PUAN NOORWATI BINTI MOHD DAWAM MUHAMMAD NUR AFIQ BIN ABDUL RAHMAN 17DTK23F1005 MUHAMMAD NAZIRUL FAHMI BIN ZAIPUL AMIN 17DTK23F1017 MUHAMAD LOPE FITRI BIN SHAHARUDIN 17DTK23F1003 ADAM HARRIS BIN SAMSUL 17DTK23F1022 MUHAMMAD ASYRAF BIN ROSLIN 17DTK23F1041 TAPAK INTEGRASI RANGKA DAN TITIK PERTEMUAN STRATEGIK DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH : Nama AHLI Kumpulan:
ISI KANDUNGAN 1. PENGHARGAAN 3. PENDAHULUAN 4. SEJARAH NASIONALISME 5. KEMUDAHAN STRUKTUR 6. MAKRO 7. MESO 8. MIKRO 9. PENUTUP 10. RUJUKAN 2. DEFINISI DAN KONSEP TAPAK INTEGRASI
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, kami sekumpulan dapat menyiapkan majalah dengan memperuntukkan sebanyak dua minggu dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman dan di masa hadapan. terima kasih juga diucapkan kepada Pn. NOORWATI BINTI MOHD DAWAM kerana telah bertungkus lumus memberi kami tunjuk ajar dan panduan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Tapak integrasi ialah tempat pelbagai pihak atau kelompok masyarakat yang berlainan etika dan peradaban bertemu berasaskan prinsip perundingan, tawarmenawar dan pengantaraan untuk mencapai titik pertemuan dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat berciri identiti Malaysia. APA ITU TAPAK INTEGRASI ? PENDAHULUAN Ciri-ciri tapak intergrasi 1. Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata. 2. Satu titik pertemuan untuk kelompok-kelompok strategik. 3. Proses pertemuan berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. 4. Ada tapak yang diinstitusikan, ada yang tidak 5. Ada yang berjaya, ada yang tidak 6. Usaha membina tapak integrasi diteruskan dan menuju ke arah Penyatupaduan.
DEFINISI DAN KONSEP TAPAK INTEGRASI Maksud lain bagi tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni tanpa melibatkan pertumpahan . Tapak Integrasi wujud dalam 3 peringkat iaitu : Makro Meso Mikro Konsep Tapak Integrasi ialah mengiktiraf, memahami, dan menghargai perbezaan dalam kepercayaan, adat istiadat, bahasa, dan budaya merupakan aspek penting dalam tapak integrasi. Ini merangkumi sikap terbuka untuk belajar dan memahami pandangan hidup dan nilai-nilai yang berbeza.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut. sejarah nasionalisme
sejarah nasionalisme PADA ERA 1920-AN DAN 1930-AN, KEBANYAKAN NASIONALISME, KESEDARAN POLITIK DAN PEMBANGUNAN NEGARA PENDUDUK TANAH MELAYU MULA MENDAPAT PENDIDIKAN, SAMA ADA DARI TIMUR TENGAH ATAU PENDIDIKAN TEMPATAN. HASILNYA, MUNCUL GOLONGAN BERPENDIDIKAN YANG MULA MEMPERJUANGKAN SEMANGAT NASIONALISME. MEREKA MENGGUNAKAN MEDIA CETAK SEPERTI AKHBAR, MAJALAH, CERPEN DAN NOVEL UNTUK MENYEBARKAN IDEOLOGI MASING-MASING. ADA DALAM KALANGAN MEREKA TELAH MEMBENTUK PERSATUAN SEPERTI KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS) DAN KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) DAN YANG BERMATLAMAT MENGUSIR PENJAJAH DAN MEMBENTUK KERAJAAN SENDIRI. KEMARAAN TENTERA JEPUN KE TANAH MELAYU PADA 8 DISEMBER 1941 HINGGA 15 FEBRUARI 1942 MENANDAKAN BERMULANYA SATU LAGI ERA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU. WALAUBAGAIMANAPUN, JEPUN YANG MENDUDUKI TANAH MELAYU SEHINGGA TAHUN 1945 MENYERAH KALAH EKORAN PENGEBOMAN BOM ATOM KE ATAS HIROSHIMA DAN NAGASAKI. “kita semua adalah rakyat Malaysia, Dan kemerdekaan inilah yang menyatukan kita Tunku Abdul Rahman Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu. Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
Infrastruktur jalan raya yang baik juga penting dalam tapak integrasi. Ini termasuk lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan kawasan tapak integrasi dengan bandar-bandar utama dan kawasan industri di seluruh negara. Dari segi kemudahan infrastruktur, tapak integrasi di Malaysia biasanya menonjol dengan pelbagai fasiliti yang memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial. Berikut adalah beberapa contoh kemudahan infrastruktur yang sering ditemui dalam tapak integrasi di Malaysia: kemudahan struktur Ditulis oleh: Muhamad Lope Fitri Bin Shaharudin 1)JARINGAN JALAN RAYA 2)LAPANGAN TERBANG Kawasan tapak integrasi sering dilengkapi dengan lapangan terbang antarabangsa, seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Ini membantu dalam memudahkan pergerakan orang dan barang, serta mempromosikan pelancongan dan perdagangan antarabangsa.
