Ramadan
Zahirkan Ramadanmu
Baca @Ramadan
Baca @Ramadan
Syukur kita kepada Allah diatas segala nikmat yang
diberi.Terutama nikmat iman dan islam. Lebih-lebih
lagi kita yang berada dalam bulan Ramadan ini. Terima
kasih kepada anda yang masih setia menunggu
dirumah Allah yang mana masih setia beribadat.
Syukur kepada anda yang masih setia istigfar
memohon ampun kepada Allah SWT. Marilah kita
bersyukur kepada Allah kerana Allah masih bagi kita
peluang mengecapi bulan Ramadan. Kita masih dalam
fasa pertama dalam bulan Ramadan. Sebagaimana
Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Dan ia (Ramadhan) permulaannya adalah rahmah,
pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya
adalah pelepasan daripada api neraka”..
1
Baca @Ramadan
Namun sayangnya adalah ada diantara manusia yang
rugi seruginya yang mana mereka itu telah
melepaskan peluang untuk mendapat magfirah dari
Allah SWT. Ini dapat dilihat bahawa waktu yg paling
manis dalam beribadah adalah bulan Ramadan
selepas ibadah haji didalam bulan ZulHijjah. Dalam
bulan Ramadan ini ada waktu yg mustajab doanya.
Diantara waktu yg mustajab ini adah sebelum berbuka
puasa. Ketika waktu keemasan inilah ada lagi rakan-
rakan kita yang masih di Bazar Ramadan mencari
juadah berbuka, ada yang masih menonton
televisyen,yang masih lagi sibuk memasak didapur
sedangkan Nabi SAW ada menyebut mafhumnya : Bagi
org yg berpuasa itu ada waktu doa yang sangat
mustajab.
Nabi SAW bersabda; "Ada tiga orang yang doanya
tidak ditolak : Pemimpin yang adil, Orang yang
berpuasa ketika dia berbuka,Doa orang yang
terzalimi." (HR. Tirmidzi ).
Malah, apabila ditanya oleh `A’ishah radhiAllahu ‘anha
tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya
bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu ‘alaihi
wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk
memohon keampunan, iaitu:
اللَّ ُه َّم ِإنَّ َك َعفُ ٌّو َك ِري ٌم تُ ِح ُّب ا ْلعَ ْف َو فَا ْع ُف َع ِني
2
Baca @Ramadan
“Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun,
Maha Mulia, ENGKAU suka memberikan keampunan,
maka ampunkanlah aku”. (Jami` at-Tirmidzi. Hasan
sohih)
Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca doa
memohon keampunan supaya diampuni dosa-dosa
kita yang telah lalu. Betapa besar nilai dan makna doa
ini sehingga Nabi SAW menyarankannya.
Ini bermakna, berdoa memohon keampunan dari
Allah mempunyai nilai yang sangat tinggi sehinggakan
pada malam al-Qadr yang istimewa itu pun diajar
tentang doa khusus untuk mendapat keampunan dari
Allah.
Justeru, janganlah tinggalkan berdoa memohon
ampun kepada Allah. Perbanyakkanlah doa
keampunan dari Allah disamping lain-lain hajat yang
ingin dipohon kepadaNYA.
3
Baca @Ramadan
Dalam kita hendak menzahirkan ramadhan yang hadir
berkunjung tiba hari ini adalah dengan mensyukuri
atas nikmat datangnya bulan Ramadhan. Tugas
sebagai seorang yang beriman adalah dengan
memperbanyakkan bersyukur diatas ketibaan bulan
Ramadhan. Ini kerana bulan Ramadan merupakan
bulan yang amat dinantikan kerana kemuliaan bulan
ini selain ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding
bulan-bulan islam yang lain.
Datang nya bulan Ramadan adalah merupakan nikmat
yang patut disyukuri oleh orang beriman kerana diberi
keizinan oleh Allah untuk melakukan amal soleh,
diantaranya solat malam, berzikir serta bermunajat
kepada Allah SWT dan pada siangnya pula berpuasa
sebagai tanda syukur kita kepada Allah yang maha
pemurah. Perbuatan ini adalah amalan-amalan para
salafussoleh dalam menjalani rutin harian di dalam
bulan Ramadan.
4
Baca @Ramadan
Mereka sentiasa bersyukur diatas nikmat yang tidak
terhingga ini. Sebagaimana Firman Allah SWT yang di
sebutkan dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud
Sesungguhnya jika bersyukur,pasti kami akan
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat ku), maka sesungguhnya azab ku
sangat pedih.
