The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estee_282, 2020-04-07 10:57:28

SUKATAN PELAJARAN DAN PANDUAN APUI TAHUN 6

TAHUN 6

 
 
  

 

SUKATAN PELAJARAN DAN PANDUAN

MATA PELAJARAN
ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM TAHUN 6
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TAHUN 2020
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

1. PENGENALAN

Negara Brunei Darussalam dalam perlembagaannya telah menetapkan ugama Islam
sebagai ugama rasmi Negara. Selain itu, falsafah negara Melayu Islam Beraja juga
telah menjadikan Islam sebagai tunggaknya. Kukuhnya pengaruh Islam di negara ini
adalah berkat daripada sikap pemerintah kita sendiri iaitu Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Ketinggian martabat Islam di Negara ini diperkukuhkan lagi melalui sistem
pendidikannya. Kementerian Pendidikan selaku penggubal dasar pendidikan negara
telah menjadikan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam sebagai mata pelajaran
teras. Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pengajian Islam juga telah
mengambil langkah memartabatkan lagi kedaulatan Islam di Negara ini melalui sistem
persekolahan ugama dengan penggubalan Akta Pendidikan Ugama Wajib 2012.

Mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di negara ini memang telah lama
diperkenalkan dan diajarkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh
Negara. Selaras dengan kedudukannya sebagai mata pelajaran teras dan sejajar
dengan Akta Pendidikan Ugama Wajib 2012, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian
Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan, telah mengambil langkah mengemaskinikan sukatan
pelajaran Pengetahuan Ugama Islam peringkat rendah agar ianya sesuai dan
menepati keperluan semua pelajar (Islam dan bukan Islam) khususnya serta
masyarakat negara ini umumnya.

2. TUJUAN

Tujuan mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 6 adalah:

i. Memantapkan kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan pelajar-
pelajar, sama ada yang berugama Islam mahupun yang bukan berugama Islam.

ii. Menerapkan nilai-nilai moral ke dalam diri pelajar agar membesar menjadi individu
yang berakhlak mulia.

iii. Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang ajaran ugama Islam kepada
pelajar-pelajar yang berugama Islam dengan memberikan mereka pendedahan
terhadap hikmah dan logik akal tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan
kejadian manusia, hukum, ibadat mahupun akhlak di samping menerapkan akidah
Islam di peringkat awal kanak-kanak.

iv. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepercayaan, amalan dan cara
hidup masyarakat Islam kepada pelajar-pelajar dan masyarakat bukan Islam bagi
tujuan mewujudkan sebuah masyarakat harmoni dan saling menghormati
memandangkan mereka tinggal di sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai
ugama rasminya.

v. Memperkenalkan kepada pelajar mengenai rasul-rasul Ulul ‘Azmi.

Muka Surat 1 dari 8
 

3. OBJEKTIF

Objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar-pelajar bagi Tahun 6 ialah seperti
berikut:

i. Dapat mengetahui, memahami dan menerapkan nilai-nilai akhlak terpuji dalam
kehidupan seharian melalui isi pelajaran seperti menjaga fitrah lelaki dan
perempuan, galakan berdikari dan menuntut ilmu, larangan membuli, larangan
merokok serta larangan penyalahgunaan dadah dan inhalan.

ii. Dapat mengetahui dan memahami kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan
mensyukuri pemberianNya melalui pembelajaran mengenai istimewanya kejadian
manusia dengan adanya nikmat tangan, kaki dan perut di samping mengetahui
pelbagai fungsi dan cara memeliharanya.

iii. Dapat mengetahui dan memahami konsep beribadat menurut Islam dalam adab-
adab dan kelebihan-kelebihan berpuasa terhadap kesihatan fizikal dan rohani
manusia.

iv. Dapat mengetahui perihal sejarah hidup rasul-rasul pilihan, mengambil iktibar dari
nilai-nilai akhlak terpuji para rasul dan memahami kebesaran Allah Subhanahu wa
Ta’ala serta kebenaran rasul-rasul dalam pelajaran mengenai Rasul-rasul Pilihan
iaitu mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta
kewafatan baginda, Sejarah Nabi Musa dan Nabi ‘Isa ‘Alaihimassalam dari segi
riwayat hidup, akhlak, peribadi, cabaran dan tantangan yang dihadapi serta
mukjizat-mukjizat mereka.

