The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamidahaliasusan2001, 2021-12-25 10:54:26

HIKAYAT HANG TUAH BAB XIX pdf

HIKAYAT HANG TUAH BAB XIX pdf

Sign In

HIKAYAT HANG
TUAH (BAB XIX)

BSS3173 PROSA MELAYU
GROUP A (KUMPULAN 1)

PENSYARAH: PROFESOR MADYA
DR. NORAZIMAH BT ZAKARIA

Disediakan Oleh:

MOHD IZZUDDIN BIN MOHAMMAD FAIZ HAMIDAH BINTI SITI SYAHIRUNNISA IMRAN MURSYID
HISHAM (D20192091270) BIN AHMAD MUZLI ALIASUSAN BINTI MAT SALIM BIN WILLIAM
(D20211098494) (D20211098481)
(D20192091265) (D20211098491)

PENGENALAN

1. Sastera tulisan/istana ini mengisahkan pelayaran Laksamana Tun Tuah ke beberapa buah Negara yang bermula dari Benua
Keling.

2. Laksamana menjadi wira dalam hikayat ini kerana kesetiaannya kepada tuannya iaitu raja Melaka dan sangat hebat dalam
pelbagai aspek. Berdasarkan cerita ini, Hang Tuah telah menjadi seseorang yang dikagumi serta digeruni dan menjadi lambang
kekuasaan dan kebesaran Melaka pada masa itu. Cerita ini menceritakan peristiwa yang melibatkan watak Hang Tuah.

3. Tedapat banyak mesej yang kita boleh perolehi melalui karya ini.

SINOPSIS

SINOPSIS

Raja Melaka mengutus Hang Tuah ke Benua Keling kerana dia fasih bahasa keling, Hang kasturi juga ikut serta. Hang
Kasturi diberi gelaran Maharaja Setia. Hang Tuah bertanya kepada mualim pulau yang dilihatnya, lalu Hang Tuah berhenti di pulau
itu iaitu Pulau Biram Dewa. Pulau ini tiada siapa yang berani datang kerana sesiapa saja datang, ribut taufan akan datang tiba-tiba.
Hang Tuah singgah ke Pulau Biram Dewa dan serta-merta ribut taufan pun datang. Namun berkat doa Hang Tuah kepada Allah
maka pulau itu tenang semula.

Hang Tuah terlihat orang tua duduk sembahyang di atas batu dan dia berfkiri mungkin Nabi Khidir. Nabi Khidir menitahkan
Hang Tuah mengambil buah kayu dan bila di depan Raja Benua Keling kelak, tanam biji buah kayu itu dan ketika itu juga ianya
berbunga,berdaun dan berbuah. Setelah itu, Nabi Khidir ghaib. Akhirnya, Hang Tuah sampai ke Benua Keling lalu disambut oleh
Syahbandar Benua Keling.

Syahbandar memberitahu kedatangan Hang Tuah dan membawa surat untuk ke Bawah Duli Kisna Rayan tanda berkasih-kasihan

dan muafakat kepada Nala Sang Guna. Mereka diberi gedung untuk tinggal dan melabuhkan perahu mereka di pangkalan perahu utusan

Feringgi hingga menyebabkan Feringgi marah dan berniat menghadang kepulangan mereka kelak. Utusan Melaka dijamu makan oleh Nala

Sang Guna. Isteri Nala Sang Guna menganggap Hang Tuah sebagai anaknya kerana dia belum memperolehi anak. Maka Nala Sang Guna

menitahkan Hang Tuah membuat ubat supaya isterinya dapat beranak. Hang Tuah pulang ke gedungnya dan membuat ubat, setelah siap

diberikannya kepada Nala Sang Guna.

Nala Sang Guna dan Hang Tuah menghadap Duli Kisna Rayan dan Duli Kisna Rayan menitahkan Hang Tuah menunggang kuda tezi,
maka setelah kuda tezi merasa ada orang menunggangnya, kuda itu melompat dan berlari menyebabkan baju Hang Tuah habis carik. Namun

Hang Tuah mempratikkan akan guru gembala kuda jar dengan menundukkan kepalanya disebalik telinga kuda itu lalu ditariknya tali kuda

sehingga kuda itu berdiri. Hang Tuah pun segera turun dari kuda itu.

