8.6
PENAMBAHAN
DAN
PENOLAKAN
WA R N A
Cikgu munirah
Penambahan dan Penolakan Cahaya
• Cahaya berwarna boleh
dikategorikan kepada dua
jenis, iaitu warna primer dan
warna sekunder.
• Warna primer ialah warna asas
yang tidak boleh dihasilkan
melalui pencampuran warna.
• Warna merah, biru dan hijau
ialah warna primer.
Penambahan Cahaya
• Warna-warna yang dihasilkan apabila
dua atau lebih warna primer ditambah
dikenal sebagai warna sekunder.
• Warna sian, kuning dan magenta
ialah warna sekunder.
• Warna putih pula dihasilkan apabila
ketiga-tiga warna primer ditambah
•PweanrnaoclaahakyaaynangCsaamha daeyngaan
objek legap akan dipantulkan ke
mata kita, manakala warna lain
akan diserap.
• Fenomena ini dikenal sebagai
penolakan cahaya.
Prinsip
Penolakan
Cahaya
Warna bagi objek legap
bergantung pada warna
cahaya yang dipantulkan
ke dalam mata kita.
Perbezaan antara Penambahan Cahaya
dengan Penolakan Cahaya
• Penambahan cahaya dan penolakan
cahaya ialah dua prinsip yang berlainan.
• Penambahan cahaya ialah percampuran
cahaya warna primer bagi membentuk
warna sekunder
• Manakala penolakan cahaya berlaku
apabila objek legap memantulkan cahaya
yang sama warna dengannya dan
menyerap warna lain.
Contoh Penambahan Cahaya dan Penolakan Cahaya dalam
Kehidupan Seharian
• Televisyen berwarna
• Lampu berwarna di pentas
• Lampu berwarna di stadium
• Lampu berwarna di KLCC