ANIS SOFIAH BINTI ABD RAZAK PPP DG 41 SMK DATO’ SHAMSUDIN NAIN NAMA SEKOLAH JAWATAN LANTIKAN 1 MAC 2022 PORTFOLIO PPGB2.0
GURU BAHARU 2.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PORTFOLIO 2022 GURU BAHARU 2.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PORTFOLIO 2022 GURU BAHARU 2.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PORTFOLIO ANIS SOFIAH BINTI ABD RAZAK SMK DATO SHAMSUDIN NAIN 2022
SURAT LANTIKAN GURU MENTOR & AKUAN TERIMA
DI BAWAH ADALAH CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR FAIL MS WORD BOLEH EDIT BOLEH DAPAT DI https://t.me/ppgb2/7
DI BAWAH ADALAH CONTOH AKUAN TERIMA GURU MENTOR FAIL MS WORD BOLEH EDIT BOLEH DAPAT DI https://t.me/ppgb2/8
Senarai Semak Portfolio
1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1.1 Ketua Jabatan
Membentuk jawatankuasa PPGB 2.0. Mengeluarkan surat lantikan secara rasmi kepada guru yang berpengalaman di sekolah sebagai guru mentor untuk membimbing guru baharu. Guru mentor akan membimbing seorang guru baharu sahaja. Pemilihan dan pelantikan guru mentor perlu mengambil kira kesesuaian opsyen mata pelajaran, pengalaman, kemahiran dan personaliti guru tersebut. Memastikan pelaksanaan PPGB 2.0 di peringkat sekolah selaras dengan garis panduan dan matlamat yang ditetapkan. Memberi sokongan terhadap pembangunan profesionalisme guru baharu di sekolah dengan mengadakan perbincangan serta refleksi dari semasa ke semasa. Melaksanakan pemantauan berkala dan berterusan terhadap guru baharu sepanjang pelaksanaan program PPGB 2.0 terutamanya dalam aspek PdP. Memastikan guru baharu yang memerlukan khidmat kaunseling dirujuk kepada Pegawai Kaunseling di Bahagian KPM/JPN/PPD mengikut keperluan. Menjalankan penilaian pelaksanaan PPGB 2.0 melalui perbincangan bersama guru mentor dan membuat perakuan untuk cadangan pengesahan dalam perkhidmatan guru baharu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan memenuhi syarat-syarat digariskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). KETUA JABATAN
1.2 Guru Penolong Kanan
GURU PENOLONG KANAN Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. GURU PENOLONG KANAN
➢ Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya. ➢ Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. ➢ Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. ➢ Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. ➢ Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. ➢ Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. ➢ Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan. ➢ Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan. ➢ Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian. SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN) KURIKULUM
➢ Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah ➢ Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan. ➢ Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat. ➢ Membantu merancang takwim sekolah. ➢ Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. ➢ Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan. ➢ Menyelaras semua jenis kutipan yuran ➢ Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. ➢ Menjadi penandatangani kedua cek sekolah. ➢ Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah. SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN) PENGURUSAN
➢ Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah. ➢ Merancang langkah-langkah keselamatan murid. ➢ Mengadakan kursus kemahiran murid.. SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN) PEMBANGUNAN DIRI MURID PEMBANGUNAN ORGANISASI ➢ Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. ➢ Mengadakan kursus/latihan personal PEMBANGUNAN KENDIRI ➢ Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. ➢ Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. ➢ Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. ➢ Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
1.3 Guru Panitia
1.4 Guru Baharu
dua
