The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chackjay09, 2023-06-09 08:01:43

BUKU PROGRAM PIBG 2023

BUKU PROGRAM PIBG 2023

MESYUARAT AGUNG PIBG HARI : SABTU MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN WAWASAN PERMAI, SK TASEK PERMAI JUN 10 2023 DIRASMIKAN OLEH: ENCIK SHARIFFUDIN BIN DAYAN YANG DIPERTUA PIBG SK TASEK PERMAI


NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-24 1


SEKAPUR SIREH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anakanak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Tasek Permai sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022-2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. ZULKIFLI B. HASSAN GURU BESAR 2


SEULAS PINANG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Tasek Permai sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022-2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. EN. SHARIFFUDIN B. DAYAN Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tasek Permai 3


TENTATIF PROGRAM 18 JUN 2022 / 8.00\ 4 MASA AKTIVITI 8.00 pagi Pendaftaran 8.30 pagi Ketibaan jemputan Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan alu-aluan Guru Besar Ucapan alu-aluan perasmi 9.00 pagi Mesyuarat Agung bermula -Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 -Pembentangan Kewangan -Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 -Pelantikan AJK BAHARU 2023/2024 -Cabutan Bertuah -Penyampaian cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 12.00 tengah hari Bersurai


JAWATANKUASA PIBG JAWATANKUASA PIBG SK TASEK PERMAI TAHUN 2022-2023 BIL NAMA JAWATAN 1 EN. ZULKIFLI BIN HASSAN PENASIHAT 2 EN. SHARIFFUDIN BIN DAYAN YDP 3 EN. ZAINUDDIN BIN KOSNAN NYDP 4 CIK NURUL NAJIHAH BT RUSLI SETIAUSAHA 5 PN.RAFIDAH BT IDRIS BENDAHARI 6 PN. NOORULHUDA BT MOHD ALUWI JURU AUDIT 7 PN. MARIANA BT ABDUL MAJID JURU AUDIT 8 PN. AELINAWATI BT MOHD ROJI AJK IBU BAPA 9 PN. JAMILAH BT MOHD MARZUKI AJK IBU BAPA 10 EN. MOHD NAZLAN BIN MOHD NAJIB AJK IBU BAPA 11 PN. NOR FADILAH BT AWANG AJK IBU BAPA 12 PN. NORASLIN BT MOHD JAMIL AJK IBU BAPA 13 EN. MOHD ZUKI BIN MOHD ISA AJK IBU BAPA 14 EN. FAIRUS BIN ROSLAN AJK IBU BAPA 15 EN. MOHD AZRIZAD BIN NOOR AJK GURU 16 PN. EFA BT MOHAMAD AJK GURU 17 EN. MOHD SUKERI BIN MAHYUDIN AJK GURU 18 PN. FATIMAH BT ABDULLAH AJK GURU 19 PN. LIAHISMA TUSDIANA BT ISMAIL AJK GURU 20 PN. WAN RIFAH NADZIRAH BT RAZALI AJK GURU 21 PN. HASMANIE BT HAMZAH AJK GURU 5


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 6


JAWATANKUASA PELAKSANA Pengacara Majlis En. Muhammad Yusri bin Ahmad Bacaan Doa En. Muhammad Aiman bin Ahmad Zaini Pentas Pn. Noorulhuda binti Mohd Aluwi Pn. Shahirah binti Salleh Cik Nurul Najihah binti Rusli (banner) Pendaftaran Pn. Nurul Syahidah binti Mohd Zabri Pn. Nur Syamimi binti Azizan Dewan En. Mohd Azrizad bin Noor En. Mohd Ikram bin Mohd Amin En. Mohd Sukeri bin Mahyudin Siaraya/PA Sistem En. Mohamad Ashraf bin Jamaluddin Buku Aturcara Pn. Nur Safika binti Rais Pn. Syafarina binti Sharuddin Pn. Nurul Syahidah binti Mohd Zabri Sijil Penghargaan/Cenderahati Pn. Efa binti Mohamad Pn. Lorna Jessinta A/P Bernard Pn. Wan Rifah Nadzirah binti Razali Pn. Nor Azimah binti Saman Jurukamera Pn. Rafidah binti Idris Pn. Nur Syamimi binti Azizan Jamuan VIP/Ibu Bapa Pn. Hasmanie binti Hamzah Pn Liahisma Tusdiana binti Ismail Pencatat Minit Pn. Fatimah binti Abdullah Pn. Nuratikah binti MHD Asri En. Muhammad Aiman bin Ahmad Zaini MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 7


