The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by justinajentiya, 2022-03-19 11:22:15

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : JUSTINA JENTIYA ANAK JAMES BAYANG
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310068
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 020823-13-0112
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR : PPRBMM2-3

: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

: PUAN SELINA HJ AHMAD

: 21.03.2022

PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT
SOALAN TUGASAN 1
2
1.0 PENGENALAN 2-3
2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM
3-4
KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
3.0 AKAL BUDI PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM 4-5
6
PANTUN- PANTUN TRADISIONAL MELAYU
4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

SOALAN TUGASAN

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan
maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi akal budi
pantun-pantun Melayu berikut:

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu terbentuk hasil daripada pelbagai kegiatan dan pengalaman
masyarakat Melayu zaman dahulu seperti nyanyian rakyat, penceritaan cerita-cerita lipur lara,
dan uji minda. Benda- benda di sekeliling masyarakat Melayu menjadi sumber ilham yang
melahirkan pelbagai jenis puisi ketika masyarakat Melayu hidup dalam alam tradisionalnya.

2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang
terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam hal ini, sastera Bersatu dan berintegrasi
dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Sebagai contoh, seorang ibu yang
menidurkan bayinya secara sengaja atau tidak, akan menyanyikan balada- balada yang
berirama dan merdu. Selain itu, seorang dukun membacakan mantera untuk menyembuhkan
orang sakit secara sedar atau tidak,akan melagukan puisi yang indah dan berirama.

Fungsi
Kesusasteraan

Melayu

Alat pendidikan Nilai Memberi Mengisi masa
pendidikan pengajaran lapang

Rajah 1: Fungsi Kesusasteraan Melayu

Berdasarkan Rajah 1, sastera Melayu digunakan sebagai alat pendidikan dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Dalam hal ini, pengalaman- pengalaman para
pengarang diterjemahkan melalui kisah- kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum di
dalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman
mereka diolah di dalam bentuk prosa atau puisi yang diadun dengan unsur- unsur pengajaran,
moral atau ilmu pengetahuan dan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah
pendidikan secara tidak langsung.

Menurut Aripin Said (1996), menyatakan fungsi kesusasteraan Melayu yang penting
dari aspek nilai pendidikan. Jika disorot kembali dalam aliran kehidupan masyarakat Melayu
terutamanya di kampung-kampung, cerita-cerita rakyat dipertuturkan masih boleh didapati
sekitar tahun 1950-an serta pada awal tahun 1960-an. Menurut Ismail Yusoff (2008), “cerita

binatang ialah cerita yang watak-watak atau watak utamanya terdiri dari binatang yang diberi
jiwa manusia iaitu pandai bercakap, berfikir, bertindak, menipu tertipu dan sebagainya.
Sebagai contoh, cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipur lara bukan sahaja dapat
mengasyikkan khalayak yang mendengar tetapi kepelbagaian cerita tersebut dengan watak-
watak tertentu menggambarkan perwatakan manusia dalam masyarakat setempat. Oleh itu,
nilai pendidikan yang murni dapat digarap daripada cerita- cerita yang disebutkan itu.

Selain itu, kesusasteraan Melayu digunakan untuk memberi pengajaran kepada setiap
individu. Dalam konteks ini, para sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran
melalui hasil karya kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang nilai-nilai
murni dalam kehidupan. Sebagai contoh, seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat banyak
memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu tradisional suatu ketika dahulu. Oleh itu,
karya-karya ini banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian
mereka.

Akhir sekali, kesusasteraan Melayu digunakan sebagai pengisi masa lapang
masyarakat Melayu tradisional. Dalam hal ini, karya- karya sastera seperti Seloka Pak Pandir
bukan saja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk dibaca. Cerita- cerita
rakyat akan diceritakan pada waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan dan anggota
masyarakat dapat berkumpul pada malam hari setelah sibuk mencari nafkah pada siangnya.
Apabila menjelang malam, masyarakat Melayu tradisional berkumpul untuk berhibur sambil
belajar melalui cerita rakyat.

