The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estee_282, 2020-04-05 11:52:13

SUKATAN PELAJARAN DAN PANDUAN APUI TAHUN 4 dan 5

TAHUN 4 dan 5

 
 
  

 

SUKATAN PELAJARAN DAN PANDUAN

MATA PELAJARAN
ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM TAHUN 4 DAN 5
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TAHUN 2017
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

1. PENGENALAN

Negara Brunei Darussalam dalam perlembagaannya telah menetapkan ugama
Islam sebagai ugama rasmi Negara. Selain itu, falsafah negara iaitu Melayu Islam
Beraja juga telah menjadikan Islam sebagai tunggaknya. Kukuhnya pengaruh
Islam di negara ini adalah berkat daripada sikap pemerintah kita sendiri iaitu
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.

Ketinggian martabat Islam di Negara ini diperkukuhkan lagi melalui sistem
pendidikannya. Kementerian Pendidikan selaku penggubal dasar pendidikan
negara telah menjadikan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam sebagai mata
pelajaran teras. Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pengajian Islam
juga telah mengambil langkah memartabatkan lagi kedaulatan Islam di Negara ini
melalui sistem persekolahan ugama dengan penggubalan Akta Pendidikan Ugama
Wajib 2012.

Mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di negara ini memang telah lama
diperkenalkan dan diajarkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh
Negara. Selaras dengan kedudukannya sebagai mata pelajaran teras dan sejajar
dengan Akta Pendidikan Ugama Wajib 2012, Jabatan Pengajian Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan, telah mengambil langkah mengemaskinikan
sukatan pelajaran Pengetahuan Ugama Islam peringkat rendah agar ianya sesuai
dan menepati keperluan semua pelajar (Islam dan bukan Islam) khususnya serta
masyarakat negara ini umumnya.

2. TUJUAN

Tujuan mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 4 hingga
Tahun 5 adalah seperti berikut:

i. Memantapkan kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan pelajar-
pelajar, sama ada yang berugama Islam mahupun yang bukan berugama
Islam.

ii. Menerapkan nilai-nilai moral ke dalam diri pelajar agar membesar menjadi
individu yang berakhlak mulia.

iii. Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang ajaran ugama Islam kepada
pelajar-pelajar yang berugama Islam dengan memberikan mereka pendedahan
terhadap hikmah dan logik akal tentang sesuatu perkara yang berkaitan


 

dengan kejadian alam, hukum, ibadat mahupun akhlak di samping menerapkan
akidah Islam di peringkat awal kanak-kanak.

iv. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepercayaan, amalan dan
cara hidup masyarakat Islam kepada pelajar-pelajar dan masyarakat bukan
Islam bagi tujuan mewujudkan sebuah masyarakat harmoni dan saling
menghormati memandangkan mereka tinggal di sebuah negara yang
menjadikan Islam sebagai ugama rasminya.

v. Memperkenalkan kepada pelajar mengenai rasul-rasul Ulul ‘Azmi.

3. OBJEKTIF

Objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar-pelajar ialah seperti berikut:

TAHUN 4

 

i. Dapat mengetahui, memahami dan menerapkan nilai-nilai akhlak terpuji dalam
kehidupan seharian melalui isi pelajaran seperti adab ketika bermain, berdo‘a,
larangan meminta-minta dan ringan tulang.

ii. Dapat mengetahui mengenai kejadian-kejadian alam iaitu matahari, bulan dan
hujan berserta keistimewaan dan kepentingannya kepada manusia di samping
mengetahui penciptanya.

iii. Dapat mengetahui mengenai konsep bersuci iaitu bersuci daripada hadats,
istinja’ dan wudhu’ berserta hukum, cara dan kelebihannya kepada manusia.

iv. Dapat mengetahui perihal sejarah rasul pilihan iaitu mengenai sejarah
perkahwinan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan sejarah hidup
Nabi Nuh ‘alaihissalam.

TAHUN ٥

i. Dapat mengetahui, memahami dan menerapkan nilai-nilai akhlak terpuji dalam
kehidupan seharian melalui isi pelajaran seperti menjaga batas pergaulan lelaki
dan perempuan, adab memberi dan menerima, memuliakan anak yatim dan
menghargai masa.

ii. Dapat mengetahui tentang istimewanya manusia serta menggunakan nikmat
akal, mata, telinga dan lidah yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya.

iii. Dapat mengetahui mengenai ibadat sembahyang bagi orang Islam dari segi
pelaksanaan, kepentingan dan hikmahnya di samping mengetahui akibat
daripada perbuatan meninggalkan sembahyang.


 

iv. Dapat mengetahui perihal sejarah rasul pilihan iaitu mengenai cabaran dan
tantangan yang dihadapi Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan
peristiwa hijrah baginda serta sejarah hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.
 

4. KANDUNGAN MATA PELAJARAN

Mata Pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi peringkat Tahun 4 dan 5
(termasuk tahun 6) mencakupi 4 tema pembelajaran iaitu:

i. Akhlak Mulia.

