PENDIDIKAN ISLAM
AHLI KUMPULAN :
MUHD HARITH SHAH BIN MOHD RIZAL (B03SSK21F037)
MUHD DANIAL ASHRAFF (B03SSK21F036)
CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM
Rabaniyyah
➢ Ketuhanan, iaitu segala konsep, hukum, peraturan, nilai, dan prinsip yg terkandung dalam Islam adalah
bersumberkan wahyu Allah swt dan Hadis.
Syumuliyyah
➢ Syumul bermaksud lengkap. Ini bererti bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan
sempurna serta meliputi kehidupan dunia dan akhirat.
➢ Islam meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Islam telah mengatur kehidupan manusia
dengan lengkap yang meliputi ;
➢ Ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebuadayaan, bahasa,seni, pengetahuan,
hubungan antarabangsa, alamsekitar, falsafah, sains, undang-undang dan sebagainya.
CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM
Waqi’iyyah
➢ Dari segi Bahasa bermaksud reality.Apabila dihubungkan dengan Islam bermaksud praktikal, mampu di
amalkan oleh semua golongan manusia.
Alamiyyah
➢ Maksud alamiyyah ialah sarwajagat,iaitu agama yg sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa,tempat
dan zaman.Islam juga memberi rahmat kepada semua manusia dan makhluk dimuka bumi ini.Ajaran islam
yang diutuskan melalui rasulullah yang sesuai diamalkan tanpa mengira tempat atau zaman yang dilalui
olehnya.
Murunah
➢ Dari Istilah : Boleh berubah mengikut kesesuaian tetapi masih tetap atas prinsip asasnya.
HUBUNGAN ANTARA IMAM, ISLAM DAN IHSAN
➢ Islam merupakan antara agama terbesar yang tersebar dan dianuti hampir di setiap pelosok
dunia. Agama Islam menjadi pegangan serta asas budaya hidup pelbagai bangsa.
➢ Agama Islam dikenali sebagai agama yang menyusun cara hidup yang meliputi aspek keimanan,
ibadah, muamalah, siasah, sosial dan ekonomi.
➢ Islam dengan sistem yang teratur serta kesesuaiannya dengan fitrah manusia telah membentuk
sebuah tamadun yang diasaskan atas dasar keagamaan. Secara umum, tiga elemen dasar yang
menjadi asas kepada agama ialah iman,Islam dan ihsan.
➢ man menyentuh persoalan tauhid, manakala Islam menekankan aspek syariat dan ihsan pula
lebih menjurus kepada aspek akhlak.
HUBUNGAN ANTARA IMAM, ISLAM DAN IHSAN
PENGERTIAN ISLAM :
➢ Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu 'salima' bererti selamat
sentosa atau kedamaian. Islam juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Islam
berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan Islam tidak mempunyai
hubung kait sama ada dengan individu tertentu, golongan atau tempat tertentu.
➢ Definisi Islam mengikut istilah atau syarak adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT
dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga ialah peraturan hidup,
peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar
akhlak mulia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
HUBUNGAN ANTARA IMAM, ISLAM DAN IHSAN
PENGERTIAN IMAN :
➢ Iman bermaksud membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan
dengan anggota badan.
➢ Perkataan iman yang bererti 'membenarkan’ itu disebutkan dalam alQuran, antaranya
firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenqrkan (mempercayai) kepada Allah SWT dan membenarkan kepada
para orang yang beriman". (At-Taubah,62)
HUBUNGAN ANTARA IMAM, ISLAM DAN IHSAN
PENGERTIAN IHSAN :
➢Ihsan ialah kebaikan atau perbuatan yang baik, yang dilakukan oleh manusia di
muka bumi ini hasil gabungan akal, hati, perbuatan dan percakapan. Jelasnya, ihsan
bermaksud gabungan akal, hati, perbuatan "Ibadat yang disertai dengan
'muraqabah' secukupnya kepada Allah SWT.Yakni hatinya sentiasa terasa diawasi
oleh Allah SWT dengan memiliki sifat amanah, warak, takwa dan sebagainya.
➢Maksud ihsan tersebut adalah berdasarkan hadis daripada Umar bin alKhattab
yang bermaksud:
"Khabarkanlah kepadaku tentong ihsan". Resulullah SAW menjawab: "Ihsan itu iqlah bqhawa
engkau menyembah Allah SWT seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-
Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau". (Riwayat Muslim)
LIMA CIRI-CIRI AKIDAHYANG SOHIH
i. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’ dan
qadar yang menjadi rukun iman.
ii. Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama
Islam.
iii. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah
yang sahih.
iv. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam
mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu.
v. Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan
menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala
mereka.
LIMA PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH
➢ Tangkal
Contoh : Mempercayai tangkal sebagai pelindung rumah atau diri.
➢ Merasakan hukum hakam Islam tidak sempurna
Contoh : Perempuan menyatakan kenapa perempuan kena pakai tudung, lelaki tidak, dan dia
menyatakan bahawa ia tidak adil.
➢ Bermain-main dengan agama
Contoh :Adik melihat seorang kawan memakai tudung, lalu adik menggelarnya sebagai ‘mak
nenek’, atau melihat seorang kawan berjanggut (membela janggut adalah sunnah), lalu adik
mengejeknya sebagai kambing.
LIMA PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH
➢ Meniru amalan orang bukan Islam
Contoh : Memakai pakaian yang tidak menutup aurat seperti orang Barat.
➢ Cinta Melebihi Cinta Kepada Allah
Contoh : Mencintai kekasih lebih daripada mencintai Allah.