MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E FOLIO
SUKAN DAN PERPADUAN
Pensyarah : Ustaz Raja Ahmad Bin Raja Husin
Sesi : 2021/2022
Ahli Kumpulan:
Roshamizan bin Roslim (07DHM22F1020)
Mohammad Fitri bin Jamaludin (07DHM22F1007)
Mohammaf Fitri bin Nadzri (07DHM22F1025)
Mohamad Zulkifli bin Abdul Hamid (07DHM22F1016)
Andrianshah bin Patrianus (07DHM22F1027)
ISI KANDUNGAN E FOLIO
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN 3
2. MAKSUD SUKAN 4
3. MAKSUD PERPADUAN 5
4. PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN 6
5. CONTOH – CONTOH SUKAN DAN ATLET NEGARA 7-9
6. FAEDAH –FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN 10
7. USAHA – USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN 11
DALAM KALANGAN MURID 12-13
8. IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM 14-15
9. PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM 16-18
10. SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN
11. KESIMPULAN 19
12. RUJUKAN 20
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam
memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan fahaman
politik, berbeza agama dan bangsa namun etika menyokong
pasukan negara yang bertanding.
Selain itu, aktiviti sukan juga melibatkan masyarakat yang
berlainan etnik bersatu dan bekerjasama di mana dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Secara tidak langsung, kegiatan sukan mampu mengurangkan
segala gejala sosial yang tidak diingini berlaku dalam
pembangunan negara seperti isu perkauman, diskriminasi,
pengasingan, dan lain – lain.
MAKSUD Sukan terbahagi kepada dua SUKAN
SUKAN iaitu sukan ‘indoor’ dan INDOOR
‘outdoor’
Sukan adalah sesuatu aktiviti SUKAN Sukan yang
yang dilakukan oleh seorang OUTDOOR menggunakan
individu untuk memantapkan tenaga tetapi
staminanya. Sukan adalah Sukan yang banyak lebih banyak
sejenis latihan gerak badan menggunakan tenaga dan menggunakan
dan permainan. Sukan juga pergerakan anggota badan.
boleh ditafsirkan sebagai Contohnya, bola sepak, minda.
aktiviti rekreasi jika ia berenang dan lain-lain lagi. Contohnya,
dilakukan pada waktu lapang badminton, catur
ataupun dengan motif dan lain-lain
menjaga kesihatan.
lagi.
MAKSUD
PERPADUAN
Perpaduan merupakan Ia merujuk kepada Asas perpaduan Dalam masyarakat
penyatuan dan darjah semua perhubungan bagi sesuatu ringkas ataupun biasa
serta jenis penyatuan
sosial yang masyarakat berbeza. is mungkin
yang dipamerkan mengaitkan berdasarkan hubungan
sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan. manusia. dalam kekeluargaan
dan nilai saling
menghormati dan
menyayangi.
Mewujudkan Sukan berperanan sebagai Mengeratkan
hubungan alat perpaduan dan dapat hubungan
diplomatik menyemarakkan semangat silaturrahim
antara sesebuah patriotik di kalangan antara satu sama
negara dengan rakyat Malaysia. lain.
negara lain.
Membina PERANAN Membina
masyarakat SUKAN DARI masyarakat
yang SEGI yang
berkeyakinan PERPADUAN berkeyakinan
dan dan
bersefahaman. bersefahaman.
Menyediakan peluang Dapat membentuk
untuk masyarakat masyakarat yang
berdisiplin melahirkan
bekerjasama dan saling masyarakat yang harmoni.
memahami antara satu
sama lain.
CONTOH TOKOH ATLET NEGARA
SUKAN DAN PENCAPAIAN YANG
➢ BASIKAL DICAPAI
➢ BADMINTON
➢ SUKAN TERJUN Dato’ Azizulhasni Awang
➢ OLAHRAGA - Diberi jolokan nama “the pocketrocketman”.
- Pelumba trek basikal profesional negara
- Pernah memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne
Australia pada Januari 2009.
- Pernah memenangi pingat emas acara Keirin dan pecut 200m di
Kejohanan Trek Asia pada April 2008.
- Beliau kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
Muhammad Azeem Fahmi Dato’ Pandelela Rinong
- Beliau merupakan pelari pecut muda negara. - Seorang atlet Malaysia bagi acara terjun.
- Beliau pemegang rekod kebangsaan Malaysia - Menjadi wanita pertama Malaysia pembawa
bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik
bawah 20 tahun dalam acara 200m dengan
masa 20.89 saat. Musim Panas 2012 di London.
- Mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia
- Beliau memecahkan rekod 100m kebangsaan
dengan catatan 10.09 saat pada Kejohanan pertama memenangi pingat Olimpik iaitu dalam
Olahraga Dunia Bawah 20 tahun acara terjunan 10m platform wanita.
- Memecahkan rekod tersebut di Stadium - Atlet Malaysia kedua memenangi pingat
Olimpik Pascual Guerrero di Cali, Colombia. Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee
Chong Wei.
Dato’ Lee Chong Wei
- Olahragawan paling berjaya di Malaysia.
- Memenangi anugerah olahragawan negara sebanyak 4 kali.
- Memenangi 5 pingat emas dalam sukan komanwel.