4. KANDUNGAN MATA PELAJARAN

Mata Pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi peringkat Tahun 4 - 6
mencakupi 4 tema pembelajaran iaitu:

i. Akhlak Mulia

Akhlak Mulia merupakan tema pertama bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan
Ugama Islam Tahun 4 hingga 6. Tema Akhlak Mulia mengandungi tajuk-tajuk
pelajaran yang menerapkan nilai-nilai akhlak yang terpuji dalam kehidupan
seharian.

Tajuk-tajuk yang terkandung dalam tema Akhlak Mulia bagi Tahun 6 ialah
menjaga fitrah lelaki dan perempuan, galakan berdikari, ilmu tuntutan hidup,
larangan membuli, larangan merokok, dan bahaya penyalahgunaan dadah.

ii. Istimewanya Manusia

Tema kedua bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam Tahun 6 ialah
Istimewanya Manusia yang meliputi tajuk-tajuk mengenai tangan, kaki dan perut.

Muka Surat 2 dari 8
 

 

iii. Mari Beribadat

Tema ketiga bagi Asas Pengetahuan Islam Tahun 6 ialah Mari Beribadat. Bagi
Tema ini meliputi tajuk-tajuk puasa dan puasa bulan Ramadhan.

iv. Rasul Pilihan

Rasul Pilihan adalah tema keempat bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan
Ugama Islam 6. Tajuk-tajuk pelajaran bagi Tahun 6 yang terkandung dalam tema
ini ialah Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, Nabi Musa ‘Alaihissalam
dan Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam.

5. PENDEKATAN PENGAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh
dilaksanakan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi pengajaran yang melibatkan
kanak-kanak peringkat sekolah rendah. Strategi mantap mestilah diatur oleh semua
pihak terutama pihak guru untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang memuaskan
sebagaimana yang kita kehendaki. Ia memerlukan pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang bersesuaian.

Ke arah melaksanakan proses pengajaran yang mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan, pelbagai pendekatan pengajaran yang difikirkan
bersesuaian boleh diaplikasikan, antaranya ialah:

a. Kaedah Bermain

Kaedah ini adalah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk murid-murid
peringkat rendah. Pengajaran yang menggunakan kaedah ini dengan cara yang
betul memudahkan guru untuk mendapat perhatian daripada murid-murid. Walau
bagaimanapun, kecekapan guru dalam mengawal situasi adalah penting bagi
mengelakkan daripada berlakunya kekecohan di dalam bilik darjah.

b. Kaedah Latih Tubi

Kaedah ini sesuai digunakan dalam menguasai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menulis Jawi. Walaupun kaedah ini berkesan, tetapi jika ia terlalu
banyak dipraktikkan boleh menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar.

c. Kaedah Bercerita
Kaedah ini adalah antara kaedah yang digemari oleh murid-murid. Namun
kemahiran untuk memberikan gambaran adalah penting dimiliki oleh guru-guru
yang menggunakan kaedah ini agar murid-murid dapat mengikuti dan menghayati

Muka Surat 3 dari 8
 

penceritaan yang disampaikan dengan baik. Cerita yang disampaikan itu pula
hendaklah berkaitan dengan isi pelajaran di samping mengandungi unsur-unsur
pengajaran dan nilai-nilai Islam yang murni agar dapat dicontohi oleh murid-murid.
Penerapan nilai akhlak adalah antara pelajaran yang boleh disampaikan
menggunakan kaedah ini.

d. Kaedah Nyanyian
Kaedah nyanyian adalah juga kaedah yang digemari oleh murid-murid dan paling
sesuai digunakan bagi pelajaran-pelajaran yang memerlukan murid untuk
mengingat dan menghafal. Pelbagai media elektronik boleh digunakan sebagai
alat bantu mengajar. Lagu-lagu nasyid yang berkaitan dengan pendidikan ugama
Islam juga sudah banyak kedengaran. Jadi, untuk menggunakan kaedah ini, guru
hanya perlu memilih lagu-lagu yang bersuaian dengan isi pelajaran atau jika
mampu mencipta sendiri lagu yang sesuai.

