SK SRI SELAMA
JALAN SIR CHULAN
34100 SELAMA, PERAK
TARIKH
18 OKTOBER 2021 (ISNIN)
MASA
3.30 PETANG
TEMPAT
SK SRI SELAMA ,
KEDIAMAN MASING – MASING SECARA
GOOGLE MEET
1
ISI KANDUNGAN
1. Aturcara Majlis 3
2. Seuntai Kata Penasihat PIBG 4
3. Dari Pena Pengerusi PIBG 5
4. Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2020 6
5. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 7
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 8 – 14
7. Laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2019 15
7. Penyata Kewangan 2019 16
8. Usul Mesyuarat Agung Kali Ke - 33 17 – 20
9. Penghargaan 21
2
Atur Cara Majlis
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34
3.45 petang Pendaftaran ( secara online melalui aplikasi survey heart )
4.00 petang
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan YDP PIBG
Ucapan perasmian
4.15 petang AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
5.30 petang 1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33
2. Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir pada 31
Disember 2020
3. Perkara Berbangkit
4. Membahas dan Membentangkan Usul
5. Hal-hal lain
BERSURAI
3
Seuntai Kata
PENASIHAT PIBG SK SRI SELAMA
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat bersama-
sama lagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 34 pada tahun ini.
Peranan ibu-bapa memang tidak dapat dinafikan sebagai penyumbang terbesar
dalam menjana kecemerlangan murid bukan sahaja dalam pencapaian ilmu
malah dalam pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Guru sebagai
jurutera insan pula berperanan merealisasikan objektif yang telah dirancang ini.
Komitmen yang tinggi daripada semua pihak harus ditingkatkan dari semasa
ke semasa. Elemen negatif yang merugikan harus dihapuskan dalam diri. Sikap
bersatu hati dan seiringan sangat penting dalam mempersiapkan modal insan
yang berdaya saing dan berkualiti bagi mengharungi dunia tanpa sempadan kini.
Selaku penasihat PIBG dan pentadbir sekolah ini, saya berazam untuk
melakukan sehabis baik demi kemajuan sekolah kita dalam pelbagai aspek yang
merangkumi akademik, sahsiah dan kokurikulum serta prasarana sekolah yang
kondusif serta harmoni.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
……………t.t…………………..
AS’AD B MOHD ZAHARI
Guru Besar
4
Dari Pena
YDP PIBG SK SRI SELAMA
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Tuan - Puan
Selamat datang diucapkan kepada ibubapa, penjaga, guru-guru dan hadirin
sekalian. Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat
bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 pada tahun ini.
PIBG ialah satu organisasi yang penting dalam menjana kecemerlangan
murid-murid di sekolah. Kita tidak dapat menafikan bahawasanya
kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan kayu ukur prestasi sesebuah
sekolah di samping kecemerlangan sahsiah, disiplin dan kegiatan luar sekolah
amnya.
Jesteru semua pihak harus berganding bahu, berpandangan positif, berfikiran
terbuka dan sehaluan dalam merealisasikan misi dan visi sekolah. Semangat jati
diri, sentiasa bekerjasama, sanggup menyumbang tenaga, wang ringgit, buah
fikiran atau apa jua yang boleh membantu ke arah kecemerlangan ini.