Duli Kisna Rayan memberitahu akan Nala Sang Guna bahawa baginda ingin bermain-main di rumah Nala Sang Guna. Maka Nala

Sang Guna pulang ke rumahnya memasak nasi. Duli Kisna Rayan menitahkan temenggung untuk melarang orang tidak menjual kayu api

kepada Nala Sang Guna. Jika tidak orang itu akan dibunuh. Maka tiba Nala Sang Guna menyuruh hambanya membeli kayu api untuk

memasak namun kayu api tiada berjual. Hang Tuah mencadangkan Nala Sang Guna menggunakan kain-kainan dan dicelup minyak untuk

dijadikan kayu api.

Setelah itu, maka makanan pun siap dimasak. Kisna Rayan dijamu makan minum oleh Nala Sang Guna. Di depan Kisna Rayan,
Hang Tuah mengeluarkan biji benih buah kayu lalu ditanamnya, maka buah kayu itu tumbuh berdaun, berbunga, berbuah masak. Maka dirasa

oleh Kisna Rayan betapa lazat buah kayu itu dan serta merta pohon buah kayu itu ghaib. Alkisah Hang Tuah dititahkan oleh Kisna Rayan

untuk bermain padang perisai dengan pendekar. Maka pendekar menghadang pintu keluar lalu Hang Tuah berjaya membunuhnya.

Hang Tuah diutus oleh Kisna Rayan ke Benua China (Bakang Hainam), dan sampai ke sana kira-
kira 2 bulan dengan membawa surat dari Kisna Rayan. Syahbandar menyembahkan perkara ini kepada 4
orang menteri dan Raja Benua Cina. Surat disambut oleh Raja Benua China dan Hang Tuah bersiar-siar
melihat temasya yang ada di Benua China. Setelah lama di Benua China, Hang Tuah pulang ke Benua keling
namun dihadang oleh kapitan Feringgi kerana Hang Tuah berani melabuhkan perahu di kawasan pelabuhan
kapitan Feringgi.

Mereka membuang bedil sesama sendiri sehingga Feringgi habis mati. Hang Tuah sampai ke
Benua Keling membawa surat utusan dari Benua China lalu disambut oleh Kisna Rayan. Nala Sang Guna
memberitahu kepada Hang Tuah bahawa isterinya telah melahirkan anak lelaki. Maka isteri Nala Sang
Guna memberikan Hang Tuah emas-emasan. Hang Tuah pulang ke Melaka dan beriwayat mengenai
pelayarannya ke Benua Keling dan China di depan Raja Melaka.

PERWATAKAN HANG TUAH

PERWATAKAN HANG TUAH

1. SEORANG YANG BERKEBOLEHAN BERTUTUR DALAM BEBERAPA BAHASA - Raja Melaka mengutus Hang Tuah ke
Benua Keling kerana dia fasih berbahasa Nagaram. Laksamana mempelajari Bahasa tersebut dari seorang lebai.
Laksamana Hang Tuah mempunyai kebolehan berbahasa Nagaram. Ketika menghadap Kisna Rayan (Raja Benua
Keling), beliau telah bercakap menggunakan Bahasa Nagaram.

2. SEORANG YANG BERANI - Setelah dititahkan oleh Kisna Rayan untuk Hang Tuah menunggang Kuda Teji. Hang
Tuah lantas memberanikan dirinya untuk menunggang Kuda Teji. Kuda Teji itu terlalu buas sehinggakan tiada
orang yang hendak menaikinya. Beliau dapat menunggang kuda Teji melalui ajaran daripada pengembala kuda.
Akhirnya, Laksamana Hang Tuah dapat menunggang kuda Teji itu sehingga Kisna Rayan berasa kagum akan
Laksamana.

