PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA NAMA : TAN HUI QI NO MATRIKS : 2021242340342 PROGRAM : PISMP JUN 2021 UNIT : X10 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM 22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK
Biodata diri Maklumat pengenalan uniit Maklumat lambang Maklumat bendera Maklumat cogankata / moto 3 4 5 7 8 Maklumat ikrar Maklumat lagu unit 9 10 Sejarah Pengakap Malaysia Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengasas Perlembagaan Persekutuan Pengakap Undang-undang Persekutuan Pengakap Sejarah penubuhan 11 13 17 20 24 25 26 27 32 40 Tujuan penubuhan Istiadat rasmi Struktur organisasi Pengakap Dasar keagamaan 2 Pengurusan kumpulan Pentadbiran kumpulan Pakaian seragam Pengakap Protokol pemakaian lencana Tanda pangkat Skim latihan Pengakap Kanak-kanak Aktiviti / Program kumpulan Rujukan 41 44 47 51 56 61 70 79
BUKU LOG PENGAKAP
NAMA:TAN HUIQI NOKP:010729-02-1172 ANGKAGILIRAN:2021242340342 PROGRAM:PSIMP SEMESTER/TAHUN:SEMESTERII /TAHUN 2 AMBILAN: JUN 2021 /2026 UNIT:X10 KODDAN NAMAKURSUS:MPU3431AKOKURIKULUM-UNITPENGAKAPI NAMAPENSYARAH:PN ZAHARAHBINTIABDMANAF JANTINA:PEREMPUAN AGAMA:BUDDHA BANGSA:CINA ALAMAT: NO43TAMANWAWASAN KOTASARANGSEMUT06800ALORSETARKEDAH. NOTELEFON:010-8792570
UNIT PENGAKAP Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi pertumbuhan intelek, rohani, emosi, jasmani (IREJ) dan sosial. Untuk mencapai objektif tersebut, pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method) melalui sistem yang progresif dengan berasaskan kepada Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap. Program latihan untuk pemimpin merupakan program yang diberikan keutamaan disebabkan segala didikan dan asuhan, mutu latihan dan aktiviti yang akan diterima oleh ahli-ahli pengakap dan golongan belia bergantung kepada pemimpin yang mempunyai kemahiran, kecekapan, berkebolehan tinggi, berdaya usaha dan berdisiplin. Dasar latihan keguruan yang menitikberatkan kemahiran asas (Initial Training) dan menjurus ke arah matlamat 4K, iaitu KEPENGURUSAN, KEPIMPINAN, KEPEGAWAIAN dan KEJURULATIHAN, merupakan satu matlamat untuk menyediakan pemimpin yang mampu menjayakan hasrat negara untuk membentuk warganegara yang berguna dan berdisiplin.
Lambang & Warna-warna di dalam Lambang Persekutuan 2. Warna Kuning, Hijau dan Merah: Melambangkan unit-unit di dalam pergeraka pengakap, iaitu: (i) Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak; (ii) Hijau bagi Unit Pengakap Muda; (iii) Merah bagi Unit Pengakap Remaja. 3. Bua butir bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan: Melambangkan Undang-Undang Pengakap. 1. Pecahan tiga kelopak: Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga itu: (i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; (ii) Menolong orang pada setiap masa; dan (iii) Menurut undang-undang pengakap.
Lambang & Warna-warna di dalam Lambang Persekutuan 4. Ikatan berwarna hijau: Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap. 5. Lingkaran tali berwarna kuning: Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia. 6. Anak bulan dan bintang: Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam. 7. Warna kuning pada anak bulan dan bintang: Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 8. Bintang pecah 14 (warna kuning): Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia.
Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu. Bendera
Pengakap Kanak-kanak Buat Sehabis Baik Pengakap Muda Selalu Sedia Pengakap Remaja Pandangan Luas Pengakap Kelana Berkhidmat Cogan Kata / Moto
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; 2. Menolong orang pada setiap masa; 3. Menurut Undang-Undang Pengakap. Ikrar
Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana ke semua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 )
Sejarah Pengakap Malaysia Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Dipetik dari laman web TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN
Sejarah Pengakap Dunia Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth BadenPowell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. BadenPowell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Lord Baden Powell Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Sejarah Pengakap Dunia Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Sejarah Pengakap Dunia Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Sejarah Pengakap Dunia Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
Sejarah Pengasas BIODATA BP Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Jeneral Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya. Tuhan memimpin dan membantumu di dalam kerjakerjamu. Berpengakap satu permainan bagi kanakkanak,tetapi satu tanggungjawab kepada orang dewasa……. (kata-kata BP)
Sejarah Pengasas Tahun 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini, BP telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Tahun 1907 BP menubuhkan perkhemahan percubaan di Brownsea Island. Beliau merupakan “Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut manakala G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Selepas perkhemahan tersebut, BP menulis dan mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys” sebagai pandu asas pergerakan Pengakap serta diterjemahkan dalam lima bahasa di serata dunia. Beliau meneruskan perjuangannya sebagai Pengakap dan berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral. Tahun 1914 Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England seperti pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut.