MINIT MESYUARAT MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SESI 2022/2023 SK TASEK PERMAI TARIKH : 18 JUN 2022 MASA : 8.00 pagi TEMPAT : Dewan Wawasan Permai Kehadiran : 67 Orang Encik Zulkifli bin Hassan Penasihat Encik Shariffudin bin Dayan Yang Dipertua Encik Zainuddin bin Kosnan Naib Yang Di Pertua Puan Nor Azimah Binti Saman Setiausaha Puan Rafidah binti Idris Bendahari Encik Mohd Nazlan bin Mohd Najib AJK Ibu bapa Puan Aelinawati binti Mohammad Roji AJK Ibu bapa Puan Jamilah binti Mohd Marzuki AJK Ibu bapa Encik Mohd Fairuz bin Roslan AJK Ibu bapa Puan Nor Fadilah binti Awang AJK Ibu bapa Encik Mohd Zuki bin Mohd Isa AJK Ibu bapa Puan Noraslin binti Mohd Jamil AJK Ibu bapa Encik Mohd Azrizad bin Noor AJK Puan Efa binti Mohamad AJK Puan Hasmanie Binti Hamzah AJK Puan Fatimah binti Abdullah AJK Puan Liahisma Tusdiana binti Ismail AJK Encik Mohd Sukeri Bin Mahyudin AJK Puan Noorulhuda binti Mohd Aluwi AJK Puan Wan Rifah Nadzirah bt Razali AJK Cik Nurul Najihah bt Rusli Ahli Puan Siti Norani Binti Salleh Ahli Puan Norazila Binti Razalli Ahli Puan Suraida binti Mohd Jani Ahli Encik Mohd Ikram Bin Mohd Amin Ahli Mohamad Ashraf Bin Jamaluddin Ahli Puan Syafarina Binti Sharuddin Ahli Puan Nurul Syahidah Binti Mohd Zabri Ahli Puan Nur Safika binti Rais Ahli 8


MINIT MESYUARAT Puan Shahira Binti Salleh Ahli Puan Nuratikah Binti Mhd Asri Ahli Encik Hamidon Bin Abu Bakar Ahli Puan Hasmanie Binti Hamzah Ahli Puan Nur Syamimi Binti Azizan Ahli Encik Muhammad Izzuddin bin Alias Ahli Puan C. W. Noraimi Binti C. W. Ab Hamid Ahli Puan Nur Farhana bt Ahmad Akhir Ahli Puan Musar Rfah bt Mat Hori Ahli Puan Zulfa bt Sadik Ahli Puan Latifa binti Dahri Ahli Puan Dawina Ahli Puan Nor Hamia bt Athasim Ahli Puan Muttakina Ahli Puan Maryam Ahli Encik Mohd Azman Ahli Encik Muhammad Zuhri Ahli Puan Pausiya bt Kasim Ahli Encik Mohd Nazri Ahli Puan Isnawati Sujina Ahli Puan Maimanah Ahli Puan Nurul Fariya Ahli Puan Patiyah Ahli Puan Maimuna Ahli Encik Mohamad Yuslan Che Daud Ahli Puan Risha Thalib Ahli Puan Salasiya bt Baruddin Ahli Puan Hamimah bt Dawi Ahli Puan Nor fadhillah bt Mohamed Ahli Puan Siti Wana Ahli Puan Nurhawani Halim Ahli Encik Agus Wahid Ahli Encik Idris bin Masripi Ahli Encik Mohd Fauzi b. Mohd Nasir Ahli Encik Trisnawati Masturi Ahli Puan Norsham b. Yassin Ahli Puan Normaliza Idris Ahli Puan Sarimah binti Dawi Ahli Puan Zubaidayana binti Dauh Ahli Puan Azniyati binti Abdullah Ahli Encik Aslin bin Maarof Ahli Puan Siti Rohana bt Urfan Ahli Puan Juairiah binti Duwaimi Ahli Puan Nor Azliza Mohd Yusoff Ahli Puan Salwa binti Samsuri Ahli 9