- Menjadi pemain badminton nombor 1 dunia selama 348
minggu sepanjang 2000-2019.
- Pemenang pingat perak sukan olimpik sebanyak 3 kali.
- Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
FAEDAH - FAEDAH BERSUKAN DALAM
PERPADUAN
a) PERINGKAT INDIVIDU
• Menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan
tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi masa lapang secara berfaedah.
b) PERINGKAT MASYARAKAT
• Menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara pelbagai kaum, peningkatan tahap
kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan, kerjasama dan sokongan.
c) PERINGKAT ANTARABANGSA
• Menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan
daya saing.
USAHA – USAHA KERAJAAN UNTUK
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
DALAM KALANGAN MURID
- Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menempatkan murid yang
mempunyai potensi dalam bidang sukan.
- Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan dalam bidang sukan.
- Setiap tahun, Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
dianjurkan untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan.
- Pengenalan Rancangan Intergrasi Murid Perpaduan (RIMUP) sejak tahun
1986.
• Tidak pernah mengira IMPAK SUKAN • Perpaduan bukan
TERHADAP sekadar dalam
latar belakang agama, PERPADUAN masyarakat, tetapi juga
KAUM segenap lapisan strafikasi
keturunan, kepercayaan kepimpinan dan
• Mengutamakan dasar dan pembentukan organisasi sukan agar
dan batasan. agenda pembangunan sukan. perpaduan dijadikan
• Boleh menghalang sebagai benteng
• Malaysia berjaya menganjurkan sukan iaitu pembinaan jati diri.
interaksi antara pemain, Sukan Malaysia (SUKMA) yang kini menjadi
temasya sukan terbesar dalam negara. • Sukan merupakan
penyokong dan mekanisme penting
dalam melentur
pengurusan. semangat kekitaan.
• Menjadi alat untul
• Memupuk penerimaan
mengetepikan perbezaan ke atas kepelbagaian
sukan yang wujud dari
masing-masing. masyarakat pelbagai
• Tempat penyatuan etnik.
negara bangsa yang
boleh bersama.
• Cara ini telah membuatkan masyarakat menghargai dan mencipta ‘semangat satu negara, satu
matlamat’.
• Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat dari segi fisikal dan
rohani.
• Mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh
menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.
• Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1 Malaysia.
PERANAN SUKAN DALAM
MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
Apakah peranan sukan dalam menyatupadukan perpaduan kaum? Sukan mampu menyatupadukan
perpaduan kaum kerana sukan tidak pernah melihat latar belakang seseorang. Seperti contoh, zaman bola
sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.
Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebaimana yang berlaku dalam
liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan
masyarakat umum walapun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing.
Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi
menjadi alat ‘penghubung’ keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan
lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Kejayaan menganjur Sukan
SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu, yang juga
merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa. Seterusnya, dalam
sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang
masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan Negara.
Perpaduan bukan sekadar dalam kalangan Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara
masyarakat tetapi juga segenap lapisan stratifikasi adalah untuk mewujudkan buadya sukan dalam
kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini
tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan
pembinaan jati diri menyeluruh. Dalam kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua, Sukan
membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar
dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan Sukan Negara merupakan dasar pembangunan
ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu pemantapan integrasi nasional menerusi
memecahkan tradisi dominasi oleh sesuatu etnik penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan
terutama dengan penampilan ‘kemajmukan’ pencapaian kecemerlangan di peringkat
bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari antarabangsa. Sukan diberi pengiktirafan,
itu. Hari sukan negara yang dianjurkan setiap penghormatan dan penggalakan yang sama
tahun mampu memupuk semangat cinta negara penting dengan sektor sosial yang lain bagi
sekaligus dapat mengeratkan interaksi antara mencapai matlamat pembangunan negara,
setiap kaum. perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan
mampu menggalakkan pertandingan yang sihat,
sikap muhibah dan toleransi yang tinggi,
persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan
fizikal yang berterusan.
SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI
PENDIDIKAN
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan
aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah , mengukuhkan dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Sukan juga menjadi salah satu
daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-
pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan
perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa sebagai satu kumpulan yang majmuk.
BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBENTUK
PERPADUAN
Sukan dikenali sebagai agen perpaduan kerana dapat menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh,
hubungan silaturrahim dapat dieratkan dengan melakukan aktiviti bersukan sekaligus dapat mendidik disiplin
dan integriti dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dengan mengadakan program yang besar seperti Temasya
Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain atau
penonton. Disamping itu, bersukan juga menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang mana
kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan negara. Akhir sekali, jika semangat perpaduan ini diteruskan
dan rakyat bersatu padu, kemajuan negara mesti dapat bersaing dengan negara-negara yang lain seperti Jepun
dan China.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap
kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu, sukan dapat memberi peluang kepada
semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan
bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan,
menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam
mempertahankan kedaulatan negara.
Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia
berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan
Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.
Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan
sukan dalam kalangan masyarakat.
RUJUKAN
1. https://anyflip.com/zybgl/vbfa/basic
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandelela_Rinong
5. https://worldathletics.org/athletes/malaysia/muhd-azeem-fahmi-
14843159
6. https://en.wikipedia.org/wiki/Muhd_Azeem_Fahmi