MAKANAN SEIMBANG
DISEDIAKAN OLEH:
ISI KANDUNGAN
SEKAPUR SIRIH
PENDAHULUAN
MAKSUD MAKANAN SEIMBANG
KUMPULAN MAKANAN SEIMBANG
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
PIRAMID MAKANAN
JENIS-JENIS NUTRIEN
KEPENTINGAN NUTRIEN
VITAMIN
GARAM MINERAL DAN SERAT
PROTEIN
KARBOHIDRAT
PENUTUP
SEKAPUR SIRIH
Saya Muhammad Hazim Amzar bin Mohd Fadzil ingin
mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menghasilkan Buku Skrap ini.
Terima kasih kepada ibu saya, Puan Fazuwati binti
Mohd Rahim kerana memberi dorongan dan
sokongan serta membantu menghasilkan buku ini.
Terima kasih juga kepada guru Pendidikan Kesihatan,
Encik Mohamad bin Pin yang telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan dalam merancang dan
melaksanakan hasil kerja buku skrap ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dalam
penghasilan buku skrap ini .
PENDAHULUAN
Melalui penghasilan Buku Skrap ini, saya dapat :
Mengetahui pengertian dan kumpulan
makanan seimbang yang sesuai untuk saya, di
samping memahami kepentingan makanan
seimbang kepada tubuh badan kita.
Selain itu, dapat juga mengenal jenis-jenis nutrien,
kuantiti dan kepentingan nutrien yang boleh
dijadikan panduan kepada kita dalam mengawal
pengambilan makanan, khususnya terhadap
makanan yang menjurus kepada masalah-masalah
kesihatan seperti obesit, serangan jantung dan
sebagainya
MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus
dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang
berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya
memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi,
karbohidrat, protein dan lemak secara optimum,
kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan
galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi
tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita
daripada mendapat penyakit.
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting
ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari
rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli,
makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah
berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya
memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
KUMPULAN MAKANAN SEIMBANG
Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan
yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan
membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada
nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan
tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung,
gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu,
kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan
tenaga adalah makanan yang mengandungi gula
seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan
Protein adalah makanan membina badan. Protein
membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita.
Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah,
sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber
protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang
termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga
mempengaruhi pembentukan darah dan ini
menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang
membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang
mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia
mencegah tubuh daripada menghidap penyakit.
Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-
buahan.
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
PIRAMID MAKANAN
KEPENTINGAN NUTRIEN
PENUTUP
Buku Skrap ini dapat memberi sedikit sebanyak
pengetahuan tentang Makanan Seimbang dan
kepentingannya. Juga dapat mengenal jenis-jenis
nutrien, contoh nutrien dan kepentingan bagi setiap
nutrien.
Semoga dapat memberi manfaat dan ilmu
pengetahuan kepada semua.