Akhlak Mulia merupakan tema pertama bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan
Ugama Islam Tahun 4 hingga 6. Tema Akhlak Mulia mengandungi tajuk-tajuk
pelajaran yang menerapkan nilai-nilai akhlak yang terpuji dalam kehidupan
seharian.

Tajuk-tajuk yang terkandung dalam tema Akhlak Mulia bagi Tahun 4 ialah
Bermain, Do’a Itu Ibadat, Larangan Meminta-minta, dan Ringan Tulang.
Manakala Tahun 5 pula mengandungi tajuk-tajuk Batas Pergaulan Lelaki dan
Perempuan, Adab Memberi dan Menerima, Memuliakan Anak Yatim,
Menghargai Masa.

ii. Kejadian Alam / Istimewanya Manusia.

Kejadian Alam adalah tema kedua bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan
Ugama Islam Tahun 4 yang meliputi tajuk-tajuk Matahari yang Bersinar, Bulan
yang Bercahaya, dan Pentingnya Hujan. 

Manakala tema kedua bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam
Tahun 5 dan 6 ialah Istimewanya Manusia. Bagi Tahun 5, tema tersebut
meliputi tajuk-tajuk Manusia: Asal Kejadian dan Keistimewaan, Akal, Mata,
Telinga, Lidah dan Kelebihan Memelihara Akal, Penglihatan, Pendengaran dan
Percakapan.

 
 

iii. Suci Asas Kebersihan / Mari Beribadat

Suci Asas Kebersihan adalah tema ketiga bagi mata pelajaran Asas
Pengetahuan Ugama Islam Tahun 4 yang meliputi tajuk-tajuk Bersuci Daripada
Hadats, Istinja’ dan Wudhu’.


 

Tema ketiga bagi Asas Pengetahuan Islam Tahun 5 dan 6 ialah Mari Beribadat.
Bagi Tahun 5, tema ini meliputi tajuk-tajuk Sembahyang dan Kepentingan
Sembahyang.

iv. Rasul Pilihan

Rasul Pilihan adalah tema keempat bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan
Ugama Islam Tahun 4 - 6. Tajuk-tajuk pelajaran bagi Tahun 4 yang terkandung
dalam tema ini ialah Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Nabi
Nuh ‘Alaihissalam.

Tajuk-tajuk pelajaran bagi Tahun 5 pula ialah Nabi Muhammad Shallallahu
‘Alaihi Wasallam dan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam.

5. PENDEKATAN PENGAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh
dilaksanakan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi pengajaran yang melibatkan
kanak-kanak peringkat sekolah rendah. Strategi mantap mestilah diatur oleh
semua pihak terutama pihak guru untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang
memuaskan sebagaimana yang kita kehendaki. Ia memerlukan pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian.

Ke arah melaksanakan proses pengajaran yang mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan, pelbagai pendekatan pengajaran yang difikirkan
bersesuaian boleh diaplikasikan, antaranya ialah:

a. Kaedah Bermain

Kaedah ini adalah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk murid-murid
peringkat rendah. Pengajaran yang menggunakan kaedah ini dengan cara
yang betul memudahkan guru untuk mendapat perhatian daripada murid-
murid. Walau bagaimanapun, kecekapan guru dalam mengawal situasi adalah
penting bagi mengelakkan daripada berlakunya kekecohan di dalam bilik
darjah.

b. Kaedah Latih Tubi

Kaedah ini sesuai digunakan dalam menguasai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menulis Jawi. Walaupun kaedah ini berkesan, tetapi jika ia terlalu
banyak dipraktikkan boleh menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar.


 

c. Kaedah Bercerita

Kaedah ini adalah antara kaedah yang digemari oleh murid-murid. Namun
kemahiran untuk memberikan gambaran adalah penting dimiliki oleh guru-guru
yang menggunakan kaedah ini agar murid-murid dapat mengikuti dan
menghayati penceritaan yang disampaikan dengan baik. Cerita yang
disampaikan itu pula hendaklah berkaitan dengan isi pelajaran di samping
mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai Islam yang murni agar
dapat dicontohi oleh murid-murid. Penerapan nilai akhlak adalah antara
pelajaran yang boleh disampaikan menggunakan kaedah ini.

d. Kaedah Nyanyian

Kaedah nyanyian adalah juga kaedah yang digemari oleh murid-murid dan
paling sesuai digunakan bagi pelajaran-pelajaran yang memerlukan murid
untuk mengingat dan menghafal. Pelbagai media elektronik boleh digunakan
sebagai alat bantu mengajar. Lagu-lagu nasyid yang berkaitan dengan
pendidikan ugama Islam juga sudah banyak kedengaran. Jadi, untuk
menggunakan kaedah ini, guru hanya perlu memilih lagu-lagu yang bersuaian
dengan isi pelajaran atau jika mampu mencipta sendiri lagu yang sesuai.

e. Kaedah Demonstrasi

Kaedah ini sangat diperlukan oleh guru-guru untuk menerangkan isi-isi
pelajaran yang memerlukan tunjukcara dari guru mahupun dari pelajar-pelajar
sendiri.

f. Kaedah Pembentangan dan Lakonan

Kaedah ini boleh digunakan sebagai aktiviti pelajar. Kaedah ini mampu melatih
dan membantu pelajar meningkatkan keberanian dan keyakinan mereka dalam
menyampaikan sesuatu perkara di hadapan khalayak.