In sha Allah, jika semangat berpasukan ini berterusan, tidak mustahil apa yang
dirancang membuahkan hasil yang cemerlang.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru, ibu-bapa dan
semua jemputan yang hadir pada hari ini. Segala usaha yang baik ini diharap
dapat diteruskan demi kejayaan anak bangsa kita.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………t.t………………
AZMAN B AHMAD
YDP PIBG
5
JAWATANKUASA INDUK PIBG
SK SRI SELAMA
SESI 2020 - 2022
Penasihat : Tn. Hj As’ad Bin Mohd Zahari Guru Besar
Yang Dipertua : En Azman Bin Ahmad
Naib Yang Dipertua : Pn Nurul Huda Binti Suid
Setiausaha : Pn Ku Hafidzoh Binti Ku Ismail
Naib Setiausaha : Pn Nur Hazwani Binti Othman
Bendahari : En Mohd Nasrul Hadi Bin Kamarozaman
AJK Ibubapa : En Mohd Dahlan Bin Mat Isa
En Azhar Bin Bahari
Pn Fadzlin Binti Hj Zulkifli
Pn Siti Hawa Binti Hj Abdul Rahim
Pn Noriah Binti Nayan
Pn Noriza Binti Majid
AJK Guru : Tn Hj Sudirman Bin Abd Ghani PK Pentadbiran
En Mohamad Bin Pin PK Hal Ehwal Murid
En Khairul Anuar b Mamat PK Ko-Kurikulum
Ustazah Jamaliah Binti Sa’id Penyelaras Kedai Buku PIBG
Pemeriksa Kira-kira : En Mohd Fauzi B Suboh
Pn Ainy Rosshina Bt Yaacub @ Abdul Rahim
6
AHLI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 34 ( 2021 )
Penasihat : Tn. Hj As’ad Bin Mohd Zahari Guru Besar
Pengerusi : En Azman Bin Ahmad Yang Dipertua PIBG
Naib Pengerusi I : Tn Hj Sudirman b Abd Ghani PK Pentadbiran
Naib Pengerusi II : En Mohamad b Pin PK HEM
Naib Pengerusi III : En Khairul Anuar b Mamat PK Ko-Kurikulum
Penyelaras Program : Pn Ku Hafidzoh bt Ku Ismail Setiausaha PIBG
: Pn Nurhazwani bt Othman Naib Setiausaha PIBG
Bendahari : En Mohd Nasrul Hadi b Kamarozaman Bendahari PIBG
JEMPUTAN / BUKU PROGRAM BANNER
Pn Ku Hafidzoh bt Ku Ismail En Azhar b Bahari (AJK PIBG)
Pn Nurhazwani bt Othman Pn Nurul Husna bt Che Kassim
Pn Jamaliah bt Sa’id Pn Asmah bt Ansar
Semua guru kelas PERSIAPAN TEMPAT ( jika perlu )
PENGACARA MAJLIS Pn Salini bt Othman
En Shahrul Amin b Mohd Hassan Pn Norsaidah bt Samsuddin
BACAAN DOA Pn Salmah bt Abdullah
En Mohd Saiful Khan b Ahmad Pn Salmi bt Yakob
PENCATAT MINIT Pn Jammiah bt Mohd Daud
Pn Mariam bt Abd Wahab Pn Maslinda bt Othman
Cik Nurul Husna bt Zulkifli
Pn Nur Atiqah bt Mat Saberi PENDAFTARAN & KIRAAN UNDI
Pn Mariatul bt Samsudin ( melalui aplikasi survey heart )
TEKNIKAL / PA SISTEM Pn Che Zuraida bt Ahmad
En Mohd Norhisyam b Nordin Pn Fahiratonniza bt Abu Bakar
En Mar’emazairy b Omar Pn Nurhazwani bt Othman
En Mohd Muzamer b Mohd Noor Cik Nofaizah bt Ramli
En Gunasegaran A/L Muniandy En Mohd Rodzizan b Mohd Rezali
En Mohd Nasrul Hadi b Kamrozaman Pn Muna Nadhirah bt Ramli
Pn Claire Qaisarah bt Abdullah En Norhisyam b Nordin
Cik Noor Aziatul Akma bt Zabidin Pn Nurul ‘Aini bt Baharum
Pn Noraha bt Abdul Rahman En Muhammad Alias b Mulob
Pn Noriza bt Majid (AJK PIBG ) Pn Abdah Azzma bt Che Md Nor
Pn Noriah bt Nayan (AJK PIBG) Pn Hasnah bt Omar
En Mohd Dahlan b Mat Isa (AJK PIBG) Pn Hjh Ummi Halwa bt Hatim
En Mohd Fauzi b Suboh (AJK PIBG) Pn Mardziah bt Mohd Salleh
Pn Ainy Rosshinna bt Yaccub (AJK PIBG) Pn Roslela bt Malik
Pn Siti Hawa bt Hj Abdul Rahim (AJK PIBG) Pn Hjh Noraishah bt Abdul Hamid
Semua guru kelas dan pembantu guru
