OLEH : DESSVENAH
Buku pantun ilustrasi kanak-kanak ini memuatkan 10 pantun kanak-kanak yang pelbagai tema. Buku pantun ini sesuai untuk bacaan atau dibacakan kepada kanakkanak berumur 9-12 tahun. Buku pantun kanak-kanak dihasilkan bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan memperkenalkan dan memelihara warisan budaya tradisional. Buku pantun memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal dan mengapresiasi seni klasik ini sambil memupuk minat dalam sastera Melayu. Selain itu, buku pantun juga dihasilkan untuk memperkaya bahan bacaan kanak-kanak dengan cara yang menarik dan kreatif, membantu meningkatkan kemahiran bahasa dan kreativiti mereka. BUKU PANTUN ILUSTRASI? imbas kod QR bagi mendengar lafazan pantun
BIL TAJUK M/S 1 Pantun Budi 4-5 2 Pantun Nasihat 6-7 3 Pantun Merdeka 8-9 4 Pantun Keluarga Bahagia 10-11 5 Pantun Guru 12-13 6 Pantun Sekolah 14-15 7 Pantun Alam 16-17 8 Pantun Hobi 18-19 9 Pantun Sahabat 20-21 10 Pantun Permainan Tradisional 22-23 ISI KANDUNGAN 3
Jika orang bertanam buluh, Maka kita menuai padi, Jika orang bertanam musuh, Maka kita mendidik budi. BUDI Jika kita melakukan perkara yang baik kita akan mendapat kebaikan, tetapi jika kita melakukan perkara yang buruk, kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri. Maksud Pantun: 4
Terbang meluas burung Raja Udang, Hinggap atas dahan mati, Pandangan orang bukan pada wang, Maka terhadap budi dalam hati. BUDI Maksud Pantun: Pandangan seseorang seharusnya tidak tertumpu pada kekayaan. Sebaliknya, mempelajari nilai-nilai moral lebih penting daripada hanya mengejar kekayaan . 5
NASIHAT Maksud Pantun: Berjalan-jalan membeli barang, Nikmat angin yang nyaman, Berbuat baik kepada orang , Hidup akan penuh aman. Dengan berbuat baik kepada orang lain, kehidupan kita akan menjadi lebih aman dan harmoni. 6
NASIHAT Maksud Pantun: Menari indah tarian wau bulan, Menarik minat semua rakyat, Perkara baik dijadikan amalan, Menjadi panduan sepanjang hayat. Amalan yang baik harus dijadikan panduan atau pengalaman yang membimbing sepanjang hayat. 7
Berhijrah dari timur ke utara, Hidup kehidupan yang tenang, Darah ditumpah demi negara, Jasa tokoh patut dikenang. MERDEKA! Maksud Pantun: Kita harus menghargai pengorbanan dan jasa yang diberikan oleh pejuang kepada negara, sehingga patut untuk dikenang dan dihormati. 8
Gajah amat kuat gagah, Bersinar sangat cahaya kilat, Bendera dikibar dengan megah, Negara Malaysia negara berdaulat. MERDEKA! Maksud Pantun: Melambangkan negara Malaysia, yang berdiri megah dengan bendera dikibarkan, menunjukkan kedaulatan dan kebanggaan sebagai sebuah negara. 9
Menari di atas pentas, Dewan yang gelap misteri, Kasih sayang tidak terbatas, Keluarga bahagia sentiasa berseri. KELUARGA BAHAGIA Maksud Pantun: Kasih sayang yang diberikan oleh keluarga tanpa batasan, pentingnya bagi mewujudkan keluarga yang bahagia sentiasa berseri dalam hidup. 10
Pohon berteduh temunya bayang, Alam semesta penuh deria, Bapa penjaga, ibu penyayang, Keluarga harmoni sentiasa ceria. Maksud Pantun: KELUARGA BAHAGIA Peranan ayah dan ibu dalam keluarga sebagai pemimpin dan pengasuh yang penuh kasih sayang pentingnya bagi keharmonian dan kebahagiaan. 11
Setiap langkah ada misi, Patuh dengan pegangan janji, Mengajar dengan penuh dedikasi, Anak didiknya menjadi insan terpuji. GURU Maksud Pantun: Guru mengajar dengan sepenuh dedikasi sehingga murid-muridnya dapat menjadi individu yang terpuji dan bermoral tinggi. 12