Jika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik dan teliti,
proses pembentukan syakhsiah diri pelajar itu juga akan berjalan dengan baik dan
seterusnya objektif pengajaran serta pembelajaran akan dapat dicapai. Jika ini
berlaku, maka proses ke arah pembentukan sebuah masyarakat Brunei yang
harmoni, berpendidikan dan berpegang teguh dengan agama akan terlaksana.

6. SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 4 hingga Tahun 5
yang telah disusun adalah seperti dalam lampiran (LAMPIRAN 1 – Sukatan
Pelajaran Tahun 4, LAMPIRAN 2 – Sukatan Pelajaran Tahun 5).


 

7. TANDA ARAS PENCAPAIAN

Tanda aras pencapaian disusun berdasarkan penggal persekolahan seperti dalam
lampiran (LAMPIRAN 3: Tanda aras pencapaian Tahun 4, LAMPIRAN 4: Tanda
aras pencapaian Tahun 5).

8. PERUNTUKAN WAKTU

Waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam
peringkat sekolah rendah Tahun 4-6 adalah sebanyak empat (4) waktu dalam
seminggu.

9. TAHUN PELAKSANAAN

Pelaksanaan mata melajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6 adalah seperti berikut:

Bil Nama Buku Tahun Penggunaan

1 Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 4 Kerajaan Swasta
2 Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 5
3 Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 6 2017 2018

2017 2019

2018* 2020*

* Tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan kemudian.

10. BAHASA PENGANTAR DAN TULISAN

Bahasa pengantar bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam adalah
Bahasa Melayu. Manakala buku teks Asas Pengetahuan Ugama Islam disusun
menggunakan tulisan Jawi.

11. PENILAIAN

Penilaian bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam peringkat rendah
terdiri daripada:

i. Penilaian Kendalian Sekolah [School-Based Assessment (SBA)]
ii. Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR)


 

i. Penilaian Kendalian Sekolah [School-Based Assessment (SBA)]

 Penilaian Kendalian Sekolah bagi pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun
6 dikendalikan sepenuhnya secara berterusan oleh pihak sekolah.
Penilaian dilaksanakan sepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

 Penilaian bertujuan untuk mendapatkan maklum balas / gambaran yang
jelas mengenai perkembangan pencapaian pelajar dalam sesuatu
pelajaran sebagai salah satu usaha guru untuk membantu
mempertingkatkan pencapaian melalui proses pengajaran /
pembelajaran seterusnya.

 Penilaian ini terdiri daripada:
 Kerja Rumah dan kerja Sekolah
 Bacaan
 Aktiviti-aktiviti
 Projek Mini (bagi pelajar Tahun 3-6 sahaja)
 Peperiksaan Bertulis (Akhir Tahun)

 Imbangan Pemarkahan bagi komponen-komponen Penilaian Kendalian
Sekolah adalah seperti berikut:

1. Tahun 1 – 2

Tahun Penilaian Penggal Komponen Peruntukan Jumlah
Persekolahan Penilaian Markah Peratus Peratus
100%
Kerja Sekolah 30 30%
20 20% 100%
Pertama Kerja Rumah 30 30%
(SBA 1) Bacaan 20 20% 60%
30 30% 40%
Aktiviti 20 20% 100%
30 30%
TAHUN 1 - 2 SBA Kedua Kerja Sekolah 20 20%
(Penilaian (SBA 2) Kerja Rumah 30 20%
Kendalian 20 10%
Sekolah) Bacaan 30 20%
Aktiviti 20 10%
100 40%
Kerja Sekolah

Ketiga Kerja Rumah
(SBA 3) Bacaan

Aktiviti

Peperiksaan Bertulis (Akhir Tahun) - SBE

Keputusan Akhir Pelajar (SBA 3 + Peperiksaan Bertulis)


 

2. Tahun 3 – 5

Tahun Penilaian Penggal Komponen Peruntukan Jumlah
Pesekolahan Penilaian Peratus
Markah Peratus
Kerja Sekolah 100%
30 30%
Pertama Kerja Rumah 20 20% 100%
(SBA 1) Bacaan 30 30%
20 20% 40%
Aktiviti / Projek Mini 30 30% 60%
20 20% 100%
TAHUN 3 - 5 SBA Kedua Kerja Sekolah 30 30%
(Penilaian (SBA 2) Kerja Rumah 20 20%
Kendalian 30 10%
Sekolah) Bacaan 20 10%
Aktiviti / Projek Mini 30 10%
20 10%
Kerja Sekolah 100 60%

Ketiga Kerja Rumah
(SBA 3) Bacaan

Aktiviti / Projek Mini

Peperiksaan Bertulis (Akhir Tahun) - SBE

Keputusan Akhir Pelajar (SBA 3 + Peperiksaan Bertulis)