Infrastruktur jalan raya yang baik dan teratur ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan pergerakan barang dan orang di tapak integrasi di Malaysia, serta menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan tersebut. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS Highway) merupakan salah satulebuh raya utama di Malaysia yang menghubungkan antara kawasan utara dan selatan Semenanjung Malaysia. PLUS Highway memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan pengangkutan barang dan orang di seluruh negara. Lebuhraya ini dibuka kepada orang awam pada tanggal 9 Ogos 1994. kemudahan struktur JALAN RAYA Pembangunan dan penambahbaikan jaringan jalan raya untuk meningkatkan aksesibiliti antara kawasankawasan, mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan mempercepat pergerakan barangan dan orang. Ditulis oleh: Muhamad Lope Fitri Bin Shaharudin
kemudahan struktur Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan lapangan terbang utama di Malaysia danmerupakan salah satu daripadalapangan terbang tersibuk di rantau Asia Tenggara. KLIA mengendalikan penerbangan domestik dan antarabangsa, serta menyediakan kemudahankargo yang besar. Dibina dengan kos mencecah USD$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun1998. LAPANGAN TERBANG Peningkatan kapasiti dan kemudahan di lapangan terbang untuk menyokong pertumbuhan sektor pelancongan, perniagaan, dan perdagangan, serta memudahkan pergerakan antarabangsa. Ditulis oleh: Muhamad Lope Fitri Bin Shaharudin infrastruktur lapangan terbang yang baik dan teratur ini memainkan peranan penting dalam menyokong pergerakan pelancong dan penumpang di tapak integrasi di Malaysia, serta membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di kawasan tersebut..
MAkro MAKRO DALAM KONTEKS TAPAK INTEGRASI IALAH MERANGKUMI STRATEGI, KOORDINASI, PENYELARASAN DASAR, KESINAMBUNGAN, PENGURUSAN RISIKO, DAN KEPENTINGAN BERSAMA YANG MENYELURUH DALAM USAHA UNTUK MENCAPAI KESEPADUAN DAN KEBERHASILAN DI DALAM KAWASAN INTEGRASI TERSEBUT. SEBAGAI CONTOH TAPAK INTEGRASI YANG BERSIFAT MAKRO IALAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN SISTEM PENDIDIKAN . PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ADALAH SALAH SATU KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH SISTEM POLITIK DI MALAYSIA. IA MENETAPKAN KUASA DAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING CABANG KERAJAAN, TERMASUK PEMISAHAN KUASA ANTARA EKSEKUTIF, LEGISLATIF, DAN KEHAKIMAN UNTUK MENGELAKKAN PENYALAHGUNAAN KUASA. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DIPERKENALKAN PADA 31 OGOS 1957, PADA HARI MALAYSIA MENCAPAI KEMERDEKAAN DARIPADA PENJAJAH BRITISH. Perlembagaan persekutuan Ditulis oleh : Muhammad Nur Afiq Bin Abdul Rahman PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA ADALAH TITIK PERTEMUAN UTAMA YANG MENETAPKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN, KUASA DAN TANGGUNGJAWAB ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI, HAK ASASI MANUSIA, SERTA NILAI-NILAI PENTING YANG MENGIKAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENCIPTA TIGA INSTITUSI PENTADBIRAN NEGARA IAITU : BADAN PERUNDANGAN BADAN EKSEKUTIF BADAN KEHAKIMAN SETIAP BADAN INI MEMPUNYAI PERANAN YANG TERSENDIRI DAN KUASA-KUASA BADAN INI DITERHADKAN SUPAYA TIDAK BERLAKU MASALAH SALAH GUNA KUASA. SEBAGAI CONTOH, BADAN PERUNDANGAN MEMPUNYAI KUASA UNTUK MERANGKA UNDANGUNDANG BARU ATAU MEMINDA UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA.