e. Kaedah Demonstrasi
Kaedah ini sangat diperlukan oleh guru-guru untuk menerangkan isi-isi pelajaran
yang memerlukan tunjukcara dari guru mahupun dari pelajar-pelajar sendiri.

f. Kaedah Pembentangan dan Lakonan
Kaedah ini boleh digunakan sebagai aktiviti pelajar. Kaedah ini mampu melatih
dan membantu pelajar meningkatkan keberanian dan keyakinan mereka dalam
menyampaikan sesuatu perkara di hadapan khalayak.

Jika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik dan teliti,
proses pembentukan syakhsiah diri pelajar itu juga akan berjalan dengan baik dan
seterusnya objektif pengajaran serta pembelajaran akan dapat dicapai. Jika ini
berlaku, maka proses ke arah pembentukan sebuah masyarakat Brunei yang
harmoni, berpendidikan dan berpegang teguh dengan agama akan terlaksana.

6. SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 6 yang telah disusun
adalah seperti dalam lampiran (Lampiran 1: Sukatan Pelajaran Tahun 6).

7. TANDA ARAS PENCAPAIAN

Tanda aras pencapaian disusun berdasarkan penggal persekolahan seperti dalam
lampiran (Lampiran 2: Tanda aras pencapaian Tahun 6).

Muka Surat 4 dari 8
 

8. PERUNTUKAN WAKTU

Waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam
peringkat sekolah rendah Tahun 4-6 adalah sebanyak empat (4) waktu dalam
seminggu.

9. TAHUN PELAKSANAAN

Pelaksanaan mata melajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam bagi Tahun 4, Tahun
5 dan Tahun 6 adalah seperti berikut:

BIL NAMA BUKU TAHUN PENGGUNAAN
KERAJAAN SWASTA

1 Asas Pengetahuan Ugama Islam Tahun 1 2015

2 Asas Pengetahuan Ugama Islam Tahun 2 2015 2016

3 Asas Pengetahuan Ugama Islam Tahun 3 2017

4 Asas Pengetahuan Ugama Islam Tahun 4 2017 2018

5 Asas Pengetahuan Ugama Islam Tahun 5 2017 2019

6 Asas Pengetahuan Ugama Islam Tahun 6 2020 2020

10. BAHASA PENGANTAR DAN TULISAN
Bahasa pengantar bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam adalah
Bahasa Melayu. Manakala buku teks Asas Pengetahuan Ugama Islam disusun
menggunakan tulisan Jawi.

11. PENILAIAN
Penilaian bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam peringkat rendah
terdiri daripada:

i. Penilaian Kendalian Sekolah [School-Based Assessment (SBA)]

 Penilaian Kendalian Sekolah bagi pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6
dikendalikan sepenuhnya secara berterusan oleh pihak sekolah. Penilaian
dilaksanakan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Muka Surat 5 dari 8
 

 Penilaian bertujuan untuk mendapatkan maklum balas / gambaran yang
jelas mengenai perkembangan pencapaian pelajar dalam sesuatu pelajaran
sebagai salah satu usaha guru untuk membantu mempertingkatkan
pencapaian melalui proses pengajaran / pembelajaran seterusnya.

 Penilaian ini terdiri daripada:

 Kerja Rumah dan kerja Sekolah
 Bacaan
 Aktiviti-aktiviti
 Projek Mini (bagi pelajar Tahun 3-6 sahaja)

ii. Peperiksaan Akhir Tahun [School-Based Examination (SBE)]

 Peperiksaan Akhir Tahun akan dilaksanakan pada akhir persekolahan
(Penggal 3) setiap tahun. Sumbangan peratusan markah bagi peperiksaan
ini tertakluk pada peringkat persekolahan pelajar.

 Penilaian ini membolehkan guru:

o Mengukur tahap pencapaian pelajar pada akhir tahun pembelajaran.
o Memberi rumusan terhadap penguasaan pelajar pada keseluruhan

pembelajaran dalam satu tahun.

