Kod Tangan Bahasa Melayu Edisi Pengenalan Pocket Book
1. Pengenalan 1 2. Asas Membuat Isyarat 2 3. Kod Isyarat Huruf 3 4. Kod Isyarat Angka 4 5. Petunjuk Pergerakan 5 6. Kod Isyarat Kata Ganti Diri 6 7. Kod Isyarat Kata Tanya 7 8. Ucapan 8-12 9. Perbualan Harian 13 10. Penghargaan 14 ISI KANDUNGAN Pocket Book KTBM BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
EJAAN JARI 1 KOD TANGAN BAHASA MELAYU (KTBM) Bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penulisan dan tatabahasa mengikut Bahasa Melayu. BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM) Merupakan isyarat komunikasi berfokus kepada percakapan harian biasa dan tidak mempunyai struktur penulisan Bahasa Melayu. Perkataan yang tiada kod isyarat akan dieja menggunakan jari. Penggunaan ejaan jari boleh digabungkan dalam membina ayat lengkap. contoh: PENGENALAN BAHASA ISYARAT Bahasa isyarat digunakan oleh individu yang mempunyai ketidakupayaan pendengaran. Ia merupakan cara komunikasi dan menyampaikan maklumat. Kaedah komunikasi merupakan gabungan isyarat tangan, mimik muka, bibir dan emosi. KOD ISYARAT N a m a s a y a A l i .
Setiap bentuk dan pergerakan isyarat membawa makna Bahasa isyarat mempunyai prinsip tersendiri yang berbeza - beza Bergantung kepada bilangan individu yang berkomunikasi Jika kelompok kecil, saiz isyarat kecil Jika kelompok besar, saiz isyarat besar agar lebih jelas dilihat SAIZ ISYARAT YANG DIBENTUK A S A S U N T U K M E M B U A T K O D / ISY A R A T Ruang isyarat seluas empat segi (berbentuk bingkai gambar) dihadapan badan (dari atas kepala hingga pinggang, dari bahu kanan hingga kiri) RUANG / KAWASAN ISYARAT Kod isyarat dibuat dalam Bahasa Inggeris Kelompok perkataan WH-Questions Who, Why, When, Which, How MEMAHAMI SOALAN DAN PUNCTUATION Kod isyarat akan diarahkan pada orang, benda dan lokasi GANTI NAMA ORANG, BENDA DAN LOKASI Semasa (diisyaratkan berhampiran dengan bahagian muka) Dahulu (diisyaratkan ditepi muka dan ke belakang) Akan datang (diisyaratkan ke hadapan) JANGKA MASA (SEMASA, DAHULU, AKAN DATANG) Kod isyarat dibentuk untuk membawa maksud kepunyaan, bilangan dan penjodoh bilangan MENYATAKAN BILANGAN 2
Zz 3 Jj Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy KOD/ISYARAT HURUF
4 KOD/ISYARAT ANGKA Penerangan Untuk membuat kod/isyarat angka, penutur isyarat hanya perlu menggunakan sebelah tangan sahaja. Jari dijarakkan dan dibentuk mengikut kod/isyarat seperti gambar rajah di atas. Gerakkan jari memberi maksud kod isyarat angka yang berbeza-beza.
Anak panah yang mempunyai dua kepala menunjukkan pergerakan pergi dan balik seperti bentuk anak panah tersebut. Dua anak panah yang rapat menunjukkan pergerakan berulang kali. Jari sahaja yang bergerak-gerak. Pergerakan mengikut kedudukan 1 , 2 dan 3 secara berturut turut. Pergerakan berganti-ganti. Di dalam bulatan menunjukkan kedudukan tangan terakhir di tempat yang sama. 5 PETUNJUK PERGERAKAN ISYARAT Ikut anak panah. Pergerakan pertama ikut anak panah yang bertitik, pergerakan kedua ikut anak panah yang bergaris. Tangan yang bertitik menunjukkan kedudukan tangan sebelum bergerak. 1 2 3
6 1 Buat kod/isyarat huruf "I" di hadapan dada kemudian tarik rapat ke dada anda. KOD/ISYARAT KATA GANTI DIRI 2 3 4 Buat kod/isyarat huruf "A" di tangan kanan dan tunjukkan ke arah hadapan. Tangan kanan terbuka tapak mengadap ke atas, gerak ke hadapan. Buat kod/isyarat huruf "D" di tangan kanan dan tunjukkan ke arah kanan anda. Saya Dia Kamu Awak
7 KOD ISYARAT KATA TANYA Apa Bila Mengapa Mana Buat kod/isyarat huruf "D" di hadapan dada kemudian tarik rapat ke dada anda. Kedua-dua belah tangan buat isyarat huruf "D". Jari kanan sentuh hujung telunjuk kiri. Seterusnya, gerakkan jari telunjuk kanan membuat satu bulatan arah jam di atas jari telunjuk kiri. Tangan kanan buat nombor "5", sentuh hujung jari pada dahi, tapak tangan menghadap muka dan gerakkan tangan ke hadapan sambil membentuk huruf "Y". Tangan kanan buat kod/isyarat huruf "D" di hadapan muka sebelah kanan dan gerakkan ke kiri dan kanan (ulang dua kali).