UNDANG-UNDANG SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH Sejarah dan Garis Waktu Gubalan Perlembagaan Persekutuan Ditulis oleh : Muhammad Nur Afiq Bin Abdul Rahman MALAYAN UNION PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, 1948 KERJASAMA ETNIK; CLC, PILIHANRAYA, PERIKATAN SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN (SURUHANJAYA REID) JAWATANKUASA KERJA PERISYTIHARAN PERLEMBAGAAN
sistem pendidikan Ditulis oleh : Muhammad Nur Afiq Bin Abdul Rahman SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SISTEM YANG TERSTRUKTUR DAN MELIPUTI BEBERAPA PERINGKAT, TERMASUK PRASEKOLAH, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH, DAN PENDIDIKAN TINGGI. PRASEKOLAH -PRASEKOLAH ADALAH PERINGKAT AWAL DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA YANG BIASANYA DIMULAKAN PADA USIA 4 ATAU 5 TAHUN. WALAUPUN TIDAK DIWAJIBKAN, BANYAK PRASEKOLAH AWAM DAN SWASTA TERSEDIA DI SELURUH NEGARA UNTUK MEMPERSIAPKAN KANAK-KANAK SEBELUM MEMASUKI SEKOLAH RENDAH. SEKOLAH RENDAH -SEKOLAH RENDAH BIASANYA BERMULA PADA USIA 7 TAHUN DAN BERLANGSUNG SELAMA ENAM TAHUN. SEKOLAH INI MENGIKUTI KURIKULUM YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) YANG MERANGKUMI MATA PELAJARAN SEPERTI BAHASA MALAYSIA, MATEMATIK, SAINS, BAHASA INGGERIS, DAN SUBJEK-SUBJEK LAIN SEPERTI PENDIDIKAN ISLAM ATAU PENDIDIKAN MORAL. SEKOLAH MENENGAH - SEKOLAH MENENGAH TERBAHAGI KEPADA DUA PERINGKAT, IAITU MENENGAH ATAS (FORM 4 DAN 5) DAN MENENGAH RENDAH (FORM 1 HINGGA 3). PELAJAR MENENGAH ATAS MENGAMBIL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) PADA AKHIR FORM 5. PENDIDIKAN TINGGI -PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA TERMASUK INSTITUSIINSTITUSI SEPERTI POLITEKNIK, KOLEJ VOKASIONAL, KOLEJ KOMUNITI, UNIVERSITI AWAM, DAN UNIVERSITI SWASTA. PELAJAR BOLEH MEMILIH PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN YANG SESUAI DENGAN MINAT DAN BIDANG KEPAKARAN MEREKA, TERMASUK PROGRAM IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL, DAN KURSUS-KURSUS PROFESIONAL.
MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA BERBILANG KAUM DAN BUDAYA. SISTEM PENDIDIKAN BERPERANAN PENTING DALAM MENGINTEGRASIKAN PELBAGAI KAUM DAN BUDAYA MELALUI PENGAJARAN NILAI-NILAI KEBANGSAAN, PERPADUAN, DAN PEMAHAMAN ANTARA ETNIK-ETNIK YANG BERBEZA. SISTEM PENDIDIKAN MENYEDIAKAN TAPAK INTEGRASI BAGI PELBAGAI DISIPLIN ILMU DAN KEMAHIRAN. IA MEMBOLEHKAN PELAJAR MENGEMBANGKAN PENGETAHUAN DALAM PELBAGAI BIDANG SEPERTI SAINS, TEKNOLOGI, KEMANUSIAAN, SENI, DAN KEJURUTERAAN. MELALUI KURIKULUM YANG BERSEPADU DAN HOLISTIK, SISTEM PENDIDIKAN MENGINTEGRASIKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI HUBUNGAN ANTARA PELBAGAI MATA PELAJARAN DAN MEMUPUK PEMIKIRAN KRITIS SERTA KREATIVITI. BAHASA MALAYSIA ADALAH BAHASA PENGANTAR UTAMA DALAM SISTEM PENDIDIKAN AWAM, TETAPI TERDAPAT JUGA PILIHAN UNTUK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DALAM SUBJEK-SUBJEK TERTENTU DI PERINGKAT MENENGAH DAN TINGGI. sistem pendidikan Ditulis oleh : Muhammad Nur Afiq Bin Abdul Rahman
Dari segi perlindungan hak asasi: Perlembagaan menjamin hak asasi setiap individu, termasuk hak untuk kebebasan beragama, bersuara, dan berkumpul secara aman. Ini memastikan bahawa semua warganegara Malaysia merasa dihormati dan dilindungi, tanpa mengira latar belakang atau kepercayaan mereka. MESO Meso dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia memainkan peranan penting sebagai tapak integrasi dalam konteks negara ini. Perlembagaan menetapkan kerangka kerja untuk menyatukan pelbagai elemen masyarakat Malaysia, termasuk aspek kebudayaan, agama, dan politik, serta menjamin hak dan kebebasan setiap individu. Ini membantu membina identiti kebangsaan yang menggalakkan kesepaduan di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Kedudukan Bahasa Kebangsaan: Perlembagaan menetapkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi pada masa yang sama, ia mengiktiraf bahasabahasa lain yang digunakan oleh masyarakat Malaysia. Ini merangkumi pelbagai bahasa etnik seperti Cina, Tamil, dan lain-lain, yang merupakan cerminan kepelbagaian budaya negara. Ditulis oleh :MUHAMMAD ASYRAF BIN ROSLIN
Prinsip Kesaksamaan: Perlembagaan menegakkan prinsip kesaksamaan di mana semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama di mata undangundang. Ini memupuk rasa keterlibatan dan tanggungjawab bersama dalam masyarakat yang adil dan saksama. MESO Peruntukan Pembangunan Ekonomi dan Sosial: Perlembagaan menyediakan landasan untuk pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang di seluruh negara. Ini termasuk peruntukan bagi pembangunan wilayah luar bandar, pengagihan kekayaan negara secara adil, dan pemajuan kesejahteraan sosial bagi semua lapisan masyarakat. Melalui peruntukan dan prinsip-prinsip seperti ini, Perlembagaan Persekutuan Malaysia membentuk tapak integrasi yang mempromosikan kesepaduan di kalangan rakyatnya, sambil menghormati dan menghargai kepelbagaian yang menjadi ciri utama negara ini. Ditulis oleh :MUHAMMAD ASYRAF BIN ROSLIN
HILANG! Akak Acap Last Nampak : Di Quizizz Dan Berada Di dalam Top 10 Hadiah Menjumpai:RM 0.50 Kalau Menjumpai maklumat Call:01-234567891 IKLAN
M IInniissiiaattii I ffAA K kkaarrUU R mmbbii O MIKRO M ikro juga Boleh di panggil sebagai Inisiatif Akar Umbi merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan perpanduan Malaysia yang berfokus kepada perkembangan keamanan rakyat dan sederhana serta komuniti setempat. Antara Ciri-Ciri MIKRO Rumah Terbuka Rukun Tertangga Penenrimaan Budaya Tapak Integrasi Tidak Rasmi Program di IPT DI TULIS OLEH:ADAM HARRIS BIN SAMSUL