SKOP KERJA DAN JAWATAN YANG DIPEGANG JAWATAN SKOP KERJA 1.Guru Kelas 1. Memasukkan kehadiran murid di dalam E-hadir online sebelum jam 9.00 pagi setiap hari persekolahan. 2. Memastikan ketua / penolong kelas mengisi Fail eHadir dan dihantar semula ke pejabat. 3. 3. Mengutip bayaran sekolah, serahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir. 4. Mengutip sumbangan PIBG dan diserahkan kepada bendahari PIBG. 5. Memantau buku log kawalan ponteng kelas dan salahlaku pelajar . 6. Mengurus 3K bilik darjah termasuk papan kenyataan. 7. Menguruskan surat amaran ponteng sekolah kepada ibu-bapa/ penjaga dan menyerahkan kepada Pembantu Tadbir. 8. Mengirim surat kepada ibu bapa berkaitan ketidakhadiran pelajar dan salinan kepada sekolah / penyelaras tingkatan. 9. Melengkapkan data- data APDM & SSDM 10. Menyediakan data-data yang diperlukan untuk sijil berhenti pelajar khususnya Ting.5. 11. Pelajar bermasalah rujuk pada kaunselor termasuk kes ponteng sekolah/kelas menggunakan borang rujukan kaunseling. 12. Membantu guru SPBT mengagihkan dan mengumpul rekod buku teks. 13. Bertanggungjawab terhadap kebajikan murid di dalam kelas masing-masing. 14. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam Buku Pendaftaran Murid di pejabat. 15. Melengkapkan maklumat- maklumat di dalam APDM. 16. Menghubungi ibu- bapa/ penjaga sekiranya pelajar tidak hadir.
JAWATAN SKOP KERJA 2. Guru Panitia Matapelajaran 1. Mengurus pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen kurikulum 2. Menyelaras penyediaan RPT dan RPH, menyelaras pentaksiran dan menyelaras tugasan murid 3. Menganalisis data dan maklumat pentaksiran dan mengambil tindakan susulan dengan mengambilkira pematuhan kepada punca kuasa arahan yang berkuatkuasa dan keperluan/kesesuaian (murid/topik/peristiwa) pelaksanaan kurikulum secara menyeluruh meliputi semua tahap/tingkatan/murid. 4. Menguruskan kewangan berdasarkan PCG yang ada untuk menghasilkan impak yang tinggi kepada murid dan guru 3. Setiausaha Koperasi 1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat lembaga dan mesyuarat jawatan kuasa 2. Menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat 3. Merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat 4. Menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota , daftar penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh lembaga 5. Menguruskan surat- menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh lembaga 6. Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku koperasi 7. Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor koperasi 8. Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh lembaga dari semasa ke semasa
JAWATAN SKOP KERJA 4. Katua Kamar Sidang 1. menyediakan pelan perancangan susun atur bilik dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik khas dan lokasi lain yang bersesuaian serta boleh berfungsi dengan baik untuk PdP 2. memastikan susun atur di bilik mengambil kira penjarakan fizikal 3. memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi. 4. Perkara berikut perlu diberi perhatian: I. Tingkap dan pintu sentiasa dibuka; Ii. Langsir ditanggalkan bagi aliran udara; Iii. Penggunaan kipas angin digalakkan; Iv. Kekerapan penggunaan bilik yang memerlukan penggunaan penyaman udara untuk tujuan pdp dibenarkan pada tahap minimum; V. Penyaman udara boleh digunakan pada tahap minimum; Vi. Mengekalkan suhu penyaman udara dalam julat 23ºc - 26ºc; vii. Memastikan penyaman udara diselenggara secara berkala; Viii. Penggunaan penapis udara mudah alih digalakkan. 5. Penyelaras Kebersihan Sekolah 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan. 1.1 Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah. 1.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan. 1.3 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah. 1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan. 1.5 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah. 2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid. 3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah. 3.1 Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah. 3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan. 4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain. 5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan. 6. Menyedia dan membuat laporan berkala.