MINIT MESYUARAT 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.0 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung Kali ke-23 2022/2023. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG kerana membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti untuk kejayaan murid-murid. 1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat Agung PIBG ini diadakan adalah untuk melantik Jawatankuasa baharu dalam kalangan ibu bapa bagi sesi 2022/2023. 1.4 Pengerusi memohon semua ahli yang hadir untuk semak minit mesyuarat lepas yang terdapat dalam buku program. 2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-22 TAHUN 2021/2022 2.1 Pengerusi meminta para hadirin membaca dan meneliti minit mesyuarat PIBG kali ke-22 2021/2022. Tiada pindaan dan pembetulan. 2.2 En. Mohd Nazlan bin Mohd Najib mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung kali ke-22 disahkan dan disokong oleh En. Mohd Zuki bin Mohd Isa. 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Guru Besar meminta ibu bapa melihat semula usul (6.4.11) yang dicadangkan oleh ibu bapa dalam minit mesyuarat lepas. Usul tersebut berkaitan dengan cadangan Tabung Derma Covid-19 bagi keluarga yang terkesan. Guru Besar memaklumkan bahawa sumbangan yang telah diberi oleh ibu bapa telah disampaikan kepada keluarga yang terkesan dengan pandemik ini. 3.2 Guru Besar turut memaklumkan bahawa Program Gerobok Rezeki yang disediakan di sekolah masih berjalan. Sekiranya ada keluarga yang memerlukan bantuan boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan bekalan asas makanan yang disediakan secara percuma. 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2021/2022 4.1 Setiausaha memaklumkan bahawa sebanyak 9 aktiviti usaha sama antara PIBG dengan pihak sekolah telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021/2022 iaitu: 1. Program Relaunching Gerobok Infaq Tasek Permai (GIFT) bersama NGO Pandan Prihatin. 2. Majlis penutupan bulan kebangsaan SK Tasek Permai. 3. Pembukaan Hari Pertama Persekolahan sesi 2021 4. Program Sanitasi Sekolah bersama COWAY 5. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 6. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah 7. Sepermai Road Run 2022 8. Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 9. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022 Tindakan : Makluman 10


MINIT MESYUARAT 5.0 PEMBENTANGAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2021/2022 5.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021. Pendapatan/wang masuk yang diperolehi daripada baki wang Disember 2020 hingga Mei 2021 bagi Penyata Kewangan PIBG adalah sebanyak RM9650.00.. Pengeluaran yang dibuat adalah sebanyak RM3912.50. Baki yang tinggal adalah sebanyak RM 5737.50. 5.2 Bagi tahun 2021, hanya 193 keluarga sahaja yang telah menelaskan sumbangan PIBG. Sebanyak 75 keluarga masih belum menyelesaikan sumbangan PIBG sebanyak RM50. Antara 75 keluarga ini, terdapat 16 keluarga yang telah menyelesaikan sumbangan pada awal tahun 2022 dan sumbangan tersebut akan dimasukkan dalam penyata 2022. 5.3 Pihak sekolah telah mengeluarkan memo kepada keluarga yang terlibat yang masih belum menjelaskan sumbangan tetapi tiada maklum balas daripada ibu bapa. 5.4 Bendahari membentangkan laporan Kewangan PKM yang berakhir pada 31 Disember 2021. Pendapatan/wang masuk yang diperolehi adalah sebanyak RM7648.15. Tiada pengeluaran yang dibuat pada tahun semasa kerana aktiviti dijalankan secara atas talian. Baki kekal dibawa ke tahun 2022 untuk aktiviti 2021 yang tertangguh. 5.5 Pada awal tahun 2021, pengeluaran duit PKM untuk Majlis Apresiasi 2021 dan Majlis Penutupan bulan Koku 2021 akan dimasukkan dalam penyata 2022. Untuk program kecemerlangan ini seramai 128 murid belum selesai menjelaskan yuran manakala baki 203 murid lagi telah beraya menjelaskannya. 5.6 Encik Mohd Nazri bin Suki mencadangkan agar disahkan Penyata Kewangan PIBG 2021/2022 ini dan disokong oleh Encik Mohd Zuki bin Mohd Isa. Tindakan : Makluman 6.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN YANG TELAH DITERIMA 6.1 Usul dari Unit Kurikulum 6.1.1 Pn.Siti Norani selaku Penolong Kanan Pentadbiran memohon peruntukan sebanyak RM3500 daripada PIBG untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Murid tahap 1 dan tahap 2 bagi sesi persekolahan 2022. Usul ini telah dipersetujui. 6.1.2. Pn. Siti Norani memohon peruntukan PIBG di bawah PKA sebanyak RM1000 untuk bayaran penyediaan kertas soalan Pentaksiran Setara Standard tahap 2 yang akan diadakan sebanyak dua kali setahun. Usul ini telah dipersetujui. 6.1.3 Pn. Siti Norani turut memhon sumbangan kertas A4 satu rim untuk satu keluarga bagi mencetak bahan PdP kepada murid. Usul ini telah dipersetujui. 11