Imbangan Pemarkahan bagi mata pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam
adalah seperti berikut:

1. Tahun 1 – 2

TAHUN PENILAIAN PENGGAL KOMPONEN PERUNTUKAN JUMLAH
PERSEKOLAHAN PENILAIAN PERATUS
Kerja Sekolah MARKAH JUMLAH
Kerja Rumah 100%
30
Bacaan 100%
Pertama Aktiviti 20 100
(SBA 1) Kerja Sekolah 30 60%
Kerja Rumah
Bacaan 20
Aktiviti
SBA Kerja Sekolah 30
(Penilaian Kerja Rumah
TAHUN 1 - 2 Kendalian Kedua Bacaan 20 100
Sekolah) (SBA 2) Aktiviti 30

20

30

Ketiga 20 100
(SBA 3) 30

20

Peperiksaan Bertulis (Akhir Tahun) - SBE 100 40%

Keputusan Akhir Pelajar (SBA 3 + Peperiksaan Bertulis) 100%

Muka Surat 6 dari 8
 

2. Tahun 3 – 5

TAHUN PENILAIAN PENGGAL KOMPONEN PERUNTUKAN JUMLAH
PESEKOLAHAN PENILAIAN MARKAH JUMLAH PERATUS
Kerja Sekolah
Pertama Kerja Rumah 30
(SBA 1) 20
Bacaan
TAHUN 3 - 5 SBA Kedua Aktiviti / Projek Mini 100 100%
(Penilaian (SBA 2) 30
Kendalian Kerja Sekolah 20
Sekolah) Kerja Rumah 30
20
Ketiga Bacaan
(SBA 3) Aktiviti / Projek Mini 100 100%
30
Kerja Sekolah 20
Kerja Rumah 30
20
Bacaan
Aktiviti / Projek Mini 100 40%
30
20

Peperiksaan Bertulis (Akhir Tahun) - SBE 100 60%

Keputusan Akhir Pelajar (SBA 3 + Peperiksaan Bertulis) 100%

3. Tahun 6

TAHUN 6TAHUN PENILAIAN PENGGAL KOMPONEN PERUNTUKAN PERATUS
PESEKOLAHAN PENILAIAN MARKAH JUMLAH MARKAH
SBA
(Penilaian Pertama Kerja Sekolah 30
Kendalian (SBA 1) Kerja Rumah
Sekolah) 20
Kedua Bacaan 100 100%
(SBA 2) Aktiviti / Projek Mini
30
Kerja Sekolah 20
Kerja Rumah 30
20
Bacaan
Aktiviti / Projek Mini 100 40%
30
20

Peperiksaan Bertulis (SBE Mock) 100 60%

Keputusan Akhir Pelajar (SBA 2 + SBE Mock) 100%

Muka Surat 7 dari 8
 

12. PENUTUP
Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sangat komited dalam
usaha untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa mengenai pendidikan
ugama di negara ini. Kerana itu jabatan ini telah mengambil langkah
mengemaskinikan sukatan pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam sejajar
dengan statusnya sebagai mata pelajaran teras di semua peringkat pendidikan dan
selaras dengan terlaksananya Akta Pendidikan Ugama Wajib 2012. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan bagi perancangan ini memerlukan komitmen padu dari
kedua-dua agen pendidikan Negara ini, iaitu pihak Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dengan pengemaskinian mata pelajaran ini, diharap
akan dapat mencapai tujuannya demi merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang
Maha Mulai Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang mahu menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara zikir.

Disediakan Oleh:
Bahagian Kurikulum,
Jabatan Pengajian Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam.
02 Rejab 1441 / 26 Februari 2020

Muka Surat 8 dari 8
 

LAMPIRAN 1

 

SUKATAN PELAJARAN

ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM 
TAHUN 6 

 

JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

 

21 Rabiul Awal 1441 / 18 November 2019

Sukatan Pelajaran Asas Pengetahuan Ugama Islam 
Sekolah‐Sekolah Rendah, Negara Brunei Darussalam  