3. Tahun 6

Tahun Penilaian Penggal Komponen Penilaian Peruntukan Jumlah
Pesekolahan Peratus
Markah Peratus
Kerja Sekolah 100%
30 30%
TAHUN 6 SBA Pertama Kerja Rumah 40%
(Penilaian (SBA 1) 20 20% 60%
Kendalian Bacaan 30 30%
Sekolah) Kedua Aktiviti / Projek Mini 20 20%
(SBA 2) 30 10%
Kerja Sekolah 20 10%
Kerja Rumah 30 10%
20 10%
Bacaan 100 60%

Aktiviti / Projek Mini

Peperiksaan Bertulis (Mock Exam) - SBE

Keputusan Akhir Pelajar (SBA 2 + Peperiksaan Bertulis) 100%

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 100%


 

ii. Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
 Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah adalah penilaian secara
berpusat bagi pelajar-pelajar Tahun 6.
 Penilaian ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan.
 Penilaian ini dilaksanakan 100% secara bertulis.

12. PENUTUP
Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sangat komited dalam
usaha untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa mengenai
pendidikan ugama di negara ini. Kerana itu jabatan ini telah mengambil langkah
mengemaskinikan sukatan pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam sejajar
dengan statusnya sebagai mata pelajaran teras di semua peringkat pendidikan
dan selaras dengan terlaksananya Akta Pendidikan Ugama Wajib 2012. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan bagi perancangan ini memerlukan komitmen padu
dari kedua-dua agen pendidikan Negara ini, iaitu pihak Kementerian Pendidikan
dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dengan pengemaskinian mata pelajaran ini,
diharap akan dapat mencapai tujuannya demi merealisasikan hasrat Kebawah Duli
Yang Maha Mulai Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang mahu menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara
zikir.

Disediakan Oleh:
Bahagian Kurikulum,
Jabatan Pengajian Islam. (4 April 2017).


 

LAMPIRAN 1

SUKATAN PELAJARAN

ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM

 

TAHUN 4 

 
 
 
 
  

 

Sukatan Pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam 
Sekolah‐sekolah Rendah, Negara Brunei Darussalam 

 

TAHUN 4 

 

Objektif pelajaran: 

 

i. Dapat  mengetahui,  memahami  dan  menerapkan  nilai‐nilai  akhlak  terpuji  dalam 
kehidupan  seharian  melalui  isi  pelajaran  seperti  adab  bermain,  berdo‘a,  larangan 
meminta‐minta dan ringan tulang.  

ii. Dapat mengetahui mengenai kejadian‐kejadian alam iaitu matahari, bulan dan hujan 
berserta keistimewaan dan kepentingannya kepada manusia di samping mengetahui 
penciptanya. 

iii. Dapat mengetahui mengenai konsep bersuci iaitu bersuci daripada hadats, istinja’ dan 
wudhu’ berserta hukum, cara dan kelebihannya kepada manusia. 

iv. Dapat mengetahui perihal sejarah rasul pilihan iaitu mengenai sejarah perkahwinan 
Nabi  Muhammad  Shallallahu  ‘alaihi  wasallam  dan  sejarah  hidup  Nabi  Nuh 
‘alaihissalam.  
 
 

Tema 1: Akhlak Mulia 

 

1. Bermain. 
 Adab Bermain. 
 Larangan Ketika Bermain. 
 Kelebihan Bermain. 

  

2. Do‘a Itu ‘Ibadat. 
 Adab Berdo‘a. 
 Waktu Berdo‘a. 
 Kelebihan Berdo‘a. 

  

3. Larangan Meminta‐Minta. 
 Keadaan Yang Membolehkan Meminta‐Minta. 
 Mensyukuri Nikmat Yang Ada. 
 Akibat Suka Meminta‐Minta. 

 
4. Ringan Tulang. 

 Pengenalan. 
 Kelebihan Ringan Tulang. 
 Akibat Berat Tulang. 
  


 

Tema 2: Kejadian Alam 

 

5. Matahari Yang Bersinar. 

 Pengenalan. 

 Fungsi Matahari. 

 Kebaikan Sinaran Matahari. 

 Kesan Sinaran Matahari. 

 

6. Bulan Yang Bercahaya. 

 Fungsi Bulan. 

 

7. Pentingnya Hujan. 

 Fungsi Hujan. 

 Kesan Hujan. 

 Amalan Ketika Hujan. 

 

 

Tema 3: Suci Asas Kebersihan 

 

8. Bersuci Daripada Hadats. 

 Pengenalan. 

 Bahagian Hadats. 

 Sebab‐Sebab Berhadats Besar. 

 Cara Bersuci Daripada Hadats. 

 Akibat Tidak Bersuci Daripada Hadats. 

  

9. Istinja’. 

 Pengenalan. 

 Alat Untuk Beristinja’. 

 Cara Beristinja’. 

 Kelebihan Beristinja’. 

 Adab Buang Air Kecil Atau Air Besar. 

   

10. Wudhu’.   

 Bila Orang Islam Berwudhu’? 

 Adab Berwudhu’. 

 Keadaan‐Keadaan Yang Menghalang Daripada Berwudhu’. 

 Bila Wudhu’ Itu Terbatal? 

 
 
 
 
 

ii 
 

Tema 4: Rasul Pilihan 

   

11. Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. 
 Berkahwin Dengan Siti Khadijah. 
‐ Keperibadian Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. 
‐ Lamaran Khadijah. 
‐ Keperibadian Sayyidatina Khadijah. 
‐ Kelahiran Putera Puteri. 
‐ Keluarga Teladan. 
‐ Dilantik Menjadi Rasul. 

 
12. Nabi Nuh ‘Alaihissalam. 

 Pengenalan. 
 Peribadi Dan Akhlak. 
 Cabaran Dan Tantangan Terhadap Nabi Nuh ‘Alaihissalam. 

iii 
 

LAMPIRAN 2

SUKATAN PELAJARAN

ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM

 

TAHUN ٥ 

 
 
 
 
  

 

Sukatan Pelajaran 
Asas Pengetahuan Ugama Islam 
Sekolah‐sekolah Rendah, Negara Brunei Darussalam 

 

TAHUN ٥ 
 
Objektif pelajaran: 

 

i. Dapat  mengetahui,  memahami  dan  menerapkan  nilai‐nilai  akhlak  terpuji  dalam 
kehidupan  seharian  melalui  isi  pelajaran  seperti  menjaga  batas  pergaulan  lelaki  dan 
perempuan, adab memberi dan menerima, memuliakan anak yatim dan menghargai 
masa. 

ii. Dapat  mengetahui  tentang  istimewanya  manusia  serta  menggunakan  nikmat  akal, 
mata, telinga dan lidah yang dikurniakan dengan sebaik‐baiknya. 

iii. Dapat  mengetahui  mengenai  ibadat  sembahyang  bagi  orang  Islam  dari  segi 
pelaksanaan,  kepentingan  dan  hikmahnya  di  samping  mengetahui  akibat  daripada 
perbuatan meninggalkan sembahyang. 

iv. Dapat mengetahui perihal sejarah rasul pilihan iaitu mengenai cabaran dan tantangan 
yang  dihadapi  Nabi  Muhammad  Shallallahu  ‘alaihi  wasallam  dan  peristiwa  hijrah 
baginda serta sejarah hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.  
 
 

Tema 1: Akhlak Mulia 

 

1. Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan. 
 Pengenalan. 
 Pergaulan Yang Dibolehkan. 
 Adab Pergaulan. 
 Hikmah Pergaulan Dalam Islam. 
 Pergaulan Bebas dan Akibatnya. 

  

2. Adab Memberi dan Menerima. 
 Adab Memberi. 
 Kelebihan Memberi. 
 Adab Menerima. 
 Akibat Tidak Menjaga Adab Memberi dan Menerima. 

  

3. Memuliakan Anak Yatim. 
 Cara Memuliakan Anak Yatim. 
 Hikmah Memuliakan Anak Yatim. 
 Akibat Menzalimi Anak Yatim. 

 


 

4. Menghargai Masa. 
 Cara Menghargai Masa. 
 Hikmah Menghargai Masa. 

 
 

Tema 2: Istimewanya Manusia 

 

5. Manusia: Asal Kejadian dan Keistimewaan. 
 Peranan Manusia. 

 

6. Akal. 
 Peranan Akal. 
 Cara Memelihara Akal. 
 Akibat Salah Guna Akal. 

 

7. Mata. 
 Bahagian Mata dan Fungsinya. 
 Peranan Mata. 
 Memelihara Penglihatan. 
 Akibat Tidak Memelihara Penglihatan. 

 

8. Telinga. 
 Peranan Telinga. 
 Akibat Tidak Memelihara Pendengaran. 

 

9. Lidah. 
 Peranan Lidah. 
 Memelihara Percakapan. 
 Akibat Tidak Menjaga Percakapan. 

 

10. Kelebihan Memelihara Akal, Penglihatan, Pendengaran dan Percakapan. 

 
 

Tema 3: Mari Beribadat 

 

11. Sembahyang. 
 Pengenalan. 
 Pelaksanaan Sembahyang. 

  

12. Kepentingan Sembahyang. 
 Hikmah Sembahyang. 
 Akibat Meninggalkan Sembahyang. 

 

ii 
 

Tema 4: Rasul Pilihan 

   

13. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. 
 Cabaran dan Tantangan. 
 Peristiwa Hijrah. 

  
14. Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. 

 Riwayat Hidup. 
 Peribadi dan akhlak. 
 Cabaran dan Ujian. 

iii 
 

 
 
 
LAMPIRAN 3

 

TANDA ARAS PENCAPAIAN 

ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM 

TAHUN 4

 
  

 

 

TANDA ARAS PENCAPAIAN ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM 

TAHUN 4 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 

    

PENGGAL  1. Bermain.   Dapat menerangkan mengenai konsep bermain. 

PERTAMA   Adab Bermain.   
 
 Larangan Ketika   Dapat  menjelaskan  dan  mempraktikkan  adab‐adab  dan 
Tema 1:   larangan‐larangan  ketika  bermain  dalam  kehidupan 
Akhlak Mulia  Bermain. 
  seharian berama kawan‐kawan. 
 Kelebihan Bermain.   

    Dapat menjelaskan kelebihan‐kelebihan bermain. 

   

2. Do‘a Itu ‘Ibadat.   Dapat menerangkan mengenai konsep berdo’a. 
 Adab Berdo‘a. 
 Waktu Berdo‘a.   
 Kelebihan Berdo‘a. 
 Dapat menjelaskan dan mempraktikkan adab‐adab ketika 
  berdoa dalam amalan hidup seharian. 

 

 Dapat mengetahui dan menyenaraikan waktu‐waktu yang 
afdhal untuk berdo’a. 

 

 Dapat menjelaskan kelebihan‐kelebihan berdo’a.  

  

3. Larangan Meminta‐  Dapat menjelaskan mengenai perbuatan meminta‐minta 

Minta.  yang dilarang oleh Islam. 
 Keadaan Yang 
 
Membolehkan 
Meminta‐Minta.   Dapat  mengetahui  dan  menerangkan  keadaan‐keadaan 
tertentu  yang  membolehkan  seseorang  itu  meminta‐
minta. 

 Mensyukuri Nikmat     Dapat  menjelaskan  dan  mempraktikkan  sifat  rajin 

Yang Ada.  berusaha  dan  mensyukuri  nikmat  pemberian  Allah 

 Akibat Suka  Subhanahu wa Ta‘ala dalam amalan kehidupan seharian. 

Meminta‐Minta.   

 Dapat menyebutkan akibat daripada sikap suka meminta‐

minta. 

  

4. Ringan Tulang.   Dapat  menerangkan  dan  mempraktikkan  sikap  ringan 

 Pengenalan.  tulang dalam pergaulan hidup seharian. 
 Kelebihan Ringan 
 
Tulang. 
 Dapat menjelaskan kelebihan sikap ringan tulang. 

 

 Akibat Berat Tulang.  Dapat menerangkan akibat sikap berat tulang. 


 

 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
   
 
5. Matahari Yang   Dapat menceritakan secara ringkas mengenai matahari. 
PENGGAL  Bersinar. 
KEDUA   Pengenalan.   
   Fungsi Matahari. 
Tema 2:   Kebaikan Sinaran   Dapat menerangkan fungsi‐fungsi matahari. 
Kejadian  Matahari. 
Alam   Kesan Sinaran   
Matahari. 
 Dapat  menyenaraikan  kebaikan‐kebaikan  sinaran 
matahari. 

 

 Dapat  menjelaskan  mengenai  kesan  buruk  sinaran 
matahari  yang  berlebihan  terhadap  manusia  dan  cara 
melindungi diri daripadanya. 

 

 Dapat  mengetahui  yang  mencipta  matahari  dan 
kebesaran  kuasanya  serta  mensyukuri  nikmat  kebaikan 
yang diberikan. 

  

6. Bulan Yang Bercahaya.  Dapat menceritakan secara ringkas mengenai bulan. 

 Fungsi Bulan.   

 Dapat menerangkan fungsi‐fungsi bulan. 

 

 Dapat  mengetahui  yang  mencipta  bulan  dan  kebesaran 

kuasanya  serta  mensyukuri  nikmat  kebaikan  yang 

diberikan. 

   

7. Pentingnya Hujan.   Dapat menceritakan secara ringkas mengenai hujan. 
 Fungsi Hujan. 
 Kesan Hujan.   
 Amalan Ketika 
Hujan.   Dapat menerangkan fungsi‐fungsi hujan. 

 

 Dapat  menyatakan  kesan  buruk  hujan  yang  berlebihan 
dan cara melindungi diri daripadanya. 

 

 Dapat menerangkan dan mempraktikkan amalan‐amalan 
ketika hujan. 

 

 Dapat  mengetahui  yang  mencipta  hujan  dan  kebesaran 
kuasanya  serta  mensyukuri  nikmat  kebaikan  yang 
diberikan. 

 


 

 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
Dapat  menerangkan  mengenai  konsep  bersuci  daripada 
     hadats. 

PENGGAL  8. Bersuci Daripada   Dapat menyebutkan bahagian‐bahagian hadats. 

KEDUA  Hadats.   

(Sambungan)   Pengenalan.    Dapat  menjelaskan  sebab‐sebab  berhadats  kecil  dan 
   Bahagian Hadats.  berhadats besar. 
 Sebab‐Sebab  
Tema 3:    
Suci Asas  Berhadats Besar. 
Kebersihan   Cara Bersuci   Dapat mengetahui dan menjelaskan cara bersuci daripada 
hadats. 
  Daripada Hadats. 
   

   Akibat Tidak Bersuci  Dapat menerangkan akibat tidak bersuci daripada hadats.

  Daripada Hadats.    

  Dapat mengamalkan amalan hidup yang bersih dan sihat 
  dalam kehidupan seharian. 

  Dapat menerangkan mengenai konsep istinja’. 

    Dapat  menyebutkan  alat‐alat  yang  digunakan  untuk 
beristinja’ dan syarat‐syaratnya. 
9. Istinja’.  
 Pengenalan.   
 Alat Untuk   
Dapat  menjelaskan  dan  mempraktikkan  cara  beristinja’ 
 yang betul. 

Beristinja’.   