MINIT MESYUARAT 6.2 Usul dari Unit Hal Ehwal Murid 6.2.1 Pn. Norazila bt Razalli selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memohon sumbangan dari akaun PIBG sebanyak RM 1500 untuk menjayakan sambutan Hari Kanak-kanak. Usul ini telah dipersetujui. 6.2.2 Pn. Norazila bt Razalli memohon persetujuan dalam mesyuarat bagi mengutip yuran pendaftaran Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil sebanyak RM30 seorang bagi murid yang terlibat. Usul ini telah dipersetujui. 6.2.3 Pn. Norazila bt Razalli memohon sumbangan dari akaun PIBG untuk Program Guru Penyayang (Hadiah hari jadi RM 1.50 seorang). Usul ini dipersetujui. 6.2.4 Pn. Norazila bt Razalli memohon sumbangan RM500 setahun untuk kegunaan memperbaiki kerosakan kecil infrastruktursekolah. Usul ini dipersetujui. 6.2.5 Pn. Norazila bt Razalli memohon Sumbangan RM 1000 untuk keceriaan sekolah. Usul ini telah dipersetujui. 6.2.6 Pn. Norazila bt Razalli memohon persetujuan dalam mesyuarat agar murid yang tidak membalut buku teks dikenakan tindakan denda sebanyak RM1.00 untuk sebuah buku. Usul ini dipersetujui. 6.3 Usul Unit Kokurikulum 6.3.1 Pn. Suraida binti Mohd Jani selaku Penolong Kanan Kokurikulum memohon sumbangan dari akaun PIBG sebanyak RM3000 untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah (termasuk sewa stadium). Usul ini telah dipersetujui. 6.3.2 Pn. Suraida binti Mohd Jani memohon sumbangan dari akaun PIBG sebanyak RM1000 bagi menjayakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Usul ini telah dipersetujui. 6.3.3 Pn. Suraida binti Mohd Jani memohon sumbangan PIBG sebanyak RM500 bagi menampung perbelanjaan Program 1M1S. Usul ini telah dipersetujui. 6.3.4 Pn. Suraida binti Mohd Jani memohon meminjam daripada akaun PIBG sebanyak RM1500 bagi modal Hari Usahawan. Modal akan dipulangkan semula apabila ditolak keuntungan selepas meniaga. Usul ini telah dipersetujui. 6.3.5 Pn. Suraida binti Mohd Jani memohon kutipan bayaran buku PAJSK daripada ibu bapa murid tahun 4 & 5 sahaja sebanyak RM10.00 sebuah. Buku ini digunakan sewaktu aktiviti Kokurikulum dan ujian SEGAK. Usul ini telah dipersetujui. 6.3.6 Pn. Suraida binti Mohd Jani memohon kutipan bayaran baju rumah sukan daripada ibu bapa bagi kegunaan murid semasa sukan sekolah sebanyak Rm22.00 seorang. Usul ini telah dipersetujui. 12


MINIT MESYUARAT 6.4 Usul dari ibu bapa 6.4.1 En. Mohd Azman bin Abdul Aziz bapa kepada Nur Ain Syuhada (4 Zuhrah) mencadangkan supaya warna tanda nama diselaraskan pada satu warna sahaja iaitu tahun 1 hingga 6. Ini kerana ibu bapa terpaksa membeli tanda nama setiap tahun yang berlainan warna. Harap dapat pertimbangan pihak sekolah. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menetapkan satu warna sahaja untuk satu darjah. Tanda nama yang telah dibeli boleh dipakai sehingga ke tahun 6 dan ibu bapa tidak perlu membeli tanda nama yang baru setiap tahun. 7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 7.1 Secara rasminya, Encik Sharifuddin bin Dayan selaku YDP PIBG sesi 2021/2022, Pihak mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2021/2022 pada jam 11.30 pagi. 7.2 Pihak sekolah bersetuju melantik Encik Zulkifli bin Hassan selaku pengerusi sementara dan Encik Mohamad Ashraf bin Jamaluddin sebagai pencatat. 8.0 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2022/2023 8.1 AJK baharu yang dipilih dalam kalangan guru telah dilantik oleh pihak sekolah manakala Yang Di Pertua PIBG dan AJK ibu bapa dijalankan melalui undian oleh semua ahli yang hadir. 8.2 AJK baharu yang dipilh dalam kalangan guru telah diperkenalkan oleh Guru Besar iaitu seperti yang berikut : 1.Cik Nurul Najihah bt. Rusli (Setiausaha PIBG) 2.Puan Rafidah binti Idris (Bendahari PIBG) 3.Puan Noorulhuda bt. Mohd Aluwi (Pemeriksa kira-kira) 4.Puan Efa binti Mohamad (AJK Guru) 5.Puan Hasmanie binti Hamzah (AJK Guru) 6.Puan Liahisma Tusdiana binti Ismail (AJK Guru) 7.Encik Mohd Azrizad bin Noor (AJK Guru) 8.Encik Mohd Sukeri bin Mahyudin (AJK Guru) 9.Puan Fatimah binti Abdullah (AJK Guru) 10.Puan Wan Rifah Nadzirah bt Razali (AJK Guru) 8.3 Pemilihan Yang Di Pertua PIBG 8.3.1 Guru Besar mengingatkan bahawa syarat pelantikan ahli jawatankuasa mengikut perlembagaan PIBG mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia. Akan tetapi bukan warganegara boleh dilantik di bawah kumpulan sarana/sokongan ibu bapa. 13


