Rahimah Jaya Norani Abd Rahim Rahimah Jaya Norani Abd Rahim Kebun Sayur Ajaib Rumah Fifi dan Aiman EEEEE, SAYURTAK SEDAPLAEEEEE, SAYURTAK SEDAPLA
Buku ini kepunyaan
Rahimah Jaya Norani Abd Rahim Rahimah Jaya Norani Abd Rahim Kebun Sayur Ajaib Rumah Fifi dan Aiman EEEEE, SAYURTAK SEDAPLAEEEEE, SAYURTAK SEDAPLA
Cetakan pertama 2025 Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum mendapatkan keizinan daripada penerbit. Terbitan : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur ISBN:
Buku ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Fifi yang sangat tidak sukakan sayur. Namun, setelah dibawa melawat ke kebun sayur ajaib oleh Aiman, Fifi semakin berminat untuk mencuba sayur-sayuran baru. Mari ikuti pengembaraan Fifi dan Aiman ke kebun sayur ajaib sambil mengenali khasiat sayur-sayuran. Sinopsis
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya amat teruja untuk berkongsi buku ini dengan adikadik dan semua pembaca! Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah saya, Puan Norani binti Abd Rahim atas tunjuk ajar dan bimbingan untuk menyiapkan buku ini. Jutaan yang tak terhingga juga saya zahirkan kepada Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas atas peluang yang diberikan untuk saya berkarya. Harapan saya, buku ini dapat menanam rasa ingin tahu, menggalakkan pemakanan sihat, dan membawa keseronokan dalam pembelajaran. Semoga buku ini memberikan manfaat kepada semua. Selamat mengembara ke kebun ajaib! [Rahimah Jaya] Prakata Penulis
Dihiasi ilustrasi berwarna-warni yang menggambarkan keajaiban kebun sayur dengan cara yang menyeronokkan. Penggunaan watak-watak comel dengan ekspresi ceria. Penggunaan warna-warna terang seperti hijau, merah dan ungu. Gaya penulisan yang mudah difahami oleh kanakkanak. Keistimewaan buku
Berumur 10 tahun Watak dalam siri ini Sering sakit Berumur 10 tahun Fifi Aiman Tidak suka makan sayur Suka makan sayur Sihat dan cergas
Aiman baru sahaja balik dari melawat Fifi yang sakit. "Fifi sering sakit. Sudah pasti kerana Fifi tidak makan sayur" kata Aiman. Dia teringat akan kebun ajaib yang dilawatinya sebelum ini
Keesokan harinya, Aiman mengajak Fifi ke kebun ajaib. Mereka terus memulakan perjalanan ke kebun ajaib tersebut.
Aiman memetik Cili Pelangi untuk Fifi. Ternyata cili ini memang sedap. Rasanya pedas tetapi ada rasa manis yang menyegarkan.
Tahukah anda cili kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang menguatkan sistem pertahanan badan?
Selepas itu, Aiman membawa Fifi ke kawasan lain yang penuh dengan tomato "Wow! tomato ini sangat manis" kata Fifi.
Saya akan makan tomato kerana ia kaya dengan vitamin C yang membantu dalam penghasilan kolagen. Kulit saya akan lebih sihat dan berseri.
Mereka juga mencuba kobis yang segar-bugar. Rasanya sangat manis dan berkrim.
Saya juga suka kobis kerana ia kaya dengan vitamin C yang membantu menguatkan daya tahan badan saya.
"Fifi, bayam taufan di sini adalah sayur kegemaran saya" Kata Aiman. "Tapi saya masih belum menemui sayur kegemaran saya" kata Fifi dengan nada sayu. "Jom kita cari sayur kegemaran awak sama-sama" Sahut Aiman dengan penuh semangat.
Saya sangat sukakan bayam kerana ia kaya dengan vitamin C dan E yang diperlukan untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
"Timun batang sangat sedap tau Fifi. Saya selalu makan macam tu je" Kata Aiman dengan bangganya.
Saya suka timun batang kerana ia mengandungi Vitamin K yang penting untuk pembekuan darah dan kesihatan tulang.
Fifi terpegun melihat brokoli aurora yang sangat berkilau dan cantik.
Brokoli kaya dengan vitamin K yang penting untuk kekuatan tulang. Saya mahu tulang saya kuat jadi saya selalu makan brokoli.
“Aiman, tengok ni ada sayur warna ungu. Saya tidak pernah makan sayur ini" Kata Fifi. "Oh, ini terung Fifi" kata Aiman.
Saya selalu makan terung kerana ia kaya dengan vitamin C yang menyokong kesihatan jantung.
Aiman akhirnya membawa Fifi ke bahagian kebun lobak merah. Fifi menggigit satu lobak merah dan terus jatuh cinta dengan rasanya. "Ini dia! sayur kegemaranku!" kata Fifi sambil tersenyum lebar.
Sayur kegemaran saya iaitu lobak merah kaya dengan vitamin A yang diperlukan untuk mengurangkan risiko rabun malam.
Aiman berasa sangat gembira kerana dapat membantu Fifi mencari sayur kegemarannya.
Cuba kamu namakan sayursayuran yang telah saya dan Aiman jumpa di kebun ajaib. Syabas! Kamu sangat hebat.
Fifi dan Aiman merupakan kanakkanak yang sangat berani meneroka benda-benda baharu. Contohnya, mereka meneroka kebun sayur-sayuran ajaib yang merupakan tempat yang sangat asing bagi mereka. Nilai Murni Keberanian
Refleksi Cuba kamu lukiskan gambar sayur yang paling kamu suka kemudian warnakan.