Syukur boleh menyebabkan Allah SWT akan
menambah nikmat keatas kita, mendengar
permohonan dan menurunkan pertolongan kepada
kita. Perhatikanlah, bagaimana seharusnya orang
bersyukur kepada tuhannya kerana die telah diberi
peluang bertemu untuk memasuki bulan yang mulia
ini. Lantas die perlu berharap agar die dipertemukan
lagi dengan bulan Ramadan lagi.sebab dengannya,
nikmat serta rahmat Allah telah terbuka baginya.
5
Baca @Ramadan
Diantara perkara lain dalam menzahirkan bulan
Ramadan adalah dengan menderma dengan harta.
Bersifat dermawan dalam bulan Ramadan adalah
perkara penting yang perlu difahami bagi seseorg
mukmin.Pemahaman ini selayaknya didasarkan pada
suatu masalah iaitu agama tidak boleh ditegakkan
oleh orang yang tamak dan kedekut. Mengapa
demikian , ini kerana jika jiwa kedekut dan tamak,
maka tidak dapat memberi manfaat kepada dirinya
sendiri dan tidak pula mempu menegakkan urusan
agama utk orang lain. Allah berfirman dalam surah
Muhammad ayat 38 ertinya:
“Dan siapa yang kedekut, maka sesungguhnya dia
kedekut dengan diri sendiri, dan Allah yang Maha
Kaya dan kamulah yang memerlukan (kurnianya.dan
jika kamu berpaling(dari jalan yang benar),dia akan
menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan
mereka tidak akan derhaka seperti kamu.)”
6
Baca @Ramadan
Ini merupakan permasalahan yang mendasar yang
perlu difahami oleh semua orang-orang beriman,
kerana orang beriman seharusnya ringan tangan. Allah
berfirman dalam surah at-Taubah : ayat 111 ertinya:
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang
mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka.”
Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada
manusia jiwa, harta waktu dan kesungguhan. Allah
telah menganugaerahkan kepada kita pangkat,
jawatan kedudukan dan anak kemudian Allah
meminta manusia supaya menafkahkan dari apa-apa
yang diberikan tersebut, Pada hakikatnya semua itu
adalah bukan milik kita. Jadi ketika manusia bakhil,
maka sesungguhnya mereka bakhil terhadap apa yang
telah Allah berikan kepada mereka dan mereka pula
bakhil terhadap diri mereka sendiri.
Menzahirkan ramadan dengan meningkatkan
kesungguhan dalam beribadah dan berusaha agar
diterima oleh Allah SAW. Sasaran kita yang harus
diperhatikan oleh orang-orang yang beriman adalah
menepati janji kepada Allah untuk bersungguh-
sungguh meningkatkan ketaatan dan kepadanya
selama Ramadhan. Inilah janji-janji yang sering kita
buat untuk diri kita sendiri sejak beberapa tahun yang
7
Baca @Ramadan
lalu setiap kali Ramadan tiba. Apabila seseorg keluar
dari Ramadan, mereka masih lagi berazam untuk
meningkatkan lagi amal ibadah di bulan Ramadan
akan datang.
Sekarang Ramadan telah tiba dan ini adalah waktu
untuk menepati janji yang telah diikrarkan dahulu
didalam berdoa kepada Allah SAW. Kita telah berjanji
kepada Allah untuk beribadah brsungguh-sungguh
dengan baik.
Kita telah berjanji sekiranya kita berjumpa Ramadan
akan datang pasti kita akank mengabdikan diri kepada
Allah dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kita telah
berjanji mengerahkan segala daya usaha untuk
memohon ampun kepada Allah dan mohon keluar dari
kelalaian, bermain-main, malas beribadah, gemar
menunda-menunda dalam menjalankan ibadah
kepada Allah dan segal sifat mazmumah yang terdapat
dalam diri kita.
8
Baca @Ramadan
Sekaranglah masanya utk menunaikan janji-janji kita
pada allah. Ramadan telah tiba untuk kita dan inilah
waktu untuk menepati janji kita kepada allah.
Walaupun begitu, dalam kita menikmati ganjaran
pahala yang berganda-ganda, namun harus diingat
bahawa ganjaran pahala juga boleh terhapus jika kita
tidak meninggalkan amalan-amalan keji seperti
mencarut, mengeji, mengumpat, memfitnah serta
banyak lagi perbuatan-perbuatan dosa yang lain.
Ingatlah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan
buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada
hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus)
walaupun meninggalkan makanan dan minumannya”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Oleh itu, marilah bersama-sama kita melatih diri untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan-
perbuatan keji bermula dari sekarang agar kita dapat
menjaga dan memelihara kesucian bulan Ramadan
dan memelihara hati kita dengan sebaik-baiknya.
Disediakan oleh
Ustaz Muhaiman
9