MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
2021
KAJIAN PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI DI
KAMPUNG LINCHAN ,PENDANG
NAMA : NUR IQLIMA BADRYNA BINTI MOHD RIZAL
KELAS : 2 MAWADDAH
ISI KANDUNGAN
1.PENGHARGAAN
2.PENDAHULUAN
3.OBJEKTIF KAJIAN
4.KAWASAN KAJIAN
5.KAEDAH KAJIAN
6.HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
8.RUJUKAN
9.LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullilah kepada Allah S.W.T. kerana dengan berkat dan keizinan
dari-Nya saya dapat menyelesaikan tugasan kerja lapangan tentang Penggunaan Alat
Telekomunikasi di Kawasan Kampung Linchan,Mukim Padang Kerbau,Pendang pada
tahun 2021 dengan jayanya. In Sha Allah ,
saya berharap tugasan ini kajian lapangan ini akan memberikan banyak manfaat
kepada semua orang termasuk diri saya sendiri dalam menambah ilmu pengetahuan
dan juga dapat digunakan pada masa akan datang.
Dalam kesempatan ini , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi -
tinggi perhargaan kepada Puan Zaiton Binti Ismail selaku pengetua sekolah dan Puan
Asiah Asmuni selaku guru Geografi saya kerana tidak jemu memberi bimbingan ,
dorongan dan tunjuk ajar kepada saya. Beliau turut membantu menyemak maklumat
yang dikaji dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian yang cermelang.
Seterusnya ,tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada kedua - dua ibu
bapa saya iaitu Mohd Rizal Bin Din dan Siti Fakarozila Binti Zakaria,Ketua Kampung
Linchan En,Aziz Bin Bari serta masyarakat kampung dan juga sahabat sahabat saya
iaitu Nur Syaza Aulia Binti Mohd Bahruddin kerana telah membantu saya menyiapkan
tugasan ini . Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-
kerja seperti ini kerana ia memerlukan motivasi ,semangat ,usaha, dan buah fikiran
yang luar biasa.
SEKIAN,TERIMA KASIH
PENDAHULUAN
Tajuk kajian bagi lapangan saya adalah Kajian Tentang Penggunaan Alat Telekomunikasi
dan saya telah melakukan kajian ini di Kampung Linchan , Pendang ,Kedah Darul Aman.
Saya Nur Iqlima Badryna Binti Mohd Rizal pelajar tingkatan 2 Mawaddah telah memilih
Kampung Linchan sebagai kawasan kajian kerana kawasan kajian ini mempunyai
pelbagai jenis alat telekomunikasi dan bertepatan tajuk kajian ini.Selain ini , saya juga
mempuyai pelbagai maklumat mengenai kawasan ini , justeru memudahkan saya untuk
menyelesaikan kajian lapangan ini.
Tempoh yang diberikan kepada saya telah adalah selama 4 minggu bermula 2 October
2021 hingga 30 October 2021.Saya telah menggunakan tempoh masa yang diberi dengan
sebaiknya untuk menyelesaikan tugasan ini .Walaupun semasa membuat kajian ini saya
menghadapi pelbagai jenis masalah tetapi akhirnya semua masalah telah saya atasi .Saya
berasa sungguh berpuas hati kerana dapat menyempurnakan kerja lapangan ini . Saya
sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dan
membantu sepanjang tempoh masa diberikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian Penggunaan Alat
Telekomunikasi di sekitar Kampung Linchan , Pendang ,
Kedah untuk mencapai objektif yang berikut :
1. Menghuraikan konsep dan takrifan sistem telekomunikasi
2 .Mengkaji latar belakang kawasan kajian
3 .Melukis peta lakar kawasan kajian
4. Menghuraikan jenis alat telekomunikasi dan penggunaanya
5. Menghuraikan kepentingan sistem telekomunikasi di
kawasan kajian
6. Menghuraikan kesan positif dan kesan negatif daripada
perkembangan sistem telekomunikasi di kawasan kajian
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
KAMPUNG LINCHAN , PENDANG , KEDAH
Kaedah kajian
1.Permerhatian : Saya telah membuat permerhatian di kawasan kajian
untuk mengenali ciri - ciri fizikal dan ciri ciri budaya di kawasan kajian.
2.Rujukan : Saya telah melayari laman sesawang untuk mendapatkan
maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan berdasarkan buku teks.
3.Soal selidik : Saya telah menemubual 19 orang responden untuk
mendapatkan maklumat tentang tugasan ini.
4.Temu bual : Saya telah memberi soal selidik ini kepada 19 responden
untuk mendapatkan maklumat tentang tugasan ini .
HASIL KAJIAN
KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM TELEKOMUNIKASI
Mengikut Wikipedia , telekomunikasi pada dasarnya
merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini
termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara
dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data
telegraf.Pusat telekomunikasi moden dapat menghantar jumlah maklumat yang banyak
dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising
dan gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam
proses penghantaran maklumat tersebut.
JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DAN PENGGUNAANNYA
1.TELEFON PINTAR :
Telefon pintar digunakan untuk mencari maklumat secara pantas di laman sesawang dan
boleh menghubungi saudara yang jauh.
2,KOMPUTER :
Komputer dapat memudahkan perkerjaan seperti kerani dan
komputer juga dapat menjadi alat hiburan seperti bermain game dan menonton filem .
3.MESIN PENCETAK
Mesin pencetak dapat mencetak maklumat untuk keggunan kerja dan sekolah ia jugu dapat
menjimatkan masa .
MEMBINA JADUAL GRAF UNTUK MENERANGKAN JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DI KAMPUNG
LINCHAN, PENDANG, KEDAH
Saya telah menjalankan temu bual terhadap 19 orang responden di kawasan kajian untuk
mendapatkan maklum balas terhadap jenis – jenis alat telekomunikasi yang mereka guna.
Hasil temu bual diringkaskan dalam jadual 1 dan dipersembahkan dalam graf.
Bil. Jenis alat telekomunikasi Bilangan responden
1. Telefon pintar 10
2. Komputer 5
3. Mesin pencetak 4
Jumlah 19
Graf 1 : Jenis Alat Telekomunikasi di Kampung Linchan ,
Pendang , Kedah
6
5
4
3
2
1
0 Komputer Mesin Pencetak
Telefon Pintar Warga Mas Kanak - kanak
Dewasa
Jadual 1 dan graf 1 menunjukkan jenis alat telekomunikasi di sekitar Kampung Lichan , Pendang
Kedah iaitu telefon pintar , komputer dan mesin pencetak.
Melalui soal selidik , seramai 10 orang menggunakan telefon pintar untuk mencari
maklumat di laman sesawang dan menghubungi saudara yang jauh .
Seterusnya , seramai 5 orang menggunakan komputer untuk memudahkan kerja dan
menonton filem.
Berdasarkan soal selidik , didapati 4 orang menggunakan mesin pencetak untuk mencetak
maklumat dan dapat menjimatkan masa.
KEPENTINGAN SISTEM TELEKOMUNIKASI
1.Mencari maklumat
Berdasarkan soal selidik , dengan responden telefon pintar merupakan alat telekomunikasi yang
mampu mencari maklumat dgn lebih tepat dan pantas tanpa sebarang masalah .
Sebagai contih , masyarakat kampung dapat mencari maklumat tentang covid –19 contohnya
maklumat vaksinasi dan bilangan kes covid – 19.
KESAN POSITIF DAN KESAN NEGATIF PERKEMBANGAN SISTEM TELEKOMUNIKASI
KESAN POSITIF
1,MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan soal selidik dengan responden , perkembangan
sistem telekomunikasi di kawasan kajian mendapati bahawa banyak masyarakat kampung
membeli barang secara online, Hal ini dapat , menjimat masa dan lebih mudah ,
Sebagai contoh , urusan pembelian barangan online seperti Shopee dan Lazada boleh di beli pada
bila – bila masa dan di mana sahaja .
KESAN NEGATIF
1. HILANG FOKUS KETIKA SESI PEMBELAJARAN
Salah satu impak negatif kepada remaja ialah remaja akan hilang fokus ketika sesi
pembelajaran. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ketagih mereka dan gagal menguruskan
masa dengan baik.
Sebagai contoh, ada remaja yang berbual dengan rakan-rakan melalui laman sosial
sehingga lewat malam sehinggakan mereka mengantuk di dalam kelas. Ada juga remaja
terutamanya yang masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru
mengajar tanpa segan silu.
RUMUSAN
Setelah selesai menyiapkan tugasan ini , saya telah mendapat banyak
ilmu pengetahuan dan dapat mengenal pasti konsep dan jenis alat
telekomunikasi di Kampung LInchan iaitu alat telekomunikasi pertama ialah
telefon pintar . Telefon pintar ini mempuyai banyak kebaikan kepada
penduduk seperti dapat berkomunikasi dengan orang luar dan membeli
barangan atas talian.
Seterusnya,perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi banyak
kesan positif seperti dapat melayari internet pada bila - bila masa .Walau
bagaimanapun , terdapat juga kesan negatif terhadap perkembangan sistem
telekomunikasi seperti menyebarkan maklumat palsu.
Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap
kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk dan masyarakat
umumnya. Harap kajian ini dapat menwujudkan masyarakat yang lebih
bertanggungjawab dan berdisplin.
RUJUKAN
BUKU : Zulkipli bin Ismail , Rajanderan Subramaniam , dan Kang Chai Yoeng ,2017 ,Geografi
Tingkatan 2 . JOHOR BAHRU : IMS Books Trading Shd, Bhd,
ORANG SUMBER:EN.AZIZ BIN BARI SERTA MASYARAKAT KAMPUNG
INTERNET : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kampung_di_Pendang
LAMPIRAN
BORANG TEMU BUAL KERJA LAPAGAN GEOGRAFI 2021 KAMPUNG LINCHAN
Tajuk : Kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi di sekitar Kampung Linchan ,
Pendang ,Kedah
NAMA : EN . AZIZ BIN BARI
PERKERJAAN: Penoreh getah
ALAMAT:No.20 Kampung Linchan ,Mukim Padang Kerbau ,Pendang , Kedah
1. Apakah alat telekomunikasi yang anda guna ?
Telefon pintar , Kamputer dan Mesin pencetak.
2.Nyatakan 2 kepentingan sisten telekomunikasi ?
2 kepentingan berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang
tinggi.
3. Pada pendapat anda, apakah kesan positif dan negatif perkembangan sistem
telekomunikasi ?
Pada pendapat saya , kesan positif telekomunikasi adalah perluang perkerjaan yang
banyak dan kesan buruk nya ialah penyebaran berita paslu dan dapat menimbulkan
fitnah .
SEKIAN TERIMA KASIH ,
DARI SAYA , NUR IQLIMA BADRYNA BT MOHD RIZAL