 Cara Beristinja’.   Dapat  menerangkan  kelebihan  beristinja’  kepada 
manusia. 
 Kelebihan 
 
Beristinja’.  
 Adab Buang Air  Dapat  menyebutkan  dan  mempraktikkan  adab‐adab 
ketika buang air kecil dan air besar. 
Kecil Atau Air Besar. 
 

Dapat mengamalkan amalan hidup yang bersih dan sihat 
 dalam kehidupan seharian. 

      Dapat menerangkan mengenai konsep wudhu’. 

10. Wudhu’.     Dapat  menjelaskan  perkara‐perkara  yang  mewajibkan 
orang Islam berwudhu’ dan waktu disunatkan berwudhu’.
 Bila Orang Islam   
 
Berwudhu’.  
Dapat menyatakan dan mempraktikkan adab‐adab ketika 
 Adab Berwudhu’.   berwudhu’ dalam amalan seharian. 

   
 
 

 

 


 

 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
   Dapat  menjelaskan  keadaan‐keadaan  yang  menghalang 
  seseorang  daripada  berwudhu’  dan  perkara  yang  boleh 
 Keadaan‐Keadaan   menggantikan wudhu’ itu. 
PENGGAL 
KETIGA  Yang Menghalang   

  Daripada  Dapat  menyenaraikan  perkara‐perkara  yang 
Tema 4:  membatalkan wudhu’. 
Rasul Pilihan  Berwudhu’.  
 Bila Wudhu’ Itu   
Dapat  menerangkan  dan  menceritakan  secara  ringkas 
Terbatal?    mengenai  perkahwinan  dan  keluarga  Nabi  Muhammad 
Shallallahu ‘alaihi wasallam. 
   
   Dapat  menceritakan  mengenai  peristiwa  Nabi 
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dilantik menjadi 
11. Nabi Muhammad  rasul. 
Shallallahu ‘Alaihi 

Wasallam. 

 Berkahwin Dengan   

Siti Khadijah. 

‐ Keperibadian 

Nabi  Muhammad 

Shallallahu  ‘Alaihi 

Wasallam. 

‐ Lamaran 

Khadijah. 

‐ Keperibadian 

Sayyidatina 

Khadijah. 

‐ Kelahiran  Putera 

Puteri. 

‐ Keluarga Teladan. 

‐ Dilantik  Menjadi 

Rasul. 

 


 

 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
   
 
  12. Nabi Nuh   Dapat  menjelaskan  mengenai  keperibadian  dan  akhlak 

‘Alaihissalam.  Nabi Nuh ‘alaihissalam. 
 Pengenalan. 
 Peribadi Dan   

Akhlak.   Dapat  menceritakan  mengenai  cabaran  dan  tantangan 
 Cabaran Dan  yang dihadapi oleh Nabi Nuh ‘alaihissalam.  

 

Tantangan 

Terhadap Nabi Nuh 

‘Alaihissalam. 

 


 

 
 
LAMPIRAN 4

 

TANDA ARAS PENCAPAIAN 

ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM 

TAHU  N 5

  

TANDA ARAS PENCAPAIAN ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM 
TAHUN 5 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 
 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
  
 
1. Batas Pergaulan Lelaki   Dapat  menerangkan  mengenai  konsep  pergaulan  dalam 
PENGGAL 
PERTAMA  dan Perempuan.  Islam. 
 Pengenalan. 
   
Tema 1:  
Akhlak Mulia   Dapat  menjelaskan  mengenai  pergaulan‐pergaulan  yang 
 
 Pergaulan Yang  dibolehkan dalam Islam. 
Dibolehkan. 
 

 Dapat  menerangkan  dan  mempraktikkan  adab‐adab 

 Adab Pergaulan.  dalam pergaulan. 

 

 Hikmah Pergaulan   Dapat menyebutkan mengenai hikmah pergaulan dalam 

Dalam Islam.  Islam. 
 Pergaulan Bebas 
 

 Dapat  menerangkan  maksud  pergaulan  bebas  dan 

dan Akibatnya.  menyatakan akibat yang boleh timbul daripadanya. 

   

2. Adab Memberi dan   Dapat menerangkan konsep memberi dan menerima. 
Menerima. 
 Adab Memberi.   
 Kelebihan 
Memberi.   Dapat  menjelaskan  dan  mempraktikkan  adab‐adab 
 Adab Menerima.  memberi. 
 Akibat Tidak 
Menjaga Adab   
Memberi dan 
Menerima.   Dapat menyenaraikan kelebihan‐kelebihan memberi. 

 

 Dapat menjelaskan  dan mempraktikkan adab memberi. 

 

 Dapat  menjelaskan  akibat  tidak  menjaga  adab  memberi 
dan menerima.  

  

3. Memuliakan Anak   Dapat memahami dan menjelaskan maksud anak yatim.  

Yatim.   

 Dapat menerangkan cara‐cara memuliakan anak yatim. 

 Cara Memuliakan     Dapat menjelaskan hikmah memuliakan anak yatim. 

Anak Yatim.   

 Hikmah   Dapat  menerangkan  akibat  daripada  perbuatan 

Memuliakan Anak  menzalimi anak yatim. 

