The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 689-21-magdelynn, 2023-07-01 01:06:53

Penggolongan Kata Bahasa Melayu

E-BOOK GKEB1072 PB2 MA689 (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM 98000 MIRI SARAWAK PENTAKSIRAN BERTERUSAN GKEB1072 : KEMAHIRAN BELAJAR NAMA PENSYARAH : DR LAW HUI HAW DISEDIAKAN OLEH : MAGDELYNN AJAN


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 KATA NAMA 3.0 KATA KERJA 4.0 KATA ADJEKTIF 6.0 KATA TUGAS KESIMPULAN RUJUKAN


NAMA : MAGDELYNN AJAN KUMPULAN / PROGRAM : PPRBMM3-2 / PISMP ANGKA GILIRAN: 2022022310048 KOD DAN NAMA KURSUS : GKEB1072 KEMAHIRAN BERLAJAR NAMA PENSYARAH : DR. LAW HUI HAW


1.0 pengenalan Dalam Bahasa Melayu, penggolongan kata dibahagikan kepada empat kategori iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Empat kategori ini pula mempunyai pecahan subgolongan yang tersendiri. Misalnya, golongan kata nama boleh dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik atau makna perkataan iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Golongan kata kerja pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Seterusnya, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan makna perkataan iaitu sifat, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, cara, perasaan dan jarak. Manakala, kata tugas dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti kata hubung, kata nama, kata pembenar, kata bilangan, kata arah, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata bantu, kata nafi, kata penguat, kata penegas dan kata sendi.


KATA GANTI NAMA KATA NAMA AM KATA NAMA KATA NAMA KHAS 2.0 KATA NAMA Golongan Kata Nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama. Lazimnya kata ini menamakan orang, benda dan tempat. Golongan Kata Nama boleh pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik atau makna perkataan iaitu Kata Nama Khas, Kata Nama Am dan Kata Ganti Nama.


Kata Nama Khas Manusia Haiwan Benda Tidak Hidup Adrienne Cikgu Kyara Encik Herrin Si Comel Sang Kancil Si Tompok Benda : Triton, Proton Bangunan : Pavilion Jenama : Gucci Hari : Isnin, Hari Raya 2.1 KATA NAMA KHAS Kata nama khas merujuk sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup. Kata nama khas hidup adalah untuk manusia dan haiwan manakala kata nama khas tidak hidup pula untuk nama tempat, benda, bangunan dan sebagainya.


Latihan 1


Kata Nama Am Konkrit Abstrak 2.2 KATA NAMA AM Kata nama am pula ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya dan dibahagi kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.


Kata Nama Am Contoh Manusia ayah, ibu, guru, penyanyi Bukan manusia ayam, kucing, burung, malaikat Institusi sekolah, hospital, pejabat pos Bukan institusi konkrit rumah, lautan, langit Bukan institusi abstrak berbilang senyuman, bayangan, pendapat, cadangan Bukan institusi abstrak tak berbilang iklim, keindahan, ajaran, hasrat Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:


Latihan 2


2.3 Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah bentuk kata yang menggantikan kata nama am atau kata nama khas. Dibahagi kepada dua jenis iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dipecahkan lagi kepada kata ganti diri tanya dan kata ganti diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama,kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Diri Pertama Kata Ganti Nama Diri Kedua Kata Ganti Nama Diri Ketiga


Kata Ganti Nama Diri merujuk orang yang diperkatakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga merujuk kepada orang yang dilawan bercakap Kata Ganti Nama Diri Kedua digunakan oleh orang yang bercakap Kata Ganti Nama Diri Pertama dia ia beliau mereka baginda kamu engkau awak anda tuanku kalian saya aku beta patik hamba kami kita Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat Umum Sini Situ Itu Ini Sana


Latihan 3 Selamat Selamat Selamat mencuba! mencuba! mencuba!


3.0 KATA KERJA Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti dalam frasa kerja. Golongan kata kerja dibahagaikan kepada dua kategori iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. KATA KERJA KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK TRANSITIF


Jenis-jenis Kata Kerja Transitif Penerangan Contoh Kata kerja transitif aktif Kata kerja berimbuhan 'meN-' dan berfungsi dalam ayat aktif Anisah mencuci pakaian di tepi sungai. Kata kerja transitif pasif Kata kerja berimbuhan 'di-' dan berfungi dalam ayat pasif Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai. Jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif Penerangan Contoh Berpelengkap Kata kerja boleh berdiri sendiri tanpa penyambut Dell sedang tidur. Tak berpelengkap Kata kerja mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat Mereka sekeluarga tinggal di Johor. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut setelah kata kerja tersebut dinamakan objek. Kata kerja transitif dibahagi pula kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 3.1 KATA KERJA TRANSITIF 3.2 KATA KERJA TAK TRANSITIF Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang perlu diikuti oleh pelengkap.


Latihan 4


Jenis Kata Adjektif Contoh Sifat/Keadaan pandai, bijak, cantik, rajin Warna merah, kuning, biru, hijau Ukuran panjang, pendek, lebar, tebal Bentuk bulat, bujur Pancaindera bising, wangi, silau, manis, kasar Waktu baru, lambat, lama, silam Cara pantas, perlahan, jarang Perasaan gembira, sedih, keliru, benci Jarak jauh, dekat 4.0 KATA ADJEKTIF Golongan Kata Adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif dan tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan makna perkataan iaitu sifat, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, cara, perasaan dan jarak.


Latihan 5


Jenis Kata Tugas Contoh Kata hubung dan, sambil, tetapi, atau, bahawa Kata penekan sesungguhnya, bahawasannya Kata pembenar ya, benar, betul Kata bilangan dua, para, berbagai-bagai, Kata arah kiri, kanan, utara, selatan, atas, bawah, tepi, penjuru Kata seru aduh, aduhai, amboi Kata tanya berapa, bila, bagaimana, kenapa, mengapa Kata perintah jangan, usah, silalah, jemput, minta Golongan Kata Tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu mengandungi golongan kecil perkataan yang berbeza-beza. Kata tugas hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau pendepan. 5.0 KATA TUGAS


Jenis Kata Tugas Contoh Kata bantu telah, pernah, sudah, hendak, mahu Kata nafi bukan, tidak Kata penguat terlalu, paling, sekali, sangat, amat Kata penegas -kah, -tah, -lah Kata sendi nama dari, ke, dii, darpada, pada Kata pangkal ayat hatta, maka, syahadan, alkisah Kata pemeri ialah, adalah


Latihan 6


KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat empat kategori dalam golongan kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Penggolongan kata ini dilakukan untuk membahagikan kata tersebut berdasarkan fungsi dan kegunaan tertentu. Dengan demikian, sesuatu kata itu digunakan dengan betul dalam penulisan mahupun lisan.


Rujukan Hasdi Daud, Mazura Sulaiman & Anisah Azian Mohamad Yusuf. (2018). Bahasa Melayu sekolah kebangsaan tahun 3 jilid 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. Norhaniza Basarudin. (2015). Kata ganti nama diri. https://shorturl.at/kBHLM. Farah. (2013). Kata kerja (transitif & tak transitif). https://shorturl.at/CGJKX. Md. Fadil Othman. (2012). Kata adjektif. https://shorturl.at/enMU3. Kuji Ungop. (2012). Bahasa Melayu tatabahasa. https://shorturl.at/axA07.


sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version