The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Risnawati Abdul Rauf, 2023-09-22 20:57:12

1.1 SET BUKU MAT 2023

1.1 SET BUKU MAT 2023

Koperasi PPKS Berhad c/oKolej Universiti i-CATS, Jalan Stampin Timur, 93350 Kuching, Sarawak. Tel: 082-575777, Fax:082-454533 Ruj. Kami : ( 34 )KOOP PPKS / AGM / 07 Tarikh : 14hb SEPTEMBER 2023 ANGGOTA - ANGGOTA Koperasi Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak SARAWAK SKILSS / i-CATS UC Jalan Canna Off Jalan Wan Alwi Tabuan Jaya 93350 Kuching Sarawak. Y.Bhg. Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE - 16, 2023 Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada semua anggota KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD bahawa MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI ini bagi kali ke - 16, 2023 akan diadakan pada:- Tarikh : 23hb September 2023 Hari : Sabtu Masa : 2.30 Petang Tempat : PPKS – AUDITORIUM G/F, SARAWAK SKILLS Jalan Canna Off Jalan Wan Alwi Tabuan Jaya 93350 Kuching AGENDA:- 1. Melantik Seorang Anggota Untuk Mempengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi PPKS Bhd yang KeENAM BELAS ( 16 ) 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-LIMA BELAS ( 15 ) yang telah diadakan pada 31hb Disember 2022 ( Sabtu ) 3. Menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman mengenai Akaun-Akaun Teraudit Dan Laporan Lembaga Koperasi 4. Draf Laporan Penyata Kewangan bagi Akaun Berakhir 31 Disember 2021 5. Menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan bagi tahun berikut:- i. Draf Akaun Untung dan Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2022, ii. Akaun Untung dan Rugi setakat 31 Ogos 2023, iii. Anggaran Untung dan Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. 6. Memilih 4 orang Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2023/2024 7. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan Sesi 2023 / 2024.


8. Meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada Tiga ( 3 ) Firma Audit untuk mengaudit akaun. 9. Menimbang dan Meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang berlebihan Koperasi bagi tahun 2023. 10. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi bagi tahun 2023. 11. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam ( 6 ) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Ke-ENAM BELAS (16). 12. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul yang diterima yang suatu notis tidak kurang daripada Tujuh ( 7 ) hari. 13. Meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman. 14. Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut Akta dan Peraturan (jika ada). Sehubungan itu, pihak kami juga berbesar hati menjemput tuan/puan dan Penyelia Koperasi kami untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan. ‘’SELAMAT BERSIDANG’’ Sekian, terima kasih. (RISNAWATI PURNAMA BT ABDUL RAUF) Setiausaha Koperasi Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Bhd. s.k. Pendaftar Suruhanjaya Koperasi Malaysia Penolong Pengarah Bahagian Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bahagian Kuching / Samarahan Lot 13328, Sec. 65, KTLD 9A Riveredge Commercial Centre Jalan Merdeka, Petra Jaya 93050 Kuching.


Koperasi PPKS Berhad c/oKolej Universiti i-CATS, Jalan Stampin Timur, 93350 Kuching, Sarawak. Tel: 082-575777, Fax:082-454533 Ruj. Kami : ( 34 )KOOP PPKS / AGM / 07 Tarikh : 14hb SEPTEMBER 2023 PENYELIA KOPERASI BAHAGIAN Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bahagian Kuching / Samarahan Lot 13328, Sec. 65, KTLD 9A Riveredge Commercial Centre Jalan Merdeka, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak. Y.Bhg. Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE - 16, 2023 Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada semua anggota KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD bahawa MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI ini bagi kali ke - 16, 2023 akan diadakan pada:- Tarikh : 23hb September 2023 Hari : Sabtu Masa : 2.30 Petang Tempat : PPKS – AUDITORIUM G/F, SARAWAK SKILLS Jalan Canna Off Jalan Wan Alwi Tabuan Jaya 93350 Kuching AGENDA:- 1. Melantik Seorang Anggota Untuk Mempengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi PPKS Bhd yang Ke-ENAM BELAS ( 16 ) 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-LIMA BELAS ( 15 ) yang telah diadakan pada 31hb Disember 2022 ( Sabtu ) 3. Menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman mengenai AkaunAkaun Teraudit Dan Laporan Lembaga Koperasi 4. Draf Laporan Penyata Kewangan bagi Akaun Berakhir 31 Disember 2021 5. Menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan bagi tahun:- i. Draf Akaun Untung dan Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2022, ii. Akaun Untung dan Rugi setakat 31 Ogos 2023, iii. Anggaran Untung dan Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. 6. Memilih 4 orang Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2023/2024. 7. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan Sesi 2023 / 2024.


8. Meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada Tiga ( 3 ) Firma Audit untuk mengaudit akaun. 9. Menimbang dan Meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang berlebihan Koperasi bagi tahun 2023. 10. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi bagi tahun 2023. 11. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam ( 6 ) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Ke-ENAM BELAS (16). 12. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul yang diterima yang suatu notis tidak kurang daripada Tujuh ( 7 ) hari. 13. Meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman. 14. Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut Akta dan Peraturan (jika ada). Sehubungan itu, pihak kami juga berbesar hati menjemput tuan/puan dan Penyelia Koperasi kami untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan. ‘’SELAMAT BERSIDANG’’ Sekian, terima kasih. (RISNAWATI PURNAMA BT ABDUL RAUF) Setiausaha Koperasi Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Bhd. s.k. Pendaftar Suruhanjaya Koperasi Malaysia Penolong Pengarah Bahagian Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bahagian Kuching / Samarahan Lot 13328, Sec. 65, KTLD 9A Riveredge Commercial Centre Jalan Merdeka, Petra Jaya 93050 Kuching.


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI PPKS BHD KE-15 TARIKH : 31hb DISEMBER 2022 TEMPAT : PPKS – AUDITORIUM SARAWAK SKILLS JALAN CANNA OFF JALAN WAN ALWI TABUAN JAYA 93350 KUCHING JAM : 8.30 PAGI PENDAHULUAN Pengerusi KOPERASI PPKS Bhd mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua anggota yang hadir pada Mesyuarat Agung Kali Ke-15 1. AGENDA 01 MELANTIK SEORANG ANGGOTA UNTUK MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI PPKS BHD YANG KE-LIMA BELAS ( 15 ) 1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jumlah anggota koperasi mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi PPKS Bhd Fasa 29 (2) yang memperuntukan bahawa kuorum bagi menjalankan sesuatu urusan Mesyuarat Agung hendaklah satu pertiga (1/3) daripada bilangan anggota yang berdaftar maka kuorum telah mencukupi untuk memulakan mesyuarat. Jumlah kehadiran adalah seramai 99 orang anggota. 1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mengikut fasa 33(1) Undang-Undang Kecil Koperasi, Mesyuarat perlu mencadangkan mana-mana anggota koperasi yang hadir pada hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung. Oleh itu, beliau membuka pencalonan kepada anggotaanggota untuk memilih Pengerusi Mesyuarat. 1.3 Atas cadangan Puan Risnawati Purnama Abdul Rauf dan disokong oleh Cik Amy Francis Najur mesyuarat sebulat suara memilih Encik Mohamad Aziz Bin Kamil sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung kali ke -15/2022. 1.4 En Mohamad Aziz Bin Kamilselaku Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Ke-15 pada hari ini. Mesyuarat diteruskan mengikut agenda. PENCATAT MINIT Pengerusi Mesyuarat memaklumkan kepada mesyuarat bahawa :- i) Puan Felicia Awat - Pencadang : Puan Risnawati Purnama Binti Abdul Rauf - Disokong : Cik Siti Norhajar Binti Sulaiman


