KOMPILASI
PERIBAHASA
MELAYU
NAYLI MARINI BINTI MAZLAN
PENDIDIKAN KHAS 1
PISMP JUN 2020
Ada air adalah ikan
Maksud :
Di mana-mana sahaja kita tinggal, di
situ ada rezeki.
Contoh Ayat :
Walau ke mana-mana sahaja kita
pergi, janganlah cepat kecewa kerana
di mana ada air adalah ikan.
Air pun ada pasang surutnya
Maksud :
Untung dan malang nasib seseorang
itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh Ayat :
Nasib Pak Zaki samalah seperti
keadaan air pun ada pasang surutnya
kerana dahulu dia hidup mewah tetapi
sekarang dalam kesusahan.
Bagai embun di hujung
rumput
Maksud:
Tidak kekal.
Contoh Ayat:
Hubungan antara ayah dan isteri
keduanya tidak kekal lama. Bagai
embun di hujung rumput.
Bagai dihiris dengan sembilu
Maksud:
Perasaan yang tersangat pedih.
Contoh Ayat:
Hati ibu bagai dihiris dengan sembilu
apabila dihina di hadapan
rakan-rakannya.
Bagai minyak dengan air
Maksud:
Perbezaan yang ketara antara dua
atau lebih perkara yang berbeza.
Contoh Ayat:
Ahli politik itu bagai minyak dengan
air. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh
bergabung.
Bagaimana rupa, begitulah
bayangnya
Maksud:
Sesuatu yang akan mengikut sifat
asalnya.
Contoh Ayat:
Buku itu perlu dipulangkan sama
seperti keadaan ia dipinjam sebelum
ini, bagaimana rupa, begitulah
bayangnya.
Bawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang
Maksud:
Sentiasa merendah diri.
Contoh Ayat:
Walau kemana jua kita pergi,
contohilah resmi padi, makin berisi
makin menunduk. Jangan bawa resmi
lalang, berdiri tegak tapi isinya tiada.
Belakang parang pun jikalau
diasah nescaya tajam
Maksud:
Seseorang yang tidak pandai, akan
menjadi pandai jika diajar dengan
bersungguh-sungguh. Sesuatu yang
mustahil, boleh dicapai jika dilakukan
dengan betul-betul.
Contoh Ayat:
Sebelum ini, Ali seorang yang tidak
tahu mengira. Namun, selepas diajar
oleh Cikgu Ahmad, segalanya telah
berubah. Belakang parang pun jikalau
diasah nescaya tajam.
Bukit sama didaki, lurah sama
dituruni
Maksud:
Bermuafakat dalam melakukan
sesuatu.
Contoh Ayat:
Adik beradik dia mengamalkan sikap
bukit sama didaki, lurah sama
dituruni.
Carik-carik bulu ayam,
lama-lama bercantum juga
Maksud:
Berselisih pendapat sesama ahli
keluarga. Namun, akhirnya akan
berbaik semula.
Contoh Ayat:
Walaupun sudah bertahun ayah dan
along bermasam muka, akhirnya
mereka berbaik semula. Benarlah kata
pepatah, carik-carik bulu ayam,
lama-lama bercantum juga.
Dibakar tak hangus, direndam
tak basah
Maksud:
Tidak boleh diapa-apakan.
Contoh Ayat:
Pelajar itu seorang yang dibakar tak
hangus, direndam tak basah. Ini
kerana, bapanya merupakan penaja
utama program tersebut.
Diam-diam ubi
Maksud:
Melakukan sesuatu (yang baik) dalam
diam-diam tanpa dihebohkan kepada
orang lain.
Contoh Ayat:
Diam-diam ubi, anak Cik Mar
mendapat markah tertinggi dalam
peperiksaan kebangsaan.
Hancur badan dikandung
tanah, budi baik dikenang
juga
Maksud:
Walaupun orang itu telah meninggal
dunia, budinya yang baik tidak akan
dilupakan dan akan sentiasa
dikenang.
Contoh Ayat:
“Awak banyak membantu saya
selama ini. Saya tidak akan
melupakannya. Hancur badan
dikandung tanah, budi baik dikenang
jua,” kata Abu.
Indah khabar daripada rupa
Maksud :
Perkhabaran tentang sesuatu perkara
yang dilebih-lebihkan.
Contoh Ayat:
Ali tertipu dengan berita yang
diterimanya mengatakan bahawa
keputusannya begitu cemerlang
sekali. Sedangkan semuanya indah
khabar daripada rupa, keputusan Ali
sangat teruk.
Kuat ketam kerana kepit,
kuat burung kerana sayap
Maksud:
Setiap orang mempunyai kelebihan
dan kekurangan.
Contoh Ayat:
Janganlah kita bimbang akan
kelemahan diri, kuat ketam kerana
sepit, kuat burung kerana sayap.
Ringan tulang, berat perut
Maksud:
Orang yang rajin bekerja akan
memperoleh hasilnya.
Contoh Ayat:
Saya percaya, jika ringan tulang berat
perut.
Sesat di hujung jalan, balik ke
pangkal jalan
Maksud:
Sebaik sahaja menyedari bahawa diri
telah melakukan kesalahan, kita
hendaklah lekas-lekas insaf dan
berusaha untuk memperbetulkannya.
Contoh Ayat:
Bekas pesalah jenayah yang telah
dihukum penjara itu telah insaf. Dia
pernah sesat di hujung jalan dan kini
sedang berusaha untuk balik ke
pangkal jalan.
Seperti cendawan tumbuh
selepas hujan
Maksud :
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Contoh Ayat:
Rezeki hasil jualan makanan dan
minuman pada perhimpunan aman
Bersih semalam terlalu banyak seperti
cendawan tumbuh selepas hujan.
Tidur ayam
Maksud:
Tidur yang tidak lena atau nyenyak.
Contoh Ayat:
Saya akan tidur-tidur ayam dahulu
sementara menunggu hari siang.
Umpama wau, putus talinya
Maksud:
Berserah pada takdir Ilahi.
Contoh Ayat:
Saya umpama wau putus tali dek
kerana tidak bersedia ketika
menjawab soalan peperiksaan itu.