The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Projek BMMB1074 Peranan dan Pemikiran Tokoh dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by justinajentiya, 2021-12-29 18:45:17

Projek BMMB1074 Peranan dan Pemikiran Tokoh dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Projek BMMB1074 Peranan dan Pemikiran Tokoh dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Projek BMMB1074:
Peranan dan Pemikiran

Tokoh dalam
Memartabatkan
Bahasa Melayu

Ahli:
Amir Haqimi bin Mohd Hanapi
Mohd Nur Ikhwan bin Fauzek
Justina Jentiya anak James Bayang

01 Tokoh 02

R.O. Windstedt W.G. Shellabear

03 04
O.T.0D5ussek
Munsyi Abdullah
Asmah Hj. Omar
06
07
Nik Safiah Karim
Abdullah Hassan
08

Awang Sariyan

Sejauh manakah tokoh-tokoh
bahasa tersebut

menyumbangkan pemikiran
mereka ke arah

memartabatkan Bahasa
Melayu?

01

R.O.
Winstedt

Pemikiran R.O. Winstedt

● R.O. Winstedt merupakan seorang orientalis Inggeris yang berkhidmat sebagai

pentadbir British di Tanah Melayu.

● Untuk menentukan hala tuju sistem pendidikan dan melahirkan lebih ramai guru-guru

Melayu yang berpendidikan tinggi, beliau menubuhkan Sultan Idris Training
College.

● Beliau menerbitkan lebih kurang 85 buah buku bacaan sekolah melalui Malay School

Sumbangan Series.

● Menghasilkan buku tentang Bahasa Melayu:

i.Colloquial Malay : A simple Grammar with Conservations (1920)
ii.A dictionary of Colloquial Malay-English and English Malay (1920)

02

W.G.
Shellabear

Pemikiran W.G. Shellabear

● W.G. Shellabear merupakan seorang askar dan juga perintis bahasa yang juga

memberi sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu.

● W.G. Shellabear telah menghasilkan karyanya iaitu Sejarah Melayu (Suilatus

Salatin ) versi William Shellabear.

● Beliau telah menghasilkan sekurang-kurangnya 55 buah karya sastera dalam bahasa

Melayu terutamanya Sejarah Melayu.

● Beliau meninggalkan banyak buku mengenai

perbendaharaan kata Melayu, kamus, buku teks dan kerja-kerja keagamaan bagi Misi
Kristian.

● Kesan karya Sejarah Melayu versi William Shellabear memperlihatkan ketinggian

darjah dan mutu bahasa Melayu Klasik.

03

O.T.
Dussek

Pemikiran O.T. Dussek

● O.T. Dussek ialah antara tokoh Barat yang bergiat aktif dalam memartabatkan bahasa

Melayu terutamanya dalam bidang pendidikan.

● O.T. Dussek sentiasa menggalakkan guru dan golongan penulis agar menghasilkan

karya dalam bahasa Melayu kerana beliau sendiri berusaha menghasilkan karya sama
ada dalam bentuk karya asli atau karya terjemahan.

● Beliau juga sangat berusaha memajukan pendidikan di sekolah Melayu serta

meningkatkan pelbagai bidang ilmu dalam bahasa Melayu melalui Pejabat Karang
Mengarang.

● Semasa bertugas di Maktab Latihan Melayu Melaka, beliau telah menyedari masalah

kekurangan bahan bacaan dalam bahasa Melayu.

04

Munsyi
Abdullah

Pemikiran Munsyi Abdullah

1. Adat dan Kepercayaan
- Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan

karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat
pada zamannya.
- Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah
apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka dilarang berpayung, memakai
kasutdan berpakaian kuning, golongan diraja tidak dibolehkan berniaga selain
perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan
walaupun tidak berasas.

2. Ekonomi
- Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisional pada negeri
biasa dan negeri kolonial dalam pelayaran ke Kelantan.

3. Keadilan
- Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem masyarakat
Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawan berbuat apa saja
kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada golongan bangsawan.

4. Feminisme

- Abdullah terlebih dulu membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain

membidas sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan
suami seperti diajar Islam dilakukan wanita.

5. Pemodenan

- Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yang melihat

kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. Bagaimanapun, kemodenan itu disesuaikan
dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan kepentingan Islam dalam
menguruskan kehidupan.
6. Ilmu Pengetahuan

- Dalam Hikayat Abdullah, ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan

kepentingannya; Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula menekankan betapa
perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan teladan menerusi
usahanya dalam aspek ini.

05

Asmah Hj.
Omar

Pemikiran Asmah Hj. Omar

1. Pemikiran tentang susur galur sejarah bahasa Melayu

-Asmah Haji Omar (2008) menyatakan susur galur serta pemahaman tentang bahasa
Melayu yang lengkap melalui Ensiklopedia bahasa Melayu. Ensiklopedia ini
memerihalkan perkembangan bahasa Melayu dari sudut sejarah, variasi, tulisan, ejaan,
fonetik, fonologi, nahu, morfologi, sintaksis, ragam bahasa sehinggalah kepada
etimologinya.

1. Pemikiran tentang nahu dan tatabahasa

-Asmah Haji Omar (1976) dapat mengesan beberapa prinsip fonologi yang melandasi
analisis Za’ba tentang sistem ejaan bahasa Melayu seperti keutamaan ucapan di atas
tulisan(kewujudan bunyi mendahului tulisan), huruf sebagai lambang untuk bunyi,
hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa.

3. Pemikiran tentang wacana

-Menurut pandangan Asmah Haji Omar (2006), wacana akademik merupakan hasil
kreatif yang menggabungkan faktor-faktor psikologi, sosio retorik dan bahasa. Dengan
itu pembahagian teks secara tradisional yang meletakkan teks akademik dalam
golongan penulisan deskriptif tidak tepat.

06

Nik Safiah
Karim

Pemikiran Nik Safiah Karim

1. Nik Safiah Karim mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata.

2. Nik Safiah Karim sangat-sangat berjuang dalam memartabatkan bahasa Melayu selain
mempunyai prinsip yang teguh berkenaan pembangunan ilmu pengetahuan.

3. Nik Safiah Karim juga sering kali menekankan pentingnya pengurusan masa. Menurut beliau,
pengurusan masa ini amat penting kerana beliau sentiasa menumpukan kerjayanya di samping
keluarganya.

4. Nik Safiah Karim berpendapat pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa
yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang
untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih
berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

07

Abdullah
Hassan

Pemikiran Abdullah Hassan

1. Abdullah Hassan berpendapat bahawa salah satu fungsi terpenting bahasa adalah

menyampaikan maklumat dan berfungsi sebagai alat komunikasi.

2. Abdullah Hassan merupakan sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat dan bagi
mengekalkan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya
melalui bahasa peribumi.

08

Awang
Sariyan

Pemikiran Awang Sariyan

1. Awang Sariyan melihat kemerosotan bahasa Melayu dalam dua aspek iaitu aspek

taraf dan mutu.

2. Pemikiran Awang Sariyan bersifat kritis konstruktif, iaitu setiap kritikan disertakan

dengan cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan sesuatu isu.

3. Pandangan yang dilontarkan juga memperlihatkan semangat juangnya sebagai ahli

bahasa yang tegas menentang perkara yang menyalahi peraturan bahasa Melayu
tanpa bersifat prejudis dan mengira pangkat mereka.

Kesimpulan

● Pemikiran R.O. Winstedt telah membawa kepada kemajuan pendidikan di Malaysia

selaras dengan pemartabatan bahasa Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
yang masih beroperasi sehingga hari ini merupakan hasil cetusan idea beliau.

● W.G. Shellabear banyak menyokong sekolah-sekolah bahasa Melayu kerana

penghayatannya terhadap bahasa Melayu dan budaya Melayu itu sendiri sehingga
beliau tidak sependapat dengan para mubaligh yang lebih kepada sekolah-sekolah
berteraskan bahasa Inggeris.

● O.T. Dussek juga sangat berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu

khususnya bidang pendidikan dan penulisan. Penubuhan Pejabat Karang Mengarang
telah menerbitkan banyak buku rujukan untuk kegunaan sekolah-sekolah.

● Akibat pemikiran dan pendirian Munsyi Abdullah yang cukup tegas dalam

melontarkan buah fikirannya telah membawa dirinya dinobatkan sebagai ‘Bapa
Kesusasteraan Melayu Moden’ oleh Barat.

● Pemikiran Abdullah Hassan telah banyak menyumbang kepada bidang bahasa

Melayu, komunikasi, terjemahan dan perkamusan.

● Sumbangan pemikiran beliau ( Awang Sariyan ) telah banyak membantu menerbitkan

rencana bimbingan bahasa Melayu untuk pelajar, serta mengarang puluhan buku
panduan bahasa, buku ilmiah, buku umum, dan kamus.

● Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu.

Ilmu beliau yang luas disertai dengan kepakaran yang pelbagai dalam hampir semua
bidang kajian bahasa Melayu menjadikan beliau tempat rujukan kepada pengkaji-
pengkaji bahasa Melayu.

● Selain sumbangan beliau dalam dunia akademik dan kesarjanaan, beliau turut terlibat

menganggotai agensi dan jawatankuasa penting yang membina bahasa Melayu
sebagai bahasa moden pada hari ini.

● Beliau juga menyumbang kepada pembentukan dasar malah memberikan

pencerahan melalui tulisan beliau dalam puluhan buku yang diterbitkan dan ratusan
kertas kerja yang dibentangkan.
● Selain daripada bergiat dalam perkembangan bahasa Melayu,Nik Safiah Karim juga
banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dan penyertaan dalam persidangan
samada mengenai isu wanita mahupun isu bahasa sehingga menghasilkan beberapa
buah buku mengenai pengajian wanita.Tindakan ini kerana merupakan satu inisiatif
wanita menulis mengenai sumbangan wanita.

Sekian.


Click to View FlipBook Version