JAWATAN SKOP KERJA 6. Setiausaha surau 1. Membuat panggilan mesyuarat dan surat mesyuarat. 2. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. 3. Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama jawatankuasa lain. 4. Menyediakan laporan dan dan dokumentasi. 5. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan jawatankuasa lain. 6. Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa. 7. Membantu tugas-tugas pengerusi dan lain-lain tugas dari masa ke semasa. 8. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan jawatankuasa lain. 9. Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa. 7. Guru Bertugas Mingguan 1. Menyediakan laporan mingguan dan menghantar untuk makluman dan semakan pihak pentadbiran. 2. Mengurus murid yang sakit, cedera atau ditimpa masalah lain di sekolah. 3. Memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan mengawal disiplin murid sepanjang perhimpunan berlangsung. 4. Mengurus dan menyerahkan kes-kes disiplin kepada guru penyelaras disiplin/PK HEM. 5. Memastikan murid membeli makanan dengan tertib di kantin. 6. Memastikan tiada murid berkeliaran atau cuba keluar dari kawasan sekolah semasa p&p sedang berjalan. 7. Mengendalikan semua majlis yang berlangsung sepanjang minggu. 8. Sentiasa membuat rondaan di sekitar kawasan dan bangunan sekolah ,memeriksa tandas, kantin, tempat letak basikal, pondok bacaan, bilik persalinan, sudut-sudut dan stesen alam sekitar, membuat laporan dan memaklumkan sekiranya terdapat peralatan yang rosak/membahayakan murid / perkara yang tidak diingini berlaku. 9. Bekerjasama dengan badan disiplin dan pengawas sekolah untuk urusan ”pemeriksaan mengejut” mengikut keperluan.
JAWATAN SKOP KERJA 8. Penasihat Persatuan Pendidikan Islam 1. Mengatur dan menyelia perjalanan kelab 2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai kelab. 5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum 8. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: 9. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. 10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.. 9. Penasihat Badan Uniform Pengakap 1. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum. 2. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam kalangan murid. 3. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. 4. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli. 5. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. 6. Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah. 7. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. 8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Unit Beruniform dan Persatuan. 9. Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa. 10. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam unit beruniform dan persatuan. 11. Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 12. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. 13. Memastikan undang-undang berkaitan unit beruniform dan persatuan dipatuhi. 14. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, PPD dan JPN.
JAWATAN SKOP KERJA 10. Penasihat Kelab Bola Sepak 1. Membentuk jawatankuasa 2. Merancang dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti sukan dan permainan 3. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi 4. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim 5. Menganjurkan perlawanan antara rumah, asrama dan kelas jika perlu 6. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar 7. Mengurus surat kebenaran ibu bapa dan penjaga dan surat akuan rawatan ke pertandingan luar 8. Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai 9. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan ahli 10. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi 11. Merancang aktiviti tahunan dengan ahli atau murid dibawah seliaannya 11. Penasihat Rumah Merah 1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan. 2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan, kedatangan dicatat dalam buku kehadiran. 3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan. 4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. 5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tidakan terhadap pelajar yang tidak hadir. 6. Mengawasi semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. 7. Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
JAWATAN SKOP KERJA 12. Pengawas peperiksaan SPM 2022 1. Melapor diri kepada Ketua Pengawas selewat-lewatnya tiga puluh (30) minit 2. sebelum peperiksaan dimulakan dan bersedia untuk menerima arahan daripadanya. 3. Menerima kertas soalan dan senarai calon daripada Ketua Pengawas. 4. Mengedarkan kertas soalan (halaman depan ke bawah) di atas meja setiap calon 5. yang berkenaan. 6. iMemastikan keperluan peperiksaan telah diedarkan mengikut keperluan kursus. 7. Mengawal pintu masuk Dewan/ Bilik Peperiksaan dan memastikan calon: a) Membawa bersama slip menduduki peperiksaan dan kad matrik. b) Tidak membawa masuk dokumen/ peralatan yang tidak dibenarkan. v) Menyemak pengenalan (identiti) setiap calon dan : a) Memastikan calon yang sebenar hadir untuk menjawab peperiksaan. c) Menentukan bahawa calon adalah layak menduduki p eperiksaan untuk subjek berkenaan seperti yang tertulis di atas slip peperiksaan. d) Melaporkan kepada Ketua Pengawas sekiranya ada keraguan terhadap calon. 1. Memeriksa kehadiran calon dan memungut slip kehadiran serta melaporkan kepada Ketua Pengawas. 2. Mengawas calon yang sedang menduduki peperiksaan. 3. Melaporkan kepada Ketua Pengawas sesuatu keadaan yang menimbulkan keraguan semasa peperiksaan seperti cubaan untuk meniru. 4. iMengawal pintu keluar Dewan/ Bilik Peperiksaan selepas calon selesai menjawab untuk memastikan bahawa calon tidak membawa keluar kertas jawapan sama ada telah digunakan atau belum dan bahan-bahan lain yang sedia ada di Dewan/ Bilik Peperiksaan. 5. Membantu Ketua Pengawas memungut dan mengira skrip jawapan calon. 6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas.
MASUKKAN SASARAN KERJA TAHUNAN
2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Visi SMK Dato’ Shamsudin Nain
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
2.2 Misi SMK Dato’ Shamsudin Nain
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
2.3 Objektif SMK Dato’ Shamsudin Nain
1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu-padu 2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara 4. Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua Warganegara Malaysia
2.4 Piagam Pelanggan
Kami warga SMK Dato’ Shamsudin Nain dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi: MURID ➢ Memastikan semua murid mendapat tempat atau kelas dan guru yang ditetapkan pada hari pertama sesi persekolahan baharu dimulakan. ➢ Memastikan semua murid warganegara Malaysia mempunyai buku teks masing-masing ➢ Memastikan semua permohonan masuk dan keluar murid diproses pada tarikh yang sama permohonan diterima ➢ Memastikan setiap murid yang telah mendaftar di sekolahditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan. GURU ➢ Memberi kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ➢ Sentiasa memberi motivasi dan bimbingan bagi melahirkan guru yang proaktif, kreatif, inovatif dan produktif. ➢ Sentiasa menjaga kebajikan guru dan memberi peluang kenaikan pangkat serta meningkatkan profesionalisme guru. ➢ Mewujudkan hubungan yang mesra dan profesional di antara pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah dengan para guru dan kakitangan IBU BAPA DAN MASYARAKAT ➢ Sentiasa memberi kerjasama dan layanan yang mesra kepada ibu bapa dan masyarakat dalam segala urusan ➢ Sentiasa merapatkan silaturrahim, bersedia menerima cadangan yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan. ➢ Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra
2.5 Carta Organisasi SMK Dato’ Shamsudin Nain
2.6 Pelan Institusi Pendidikan
2.7 Takwim Institusi Pendidikan
2.8 Peraturan Institusi Pendidikan
2.9 Lagu Institusi Pendidikan
KAMI WARGA BERJAYA KAMI WARGA DATO’ SHAMSUDIN NAIN PERKASA DAN BERSEMANGAT WAJA SEGALA CABARAN KAMI TEMPUHI DEMI MASA DEPAN KITA (Korus) KAMI WARGA DATO’ SHAMSUDIN NAIN PUNYA TEKAD PENUH MEMBARA PENUHI ILMU BERUSAHA BERJAYA DEMI WAWASAN KITA PENDIDIKAN BERMUTU BANGUNKAN POTENSI DIRI KEUNGGULAN KAMI GEMILANG DAN TERBILANG KAMI WARGA DATO’ SHAMSUDIN NAIN TAATI PERINTAH AGAMA HORMATI GURU DAN IBU BAPA AMALAN KITA SEMUA LIRIK DAN LAGU OLEH: AMIR HAMZAH NORDIN
3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
3.1 Aktiviti PPB
SENARAIKAN AKTIVITI PPB (https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/) Boleh screenshot report aktiviti PPB melalui web di atas
4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI