Ramadan
Ramadhan Yang Berlalu
Baca @Ramadan
Baca @Ramadan
Alhamdulillah, sedar atau tidak kita sudah berada
pada 27 Ramadan. Bulan Ramadhan yang mulia kian
berlalu meninggalkan kita. Sungguh cepat masa
berlalu tanpa kita sedari. Kehadiran bulan Ramadan
yang sangat kita rindu bakal melabuhkan tirainya tidak
lama lagi. Sudah tentu pemergiaannya bakal ditangisi
terutama bagi mereka yang cintakan kebaikan.
Persoalannya, apakah matlamat ketakwaan digariskan
Allah SWT daripada madrasah Ramadan mampu diraih
sepenuhnya atau tidak?
Jalan atau prasyarat yang boleh merealisasikannya
perlu direnung kembali sama ada dilaksanakan sebaik-
baiknya ataupun belum. Antara ibadat yang
dititikberatkan ialah doa.
1
Baca @Ramadan
Firman Allah SWT yang bermaksud :“Apabila hamba-
Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu
kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa
hampir (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang berdoa apabila dia berdoa
kepada-Ku. maka hendaklah mereka menyahut
seruanku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka
menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah: 186)
Doa ialah kalimah pinjaman bahasa Arab bermaksud
memanggil atau menyeru, meminta tolong atau
menyembah. Ibnu Manzur dalam karyanya, Lisan al-
Arab menyebut makna doa kepada Allah dalam tiga
bentuk, iaitu mengesakan dan memuji-Nya; meminta
keampunan, rahmat serta mendekat diri kepada-Nya
dan memohon habuan keduniaan seperti rezeki
berbentuk harta dan anak-pinak.
2
Baca @Ramadan
Kesungguhan itu perlu dijelmakan setiap kali ketika
berbuka puasa. Daripada Ibnu Umar RA: Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Orang berpuasa
ketika berbuka memiliki doa mustajab. (HR Abu Daud)
Ibn Umar ketika ingin berbuka puasa akan memanggil
isteri dan anak-anaknya, lalu berdoa: “Wahai Allah!
Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu dengan
segala rahmat-Mu yang meliputi setiap perkara supaya
Engkau mengampuni aku (dan kami semua).”
Dalam konteks keluarga, perbuatan itu wajar dicontohi
dan diamalkan, terutama untuk menjalinkan
hubungan lebih erat dalam keluarga menerusi
pelaksanaan ibadat secara kolektif. Ini kerana ia
manifestasi sunnah lebih-lebih lagi mengenangkan
keperibadian Ibnu Umar, iaitu anakanda Saidina Umar
al-Khattab RA, yang begitu menjaga sunnah Baginda.
Ustaz Muhamad Fadhli bin Ahmat
Kaunselor IKMAS
3