Jalan sehingga ke hujung, Jauh perjalanan adanya visi, Hari Guru hari menyanjung, Memberi inspirasi kepada generasi GURU Maksud Pantun: Menekankan penghargaan kepada guru yang memberikan inspirasi kepada muridmurid dengan membimbing mereka untuk mencapai matlamat hidup mereka. 13
SEKOLAH Langit biru awan berkejar, Siang hari terbit mentari, Dalam kelas guru mengajar, Pelajaran didengari ilmu dipelajari. Maksud Pantun: Guru memberikan pengajaran kepada murid-murid dan murid-murid pula mempelajari dengan penuh semangat semasa proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas. 14
Penuh semangat mengayuh sampan, Destinasi akhir akan sampai, Menuju masa depan penuh harapan, Pendidikan terjamin impian tercapai. SEKOLAH Maksud Pantun: usaha dan tekad untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan dengan penuh harapan dan keyakinan adalah kunci untuk mencapai impian dan masa depan yang lebih baik. 15
Melintas padang kencang berlari, Harapan tinggi impian rendah, Alam luas penuh berseri, Ciptaan Tuhan ciptaan indah. ALAM Maksud Pantun: Alam yang luas dan indah diibaratkan sebagai simbol kebesaran Tuhan yang menciptakan segalanya dengan indah. 16
Dari jauhnya bas tiba, Perjalanan amat lambat, Pohon besar di hutan rimba, Tinggi menjulang daunnya lebat. ALAM Maksud Pantun: Pokok-pokok besar di dalam hutan, menjulang tinggi dengan daun yang lebat, mencerminkan kehebatan alam semula jadi, yang penuh dengan keajaiban. 17
Pak Abu dikena culik, Risau hatinya terkeluh lidah, Membaca buku di sudut bilik, Dunia berubah bayangannya indah. HOBI Maksud Pantun: Hobi membaca buku dapat memberi pengalaman luas dalam pemahaman kita tentang dunia serta menikmati ketenangan di sudut bilik kita. 18
HOBI Di tasik air berputar, Berenang riangnya ikan-ikan, Main muzik dengan gitar, Alunan merdu lagu dinyanyikan. Maksud Pantun: Hobi bermain gitar dan mencipta lagu memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada individu serta membolehkan mereka mengekspresikan diri melalui muzik. 19
Dapur bersih arangnya hangit, Masak lauk dihidangkan mesti, Kawan baik bagai bintang di langit, Tidak pernah merajuk hati. SAHABAT Maksud Pantun: Kawan baik sentiasa ada untuk kita, tidak kira keadaan dan sentiasa memberikan kegembiraan dan sokongan tanpa syarat serta tidak pernah meninggalkan kita. 20
Pisang emas dibawa beli, Habis dijual di pasar nanti, Selalu ada selalu peduli, Sahabat karib sahabat sejati. SAHABAT Maksud Pantun: Sahabat sejati sentiasa ada dalam senang dan susah, peduli dengan kebahagiaan dan kesejahteraan tanpa mengharapkan balasan. 21
Dengan perlahan melatanya siput, Bertanding gigih menjadi juara, Main gasing di padang rumput, Berpusing-pusing hati gembira. PERMAINAN TRADISIONAL Maksud Pantun: Hidup ini seperti gasing yang berputar mengajarkan kita tentang kesabaran, kecekalan, dan kegembiraan. 22
PERMAINAN TRADISIONAL Dinding berbunga ruang dihias, Bahagia bersama suaranya riuh, Main wau di padang luas, Terbang tinggi melayang jauh. Maksud Pantun: Main wau di padang luas memberi rasakebebasan dan keseronokan yang mendalam, sambil menghargai warisan budaya dankeindahan alam sekitarnya. 23
tarian wau bulan berhjirah GLOSARI KATA & GAMBARmemotong padi dengan alat tuai menuai tarian tradisional negeri Kelantan yang ditarikan pada sempena permainan wau berpindah dari satu tempat ke tempat lain 24
hutan rimba arang GLOSARI KATA & GAMBARsejenis buah pisang emas hutan besar bahan api yang dibuat dengan membakar kayu 25
CARI KATA 26
Masa pun tidak menunggu sesiapa. Ia berlalu dengan cukup deras dan banyak kali langsung laluannya tidak waspada. -Shanon AhmadTokoh Sasterawan Negara 2015