Dan ii) Puan Diana Binti Mat Salleh - Pencadang : Puan Noor Juliany Abdullah - Disokong : Puan Diana Ramping telah dilantik sebagai pencatat minit mesyuarat. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju dan menyokong dengan perlantikan diatas. JURUKIRA UNDI Jurukira Undi yang dilantik ialah seperti berikut: a) Puan Shalizza Fadzellawatty Binti Yahya - Pencadang : Cik Suzie Edward Howel - Disokong : Pn. Emelia Iris Junas b) Encik Mahathir Bin Abang - Pencadang : En. Zukari Bin Morni - Disokong : Cik Amy Francis Najur c) Puan Farrazilah Binti Ngiaman - Pencadang : Pn. Noor Juliany Abdullah - Disokong : Cik Asmah Binti Hamsin KEPUTUSAN:- Anggota sebulat suara bersetuju. 2. AGENDA 02 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-EMPAT BELAS (14) YANG TELAH DIADAKAN PADA 25HB OGOS 2019 ( AHAD ) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak telah dikelilingkan kepada semua anggota dan disahkan sebulat suara setelah mendapat cadangan daripada Tuan Haji Albar Bin Abdul Rahman dan disokong oleh Puan Farrazilah Binti Ngiaman KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 bertarikh 25 Ogos 2019 disahkan tanpa sebarang pindaan.


3. AGENDA 03 MENIMBANG LAPORAN – LAPORAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 3.1 Setiausaha Koperasi, Puan Risnawati Abdul Rauf membentangkan Laporan Lembaga Koperasi seperti pada Bahagian 3. Semua anggota yang hadir sebulat suara bersetuju menerima laporan tersebut atas cadangan Encik Stanley Gona Chee Khiong dan disokong oleh Encik Maklen Ali. 3.2 Encik Samsudin Bin Bebe selaku Wakil Jawatankuasa Audit Dalaman telah membentangkan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman seperti yang telah diedarkan kepada anggota koperasi seperti pada Bahagian 4. Laporan Juruaudit dalaman telah disahkan oleh Encik Isma Aliff Bin Sarbini dan disokong oleh Encik Abang Abdul Rahim Bin Abang Ariffin. 3.4 KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju menerima dan mengesahkan kesemua laporan yang telah dibentangkan tersebut tanpa sebarang pindaan. 4. AGENDA 04 MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN-AKAUN TERAUDIT KOPERASI BERSAMA DENGAN LAPORAN JURUAUDIT BAGI AKAUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018, 31 DISEMBER 2019 DAN 31 DISEMBER 2020 4.1 Puan Noor Juliany Abdullah selaku Bendahari Koperasi PPKS Bhd membentangkan Penyata Kewangan yang teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2018, 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020 seperti pada Bahagian 5 Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C. 4.2 Bendahari membentangkan akaun-akaun teraudit Koperasi dan Laporan Juruaudit Luar yang disediakan oleh Panel Juruaudit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi akaun berakhir 31 Disember 2018, 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020 untuk penerimaan dan pengesahan mesyuarat pada kali ini sepertimana yang terdapat pada bahagian 5 di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C. 4.3 Bagi Laporan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 dan 31 Disember 2022 akan dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. 4.4 Encik Eddisson Eddie Ak Freddie Tikas mencadangkan agar akaun-akaun teraudit Koperasi berserta Laporan Juruaudit Luar bagi akaun berakhir 31 Disember 2018, 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020 diterima dan disahkan Encik Mohamad Faizal Bin Mahsen. 4.5 Cadangan tersebut telah disokong dan dipersetujui sebulat suara oleh semua anggota. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju


5. AGENDA 05 MENIMBANG DAN MELULUSKAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN 2018, 2019 DAN 2020 5.1 Puan Noor Juliany Abdullah selaku Bendahari telah memaklumkan kepada semua anggota Koperasi yang hadir bahawa untuk Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2018, 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020, didapati Koperasi PPKS Bhd mengalami kerugian dan tiada pembahagian keuntungan dan honorarium kepada Ahli Lembaga Koperasi. Bendahari juga memohon cadangan untuk pembahagian keuntungan dan honorarium kepada Ahli Lembaga Koperasi PPKS Bhd bagi tahun kewangan 2016/2017. 5.2 Tuan Haji Albar Bin Abdul Rahman mencadangan supaya cadangan pembahagian keuntungan bagi tahun 2016/2017 diluluskan dan disokong oleh Cik Asmah Binti Hamsin 5.3 Mesyuarat bersetuju meluluskan dengan sebulat suara. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju 6. AGENDA 06 MEMILIH 11 ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BAGI AHLI LEMBAGA YANG GUGUR BAGI SESI TAHUN 2022/2023 6.1 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan kepada anggota Koperasi yang hadir bahawa didalam Undang-undang Kecil Koperasi PPKS Berhad 35 (1) dibawah undang-undang kecil 34 hendaklah menurut peraturan 16, hendaklah mengosongkan jawatan mereka secara bergilirgilir pada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan. Memandangkan Mesyuarat Agung Tahunan tidak dijalankan pada tahun 2021, Keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Ke-6 (05hb November 2022) telah memutuskan, 5 orang bagi tahun 2021 dan 5 orang bagi tahun 2022 dan seorang dari ALK yang mengantikan ALK yang telah bersara menjadikan jumlah Ahli Lembaga yang gugur adalah seramai 11 orang daripada 15 orang anggota lembaga. 6.2 Sehubungan itu, 11 anggota lembaga yang mengosongkan jawatan mereka ialah:- 1. EN. ZUKARI BIN MORNI (NO AHLI: 324/15) 2. EN. MOHAMAD AZIZ BIN KAMIL (NO AHLI: 007/06) 3. EN. ABANG MOASILI BIN ABANG ABDUL SAMAD (NO AHLI: 010/06) 4. EN. MOHAMAD ISHAM BIN FAUZI (NO. AHLI: 095/10) 5. NOOR JULIANY ABDULLAH (NO.AHLI: 149/14) 6. PN. RISNAWATI BINTI ABDUL RAUF (NO AHLI: 005/06) 7. CIK. SUZIE EDWARD HOWEL (NO AHLI: 064/06)


8. CIK AMY FRANCIS NAJUR (NO AHLI: 014/06) 9. NOR AZIMAN BIN ALI OMAR (NO AHLI: 375/15) 10. HAJI ALBAR BIN ABDUL RAHMAN (NO.AHLI: 002/06) 11. MOHD BUDIMAN BUJANG (NO.AHLI: 045/06) 6.3 Manakala ( 4) Ahli Lembaga Koperasi yang masih kekal untuk sesi 2022/2023:- 1. PN. RUSMAH BT MUHD ISHAK (NO.AHLI: 057/06) 2. PN. EMELIA IRIS JUNAS (NO.AHLI: 026/06) 3. PN. DIANA RAMPING (NO.AHLI: 296/14) 4. EN. ZURAIMI JOHARI (NO.AHLI: 085/06) 7. AGENDA 07 MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2021, 2022 DAN 2023 7.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Puan Noor Juliany Abdullah selaku Bendahari untuk membentangkan Belanjawan Koperasi bagi tahun sesi 2020/2021, sesi 2021/2022 dan sesi 2022/2023 7.2 Bendahari membentangkan Belanjawan Koperasi bagi tahun sesi 2020/2021, sesi 2021/2022 dan sesi 2022/2023 untuk mendapatkan pengesahan dan penerimaan mesyuarat pada hari ini sepertimana yang terdapat pada bahagian 6 di Lampiran D, Lampiran E dan Lampiran F. 7.3 Pengerusi Mesyuarat meminta anggota untuk mencadangkan Belanjawan Koperasi bagi Tahun 2023 diterima dan diluluskan. 7.4 Puan Rusmah Binti Muhd Ishak mencadangkan agar Belanjawan Koperasi Bagi tahun 2023 diterima dan disahkan dan disokong oleh Encik Eddisson Eddie Ak Freddie Tikas. 7.5 Cadangan tersebut telah disokong dan dipersetujui sebulat suara oleh semua anggota. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju 8. AGENDA 08 MELULUSKAN PELANTIKAN SATU PANEL YANG TERDIRI DARIPADA TIDAK KURANG DARIPADA TIGA ( 3 ) FIRMA AUDIT UNTUK MENGAUDIT AKAUN 8.1 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa pada tahun sebelum nya panel yang dilantik ialah seperti berikut:- PANEL JURUAUDIT Pertama : SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) Kedua : IDRIS IBRAHIM & CO. Ketiga : KHAIDER & CO.