3.0 AKAL BUDI PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN- PANTUN
TRADISIONAL MELAYU

Menurut Mohd Rashid Md Idris et. al (2014), pemikiran bermula dengan idea, yang
kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya ia menjadi buah- buah fikiran
yang bernas dan signifikan. Perkataan- perkataan yang terdapat dalam pantun
melambangkan cara pemikiran penutur yang luas. Menurut Aminuddin (2012), perenggu
minda orang Melayu dalam pebagai aspek kehidupan seperti kasih sayang, adat, budi,
agama, kepahlawanan dan sebagainya jelas tergambar dalam pepatah petitih dan pantun
Melayu

Pantun 1 Pantun 2

Cedok air dengan baldi, Tingkap papan kayu persegi,
Cedok nasi dengan senduk, Sampan sakat di Pulau Angsa,

Baik dibawa resmi padi, Indah tampan kerana budi,
Semakin berisi semakin tunduk. Tinggi bangsa kerana bahasa.

Jadual 1: Pantun Pemikiran Tentang Tingkah Laku dan Moral Manusia

Berdasarkan pantun 1 di atas, pantun melambangkan pemikiran tentang tingkah laku
dan moral manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, segala tindak- tanduk dan tingkah laku
masyarakat yang wajar dan tidak wajar dilakukan juga diungkap dalam pantun Melayu. Dalam
hal ini, pantun tersebut mengajar masyarakat agar mencontohi ‘..resmi padi, semakin berisi
semakin tunduk’ yang membawa maksud bahawa masyarakat hendaklah sentiasa memiliki
sifat merendah diri di dalam diri.

Berdasarkan pantun 2 juga masih menunjukkan pemikiran tentang tingkah laku dan
moral manusia. Dalam konteks ini, pantun ini mengajar masyarakat agar menanamkan sifat
budi bahasa di dalam kehidupan seharian. Menurut Hashim Hj. Musa (2008), ‘budi’ ialah akal;
daya fikir untuk memahami sesuatu perkara, dan kebolehan untuk berdalil dan menyimpul
secara rasional, juga merupakan kepandaian, keupayaan dan kebijaksanaan yang mampu
melahirkan seorang yang “budiman”.

Pantun 3

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Jadual 2: Pantun Pemikiran Tentang Ilmu Pengetahuan

Berdasarkan Jadual 2, pantun tersebut mengungkapkan pemikiran masyarakat
Melayu tentang ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, ilmu pengetahuan amat dititikberatkan oleh
masyarakat Melayu kerana ia dapat membentuk dan menyuburkan fikiran masyarakat ke arah
kesejahteraan. Pantun ini membawa maksud ilmu yang tidak dituntut sepenuhnya, tidak ada
faedahnya. Secara keseluruhan, pantun itu menggambarkan kepentingan tahap usaha
seseorang dalam kembara menuntut ilmu atau mengambil iktibar akan pengalaman orang
lain.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu lama wujud bersama-
sama bangsa Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu itu juga memperlihatkan segala-
galanya itu digambarkan dengan cukup menarik. Fungsi sastera Melayu mewujudkan
pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang

sesuai untuk kesempurnaan hidup. Sehubungan ini, pemikiran dahulunya dapat membentuk
sosialisasi masyarakat dengan jelas. Maka jelaslah bahawa, perkembangan budaya pada
masa kini adalah diasaskan oleh budaya silam kerana manusia mencari kemajuan.

RUJUKAN
Aminuddin Mansor. 2012. Akal budi Melayu dalam Pantun dan Sajak. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aripin Said. (1996). Prosa Warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Yusoff. (2008). Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru. Sintok: Penerbit Universiti Utara

Malaysia.
Hashim Hj. Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21.

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Siti Hajar Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar.


Click to View FlipBook Version