Ramadan
Menghidupkan
Ramadan
Baca @Ramadan
Baca @Ramadan
Kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, bulan yang
banyak keistimewaan, antaranya bulan Ramadhan
ialah bulan Maghfirah, iaitu bulan penuh keampunan.
Ibadat puasa dapat menyucikan jiwa seseorang
kerana amalan puasa ini ialah setinggi-tinggi amalan
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah
SAW bersabda:
و من صا م رمضان ايمانا واحتسا با غفرله ما تقدم من ذنبه
(Man swaama ramadhaana imaanan wahtisaanan
ghufira lahu maa taqaddama min dzan-bihi)
1
Baca @Ramadan
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh
keimanan dan pengharapan, akan diampuni segala
dosa-dosanya yang terdahulu (yang telah berlalu).”
Kita boleh melihat dengan mata sendiri secara
zahirnya, ibadat puasa dilakukan oleh seseorang ialah
dengan ‘menahan diri’ secara fizikal ialah
meninggalkan perkara yang boleh membatalkan
puasa. misalnya tidak makan-minum.
Sebenarnya Ramadhan ialah nama yang khusus diberi
kepada bulan puasa ini dan maksud asalnya ialah
‘panas yang sangat terik’. Kepanasan bulan
Ramadhan memberi gambaran sebagai api yang
sangat panas boleh membakar dan melebur segala
dosa-dosa orang yang berpuasa.
2
Baca @Ramadan
Untuk menzahirkan maksud Ramadhan, kita boleh
melakukan banyak amalan yang disunatkan dalam
bulan Ramadhan dan seterusnya menghayati dalam
jiwa dan kehidupan kita.
Antaranya ialah membaca al-Qur’an atau bertadarus
al-Qur’an, ataupun bertadabbur dengan al-Qur’an
dengan membaca dan memahami isi kandungan ayat
al-Qur’an yang dibacakan.
Bulan Ramadhan merupakan bulan diturunkan al-
Qur’an, iaitu Syahrul al-Qur’an. Syahrul al-Qur’an ialah
satu daripda nama yang menunjukkan kelebihan dan
keistimewaan bulan Ramadhan.
Sejarah Islam membuktikan al-Qur’an mula diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Lailatul al-
Qadar pada 17 Ramadhan ketika Baginda berumur 40
3
Baca @Ramadan
tahun dan berada dalam Gua Hira.
Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185
yang bermaksud:
“ Bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diturunkan
padanya al-Qur’an, sebagai hidayah (petunjuk)
kepada sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
Marilah kita menzahirkan Ramadhan melalui
membaca al-Qur’an atau bertadarus dan bertadabbur
al-Qur’an. Kita akan dapat menghayati dan
menghidupkan Ramadhan melalui amalan membaca
dan memahami al-Qur’an. Amalan membaca al-
Qur’an boleh dilakukan di mana-mana sahaja, sama
ada di rumah, di tempat kerja, di masjid ataupun
dalam perjalanan dan sebagainya.
Hadith daripada Abu Dzar diriwayatkan oleh Ibnu
Hibban, maksudnya sabda Rasulullah SAW:
Hendaklah kamu melazimkan membaca al-Qur’an,
kerana ia cahaya untukmu di bumi dan
perbendaharaan untukmu dilangit.”
Marilah kita bersama-sama menzahirkan Ramadhan
melalui usaha kita menghidupkan bulan Ramadhan
4
Baca @Ramadan
dengan amalan membaca al-Qur’an. Dalam bulan
Ramadhan dan juga selepas Ramadhan, kita
menjadikan amalan ini satu budaya hidup Amalan
membaca al-Qur’an memberi manfaat kepada kita di
dunia dan juga membawa syafaat kepada kita di
akhirat nanti.
Disediakan oleh
Hajjah Mariam bt Abdullah
Bahagian Penerbitan JAKIM
5