8.2 Encik Frank Zane Awang telah mencadangkan agar dikekalkan dan disokong oleh Puan Diana Ramping. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju mengekalkan 3 firma audit bagi tujuan pengauditan akaun Koperasi PPKS Bhd. 9. AGENDA 09 MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP DAN HAD PELABURAN DARIPADA WANG BERLEBIHAN KOPERASI BAGI TAHUN 2020, 2021 DAN 2022 AGENDA 10 MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI 9.1 Menimbang dan Meluluskan 9.1.1 Skop Dan Had Pelaburan Daripada Wang Berlebihan Koperasi 9.1.1.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Bendahari, Puan Noor Juliany Abdullah membentangkan skop dan had pelaburan daripada wang berlebihan Koperasi bagi tahun 2019, 2020 dan 2021. 9.1.1.2 Bendahari mencadangkan agar skop dan had pinjaman pelaburan koperasi dikekalkan iaitu RM1 juta. 9.1.1.3 Cadangan tersebut telah disokong dan dipersetujui sebulat suara oleh semua anggota. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju dengan cadangan skop dan had pelaburan daripada wang lebihan Koperasi dikekalkan iaitu RM1 juta. 9.1.2 Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi 9.1.2.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Bendahari sekali lagi membentangkan had maksimum keterhutangan Koperasi. 9.1.2.2 Bendahari mencadangkan had maksimum keterhutangan Koperasi dikekalkan sebanyak RM 1 Juta. 9.1.2.3 Encik Stanley Gona Chee Khiong cadangan tersebut dikekalkan dan telah disokong oleh Encik Zukari Bin Morni dan dipersetujui sebulat suara oleh semua anggota. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju dengan had maksimum keterhutangan Koperasi dikekalkan sebanyak RM 1 Juta.


10. AGENDA 11 MELANTIK SATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM ( 6 ) ORANG ANGGOTA DAN EMPAT (4) ORANG ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG KE-LIMA BELAS (15) 10.1 Mesyuarat telah melantik enam (6) orang anggota sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat pada Mesyuarat Agung Kali Ke-15 pada hari ini. 10.2 Encik Zukari Bin Morni mencadangkan Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-15 sepertimana berikut:- 1. ENCIK WHITE ACHO 2. PUAN TINI RINGGOS 3. ENCIK ABDULLAH BIN NAWI 4. PUAN DEXTER JAGIT 5. ENCIK FADRUL HISZAM BIN AMAT @ MOHAMED 6. ENCIK ISMA ALIFF BIN SARBINI 10.3 Manakala seramai emapt ( 4 ) orang Anggota Lembaga adalah seperti berikut:- 1. PUAN EMELIA IRIS JUNAS 2. PUAN RUSMAH BINTI MUHD ISHAK 3. ENCIK ZURAIMI BIN JOHARI 4. PUAN DIANA RAMPING 10.4 Cadangan tersebut telah disokong dan dipersetujui sebulat suara oleh semua anggota. KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju 11. AGENDA 12 MENDENGAR, MENIMBANG ATAU MEMUTUSKAN APA-APA USUL YANG DITERIMA YANG SUATU NOTIS TIDAK KURANG DARIPADA TUJUH ( 7 ) HARI 11.1 Puan Risnawati Purnama Abdul Rauf selaku Setiasaha Koperasi PPKS Berhad memaklumkan bahawa beliau tidak menerima sebarang usul daripada anggota. 12. AGENDA 13 MELULUSKAN APA-APA PERBELANJAAN KEPADA JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 12.1 Puan Noor Juliany Abdullah selaku Bendahari telah memaklumkan kepada semua anggota Koperasi yang hadir bahawa pihak Koperasi PPKS akan memperuntukan perbelanjaan untuk kursus kepada Jawatankuasa Audit Dalaman. Encik Frank Zane Awang mencadangkan supaya agenda ini diterima.