7
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 32 (2019)/33 (2020)
Tarikh : 28 Februari 2019 ( Khamis )
Masa
Tempat : 2.30 petang
Perasmi
: Kantin SKSS
: YB Dato’ Khairil Anuar B Akhiruddin
Penyelaras Parlimen Larut
AGENDA :
1. Bacaan doa
2. Ucapan penasihat – Guru Besar
3. Ucapan YDP – Encik Azman b Ahmad
4. Ucapan perasmian – YB Dato’ Khairil Anuar B Akhiruddin
5. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 31
6. Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2018
7. Perkara Berbangkit
8. Membahas dan Membentangkan Usul
9. Hal-hal Lain
10. Penutup
KEHADIRAN : 173 orang (Rujuk Lampiran A)
1.0 UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS
BACAAN DOA – Tuan Haji Noor Azman b Raop Ridzi
2.0 UCAPAN PENASIHAT – Encik Zainal Arif b Sudin , Guru Besar SK Sri Selama
2.1 Guru Besar mengalukan kedatangan semua ibu-bapa, perasmi Mesyuarat Agung
PIBG dan guru-guru. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas
kesudian YB Dato’ Khairil Anuar B Akhiruddin kerana sudi datang seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
2.2 Terima kasih sekali lagi kepada semua guru SKSS yang bertungkus lumus untuk
menjayakan program hari ini walaupaun tarikh asalnya terpaksa ditukar.
2.3 Terima kasih juga untuk ibu-bapa yang sanggup meluangkan masa untuk
mesyuarat kali ini. Sokongan dan kesungguhan tuan/puan amat diperlukan untuk
menghasilkan kejayaan murid-murid SKSS. Tahniah .
2.4 Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SKSS setakat bulan Februari 2019,
antaranya Johan Bola Jaring Zon Selama & Daerah LMS dan tempat ke-3 di
peringkat negeri Perak . Sepak takraw murid SKSS turut terlibat sehingga
peringkat negeri Perak. SKSS juga turut terlibat dengan program kerjasama
dengan syarikat daripada Finland ( Spiny ) yang melibatkan pembelajaran
Bahasa Inggeris melalui aplikasi Moomin Languange School. Kerjasama ini
merupakan yang pertama seumpamanya di bawah KPM.
8
2.5 Prasarana di SKSS sangat kurang, namun begitu peningkatan jumlah murid
amat ketara dan kami amat memerlukan dana untuk penambahbaikan. Antara
yang telah kami lakukan membesarkan ruang kantin melalui dana wakaf dan
sumbangan ibu-bapa, guru dan orang perseorangan, begitu juga dengan padang
sekolah ( di sebelah belakang ) masih dalam proses penambahbaikan. Besar
harapan kami agar YB Dato’ dapat memberi sumbangan sewajarnya.
2.6 Guru Besar juga menegaskan kejayaan sesebuah sekolah banyak dibantu oleh
komuniti terutamanya ibu-bapa dan PIBG .
2.7 Akhir kata , sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang hadir untuk
mesyuarat kali ini .
Tindakan : Makluman
3.0 UCAPAN YDP – ENCIK AZMAN B AHMAD
3.1 Beliau mengalukan kehadiran YB Dato’ Khairil Anuar b Akhiruddin kerana sudi
hadir merasmikan mesyuarat kali ini.
3.2 Terima kasih juga kepada semua ibu-bapa dan guru yang meluangkan masa
untuk menghadiri mesyuarat pada petang ini.
3.3 Beliau tidak berhajat untuk becakap panjang kerana banyak perkara yang
dibincangkan dalam pembentangan usul sekejap lagi .
3.4 Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi berharapa ibu-bapa dapat
bersama-sama dengan PIBG untuk membantu pihak sekolah dalam mencapai
kecemerlangan.