MINIT MESYUARAT 8.3.2 Guru Besar juga mengharapkan ahli jawatankuasa yang dilantik dapat membantu pihak sekolah dalam usaha menjayakan agenda pendidikan negara pada masa akan datang. 8.3.3 Encik Mohd Azrizad mencadangkan Encik Sharifuddin bin Dayan dikekalkan sebagai YDP PIBG dan Encik Mohd Nazlan mencadangkan agar cadangan ditutup. 8.3.4 Semua ahli mesyuarat yang hadir sebulat suara menyokong cadangan Encik Sharifuddin bin Dayan dilantik sebagai YDP PIBG sesi 2022/2023. 8.4 Pemilihan Naib Yang Di Pertua PIBG 8.4.1 Encik Mohd Zuki Mohd Isa mencadangkan jawatan NYDP PIBG yang disandang oleh Encik Zainuddin bin Kosnan turut dikekalkan dan Pn. Siti Norani mencadangkan agar cadangan ditutup. Cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli mesyuarat tanpa melakukan sebarang undian. 8.4.2 Keputusan sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat menyokong pelantikan Encik Zainuddin bin Kosnan dilantik sebagai Naib YDP bagi sesi 2022/2023. 8.5 Perlantikan AJK Ibu Bapa 8.5.1 Seramai 7 orang calon ahli Jawatankuasa Ibu bapa yang terdiri daripada ibu bapa/penjaga telah dicadangkan untuk perlantikan sebagai AJK Ibu bapa dan seorang ahli dipilih sebagai Juruaudit Dalam (wakil Ibu bapa). 8.5.2 Encik Mohd Azman bin Abdul Aziz mencadangkan Encik Mohd Nazlan dilantik sebagai calon pertama AJK Ibu bapa dan disokong oleh Encik Norsham. Cadangan untuk melantik Encik Mohd Nazlan mendaat persetujuan penuh semua ahli. 8.5.3 Encik Mohd Zuki bin Moh Isa mencadangkan Puan Aelinawati binti Mohammad Roji dikekalkan sebagai calon ke-2 AJK Ibu bapa dan disokong sebulat suara. 8.5.4 Encik Sharifuddin bin Dayan mencadangkan Puan Jamilah bt Mohd Marzuki dilantik sebagai calon ke-3 AJK Ibu bapa dan disokong sebulat suara. 8.5.5 Encik Mohd Sukeri mencadangkan Encik Mohd Fairuz bin Roslan dilantik sebagai calon ke-4 AJK Ibu bapa dan juga disokong tanpa sebarang bantahan oleh ahli mesyuarat. 8.5.6 Encik Hamidon mencadangkan Puan Nor Fadilah binti Awang dilantik sebagai calon ke-5 AJK Ibu bapa. Semua ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan tersebut. 8.5.7 Encik Mohd Azrizad mencadangkan Encik Mohd Zuki bin Mohd Isa dilantik sebagai calon ke-6 AJK Ibu bapa dan disokong sebulat suara. 8.5.8 Encik Mohd Zuki bin Mohd Isa mencadangkan Puan Noraslin binti Mohd Jamil dilantik sebagai calon ke-7 AJK Ibu bapa dan disokong sebulat suara. 8.5.9 Keputusan sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat menyokong pelantikan kesemua calon yang dicadangkan menjadi AJK Ibu bapa sesi 2022/2023. 14