Sejarah Pengasas Tahun 1919 & 1920 Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia. Jambori pertama diadakan di Richmond Parkdi di Olympia, London dan sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Tahun 1937 Sewaktu usia BP pada 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya telah berhijrah ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sana selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Tahun 1941 BP meninggal dunia di Paxtu, Kenya dan disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya pada 8 Januari. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud “Gone Home“. Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.
Perlembagaan Pengakap MATLAMAT Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan antarabangsa. OBJEKTIF 1. Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti. 2. Taat dan setia kepada negara 3. Mempunyai perasaan persaudaraan. 4. Berkhidmat kepada masyarakat. KEAHLIAN Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 disekolah ini . 1. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 2. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00. 3.
Perlembagaan Pengakap GURU SEBAGAI PEMIMPIN 1. Pemimpin Pengakap adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. 2. Pemimpin berhak memilih ahli pengakap untuk mewakili sekolah mengikuti acara yang dipertandingkan di peringkat jabatan atau kementerian. 3. AHLI JAWATANKUASA 1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. 2. 3. Pemilihan AJK secara undian. 4. Ajk kecil boleh dilantik oleh Pemimpin tanpa mengadakan mesyuarat. Ajk yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada guru penasihat. 5. 6. Ajk persatuan terdiri : Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ajk. a. 7. Pemimpin boleh menambahkan bilangan Ajk jika perlu. AJK bertugas membantu Pemimpin melaksanakan aktiviti yang dirancang. 8. DERMA Sumber utama kewangan pengakap adalah melalui derma yang ditetapkan. 1. 2. Pengakap juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut. 3. Sebarang derma yang dikutip hendaklah mendapat kelulusan dari Guru Besar Sekolah 4.
Perlembagaan Pengakap KEHADIRAN/PENYERTAAN Ahli pengakap dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh pengakap sepanjang tahun. 1. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian pengakap. 2. Kehadiran ahli pengakap adalah satu dari markah wajib PAJSK. 3. AKTIVITI Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. 1. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. 2. Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah wajib diadakan setiap tahun. 3. PERATURAN-PERATURAN 1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 2. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. 3. Ahli-ahli yang mematuhi peraturan adalah merupakan pengakap sejati. 4.
Perlembagaan Pengakap TINDAKAN DISIPLIN Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap kanakkanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 1. 2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: a. Amaran lisan. b. Amaran bertulis. c. Gantung keahlian. d. Pecat keahlian. 3. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. 4. PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. 2. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 3. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar. 4. HAL-HAL LAIN Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 1. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. 2. Ahli-ahli pengakap adalah ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Pengakap Kebangsaan. 3.
Perlembagaan Pengakap TINDAKAN DISIPLIN Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap kanakkanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 1. 2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: a. Amaran lisan. b. Amaran bertulis. c. Gantung keahlian. d. Pecat keahlian. 3. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. 4. PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. 2. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 3. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar. 4. HAL-HAL LAIN Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 1. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. 2. Ahli-ahli pengakap adalah ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Pengakap Kebangsaan. 3.
Sejarah Penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen. Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Tujuan Penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Tujuan Persekutuan ini ialah bagi membentuk kanakkanak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya ajam pemerhatiannya, menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat taat setia dan prihatin terhadap orang lain - mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya, memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap agama. Cara latihan yang tertentu bagi Pengakap ialah penerimaannya sebagai ahli kepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang beransur-ansur dikelolakan sendiri dalam kumpulan-kumpulan lingkungan umur yang bertingkattingkat seterusnya; dengan membuka kepadanya peluang berkhidmat kepada orang lain, dengan memberikan kepadanya beransur-ansur tanggungjawab yang bertambah untuk dirinya dan orang-orang lain, supaya dia mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap dan kuasa bekerjasama dan kepimpinan.
Istiadat Rasmi Persekutuan Pengakap Dalam istiadat Pengakap terdapat tiga istiadat yang penting dan perlu diketahui oleh setiap ahli Pengakap iaitu Istiadat Laung Agung, Istiadat Mengibar Bendera dan Istiadat Menurunkan Bendera.
ISTIADAT LAUNG AGUNG Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan: 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).