Tindakan : Makluman
4.0 UCAPAN PERASMIAN – YB DATO’ KHAIRIL ANUAR B AKHIRUDDIN
4.1 YB Dato’ mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis .
4.2 Beliau mewakili YB Dato’ Hamzah b Zainuddin akan merasmikan Mesyuarat
Agung kali ini kerana YB Dato’ Hamzah mempunyai urusan rasmi lain dan
terpaksa berada di Kuala Lumpur . Untuk pengetahuan semua, YB Dato’ sudah
lima hari tidak balik ke kawasan. Beliau juga menyampaikan salam daripada YB
Dato’ Hamzah kepada semua yang hadir pada hari ini.
4.3 YB Dato’ Khairil Anuar b Akhiruddin mengucapkan syabas dan tahniah untuk
prestasi cemerlang SKSS. Moga banyak lagi kejayaan akan dicapai dalam
semua bidang di masa akan datang.
4.4 Beliau turut menegaskan pendidikan merupakan satu aspek penting yang perlu
diambil berat ibu-bapa. Tumpuan khusus perlu diberikan kepada anak-anak dan
pastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik daripada guru-guru untuk
memastikan masa depan mereka terjamin.
4.5 Sebelum menamatkan ucapan, beliau ada mendapat surat daripada pihak
sekolah untuk memohon sumbangan menampung kos pembinaan Mini Astaka di
belakang padang sekolah. Perkara ini akan dibawa kepada YB Dato’ Hamzah b
Zainuddin. In Sha Allah akan diusahakan untuk kepentingan anak-anak SKSS .
9
4.6 Namun begitu, beliau telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 3,000.00 untuk
pembangunan sekoah
4.7 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 32 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Khairil Anuar
b Akhiruddin.
Penyampaian cenderamata kenangan kepada YB Dato’ Khairil Anuar b
Akhiruddin oleh Guru Besar mewakili pihak sekolah dan PIBG diatas
kesudian merasmikan majlis.
Tabung derma PIBG sedang berjalan. Mohon ibu-bapa yang ingin
menyumbang bolehlah menderma.
Majlis berehat sebentar untuk persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke –
32 .
Tindakan : Makluman
5.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua termasuk barisan
Pentadbir SKSS, AJK PIBG, semua guru dan ibu-bapa .
YDP PIBG menjemput Guru Besar untuk memberi sepatah dua kata .
Alhamdulillah , perasmian mesyuarat kali ini telah berjalan dengan
lancar walaupun perasmi asalnya tidak hadir.
Sekali lagi, Guru Besar menekankan soal keselamatan murid-murid
yang patut diberi keutamaan. Beliau berharap YB Dato’ dapat
menyampaikan hasrat pihak sekolah dan PIBG kepada Dato’
Hamzah .
Guru Besar juga memaklumkan persatuan @ Alumni SKSS satu
badan yang akan mengumpulkan murid-murid tua SKSS akan
ditubuhkan. Pada yang berkenaan dan berminat boleh menulis
nama pada borang yang diedarkan.
Untuk makluman semua, segala kejayaan yang dicapai oleh murid
SKSS dipaparkan pada dinding kantin.
SKSS ( guru dan AJK PIBG ) akan mengadakan lawatan Penanda
Aras ke Terengganu untuk melawat sekolah yang berjaya dalam
Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringakat Kebangsaan.
5.1 YDP, Encik Azman b Ahmad membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali Ke 31
dan mohon disahkan.
5.2 Minit mesyuarat ini dicadangkan pengesahan oleh Puan Norizawati bt Ismail dan
disokong oleh Encik Mohd Idris b Husin
Tindakan : Makluman
6.0 PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31
DISEMBER 2018
10
6.1 En Nasrul Hadi B Kamarozaman selaku Bendahari Kehormat PIBG
membentangkan Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2018. (rujuk
lampiran muka surat 15 )
6.2 Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2018 dicadangkan pengesahan
oleh Encik Khairol Asyraf b Zulkiflli dan disokong oleh Puan Rashidah bt
Abdullah .