KOD/ISYARAT BAGI UCAPAN KOD/ISYARAT BAGI UCAPAN 8 Assalamualaikum Waalaikumussalam Apa khabar Khabar baik Tangan kanan 'A' sambil ibu jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan. Tangan kanan 'W' sambil jari telunjuk dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan. Buat isyarat 'Apa' dan kemudian keduadua belah tapak tangan membuat isyarat 'K', lalu digerakkan ke depan. Kedua-dua belah tangan '5', tangan kanan diletakkan dibibir kemudian digerakkan turun dan diletakkan di atas tapak tangan kiri.
9 Pagi Selamat pagi Selamat Hai Selamat Salam Tangan kanan buat kod/isyarat "B", kemudian gerakkan tangan ke arah kanan badan. Letak tapak tangan kanan menyilang di atas kiri lalu renggangkan ke kiri kanan sambil keduadua tangan terbuka menjadi "5" tapak menghadap ke bawah, jari ke depan. Kedua-dua tapak tangan dihulurkan ke depan, tapak tangan kanan dan kiri dirapatkan lalu dibawa ke dalam dengan kedua-dua hujung jari dikenakan pada dada. Pertama buat kod/isyarat "Selamat", kedua buat kod isyarat "Pagi" iaitu tangan kiri paras pinggang dan tangan kanan tapak menghadap muka dari paras pinggang gerakan ke arah sisi muka.
Tengah Hari Selamat Petang Selamat 10 Kodkan "Selamat". Kodkan "Petang", iaitu tangan kiri paras pinggang, tangan kanan condongkan ke hadapan. Kodkan "Selamat". Kodkan "Tengah Hari", iaitu tangan kiri paras pinggang, tangan kanan tegak tapak tangan menghadap arah kanan.
Kodkan "Selamat" "Jalan" Kedua-dua belah tangan terbuka,jari di kiri kanan perut, lalu gerakkan ke depan. 11 Malam Kodkan "Selamat" "Malam" Kedua-dua belah tangan terbuka,tapak ke bawah, tangan kanan turunkan di atas pergelangan tangan kiri. Kodkan "Selamat". "Hari" tangan kanan "D", tangan kiri terbuka tapak menghadap bawah, letakkan di bawah siku tangan kanan, lalu rebahkan tangan kanan hingga ke siku kiri. "Lahir" Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak kiri menghadap atas,jari ke kanan,hujung jari kanan sentuh perut lalu digerakkan telentang di atas tapak kiri. S Hari elamat Lahir Selamat Jalan Selamat
12 Terima Sama Kasih Kedua-dua tangan terbuka dibawa ke dada membentuk "O" leper. Kedua-dua tangan huruf "K" disilangkan ke dada. Terima kasih Sama-sama Sama Kedua-dua jari telunjuk, tapak menghadap bawah. Rapatkan kedua-dua jari ke tengah dua kali.
13 Maaf Tahniah Tahniah Kedua-dua belah tangan digenggam bersama, kemudian digoyangkan. Maaf Tangan kanan huruf "M". Tapak menghadap dalam, buat pusingan kecil di dada.
Saya Hendak Makan Saya Hendak Pergi Tandas Kodkan "Saya". Seterusnya kodkan "Hendak". Kodkan "Pergi" kedua-dua belah tangan 'D' tapak ke dalam hujung jari setentang lalu pusingkan tangan supaya hujung jari ke depan ikut arah jam sambil kedua-dua tapak tangan ke atas. Kodkan "Tandas" dengan kod huruf 'T' di tepi kepala lalu tarik ke bawah. 14 Kodkan "Saya". Kodkan "Hendak", iaitu kedua belah tangan 'S' lalu bergerak sedikit ke arah badan sambil menggenggam. Kemudian kodkan "Makan" dengan tangan kanan 'O' leper lalu suapkan ke mulut. PERBUALAN HARIAN
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyiapkan Pocket Book Kod Tangan Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih diucapkan kepada, YBrs. Dr. Rodiah binti Idris YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah Khairi bin Bahari Bahrom bin Mohd Isa Nurulhanis binti Noh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Mohamed Redza bin Ismail SMK Seksyen 7 Nur Atiqah binti Adni SK Kuala Kubu Bharu Muhammad Hakim bin Azhari SK Jalan Semenyih 1 Latifah binti Jaffar SK Bukit Rahman Putra Muhammad Buqhari bin Che Hassan SK Pendidikan Khas Selangor Nor Haslia binti Hairol Anuar SK Pendidikan Khas Selangor Raja Azleen binti Raja Anuar SMK Dato' Ibrahim Yaacob Jurina binti Abdul Manaf SK Pendidikan Khas Jalan Peel Raja Norsakinah binti Raja Hussin SK Pendidikan Khas Jalan Peel Abdul Raoof bin Ali SMK LKTP Kampung Awah Mohamad Nurhanif bin Hazman SMK Agama Kuala Lipis Sulaiman bin Ahmad SK Felda Keratong 2 Noorhayati binti Abdul Rahim SK Pendidikan Khas Melaka Mohd Shukri bin Ahmad SK Taman Paroi Jaya Husna Nabilah binti Abdullah SK Pendidikan Khas Kota Samarahan Samieha Naii'ma binti Shaimi SK Taman Indahpura 2 Nor Azizah binti Salleh SK Pendidikan Khas Melaka serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan Pocket Book Kod Tangan Bahasa Melayu ini. Semoga Pocket Book Kod Tangan Bahasa Melayu ini dapat memberi manfaat kepada semua guru Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran khasnya dan semua guru di Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. 15
Hak Cipta Terpelihara Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia