Conference On Leaner Diversity 18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), September, 654–671. https://www.researchgate.net/publication/325247620 22


Disediakan Oleh: KELAS: DKM5A PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL Mior Ahmad Faris Bin Ahmad Hambal (18DKM21F1026) Lim Chee Yeu (18DKM21F1076) Anif Fitri Bin Zukiman (18DKM21F1084) Muhammad Harris Adam Bin Mohd Shaharuddin (18DKM21F1108)


HATI GAJAH SAMA DILAPAH HATI KUMAN SAMA DICECAH BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU BAGAI ISI DENGAN KUKU MALAYSIA MADANI


Click to View FlipBook Version