ISTIADAT MENGIBAR BENDERA 1. Akela menyebut “BENDERA” dan petugas PKK yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendera dalam keadaan berkawad. 2. Kemudian petugas ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera. 3. Semua ahli PKK yang lain mengikut tabik pada bendera. Kemudian petugas ini bergerak ke kedudukan asalnya. 4. Akela menyebut “NEGARAKU”, semua PKK mengadap bendera dan menyanyikan lagu Negaraku. 5. Akela menyebut “DOA”, petugas PKK bersebelahan petugas pengibar bendera keluar dua langkah dan menyebut “UP” syarat untuk menadah tangan. 6. PKK lain turut menadah tangan dan seterusnya petugas PKK membacakan doa. 7. Selesai bacaan doa, petugas PKK menyebut “UP” syarat menjatuhkan tangan dan berundur masuk dua langkah semula pada kedudukan asal. 8. Petugas PKK yang ketiga keluar dua langkah dan menuju ke hadapan Akela lalu memberi tanda hormat. 9. Akela memberi tanda hormat dan menjatuhkan tangan diikuti petugas PKK menjatuhkan tangan. 10. Petugas akan membuat laporan kepada Akela. Selesai membuat laporan petugas akan berundur satu langkah ke belakang dan memberi tanda hormat diikuti Akela membalas tanda hormat. 11. Petugas berpusing ke kanan dan masuk barisan dalam keadaan berkawad. 12. Akela menyebut “SENANG DIRI” dan semua PKK dalam keadaan senang diri. 13. Akela memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada PKK. 14. Setelah selesai, Akela menyebut “KELUAR BARIS”, semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.
ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Semua PKK berada di hadapan bendera. 2. Akela menyebut “SEDIA” tanda semua PKK dalam keadaan sedia. 3. Akela menyebut “BENDERA” , dua petugas PKK keluar dua langkah lalu menghadap bendera sambil memberi hormat pada bendera. (kedudukan selari dengan tiang bendera petugas pertama dihadapan dan petugas kedua berada di belakang petugas pertama). 4. Semua PKK turut memberi tanda hormat kepada bendera. 5. Petugas pertama membuka tali bendera pada tiang dan menurunkan bendera perlahan-lahan. 6. Petugas kedua menyambut hujung bendera. (peringatan: jangan biarkan bendera mencecah tanah) 7. Kedua-dua petugas melipatkan bendera. 8. Kedua-dua petugas masuk semula ke tempat asal dalam keadaan berkawad. 9. Akela menyebut “KELUAR BARIS” semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.
Struktur dan Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Struktur dan Organisasi Persekutuan Pengakap Kebangsaan Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi
Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Malaysia Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Struktur Organisasi Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLMIPG) Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Sekolah Rendah Dipetik dari laman web Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Pengurusan kumpulan Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.
Pengurusan kumpulan Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliahtauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran.
Pengurusan kumpulan Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat
Pentadbiran kumpulan Pentadbiran Kumpulan Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua) dan Pemimpin/ Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa pengajur/ ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran. Pihak sekolah perlu memiliki/ menyediakan satu fail pengakap. Tugas Majlis Pemimpin Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan. Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin. Memeriksa stok alatan kumpulan. Membuat persediaan mengajar (Program Latihan Mingguan). Memohon surat kebenaran Ibubapa/ Penjaga. Jawatankuasa kumpulan Jawatan Kumpulan Anggota 1-9 orang AJK ibu bapa, orang awam, guru sekolah, pemimpin/ kuasa penganjur, pengerusi, setiausaha dan bendahari dipilih antara mereka. Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Pemimpin kumpulan- pengerusi, PK akan melantik- S/U, Semua pemimpin - J/K.) Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol Ketua-ketua patrol dan penolong-penolongnya.
Pentadbiran kumpulan Kuasa Penganjur Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya untuk ahli-ahli. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya. Tanggungjawab Pemimpin Sekolah Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah Memastikan AJK menjalankan tugas. Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda diurus dengan baik Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform Pengakap. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ zon/ daerah dalam lawatan atau projek yang dianjurkan. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
Pentadbiran kumpulan Tanggungjawab Pemimpin Pesuruhjaya di Ibu Pejabat PPM Mengubal dan mengeluarkan Dasar Latihan Perhubungan antarabangsa Merancang dan mengadakan program pembangunan Pengakap di peringkat Nasional Pesuruhjaya di Peringkat Negeri Mengalak dan memberi kemudahan-kemudahan melatih Pengakap Negeri Mengadakan program Berkerjasama dengan Majlis Negeri, Pandu Puteri, BP Guilds untuk pembangunan Pengakap Memajukan taraf pengakap dalam negeri. Pesuruhjaya di Peringkat Daerah Berkerjasama dengan Majlis Pengakap Daerah untuk pembangunan Pengakap Daerah Mengawasi dan melatih kumpulan-kumpulan pengakap dari hal peningkatan kepengaap dan program-program daerah. Menentukan pendaftaran kumpulan dan ahli-ahli Pemimpin-pemimpin Membimbing pengakap supaya mencapai tujuan dan objektif PPM Berhubung rapat dengan kuasa penganjur dan ibu bapa pengakap Bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah bagi menyeragamkan aktiviti. Pengakap-pengakap Memahami cara hidup dalam sistem berpatrol Mentaati Persetiaan Pengakap
Uniform Pemimpin Pengakap Lelaki Dipetik dari laman web PAKAIAN SERAGAM
Uniform Pemimpin Pengakap Pepempuan Dipetik dari laman web PAKAIAN SERAGAM
Uniform Ahli Pengakap Lelaki Dipetik dari laman web PAKAIAN SERAGAM
Uniform Ahli Pengakap Perempuan Dipetik dari laman web PAKAIAN SERAGAM