3. SEORANG YANG MAHIR DALAM BERUBAT - Nala Sang Guna memberitahu kepada Hang Tuah
bahawa isterinya mereka tidak dapat memperoleh anak kerana sakit isterinya yang dikatakan
mandul. Maka lantas Hang Tuah pun membuat ubat yang rupanya seperti madat untuk isteri Nala
Sang Guna. Setelah Hang Tuah balik dari China didapati bahawa isteri Nala Sang Guna telah pun
melahirkan seorang anak lelaki.

4. SEORANG YANG BIJAKSANA - Kisna Rayan menitahkan akan tiada orang yang dibenarkan untuk
menjual kayu kepada Nala Sang Guna. Walhal pada ketika itu Nala Sang Guna hendak melakukan
sebuah jamuan. Maka diperlunya kayu untuk memasak. Sehinggalah Hang Tuah mencadangkan
kepadanya untuk menjadikan kain sebagai bahan bakarnya menggantikan kayu api. Disuruhnya
untuk mencelupkan kain itu ke minyak lalu dibakar.

5. SEORANG YANG BIJAK MEMBUAT MUSLIHAT - Adapun hanya Laksamana Hang Tuah sahaja
yang dapat melihat Raja China. Melalui muslihatnya yang memakan sayuran yang tidak dikerat dan
jika hendak memakannya hendaklah sayur itu dimakan dengan mendongakkan kepala agar ianya
tidak putus. Melalui muslihatnya itu, Hang Tuah dapat melihat Raja China yang sebelum ini tiada
yang dapat melihatnya.

PERSOALAN

PERSOALAN

1. PERSOALAN AKAN KEBOLEHAN BERBAHASA ASING - Hang Tuah telah mempelajari Bahasa Nagaram melalui
guru mengajinya dahulu. Oleh sebab itu, dia dapat memahami dan berbicara dengan menggunakan Bahasa
Nagaram.

2. PERSOALAN TENTANG KEBERANIAN - Hang Tuah berani menunggang kuda Teji yang tingginya 6 hasta, pantas
belari dan buas seperti singa. SelaIn itu, tiada juga orang yang berani menaikinya kerana belum ada yang dapat
mengendalikannya. Namun, Hang Tuah tetap berani menunggangnya dan berkat darpada ajaran pengembala kuda

.dia dapat menunggang kuda Teji itu.

3. PERSOALAN AKAN KUASA SAKTI - Hang Tuah mengeluarkan biji benih buah kayu lalu ditanamnya, maka
buah kayu itu tumbuh berdaun, berbunga, berbuah masak. Maka dirasa oleh Kisna Rayan betapa lazat buah
kayu itu dan serta merta pohon buah kayu itu ghaib.

4. PERSOALAN AKAN KEBIJAKSANAAN MENYELESAIKAN MASALAH - Hang Tuah bijak menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh Nala Sang Guna yang tidak mempunyai kayu api untuk memasak. Akhirnya,
Hang Tuah mencadangkan untuk menggunakan kain sebagai bahan bakar. Sehinggalah mereka dapat
menyiapkan segala masakkan.

5. PERSOALAN TENTANG KEPENTINGAN ILMU BERUBAT - Hang Tuah dapat mengubati isteri Nala Sang
Guna yang tidak dapat melahirkan anak. Setelah Hang Tuah memberikan ubat yang berupa seperti madat.
Akhirnya, setelah Hang Tuah balik daripada China, Isteri Nala Sang Guna telah pun melahirkan seorang
anak lelaki.

NILAI

NILAI

1. KESETIAAN - Hang Tuah merupakan seorang hamba yang setia kepada rajanya. Sehinggakan apabila dia diutus
ke Benua Keling dan China dia tidak membantah malahan akur akan arahan tersebut.

2. KEBIJAKSANAAN - Kebijaksanaan Hang Tuah dapat dilihat apabila dia menyelesaikan masalah Nala Sang Guna
yang tidak mempunyai kayu api untuk memasak. Hang Tuah memberikan cadangan untuk mereka menggunakan
kain sebagai bahan bakar. Sehinggalah makanan untuk jamuan diselesaikan.