 
TAHUN 6 

 
Objektif Pelajaran 
 
i. Dapat  mengetahui,  memahami  dan  menerapkan  nilai‐nilai  akhlak  terpuji  dalam 

kehidupan  seharian  melalui  isi  pelajaran  seperti  menjaga  fitrah  lelaki  dan  perempuan, 
galakan  berdikari  dan  menuntut  ilmu,  larangan  membuli,  larangan  merokok  serta 
larangan penyalahgunaan dadah dan inhalan. 
ii. Dapat  mengetahui  dan  memahami  kebesaran  Allah  Subhanahu  wa  Ta’ala  dengan 
mensyukuri  pemberianNya  melalui  pembelajaran  mengenai  istimewanya  kejadian 
manusia dengan adanya nikmat tangan, kaki dan perut di samping mengetahui pelbagai 
fungsi dan cara memeliharanya. 
iii. Dapat mengetahui dan memahami konsep beribadat menurut Islam dalam adab‐adab dan 
kelebihan‐kelebihan berpuasa terhadap kesihatan fizikal dan rohani manusia. 
iv. Dapat mengetahui perihal sejarah hidup rasul‐rasul pilihan, mengambil iktibar dari nilai‐
nilai akhlak terpuji para rasul dan memahami kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala serta 
kebenaran  rasul‐rasul  dalam  pelajaran  mengenai  Rasul‐rasul  Pilihan  iaitu  mukjizat‐
mukjizat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta kewafatan baginda, Sejarah 
Nabi Musa dan Nabi ‘Isa ‘Alaihimassalam dari segi riwayat hidup, akhlak, peribadi, cabaran 
dan tantangan yang dihadapi serta mukjizat‐mukjizat mereka.   
 
 
Tema 1: Akhlak Mulia 
 
1. Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan 
‐ Cara Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan 
‐ Hikmah Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan 
‐ Akibat Tidak Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan 

 
2. Galakan Berdikari 

‐ Cara Berdikari 
‐ Hikmah Berdikari 
‐ Akibat Tidak Berdikari 

 
3. Ilmu Tuntutan Hidup 

‐ Adab Menuntut Ilmu 
‐ Hikmah berilmu 
‐ Akibat Tidak Menuntut Ilmu 


 

4. Larangan Membuli 
‐ Cara Mencegah Perbuatan Buli 
‐ Kesan Terhadap Orang Yang Dibuli 
‐ Akibat Membuli 
 

5. Larangan Merokok 
‐ Akibat Merokok 
‐ Larangan Merokok Di Negara Brunei Darussalam 
 

6. Bahaya Penyalahgunaan Dadah 
‐ Kesan Buruk Penyalahgunaan Dadah 
‐ Akibat Penyalahgunaan Dadah 
‐ Cara Memelihara Diri Daripada Pengaruh Dadah 
‐ Hindari Diri Daripada Menjadi Mangsa Sindiket Dadah 
‐ Undang‐Undang Dadah Di Negara Brunei Darussalam 
‐ Bahaya Penyalahgunaan Inhalan 

 

 

Tema 2: Istimewanya Manusia 
 

7. Tangan  
‐ Fungsi Tangan 
‐ Cara Memelihara Tangan 
‐ Akibat Tidak Memelihara Tangan 
  

8. Kaki 
‐ Fungsi Kaki 
‐ Cara Memelihara Kaki 
‐ Akibat Tidak Memelihara Kaki 
 

9. Perut 
‐ Fungsi Perut 
‐ Cara Memelihara Perut 
‐ Akibat Tidak Menjaga Perut 

 

 

 

ii 
 

Tema 3: Mari Beribadat 
 
10. Puasa 

‐ Adab Ketika Berpuasa 
‐ Hikmah Puasa 

 
11. Puasa Bulan Ramadhan 

‐ Akibat Tidak Berpuasa Pada Bulan Ramadhan 
‐ Larangan Makan dan Minum Di Khalayak Ramai Di Negara Brunei Darussalam 

 
 
Tema 4: Rasul‐rasul Pilihan 
 
12. Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam 

‐ Mukjizat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam 
‐ Wafat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam 
 
13. Nabi Musa ‘Alaihissalam. 
‐ Riwayat Hidup 
‐ Akhlak dan Peribadi 
‐ Cabaran dan Tantangan 
‐ Mukjizat Nabi Musa ‘Alaihissalam 

 
14. Nabi ‘Isa ‘Alaihissallam. 

‐ Riwayat Hidup 
‐ Akhlak dan Peribadi 
‐ Cabaran dan Tantangan 
‐ Mukjizat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam 
 

 

 

 

 

Kemas kini: 
Isnin, 18 November 2019 
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam. 

iii 
 

 

  LAMPIRAN 2

 

TANDA ARAS PENCAPAIAN 

ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM 
TAHUN 6 

 
  

JABATAN PENGAJIAN ISLAM 
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 
 

21 RABIUL AWAL 1441 / 18 NOVEMBER 2019 

TANDA ARAS PENCAPAIAN ASAS PENGETAHUAN UGAMA ISLAM 
TAHUN 6 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
1. Menjaga Fitrah Lelaki dan  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
PENGGAL 
PERTAMA  Perempuan   Menjelaskan definisi fitrah. 

  ‐ Cara Menjaga Fitrah   Menyebutkan contoh fitrah lelaki dan perempuan. 
 
  Lelaki dan Perempuan   Menerangkan  hukum  lelaki  menyerupai  perempuan 
  dan perempuan menyerupai lelaki. 
  ‐ Hikmah Menjaga   Menjelaskan beberapa cara menjaga fitrah lelaki dan 
  Fitrah Lelaki dan 
  perempuan. 
  Perempuan 
   Menyatakan  beberapa  hikmah  menjaga  fitrah  lelaki 
 
  ‐ Akibat Tidak Menjaga  dan perempuan. 
Tema 1:  
Akhlak Mulia  Fitrah Lelaki dan   Menyenaraikan  antara  akibat  tidak  menjaga  fitrah 
 
Perempuan  lelaki dan perempuan. 

 Mengamalkan  penjagaan  fitrah  dalam  kehidupan 

seharian. 

2. Galakan Berdikari  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
‐ Cara Berdikari   Menjelaskan maksud berdikari. 
‐ Hikmah Berdikari   Menceritakan contoh berdikari yang ditunjukkan oleh 
‐ Akibat Tidak Berdikari 
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. 
 Menyebutkan jenis‐jenis pekerjaan yang lebih baik. 
 Menerangkan beberapa cara berdikari. 
 Menjelaskan hikmah berdikari. 
 Membentangkan/menyenaraikan  beberapa  contoh 

dan akibat tidak berdikari. 
 Mengamalkan  sifat  berdikari  dalam  kehidupan 

seharian. 

3. Ilmu Tuntutan Hidup Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
‐ Adab Menuntut Ilmu   Menjelaskan  maksud  ilmu  dan  hukum  menuntut 
‐ Hikmah Berilmu 
‐ Akibat Tidak  ilmu. 
Menuntut Ilmu   Menyenaraikan adab‐adab mmenuntut ilmu. 
 Menjelaskan  kelebihan‐kelebihan  orang  yang 

berilmu. 
 Menyebutkan  beberapa  akibat  orang  yang  tidak 

menuntut ilmu. 
 Mengamalkan  adab‐adab  menuntut  ilmu  dalam 

kehidupan seharian. 
 


 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 

PENGGAL  4. Larangan Membuli  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 

PERTAMA  ‐ Cara Mencegah   Menjelaskan definisi buli berserta contoh. 
 
  Perbuatan Buli   Mempraktikkan  cara‐cara  mencegah  perbuatan  buli 
 
  ‐ Kesan Terhadap Orang  di sekolah. 
   Menyenaraikan  kesan‐kesan  buli  terhadap  orang 
  Yang Dibuli  yang dibuli. 
  ‐ Akibat Membuli 
 Menjelaskan akibat membuli dan kesannya terhadap 

sekolah. 

 Membezakan antara perbuatan buli dengan gurauan.

  5. Larangan Merokok  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
  ‐ Akibat Merokok   Menjelaskan  maksud  dan  bahaya  perbuatan 
  ‐ Larangan Merokok Di 
  Negara Brunei  merokok. 
Tema 1:   Darussalam   Menyebutkan jenis‐jenis racun dan bahan kimia yang 
Akhlak Mulia 
terkandung di dalam rokok. 
(sambungan)   Menyenaraikan  akibat  merokok  terhadap  individu, 

masyarakat dan negara. 

 Menjelaskan  undang‐undang  Negara  Brunei 

Darussalam  mengenai  perbuatan  merokok  dan 

penjualan rokok. 

 Memberi  cadangan  cara  mengurangkan  jumlah 

perokok di Negara Brunei Darussalam. 

 Mencegah diri daripada merokok. 

6. Bahaya Penyalahgunaan  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
Dadah   Menjelaskan  maksud  dadah  dan  hukum 
‐ Kesan Buruk 
Penyalahgunaan  penyalahgunaan dadah. 
Dadah   Menyebutkan  jenis‐jenis  dadah  yang  sering 
‐ Akibat 
Penyalahgunaan  disalahgunakan. 
Dadah   Menerangkan kesan buruk penyalahgunaan dadah. 
‐ Cara Memelihara Diri   Menyatakan cara memelihara diri daripada pengaruh 
Daripada Pengaruh 
Dadah  dadah dan mempraktikkannya sebagai amalan dalam 
‐ Hindari Diri Daripada  kehidupan seharian. 
Menjadi Mangsa   Menerangkan cara‐cara menghindarkan diri daripada 
Sindiket Dadah  menjadi mangsa sindiket dadah. 
 Menjelaskan  undang‐undang  mengenai  dadah  di 
Negara Brunei Darussalam. 
 Mencegah diri daripada perbuatan menyalahgunakan 
dadah dan daripada menjadi mangsa sindiket dadah. 
 Menerangkan mengenai inhalan, kesan‐kesan buruk 
penyalahgunaan  inhalan  dan  hukuman  bagi 
penyalahgunaan inhalan. 


 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
‐ Undang‐undang   Menerangkan  secara  ringkas  mengenai  kebesaran 

Dadah Di Negara  Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menciptakan tangan.
 Menjelaskan  fungsi  tangan  dalam  kehidupan 
Brunei Darussalam 
manusia. 
‐ Bahaya   Menyatakan  dan  mempraktikkan  cara  memelihara 

Penyalahgunaan  tangan  yang  dituntut  oleh  agama  Islam  dalam 
kehidupan seharian. 
Inhalan   Menyenaraikan  beberapa  akibat  daripada  tidak 
memelihara tangan. 
PENGGAL  7. Tangan   Mensyukuri  nikmat  pemberian  Allah  Subhanahu  wa 
Ta’ala. 
KEDUA  ‐ Fungsi Tangan 

  ‐ Cara Memelihara 

  Tangan 

  ‐ Akibat Tidak 

Tema 2:  Memelihara Tangan 

Istimewanya 

Manusia 

 

8. Kaki  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
‐ Fungsi Kaki   Menerangkan  secara  ringkas  mengenai  kebesaran 
‐ Cara Memelihara Kaki 
‐ Akibat Tidak  Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menciptakan kaki. 
Memelihara Kaki   Menjelaskan fungsi kaki dalam kehidupan manusia. 
 Menyatakan  dan  mempraktikkan  beberapa  cara 

memelihara kaki dalam kehidupan seharian. 
 Menyenaraikan  beberapa  akibat  daripada  tidak 

memelihara kaki. 
 Mensyukuri  nikmat  pemberian  Allah  Subhanahu  wa 

Ta’ala. 

9. Perut  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
‐ Fungsi Perut   Menerangkan  secara  ringkas  mengenai  kebesaran 
‐ Cara Memelihara 
Perut  Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menciptakan perut. 
‐ Akibat Tidak Menjaga   Menjelaskan fungsi perut dalam kehidupan manusia.
Perut   Menyatakan  dan  mempraktikkan  beberapa  cara 

memelihara perut. 
 Menyenaraikan  beberapa  akibat  daripada  tidak 

menjaga perut. 
 Mensyukuri  nikmat  pemberian  Allah  Subhanahu  wa 

Ta’ala kepada kita. 