MINIT MESYUARAT 8.6 Pemilihan Juruaudit Dalaman (wakil ibu bapa) 8.6.1 Puan Mariana binti Rasi dikekalkan sebagai calon Pemeriksa Kira-kira (Ibu Bapa) dan disokong sebulat suara. 8.7 Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023: Penasihat : Encik Zulkifli bin Hassan Yang Di Pertua : Encik Shariffudin bin Dayan Naib Yang Dipertua : Encik Zainuddin bin Kosnan Setiausaha : Cik Nurul Najihah bt. Rusli Bendahari : Puan Rafidah binti Idris Ahli Jawatankuasa : 1. Encik Mohd Nazlan bin Mohd Najib Ibu Bapa 2. Puan Aelinawati binti Mohammad Roji 3. Puan Jamilah binti Mohd Marzuki 4. Encik Mohd Fairuz bin Roslan 5. Puan Nor Fadilah binti Awang 6. Encik Mohd Zuki bin Mohd Isa 7. Puan Noraslin binti Mohd Jamil 8. Puan Mariana binti Abdul Majid 8.8 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana memberi peluang kepada beliau sekali lagi untuk menerajui Persatuan PIBG SK Tasek Permai sebagai Pengerusi YDP PIBG bagi sesi 2022/2023. 8.9 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG baharu yang dilantik dan berharap dapat bekerjasama meneruskan agenda dan perancangan yang akan dijalankan bersama guru di sekolah ini. Tindakan : Makluman 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau amat menghargai kehadiran ibu bapa pada hari ini. Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya hadir berbincang dengan pihak sekolah sekiranya ada masalah berbangkit berkaitan anak mereka di sekolah. 9.2 Guru besar juga mengingatkan ibu bapa untuk turut sama membantu anak-anak di rumah supaya apa yang diajar di sekolah sama dengan apa yang diajar di rumah. 15


MINIT MESYUARAT 9.3 Guru besar juga menegaskan bahawa guru-guru sentiasa menilai prestasi anal-anak di sekolah dan beliau berharap ibu bapa dapat turut sama memberi komitmen dalam mendidik anak-anak. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YANG DI PERTUA PIBG SESI 2022/2023 10.1 Encik Syarifuddin bin Dayan selaku Pengerusi PIBG 2022/2023 merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa serta guru yang hadir ke mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. 10.2 Beliau turut merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi 2021/2022 kerana jasa dan kerjasama yang diberikan sepanjang berkhidmat dalam Persatuan PIBG sekolah. 10.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG baharu yang dilantik dan berharap dapat bekerjasama dalam menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik yang mungkin. 10.4 Pengerusi turut merakamkan terima kasih kerana memberi peluang kepada beliau dan AJK PIBG yang baharu untuk terus memberi khidmat bakti demi kebaikan sekolah SKTP. 10.5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 ditangguhkan pada pukul 1.30 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………….. …………………………. (Nurul Najihah bt Rusli) ( En Shariffudin bin Dayan ) Setiausaha PIBG, YDP PIBG, SK Tasek Permai SK Tasek Permai 16


PENYATA KEWANGAN PIBG JANUARI 2022-FEBRUARI 2023 17


PENYATA KEWANGAN PKM JANUARI 2022-FEBRUARI 2023 18


USUL DARIPADA PIHAK SEKOLAH KURIKULUM BIL USUL MAKLUM BALAS 1 Memohon sokongan daripada PIBG untuk meneruskan sumbangan 1 Murid 1 Rim iaitu 70gsm untuk menyediakan lembaran kerja murid. 2 Memohon peruntukan dari Program Kecemerlangan Murid untuk Hari Apresiasi iaitu pada tahun 2023/2024 sebanyak RM3500. 3 Memohon peruntukan dari program kecemrlangan murid sebanyak RM1000 untuk mencetak modul pentaksiran sumatif Tahun 1-6. 4 Memohon sumbangan dari program kecemerlangan murid sebanyak RM300 setahun untuk membeli token kepada murid yang melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh panitia setiap pagi semasa perhimpunan. 19


USUL DARIPADA PIHAK SEKOLAH HAL EHWAL MURID BIL USUL TINDAK BALAS 1 Memohon sumbangan sebanyak RM300 untuk menjayakan program Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil bagi sesi 2024/2025. Memohon kebenaran kutipan bayaran kem tersebut daripada murid sebanyak RM30.00. 2 Memohon sumbangan sebanyak RM1500 untuk Sambutan Hari Kanak-Kanak bagi tahun 2023/2024 3 Meminta sumbangan sebanyak RM300 untuk Pertandingan Keceriaan Kelas 2023/2024. 4 Memohon sumbangan sebanyak RM500 untuk menjayakan program Hari Apresiasi HEM bersama kokurikulum bagi tahun 2023/2024. 5 Memohon peruntukan sebanyak RM200 sebagai tabung kecemasan untuk murid SKTP yang cedera dan memerlukan rawatan di hospital 2023/2024. 6 Memohon sumbangan sebanyak RM10 setahun bagi satu keluarga tambahan kepada sumbangan PIBG yang sedia ada untuk penyelenggaraan infrastruktur sekolah. 20


USUL DARIPADA PIHAK SEKOLAH BIL USUL TINDAK BALAS 1 Memohon peruntukan RM1500.00 bagi menjayakan perkhemahan bersepadu UBB. Kos yang diperlukan termasuklah menyewa bas, perbelanjaan makan dan minum serta malam kebudayaan. 2 Memohon peruntukan RM2000.00 untuk Sukan Tahunan Sekolah. 3 Memohon peruntukan sebanyak RM300.00 bagi membiayai yuran penyertaan MSSD kerana kos yang tinggi. 4 Memohon sumbangan RM500.00 bagi pembangunan sukan sekolah iaitu Lompat tali dan Sepak Takraw. 5 Memohon sumbangan sebanyak RM300.00 sempena Hari Apresiasi Kokurikulum. 6 Memohon keizinan PIBG untuk meminjam dana sebanyak RM1800.00 untuk melaksanakan aktiviti Ko-HEM. KO-KURIKULUM 21


USUL & CADANGAN DARIPADA IBU BAPA BIL USUL TINDAK BALAS 1. Pn. Thalasivathy ibu kepada Niteeshkumar (2 Zuhrah) dan Luxmisshri ( 3 Zuhrah): 1. Mencadangkan mengenai kebersihan tandas. 2. En. Hairil Hadi bin Suliman bapa kepada Badrut Tamam (3 Utarid): 1. Mencadangkan pihak sekolah untuk perbaiki tandas. 3. Pn. Rebecca Arul ibu kepada Daron Dass (6 Utarid) dan Aaron Dass (4 Zuhrah): 1. Mencadangkan untuk pihak sekolah menyediakan paip getah di tandas lelaki serta tandas perempuan. 4. Pn.Lilik Budiarti binti Jamaluddin ibu kepada Nurqaira Azzalea (1 Utarid) dan Nurqisya Azzalea (2 Utarid): 1. Mencadangkan penyediaan locker dalam bilik darjah. 5. En. Mohd Noor Azrani bin Ismarani bapa kepada Muhammad Noor Iman Azrani (3 Zuhrah): 1. Mencadangkan untuk meletakkan seorang pengawal atau rela untuk mengawal keadaan lalulintas ketika murid pulang dari sekolah. 22


USUL & CADANGAN DARIPADA IBU BAPA BIL USUL MAKLUM BALAS 6. Pn. Fadhilah binti Basri ibu kepada Adam Qaleef (3 Utarid) dan Muhammad Zareef (2 Utarid): 1. Mencadangkan untuk pihak sekolah menyediakan locker buku berkunci untuk murid meletakkan buku teks dan buku aktiviti sekiranya tiada kerja sekolah untuk disiapkan di rumah. 2. Usul kedua , pemakaian uniform hanya sekali dalam 5 hari pada waktu sekolah sepanjang tahun persekolahan. 7. En. Mohd Nazri bin Subri bapa kepada Muhammad Ammar Zaquan (3 Zuhrah): 1. Mencadangkan setiap murid wajib menghafal sifir sekurang-kurangnya dua sifir dalam tempoh seminggu. 8. En. Mohd dan Puan Ainitullah ibu bapa kepada Nurul A’Aisyah (2 Zuhrah): 1. Memohon pihak PIBG dapat memberikan yang terbaik untuk sekolah, guru-guru dan murid-murid. 23


USUL & CADANGAN DARIPADA IBU BAPA BIL USUL MAKLUM BALAS 9. Pn. Nur Farhana bt Ahmad Akhir, ibu kepada Muhammad Addin (2 Utarid) : 1. Mencadangkan penyediaan almari untuk buku teks bagi setiap kelas (berkunci). 2. Usul kedua ,mencadangkan pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan rasmi untuk memakai uniform sekolah, hari lain murid boleh memakai baju sukan. 3. Usul ketiga, menyediakan mesin “water cooler” atau “water dispenser” di sekolah untuk murid mengambil air secara percuma. 10. En. Azizi bin Sumeri, bapa kepada Nur Zara binti Azizi (6 Utarid) : 1. Mencadangkan untuk pihak sekolah menganjur lawatan ke tempat-tempat berinformatif pendidikan seperti Pusat Sains Negara dan sebagainya sekaligus dapat memupuk minat murid dalam pembelajaran luar kelas. 24