7.0 PERKARA BERBANGKIT Tindakan : Makluman
TIADA Tindakan : Makluman
8.0 MEMBAHAS DAN MEMBENTANGKAN USUL
8.1 USUL 1
Mencadangkan bayaran untuk Program Kecemerlangan Sekolah dan lain-lain
bagi setiap murid seperti berikut ( tambahan sebanyak RM 5.00 daripada RM
10.00 untuk program Kokurikulum ) :-
JENIS BAYARAN 1 2 TAHUN 5 6
34
40.00 135.00
RM 10.00 10.00
15.00 15.00
Program 30.00 30.00 30.00 40.00 10.00 10.00
Kecemerlangan 10.00 10.00
akademik 10.00 10.00 7.00 170.00
Hari Anugerah 15.00 15.00 82.00
Aktiviti 15.00 15.00
Kokurikulum
Sumbangan PIBG 10.00 10.00 10.00 10.00
7.00 7.00
Robotik 7.00 7.00
72.00 82.00
JUMLAH 72.00 72.00
Daripada : Jawatankuasa PIBG
KEPUTUSAN
Setuju sebulat suara .
Penerangan daripada Bendahari PIBG , Encik Mohd Nasrul Hadi ibu-bapa hanya
perlu membuat penambahan sebanyak RM 5 ( sebelum ini bayaran sukan
tahunan/aktiviti kokurikulum ) adalah sebanyak RM 10.00. Untuk tahun 2019
bayaran adalah sebanyak RM 15.00 memandangkan SKSS terlibat dengan
pelbagai aktiviti kokurikulum yang memerlukan kos .
8.2 USUL 2
Jawatankuasa PIBG telah mencadangkan diwujudkan Penglibatan Ibu-Bapa dan
Komuniti (PIBK) sebagai sayap kepada PIBG .
Daripada : Jawatankuasa PIBG
11
KEPUTUSAN
Penerangan daripada PK P , Encik Sudirman b Abdul Ghan , PIBK terkandung
dalam NKRA KPM di bawah program sarana ibu-bapa. Dalam hal ini , sekolah
yang berhadapan dengan situasi kekurangan infrastuktur (meja, kerusi, kipas
dan sebagainya) , ibu-bapa boleh bekerjasama @ berkolaboratif untuk
membantu kelas anak masing-masing dan secara tidak langsung dapat
membantu pihak sekolah. Namun begitu , ianya bukan paksaan terpulang
kepada ibu-bapa . Dalam hal ini, ibu-bapa juga boleh menyumbang kepakaran
untuk kelas dan sekolah .
Contoh terbaik (setakat ini) ialah PIBK SK Alor Mengkudu, Alor Setar. Terdapat
ibu-bapa yang menyumbang penghawa dingin untuk kelas anaknya .
Untuk maklumat lanjut ibu-bapa boleh layari laman sesawang
http://www.pendidikan2u.my-penglibatan-ibu-bapa-komuniti-pibk/
Pencadang : Puan Mastura bt Md Nasir
Penyokong : Puan Rahayu b Mohd Yusof
Usul ini turut mendapat sokongan semua yang hadir .
Maklumbalas : En Sudirman b Abdul Ghani – PK P
8.3 USUL 3
Memohon pihak sekolah menumpukan keselesaan murid ketika belajar
contohnya kerusi dan meja pada pandangan ibu-bapa sangat daif. Mohon pihak
sekolah mencari alternatif lain untuk keperluan dan kelesaan murid untuk belajar.
Encik Amrazs bin Zakaria
Anak : Puteri Nurazsrisya Adreanna ( 3 K )
KEPUTUSAN
Sama sepertu usul 2 – perlu penglibatan ibu-bapa dan komuniti (PIBK) .
Sedikit perkongsian daripada Guru Besar, untuk keselamatan semua, sistem
pendawaian elektrik sekolah telah ditukar kepada yang baru pada tahun 2018 .