 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
10. Puasa  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
  ‐ Adab Ketika Berpuasa   Menjelaskan maksud puasa dan waktu berpuasa. 
  ‐ Hikmah Puasa   Menerangkan  kedudukan  ibadah  puasa  di  sisi  Allah 
 
Tema 3:  Subhanahu wa Ta’ala. 
Mari   Menyatakan  dan  mengamalkan  adab‐adab  ketika 
Beribadat 
  berpuasa. 
 Menerangkan hikmah berpuasa. 

11. Puasa Bulan Ramadhan Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 

‐ Akibat Tidak Berpuasa   Menjelaskan mengenai puasa di bulan Ramadhan. 

Pada Bulan Ramadhan  Menerangkan  akibat  tidak  berpuasa  pada  bulan 
Ramadhan. 
‐ Larangan Makan dan 
 Menjelaskan  undang‐undang  Negara  Brunei 
Minum Di Khalayak  Darussalam mengenai larangan makan dan minum di 

Ramai Di Negara  khalayak ramai pada siang hari di bulan Ramadhan. 

Brunei Darussalam 

PENGGAL  12. Nabi Muhammad  Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
KETIGA  Shallallahu ‘Alaihi   Menerangkan definisi mukjizat dan tujuannya. 
Wasallam   Menceritakan  mengenai  mukjizat‐mukjizat  Nabi 
  ‐ Mukjizat Nabi 
  Muhammad  Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. 
Tema 4:  Shallallahu ‘Alaihi   Menjelaskan  mengenai  kekuasaan  Allah  Subhanahu 
Rasul‐rasul  Wasallam 
Pilihan  ‐ Wafat Nabi  wa  Ta’ala  yang  mengurniakan  mukjizat  kepada 
  Muhammad  Rasulullah  Shallallahu  ‘alaihi  wasallam  bagi 
Shallallahu ‘Alaihi  membuktikan kebenaran baginda. 
Wasallam   Menceritakan  mengenai  peristiwa  kewafatan 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. 


 

Penggal /  Tajuk Pelajaran  Tanda Aras Pencapaian 
Tema 
13. Nabi Musa ‘Alaihissalam Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
‐ Riwayat Hidup   Menceritakan  mengenai  riwayat  hidup  Nabi  Musa 
‐ Akhlak dan Peribadi 
‐ Cabaran dan  ‘alaihissallam. 
Tantangan   Menjelaskan  mengenai  akhlak  dan  peribadi  Nabi 
‐ Mukjizat Nabi Musa 
‘Alaihissalam  Musa  ‘alaihissallam  serta  mencontohi  dan 
mengamalkannya. 
14. Nabi ‘Isa ‘Alaihissallam  Menyebut dan menerangkan cabaran dan tantangan 
‐ Riwayat Hidup  yang dihadapi oleh Nabi Musa ‘alaihissalam. 
‐ Akhlak dan Peribadi   Menyenaraikan  mukjizat‐mukjizat  Nabi  Musa 
‐ Cabaran dan  ‘alaihissallam. 
Tantangan   Menjelaskan  mengenai  kekuasaan  Allah  Subhanahu 
‐ Mukjizat Nabi ‘Isa  wa  Ta’ala  yang  mengurniakan  mukjizat  kepada  Nabi 
‘Alaihissalam  Musa  ‘alaihissallam  bagi  membuktikan  kebenaran 
baginda. 

Di akhir pelajaran, pelajar‐pelajar akan dapat: 
 Menceritakan  mengenai  riwayat  hidup  Nabi  Isa 

‘alaihissallam. 
 Menjelaskan mengenai akhlak dan peribadi Nabi Isa 

‘alaihissallam  serta  mencontohi  dan 
mengamalkannya. 
 Menyebut dan menerangkan cabaran dan tantangan 
yang dihadapi oleh Nabi ‘Isa ‘alaihissalam. 
 Menyenaraikan  mukjizat‐mukjizat  Nabi  ‘Isa 
‘alaihissallam. 
 Menerangkan mengenai kekuasaan Allah Subhanahu 
wa  Ta’ala  yang  mengurniakan  mukjizat  kepada  Nabi 
‘Isa  ‘alaihissallam  bagi  membuktikan  kebenaran 
baginda. 

 
 
 
 
 
 
 
 

Kemas kini: 
Isnin, 18 November 2019, 
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam. 


 


Click to View FlipBook Version