.

3. KEBERANIAN - Keberanian Hang Tuah dapat dilihat apabila dia berani menunggang kuda Teji
yang merupakan kuda yang sangat buas. Hanya dia sahaja yang berani menunggang kuda tersebut
dan lantas dapat mengendalikan Kuda Teji itu.

4. RENDAH DIRI - Ketika ditanya oleh Kisna Rayan akan kebolehannya untuk berbahasa Nagaram.
Hang Tuah hanya berkata bahawa dia boleh bercakap Bahasa Nagaram sedikit sahaja. Walhal dia
cukup fasih akan bahasa tersebut.

5. SOPAN SANTUN - Hang Tuah merupakan seseorang yang tinggi adabnya. Dia sangat
menghormati orang yang lebih tua. Buktinya, sebaik sahaja Hang Tuah melihat Nala Sang Guna
dan isterinya, dia pun lantas menundukkan kepalanya.

PENGAJARAN

PENGAJARAN

1. KITA MESTILAH MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA - Sebagai orang yang lebih muda kita seharusnya menjaga
etika kita terhadap orang yang lebih tua dengan tidak menunjukkan adab yang kurang baik kepada mereka. Sebagai
contohnya, dapat dilihat melalui perlakuan Hang Tuah terhadap Nala Sang Guna dan isterinya iaitu sebaik sahaja Hang
Tuah melihat Nala Sang Guna dan isterinya, dia pun lantas menundukkan kepalanya.

2. KITA SEHARUSNYA BERANI MENCUBA BENDA BAHARU - Kita seharusnya mencabar diri kita untuk mencuba benda
baharu agar diri kita tidak terbatas untuk melakukan banyak perkara. Sebagai contohnya, Hang Tuah berani untuk
menunggang kuda Teji walaupun dia tidak pernah menunggang kuda tersebut. Bukan itu sahaja, kuda tersebut juga
sangatlah besar dan buas..
.

3. KITA SEHARUSNYA BIJAK MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KEADAAN SETEMPAT - Kita
seharusnya bijak menyesuaikan diri dengan keadaan semasa agar kemana sahaja kita pergi, kita
akan disenangi oleh masyarakat. Contohnya, dengan kebijaksanaan dan perilaku Hang Tuah yang
baik, dia sangat disenangi kemana pun dia pergi.

4. KITA SEHARUSNYA BIJAK DALAM MENYELESAIKAN MASALAH – Kita seharusnya bijak dalam
menyelesaikan masalah agar masalah yang dihadapi tidak bertambah besar. Sebagai contohnya,
semasa ingin menyambut Kisna Rayan, Nala Sang Guna tidak mendapatkan kayu api. Lantas Hang
Tuah mencadangkan kepadanya untuk menggunakan kain yang dicelup ke minyak untuk dijadikan
bahan bakar.

5. KITA MESTILAH MEMPUNYAI SIFAT RENDAH DIRI - Kita mestilah menjadikan sifat rendah diri
sebagai sebahagian dari diri kita. Sebagai contoh, ketika ditanya oleh Kisna Rayan akan
kebolehannya untuk berbahasa Nagaram. Hang Tuah hanya berkata bahawa dia boleh bercakap
Bahasa Nagaram sedikit sahaja. Walhal dia cukup fasih akan bahasa tersebut.

KESIMPULAN

Melalui Hikayat Hang Tuah Bab XIX dapat kita lihat bahawa cerita ini menonjolkan Hang
Tuah sebagai watak utama dari sastera epik ini. Bukan itu sahaja, Hikayat Hang Tuah ini
juga memberi banyak pengajaran kepada para pembacanya. Oleh itu, cerita seperti ini
seharusnya dijadikan bahan mengajar kepada murid-murid agar setiap generasi tidak
ketinggalan akan karya agung ini.


Click to View FlipBook Version