12.2 Cadangan ini disokong oleh Encik Mathew Anthony. 12.3 KEPUTUSAN:- Mesyuarat yang bersidang pada hari ini sebulat suara bersetuju 13. AGENDA 14 MENIMBANG DAN MELULUSKAN APA-APA LAPORAN YANG HENDAK DIKEMUKAKAN MENURUT AKTA DAN PERATURAN 13.1 Tiada PENUTUPAN Pengerusi Mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya anggota-anggotaa Koperasi PPKS Bhd yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan Mesyuarat Agung kali ini. Beliau memohon maaf sekiranya terdapat apa-apa kesilapan atau kekurangan sepanjang beliau mengendalikan mesyuarat agung ini. Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023. Beliau mengakhiri mesyuarat dengan ucapan salam. Mesyuarat berakhir jam 12.47 Tengahari. Dicatat oleh : Dicatat oleh : [ FELICIA AWAT ] [ DIANA MAT SALLEH ] Disemak oleh : [ RISNAWATI PURNAMA ABDUL RAUF ] Setiausaha, Koperasi Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak


1. PENDAHULUAN Lembaga dengan ikhlasnya membentangkan Laporan Tahunan Sesi 2022/2023 mengandungi maklumat berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi sepanjang tahun tersebut untuk makluman anggota-anggota. 2. AHLI LEMBAGA KOPERASI SESI 2022/2023 PENGERUSI ZUKARI BIN MORNI TIMBALAN PENGERUSI MOHD AZIZ BIN KAMIL SETIAUSAHA RISNAWATI PURNAMA BT ABDUL RAUF TIMBALAN SETIAUSAHA HAIYATI BINTI BOGOL BENDAHARI NOOR JULIANY ABDULLAH TIMBALAN BENDAHARI AMY FRANCIS NAJUR AHLI LEMBAGA SUZIE EDWARD HOWEL EMELIA IRIS JUNAS RUSMAH BT MUHD ISHAK DIANA ANAK RAMPING ZURAIMI BIN JOHARI MAKLEN BIN ALI STANLEY GONA NOR AZLINA BINTI SAPEE ZAINAL ABIDDIN BIN AHMAD 3. JAWATANKUASA AUDIT SESI 2022/2023 JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN SAMSUDDIN BIN BEBE KEDANI GAINE FRANK ZANE ANAK AWANG JAWATANKUASA AUDIT LUARAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) IDRIS IBRAHIM & CO KHAIDER & CO Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023) Mukasurat 1 / 8