USUL & CADANGAN DARIPADA IBU BAPA BIL USUL MAKLUM BALAS 11. En. Mohd Bulyamin bin Adam@ Ab. Aziz, bapa kepada Sumayyah binti Mohd Bulyamin (6 Utarid) : 1. Memaklumkan bahawa makanan yang dijual di kantin sangat tidak memuaskan rasa dan kualiti, nasi goreng tiada rasa dan makanan berasaskan tepung atau sepertinya pahit. 2. Usul kedua, ketika murid rehat dengan cuaca yang panas sekarang, kipas di kantin hanya berfungsi 1 atau 2 sahaja. Ini menyebabkan murid berasa kepanasan. 3. Usul ketiga makanan unuk murid tahap 2 sentiasa habis dan tidak mencukupi. Selepas rehat tahap 1, makanan tidak mencukupi untuk menampung kehadiran pelajar tahap 2. Kualiti dan kuantiti juga wajib dipertingkatkan. 25


KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT PIBG SESI 2022-2023 BIL NAMA JAWATAN TARIKH MESYUARAT JUMLAH 10/5/2023 1 EN. ZULKIFLI BIN HASSAN Penasihat / 2 EN. SHARIFFUDIN BIN DAYAN YDP / 3 EN. ZAINUDDIN BIN KOSNAN NYDP / 4 CIK NURUL NAJIHAH BINTI RUSLI Setiausaha / 5 PN. RAFIDAH BINTI IDRIS Bendahari / 6 PN. NOORULHUDA BINTI MOHD ALUWI Juru Kira-Kira (Guru) / 7 PN. MARIANA BINTI ABDUL MAJID Juru Kira-Kira ( Ibu Bapa) TH 8 EN. MOHD ZUKI BIN MOHD ISA AJK Ibu Bapa / 9 EN. MOHD NAZLAN BIN NAJIB AJK Ibu Bapa / 10 PN. NOR FADILLAH BINTI AWANG AJK Ibu Bapa PINDAH 11 PN. NORASLIN BINTI MOHD JAMIL AJK Ibu Bapa TH 12 PN. JAMILAH BINTI MOHD MARZUKI AJK Ibu Bapa TH 13 EN.MOHD SUKERI BIN MAHYUDIN AJK Guru / 14 PN. HASMANIE BINTI HAMZAH AJK Guru / 15 EN. MOHD AZRIZAD BIN NOOR AJK Guru / 16. PN. WAN RIFAH NADZIRAH BINTI RAZALI AJK Guru / 17 PN. EFA BINTI MOHAMAD AJK Guru / 18 PN.LIAHISMA TUSDIANA BINTI ISMAIL AJK Guru / 19 PN. FATIMAH BINTI ABDULLAH AJK GURU 20 PN.SITI NORANI BINTI SALLEH GPK 1 / 21 PN. FAUZALINA BINTI AHMAD GPK HEM / 22 PN. SURAIDA BINTI HJ. MOHD JANI GPK KOKO / 26


LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022-2023 BIL AKTIVITI CATATAN 1. MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 19 SEPTEMBER 2022 2. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 16 NOVEMBER 2022 3. HARI APRESIASI DAN GRADUASI SEPRMAI 2022/2023 18 FEBRUARI 2023 4. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 10 MAC 2023 5. MAJLIS PENUTUPAN TRANSISI TAHUN 1 14 APRIL 2023 6. MAJLIS IHYA RAMADAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA 17 APRIL 2023 7. MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-2 10 MEI 2023 8. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 11 MEI 2023 9. SAMBUTAN HARI GURU 17 MEI 2023 10. GOTONG-ROYONG PERDANA SEPERMAI 27 MEI 2023 11. SAMBUTAN MAAL HIJRAH 17 OGOS 2023 27


JAWATANKUASA TADBIR PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TASEK PERMAI TAHUN 2023-2024 PENASIHAT :_______________________________________________ YANG DIPERTUA :_______________________________________________ NAIB YANG DIPERTUA :_______________________________________________ SETIAUSAHA :_______________________________________________ BENDAHARI :_______________________________________________ AJK IBU BAPA : 1. _____________________________________________ : 2. _____________________________________________ : 3. _____________________________________________ : 4. _____________________________________________ : 5. _____________________________________________ : 6. _____________________________________________ AJK GURU : 1. _____________________________________________ : 2. _____________________________________________ : 3. _____________________________________________ : 4. _____________________________________________ : 5. _____________________________________________ : 6. _____________________________________________ PEMERIKSA KIRA-KIRA : 1. _____________________________________________ : 2. _____________________________________________ 28


Sekolah Kebangsaan Tasek Permai mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK, warga pendidik SK Tasek permai, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SK Tasek Permai, serta ibu dan bapa kerana sudi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 pada tahun 2023 serta pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tinggi bukit gilang-gemilang, Air laut tenang-tenangan, Budi sedikit tidakkan hilang, Itu mejadi kenang-kenangan. Cindai bercorak penuh berpita, Pakaian anak panglima garang, Emas dan perak pengaruh dunia, Budi yang baik dijunjung orang. SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version