Maklumbalas : En Zainal Arif b Sudin – GB
8.4 USUL 4
Peralatan di dalam kelas seperti meja, kerusi dan almari murid terlalu uzur . Saya
cadangkan supaya dapat ditukar kepada yang baru
Puan Nor Mariyani bt Sobri
Anak : Mohammad Zaqrul Adam b Abdul Kaha ( 6 D )
Mohammad Adib Zuzairy b Abd Kaha ( PPKI )
Mohammad Ziqry Afizi b Abdul Kaha ( 2 d )
KEPUTUSAN
Sama seperti usul 2 & 3 – perlu penglibatan ibu-bapa dan komuniti (PIBK) .
12
Guru Besar, menjelaskan SKSS adalah sekolah yang lama dan peralatan serta
kemudahan yang tersedia juga agak lama. Namun begitu, pihak sekolah ada
juga mencari dana untuk menukar kipas dan membuat sistem pendawaian
elektrik (wiring) yang baru. Ini memerlukan kos yang agak tinggi. Jesteru itu,
mohon ibu-bapa untuk turut membantu melalui saluran PIBK.
Maklumbalas : En Zainal Arif b Sudin – GB
8.5 USUL 5
1. Memperbanyakkan kelas tambahan untuk kelas 6 Dinamik .
2. Memohon kebenaran untuk memasukkan anak saya ke kelas tambahan
tahun 6 Kreatif jika tidak berlaku pertindihan waktu .
3. Masukkan nombor telefon saya untuk group wassup Waris Tahun 6 2019.
KEPUTUSAN
Guru Besar menjelaskan, dalam pembelajaran abad ke – 21 (PA21) tiada lagi
kelas tambahan. Aspek utama yang diberi perhatian ialah kemenjadian murid.
Untuk makluman, kelas tambahan sudah tidak dijalankan. Kelas bimbingan
berfokus tetap diadakan atas inisiatif guru-guru namun kehadiran murid amat
mendukacitakan. Dalam hal ini, kelas tambahan akan diadakan jika terdapat
permintaan dan mengikut keperluan.
Untuk makluman, dalam PA21 tiada pengasingan kelas mengikut kedudukan di
dalam kelas. Kerana sekarang tiada lagi peperiksaan ( Tahap 1 ) dan murid akan
dinilai dalam pentaksiran bilik darjah (PBD) . Murid belajar mengikut kemahiran
dan keperluan.
YDP pula menjelaskan tentang group wassup Waris Tahun 6 (2019) akan dibuat
oleh penyelaras Tahun 6. Beliau mohon ahli-ahli dalam group wassup itu nanti
agar menggunakan medium ini untuk perkara-perkara yang perlu sahaja.
Maklumbalas : En Zainal Arif b Sudin – GB
En Azman b Ahmad – YDP
8.6 USUL 6
1. Mencadangkan Majlis Sarana Ibu-Bapa dan Guru diadakan pada hari Sabtu
bertempat di dalam dewan supaya memudahkan ibu-bapa bertemu dengan
guru kelas .
2. Memberi peluang kepada pelajar pada waktu perhimpunan untuk
menonjolkan bakat sebagai pengacara perhimpunan dan jika waktu
mengizinkan seorang pelajar akan tampil untuk menyerlahkan bakat ( seperti
bacaan puisi, pantun, recite poem dan lain-lain )
Puan Nurul Huda bt Suid
Anak : Nur Zara Qistina bt Iszuan ( 2 K )
Nur Iman Zahraa Azzalea bt Iszuan ( Pra Sinar Permata )
KEPUTUSAN
PK P menjelaskan, cadangan untuk mengadakan Majlis Sarana Ibu-bapa pada
hari sabtu pihak sekolah bersetuju namun perlu dijelaskan di sini semasa
perjumpaan kali pertama pada 01/02/2019 ramai ibu-bapa yang tidak kenal
dengan guru (anak masing-masing). Terdapat juga murid yang mengelakkan
13
untuk bertemu dengan guru matapelajaran. Cadangan ini terima dan akan dibuat
penambahbaikan untuk perjumpaan yang akan datang.
Untuk pengetahuan, memang setiap kali perhimpunan mingguan murid akan
mengendalikan majlis sebagai pengacara majlis, menaikkan bendera dan
membaca doa. Sudut pidato juga telah diwujudkan sebagai medan untuk murid
mengasah bakat mereka. Sudut ini digunaka secara aktif oleh murid semasa
waktu rehat dan dikendalikan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama guru panitia terlibat.
Maklumbalas : En Sudirman b Abd Ghani – PK P
8.7 USUL 7
Mengadakan / mewujudkan group wassup bagi Tahun 1 untuk memudahkan ibu-
bapa bertanya kepada guru berkaitan dengan pelajaran dan homework .
Pn Noraini bt Mohd Selar
Anak : Nur Alya bt Mohd Isma Yusnizam ( 1 K )
KEPUTUSAN
Guru Besar dan YDP bersetuju untuk mewujudkan group wassup untuk Tahun 1.
Namun perlu diingatkan, ibu-bapa perlu menggunakan medium ini dengan
berhemah dan mengikut keperluan .
Maklumbalas : En Zainal Arif b Sudin – GB
En Azman b Ahmad – YDP
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1
9.2 YDP, Encik Azman b Ahmad memaklumkan kutipan derma PIBG pada hari ini
10.0 ialah sebanyak RM 260.00. Terima kasih kepada yang menderma .
Sebelum mesyuarat ini ditamatkan, Guru Besar sekali lagi dimaklumkan
berkaitan penubuhan Alumni SKSS. Kepada yang berminat bolehlah mengisi
nama pada borang yang diedarkan .
Tindakan : Makluman
PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang .
14
LAPORAN TAHUNAN PIBG SK SRI SELAMA BAGI TAHUN 2020
Bil Aktiviti Tarikh
1. Majlis Persaraan Guru Besar – Encik Zainal Arif b Sudin Januari 2020
2. Majlis Persaraan Pengawal Keselamatan Sekolah – Encik Januari 2020
Chugumaran
Julai 2020
3. Program pembukaan semula sekolah Julai 2020
4. Pertukaran guru – Encik Mohamad Saufi b Hj Senusi
Disember 2020
- Puan Zukadariah bt Mohd Yatim Disember 2020
Sepanjang tahun
5. Pertukaran guru – Puan Fazuwati bt Abd Rahim mengikut keperluan
6. Majlis Perpisahan untuk guru ganti – Cik Shahira
7. Membantu menjayakan program-program SK Sri Selama
15
LAPORAN KEWANGAN
16
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 33 ( 2020 ) / 34 ( 2021 )
1.
PENCADANG Jawatankuasa PIBG
USUL 1. Mencadangkan bayaran untuk Program Kecemerlangan Sekolah dan
lain-lain bagi setiap murid seperti berikut :-
2. Untuk makluman SUMBANGAN PIBG ditetapkan untuk satu keluarga
RM 10.00 .
TAHUN
JENIS BAYARAN 12345 6
RM
Program
Kecemerlangan 30.00 30.00 30.00 40.00 40.00 135.00
akademik
Hari Anugerah 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Sukan Kokurikukulum 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00
Sumbagan PIBG 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
JUMLAH 65.00 65.00 65.00 75.00 75.00 170.00
KEPUTUSAN
2.
PENCADANG NASROL HANEF BIN OTHMAN
USUL (IKMAL RAYYAN BIN NASROL HANEF -1D)
KEPUTUSAN USUL :
1. Jika dapat di bina bonggol jalan bagi memperlahankan kenderaan yang
lalu lalang di hadapan sekolah.
3.
PENCADANG NOR HANISAH BINTI SAAD
(NUR DINI HAMADI BINTI MOHD ZAKUWAN -6D)
USUL USUL :
1. Memperkasakan penggunaan bahasa inggeris seperti mengadakan hari
berbahasa inggeris (English Day) contoh pilih satu hari dalam
seminggu, murid-murid diwajibkan berbahasa inggeris bagi
meningkatkan kemahiran bercakap dalam bahasa inggeris.
KEPUTUSAN
17
4.