4. AKTIVITI TAHUNAN KOPERASI PPKS BERHAD PADA SESI 2022/2023 Aktiviti yang dijalankan Koperasi PPKS Berhad adalah MiniMart, perkidmatan Fotostat, sewaan Vending Machine, Komisen dari jualan luar dan penggunaan QR Code bagi pelajar. JENIS PERNIAGAAN UTAMA KOPERASI PPKS BERHAD Perkara Keterangan KEDAI MINIMART Latihan / Kursus i. Menyediakan keperluan (air mineral) kepada pelajar atau staf semasa menjalankan latihan atau kursus di dalam atau luar campus. ii. Menjalankan jualan harian. Pengurusan Pengurusan MiniMart - Semua ALK Penyelia MiniMart - Pn. Joeliana Rowland Pembantu MiniMart - En. Zakaria Bin Ahmad Waktu Perkhidmatan Hari Isnin – Jumaat (Waktu Operasi Umum) : 8.00am – 5.00pm Perkhidmatan - Makana ringan - Makan dalam Tin / Maggi Cup - Minuman (Air Kotak, Botol & Air Mineral) - Alat Tulis - Barangan keperluan di Asrama - T-Shirt Koporat - Fotostat - Vending Machine - Jualan Luar (Kerepek, burger, sandwich dan lain-lain) Gambar Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023) Mukasurat 2 / 8


Perkara Keterangan MESIN FOTOSTAT Menyediakan perkhidmatan fotostat untuk warga Sarawak Skills (Pelajar & Staf) Pengurusan Pengurusan Mesin Fotostat - Semua ALK Penyelia MiniMart - Pn. Joeliana Rowland Pembantu MiniMart - En. Zakaria Bin Ahmad Waktu Perkhidmatan Hari Isnin – Jumaat (Waktu Operasi Umum) : 8.00am – 5.00pm Perkhidmatan Kadar harga untuk fotostat bagi perkhidmatan fotostat adalah seperti berikut:- Fotostat - RM0.10 sekeping Kertas A4 Cetakan (Print) - RM0.20 sekeping Kertas A4 Fotostat Kad Pengenalan - RM0.30 Depan Belakang Perkhidmatan fotostat ini disewa kepada Koperasi PPKS Berhad. Jumlah keuntungan adalah berdasarkan baccan meter. Gambar Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023) Mukasurat 3 / 8


Perkara Keterangan VENDING MACHINE Aktiviti Vending Machine ini diwujudkan hasil daripada permohonan pihak penyewa dan telah dibincangkan dalam Mesyuarat ALK. Pengurusan Pengurusan Vending Machine - Semua ALK Penyelia Vending Machine - Cik Amy Francis Najur (Timbalan Bendahari) Pembantu Vending Machine - Pn. Noor Juliany Abdullah (Bendahari) Waktu Perkhidmatan Hari Isnin – Ahad : Sepanjang Masa Perkhidmatan Menyediakan 3 unit Vending Machine di Kolej Universiti i-CATS, 3 unit di Sarawak Skills & 1 unit di Awisar bagi keperluan pelajar dan staf. Gambar Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023) Mukasurat 4 / 8


Perkara Keterangan QR CODE Koperasi PPKS Berhad telah diberi peluang dari pihak Sarawak Skills yang membenarkan penggunaan QR Code (eWallet) bagi pelajar dari kategori B40 untuk pembelian barangan di MiniMart Koperasi PPKS Berhad. Pengurusan Pengurusan QR Code - Pihak Sarawak Skills Penyelia QR Code - Pn. Joeliana Rowland Pembantu QR Code - En. Zakaria Bin Ahmad Waktu Perkhidmatan Hari Isnin – Jumaat (Waktu Operasi Umum) : 8.00am – 5.00pm Perkhidmatan Menyediakan perkhidmatan QR Code (eWallet) untuk pelajar Sarawak Skills bagi kategori B40. Gambar Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023) Mukasurat 5 / 8