Yatim. 

 Akibat Menzalimi 

Anak Yatim. 


 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 

  

4. Menghargai Masa.   Dapat  menerangkan  secara  ringkas  mengenai  konsep 

 Cara Menghargai  menghargai masa. 
Masa. 
 

 Dapat  menjelaskan  mengenai  cara  orang  Islam 

 Hikmah  menghargai masa. 

Menghargai Masa.    Dapat menerangkan hikmah menghargai masa. 



  

PENGGAL  5. Manusia: Asal   Dapat  menceritakan  secara  ringkas  mengenai  asal  usul 

KEDUA  Kejadian dan  manusia. 
  Keistimewaan. 
 
Tema 2: 
Istimewanya   Dapat menerangkan mengenai peranan manusia. 

 Peranan Manusia. 

Manusia   

6. Akal.   Dapat  menceritakan  secara  ringkas  mengenai  akal  dan 

 Peranan Akal.  menerangkan peranan‐peranannya. 

 

 Cara Memelihara   Dapat  menerangkan  dan  mempraktikkan  cara 

Akal.  memelihara akal. 

 
 Akibat Salah Guna   Dapat menjelaskan akibat‐akibat salah guna akal. 

Akal. 

   Dapat menjelaskan secara ringkas mengenai mata. 

7. Mata.   
 Bahagian Mata 
dan Fungsinya.   Dapat  menyatakankan  bahagian‐bahagian  mata  serta 
 Peranan Mata.  fungsinya. 
 Memelihara 
Penglihatan.   
 Akibat Tidak 
Memelihara   Dapat menyatakan peranan mata. 
Penglihatan. 
 

 Dapat  menerangkan  perkara‐perkara  yang  perlu  dijauhi 
untuk memelihara penglihatan. 

 

 Dapat  menerangkan  akibat  tidak  memelihara 
penglihatan. 


 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
   

8. Telinga.   Dapat menjelaskan secara ringkas mengenai telinga. 
 Peranan Telinga. 
 Akibat Tidak   
Memelihara 
Pendengaran.   Dapat  menyatakan  peranan‐peranan  telinga  dalam 
kehidupan manusia. 

 

 Dapat  menerangkan  akibat  tidak  memelihara 
pendengaran. 

   

9. Lidah.   Dapat  menjelaskan  secara  ringkas  mengenai  lidah  dan 
 Peranan Lidah.  peranan‐peranannya. 
 Memelihara 
Percakapan.   
 Akibat Tidak 
Menjaga   Dapat  menerangkan  perkara‐perkara  yang  mesti  dijauhi 
Percakapan.  untuk memelihara percakapan. 

 

 Dapat menerangkan akibat tidak memelihara percakapan.

   Dapat menyatakan kelebihan kelebihan memelihara akal, 
penglihatan, pendengaran dan percakapan. 
10. Kelebihan Memelihara  

Akal, Penglihatan,   
Pendengaran dan 

Percakapan. 

     

PENGGAL  11. Sembahyang.   Dapat  menerangkan  secara  ringkas  mengenai  konsep 
KEDUA   Pengenalan.  sembahyang dalam Islam. 
 Pelaksanaan 
(sambungan)  Sembahyang.   
 
    Dapat  menjelaskan  mengenai  pelaksanaan  sembahyang 
Tema 3:  dari segi tempat sembahyang, cara sembahyang sama ada 
Mari    secara  perseorangan  atau  berjemaah  dan  keadaan  diri 
yang mesti suci. 
Beribadat  12. Kepentingan 
  Sembahyang.   Dapat menerangkan secara ringkas mengenai lepentingan 
   Hikmah  sembahyang. 
  Sembahyang. 
   Akibat   
  Meninggalkan 
  Sembahyang.   Dapat menyatakan hikmah‐hikmah sembahyang. 
 
   

 Dapat  menerangkan  akibat‐akibat  jika  meninggalkan 
sembahyang. 


 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
    Dapat  menceritakan  mengenai  cabaran‐cabaran  dan 
  tantangan‐tantangan  yang  dihadapi  oleh  Nabi 
13. Nabi Muhammad  Muhammad  Shallallahu  ‘alaihi  wasallam  semasa  usaha 
PENGGAL  dakwah baginda. 
KETIGA  Shallallahu ‘alaihi 
Dapat  menceritakan  mengenai  peristiwa  hijrah  Nabi 
  wasallam.  Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.  
Tema 4: 
Rasul Pilihan   Cabaran  dan   

Tantangan. 

 Peristiwa Hijrah. 

   Dapat menceritakan secara ringkas mengenai riwayat 
hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. 
14. Nabi Ibrahim 
Dapat menerangkan mengenai peribadi dan akhlak Nabi 
‘alaihissalam.  Ibrahim ‘alaihissalam. 

 Riwayat Hidup.     

 Peribadi  dan   Dapat menceritakan mengenai cabaran dan ujian yang 
dihadapi Nabi Ibrahim ‘alaihissalam..  
akhlak. 

 Cabaran dan Ujian.  

 
 


 


Click to View FlipBook Version