PENCADANG SITI HINDON BINTI SALLEH
(NURINA SYAZWINA BINTI HAIRUL IZAN -5D)
USUL USUL :
1) Sediakan tandas untuk murid tahun 1,2,& 3 dengan lebih dekat
terutama untuk murid perempuan.
2) Sediakan juadah buah-buahan potong untuk murid pada waktu
rehat, supaya murid lebih suka makan buah.
3) Beri kelonggaran pada murid yang sampai ke sekolah pada pukul
7.20 pagi -7.30 pagi, hanya denda pada murid yang sampai lebih
dari pukul 7.30 pagi.
KEPUTUSAN
5.
PENCADANG MOHD FIRDAUS BIN AZMI
(M.PUTERA DANIAL -3K)
(PUTRI NUR QALESYA NADHIRAH -1K)
usul :
usul 1) Menyediakan loker/ almari kepada pelajar untuk menyimpan buku
agar dapat membantu meringankan beban berat beg sekolah.
KEPUTUSAN
6.
PENCADANG THALATHIAH BINTI YAHAYA
(GURU PENDIDIKAN ISLAM SKSS)
USUL USUL :
1) Mohon PIBG membina garaj kereta berbayar untuk semua guru.
Bayaran tersebut boleh disalurkan kepada tabung PIBG.
KEPUTUSAN
7.
18
PENCADANG MOHAMAD ZAINAL BIN MOHAMED
(NURUL SYIFAA ‘ADAWIYAH BINTI MOHAMAD ZAINAL -4K)
(MUHAMMAD HAFIZ HAKIM BIN MOHAMAD ZAINAL -2K)
USUL USUL :
1) Lampu isyarat kanak-kanak melintas jalan raya depan pintu pagar
sekolah.
2) Mohon kepada jkr pembaharui garisan kuning pada jalan raya di
bahagian jalan menuju ke kampung tengah.
3) Laluan zebra (pejalan kaki) depan pintu masuk utama ke sekolah.
KEPUTUSAN
8.
PENCADANG SALMAH BINTI ABDULLAH
(MUHAMMAD AMMAR QAYYUM BIN KAMALRUDDIN -1K)
USUL USUL :
1) Membina susur gajah antara kelas perdana ke kelas ppki. untuk
memudahkan pergi ke kantin sekiranya hari hujan.
KEPUTUSAN
9.
PENCADANG NURUL HUDA BINTI SUID
(NUR ZARA QISTINA BINTI ISZUAN -3K)
(NUR IMAN ZAHRAA AZZALEA BINTI ISZUAN -1K)
USUL USUL :
1) Cadangan mengadakan hari kantin/hari keusahawanan yang dibuka
kepada ibubapa dan orang awam. hasil jualan digunakan untuk
keceriaan kelas sebagai usaha memperolehi dana.
2) Mewujudkan kelab wartawan muda dimana pelajar berpeluang
menulis berita dan mengulas berita mengikut program/aktiviti yang
dilaksanakan.
KEPUTUSAN
10.
19
PENCADANG MOHD DAHLAN BIN MAT ISA
(NURIEMAN SAFINATUNNAJAH -5K)
USUL usul :
1) Adakan program gotong-royong baik pulih prasarana sekolah
(kerusi meja) bersama waris dan pihak sekolah, serta masyarakat
setempat.
KEPUTUSAN
11.
PENCADANG NURUL AINI BINTI BAHARUM
(NUR AUNI ZINIRAH BINTI MUHAMMAD FIRDAUS -3K)
(NUR AUNA INSYIRAH BINTI MUHAMMAD FIRDAUS -3K)
USUL USUL :
1) Memohon atap/awning/bumbung di laluan antara 3 Dinamik ke 2
Kreatif murid-murid akan basah apabila hari hujan untuk ke kantin,
makmal komputer dan sebagainya.
KEPUTUSAN
20
PENGHARGAAN
PIHAK PIBG SK SRI SELAMA MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA…..
SEMUA PIHAK YANG MEMBERI SUMBANGAN
IBU-BAPA
GURU-GURU
SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG @ TIDAK
21