5. PENTADBIRAN KOPERASI PPKS BERHAD Koperasi PPKS Berhad telah didaftarkan penubuhannya di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 17 Februari 2006 dan telah ditadbir oleh 15 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Pertama yang diadakan pada 6 Mei 2006. Bermula dari situ, pada setiap Mesyuarat Agung (dari ke-2 hingga ke-14) secara bergilir 5 orang daripada ALK tersebut akan mengosongkan kedudukan mereka bagi memberi laluan kepada anggota lain untuk dicalonkan menjadi ALK bagi tahun berikutnya. Bagi Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-15 seramai 11 orang anggota telah mengosongkan kedudukan mereka disebabkan Mesyuarat Agung Tahunan telah ditangguh selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Koperasi PPKS Bhd yang telah dilantik mengikut tahun :- SENARAI LANTIKAN AHLI LEMBAGA KOPERASI PPKS BHD ( 2006 hingga 2022) Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023 Mukasurat 6 / 8


6. JADUAL KEHADIRAN MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI PPKS BERHAD 2022 / 2023 Mesyuarat Anggota Lembaga telah diadakan sebanyak 6 kali sepanjang tempoh sesi 2022 / 2023 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Kehadiran Mesyuarat di bawah :- JADUAL KEHADIRAN MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI PPKS BERHAD 2022 / 2023 BIL NAMA AHLI LEMBAGA KOPERASI 31 / 12 / 22 11 / 02 / 23 26 / 05 / 23 12 / 08 / 23 02 / 09 / 23 18 / 09 / 23 1 ZUKARI BIN MORNI (No. Ahli : 324/15) √ √ √ √ √ √ 2 MOHAMAD AZIZ HJ KAMIL (No.Ahli : 007/06) √ √ √ √ √ √ 3 RISNAWATI PURNAMA ABDUL RAUF (No.Ahli: 005/06) √ √ √ √ √ √ 4 HAIYATI BINTI BOGOL (No.Ahli: 132/14) √ √ √ √ √ √ 5 NOOR JULIANY ABDULLAH (No. Ahli: 169/14) √ √ √ √ √ √ 6 AMY FRANCIS NAJUR (No.Ahli: 014/06) √ √ √ √ V √ 7 SUZIE EDWARD HOWEL (No.Ahli: 064/06) √ √ √ √ √ √ 8 EMELIA IRIS (No.Ahli: 026/06) √ 0 √ √ √ √ 9 RUSMAH MUHAMMAD ISHAK (No.Ahli: 057/06) √ √ v √ 0 √ 10 DIANA RAMPING (No.Ahli: 296/14) √ 0 √ √ √ √ 11 ZURAIMI JOHARI (No.Ahli: 085/14) 0 0 √ √ √ √ 12 MAKLEN BIN ALI (No. Ahli: 323/14) √ √ √ √ √ √ 13 NOR AZLINA BINTI SAPEE (No. Ahli: 375/15) √ √ √ √ 0 √ 14 STANLEY GONA CHEE KHIONG (No. Ahli: 226/14) √ √ √ √ √ √ 15 ZAINAL ABIDDIN BIN AHMAD No. Ahli: 100/11) √ 0 √ √ 0 √ Nota : √ =( Hadir ) / 0 = (Tidak Hadir) Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023 Mukasurat 7 / 8


7. KEANGGOTAAN KOPERASI PPKS BERHAD Berikut adalah jumlah anggota Koperasi yang telah berdaftar :- TAHUN ANGGOTA BERDAFTAR ANGGOTA BERHENTI JUMLAH ANGGOTA SEKARANG Sesi (2022 / 2023) 409 161 248 Senarai butiran anggota KOPERASI PPKS BHD terkini (rujuk lampiran 1) 8. RUMUSAN Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sentiasa berusaha sedaya upaya melaksanakan perkara-perkara yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung yang terdahulu di samping merancang aktiviti ekonomi dan kebajikan untuk anggota-anggota Koperasi. Peluang – peluang baharu untuk meningkatkan aktiviti akan sentiasa diusahakan. Koperasi PPKS Berhad berharap agar usaha-usaha pada tahun hadapan akan membuahkan kejayaan. Insya-Allah. Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi (2022 / 2023 Mukasurat 8 / 8


Click to View FlipBook Version