MIKRO Membuat Rumah Terbuka Rumah Terbuka merupakan satu inisiatif yang memberi impak yang signifikan dalam pembangunan mikro di sesuatu komuniti. Apabila tiba perayaan setiap etnik di Malaysia,ia telah Menjadi budaya untuk Majlis rumah terbuka.Oleh itu,pada masa ini terdapat pelbagai etnik akan berkumpul dan akan meletakkan perbezaan mereka di tepi sekaligus mengerat kan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim dalam masyarakat Setiap etnik kebanyakkannya secara automatik akan menitikberatkan hal sensitive yang ada pada agama dalam penghidaangan makanan dan rumah rerbuka juga dapat mengajar masyarakat mengenali dan lebih menghormati budaya etnik lain. RUKUN TENTANGGA Program sukarela yang Bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di seluruh negara kita iaitu Malaysia. Rukun Tentangga juga Perlulah didtitikberatkan dan dihargai kerana peranannya dalam menggalakkan penganjurn dalam aktiviti masyarakat dan mengadakan program untuk meningkatkan perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Rukun Tetangga juga memainkan peranan yang penting dalam menyediakan sokongan dan bantuan kepada penduduk. Melalui pemberitahuan awal, koordinasi dengan pihak berkuasa tempatan, dan persediaan untuk menghadapi bencana alam atau kejadian darurat lain, DI TULIS OLEH:ADAM HARRIS BIN SAMSUL
Pada era ini, masyarakat bukan Melatu Seperti Cina dan India Termasuk Juga entik bumiputera di Sabah dan Sarawak telah Menerima budaya etnik Melayu Dari Segi Pakaian dan makanan Penerimaan Budaya MIKRO Contoh,Orang bukan melayu seperti cina,india dan Kadazan dusun Telah Memakai baju kurung dan baju melayu.Ia telah menyebabkan trend berpakaian dan menikmati juadah makanan melayu seperti rendang daging,ketupat nasi ,lemang dan sebagainya sudah Menjadi lumrah bagi etnik bukan melayu TAPAK INTEGRASI TIDAK RASMI Rakyat bersatu padu dalam menyelesaikan masalah yang melanda di negara.Contohnya,mencegah wabak penyakit Covid-19 dengan mengamalkan penjarakan sosial yang saling mengingati tentang SOP dan Lain-lain,dan juga menghargai jasa anggota keselamatan dan menghormati mereka serta sedia menawarkan diri sekiranya khidmat diperlukan dan membina masyarakat yang sukarela mengajurkan dan menyertai pelbagai aktivti yang boleh merapatkan silaturarahim antara kaum Pada masa kini,setiap kaum di malaysia telah bersekolah sekali,menetap di perumahan yang sama.hal ini menyebabkan tercetusnya norma positif baharu di mana penerimaan dan toleransi sesama kaum dapat dilihat sebagai perkara yang amat penting kepada komuniti DI TULIS OLEH:ADAM HARRIS BIN SAMSUL
MIKRO Melakukan Program di Tempat PengajianIPT Pihak Pentadbiran di pusat pengajian awam perlulah memikirkan program-program yang boleh meningkatkan perpaduan di antara etnik di Malaysia Seperti Sambutan Hari Merdeka. Agenda-agenda tentang perpaduan kaum perluah diselitkan di dalam setiap ucapan yang di sampaikan oleh pihak atasan kepada pelajar -pelajar agar mereka diingatkan tentang bertanpa pentingnya untuk menghormati senstiviti perkauman dan entik masing-masing DI TULIS OLEH:ADAM HARRIS BIN SAMSUL
PENUTUP Kami dapat menyimpulkan bahawa tapak integrasi dalam aspek etika dan peradaban di Malaysia memainkan peranan penting dalam memupuk harmoni dan keharmonian antara pelbagai komuniti dan budaya yang berbeza. Integrasi ini tidak hanya memperkukuhkan kefahaman dan toleransi antara individuindividu, tetapi juga membawa manfaat kepada pembangunan sosial, ekonomi, dan politik negara. Melalui usaha-usaha yang berterusan dalam mempromosikan nilai-nilai etika yang murni dan peradaban yang tinggi, Malaysia dapat terus menjadi contoh yang baik dalam memperjuangkan keharmonian dan kesejahteraan bersama di kalangan rakyatnya. Dengan menghormati nilai-nilai asasi yang diterima oleh semua pihak, kita dapat membina sebuah masyarakat yang lebih bersatu, sejahtera,dan berdaya maju. Dengan demikian, adalah penting untuk terus menggalakkan dialog antara pelbagai komuniti dan mengamalkan sikap terbuka serta saling hormat-menghormati untuk memastikan tapak integrasi di Malaysia terus berkembang dan menjadi sumber kekuatan bagi negara ini.
sumber rujukan Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: AsasAsas dan Masalah, Kuala Lumpur: DBP Abdul Halim Ramli, Perlembagaan Malaysia : Isu Dan Persoalan Perhubungan Kaum. Kuala Lumpur:DBP Nazri Muslim, Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi, wahana etika dan peradaban "History of KLIA" . 1998. Archived from the original on 5 March 2008. Administrator. "PLUS Malaysia Berhad - PLUSRonda" . www.plus.com.my. Archived from the original on 1 December 2017. Retrieved 18 November 2017. Hasnah, H. (2018). INTEGRASI KAUM DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN.