tugasan atau gerak kerja yang ingin dilaksanakan bagi mengetahui dan meneroka peluang-peluang baru yang
menghasilkan kestabilan dan ketenteraman dalam diri. wujud dan memupuk kesefahaman di antara satu sama
Setiap cabaran perlu ditempuhi dan diuruskan dalam lain. Kelapan, individu perlu bersikap proaktif. Dalam
keadaan tenang, teratur dan sabar. Kelima, individu perlu aspek ini, individu tidak hanya peka akan perubahan yang
memiliki kemahiran menyelesaikan masalah. Dalam hal sedang berlaku di sekelilingnya sebaliknya turut terlibat
ini, individu perlu tahu menganalisis sesuatu masalah secara aktif dalam perubahan yang berlaku. Hal ini kerana
yang berlaku, mengenal pasti punca pada masalah dan individu yang memiliki sikap proaktif seringkali memiliki
cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Setiap lokus kawalan dalaman diri yang tinggi. Bahkan, Individu
masalah perlu dilihat dari sudut pandangan yang luas juga memiliki kepercayaan yang tinggi bahawa mereka
agar individu menyedari batasan, halangan atau berhak dan bertanggungjawab pada masa depan diri
keupayaan diri untuk menyelesaikan masalah yang sendiri.
wujud. Individu juga perlu mempunyai sikap boleh
bekerjasama dengan pihak lain dalam menyelesaikan Kesimpulannya, peranan wanita telah melangkaui
sesuatu masalah. Bahkan, individu juga perlu bersedia sektor ekonomi, sosial dan politik sama seperti kaum
dengan segala jangkaan, halangan dan kegagalan yang lelaki. Peredaran zaman serta tuntutan masa kini
mungkin akan berlaku. Melihat masalah yang rumit khususnya dari aspek sosioekonomi telah menyebabkan
sebagai satu cabaran dan peluang pembelajaran untuk peranan, fungsi dan tanggungjawab semakin bertambah.
individu memajukan diri. Lantaran itu, kaum wanita perlu bijak menyeimbangkan
peranan, fungsi dan tanggungjawab yang digalas dengan
Keenam, individu perlu memiliki kemahiran menguasai kemahiran resiliensi agar mereka dapat
interpersonal iaitu kemampuan diri untuk menunjukkan menikmati hidup ini dengan sejahtera tanpa
rasa empati dan sikap memahami terhadap perasaan, memusnahkan impian dan harapan wanita mengejar
kesusahan dan masalah orang sekeliling. Kemahiran kejayaan dalam hidup.
interpersonal penting kerana perkara ini akan membantu
individu dalam mempamerkan kecerdasan emosi
khususnya pada aspek kesedaran diri dan kawalan diri
yang sewajarnya. Ketujuh, individu perlu mewujudkan
perhubungan sosial dengan anggota sosial yang lain. Ini
bermaksud individu memiliki rangkaian hubungan sosial
peribadi dan profesional. Rangkaian hubungan sosial
peribadi khususnya dengan pasangan, ahli keluarga,
saudara-mara serta rakan-rakan sekerja membolehkan Dr. Rose Fazilah Ismail
individu berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi Jabatan Pengajian Malaysia
yang seterusnya bersama-sama mencari penyelesaian Fakulti Sains Kemanusiaan
pada masalah yang wujud. Bukan itu sahaja malahan Universiti Pendidikan Sultan Idris
menerusi rangkaian sosial individu juga dapat E-mel : [email protected]
EDISI 3
49 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
DIREKTORI PAKAR
Ruangan pengantarabangsaan ini bertujuan untuk mengetengahkan kepakaran ahli
fakulti bagi meningkatkan keperluan 4P yang menjadi teras kepada ahli akademik.
Edisi kali ini menonjolkan kepakaran ahli dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sains
Kemanusiaan.
KETUA JABATAN SEJARAH
DR. YUNUS SAUMAN @ SABIN
Dr. Yunus Sauman @ Sabin mula berkhidmat di Jabatan Sejarah pada 2004 dan kini menggalas
tugas sebagai Ketua Jabatan Sejarah buat kali kedua. Beliau merupakan graduan kelulusan
Universiti Malaya dalam pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Sastera
(Sejarah).Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Arkeologi) daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah Arkeologi (Prehistory and Protohistory). Sehubungan itu, beliau terlibat aktif dalam
pelbagai projek ekskavasi di seluruh Malaysia dan juga menyumbangkan khidmatnya sebagai pakar rujuk dalam bidang
berkenaan. Pengalaman professional beliau adalah sebagai pensyarah pelawat di beberapa universiti. Dr. Yunus Sauman turut
aktif menjalankan penyelidikan melalui geran yang diterima daripada pelbagai agensi dan telah menerbitkan 75 artikel jurnal
dan buku. Beliau turut menyelia pelajar di peringkat siswazah dan kini mempunyai 3 pelajar Ph.D dan 13 pelajar Sarjana.
Beliau boleh dihubungi melalui e-mel [email protected]
PROFESOR DR. ISHAK SAAT
Profesor Dr. Ishak bin Saat mula berkhidmat di Jabatan Sejarah pada 2010. Bidang kepakaran
beliau adalah Sejarah Politik Malaysia. Pada tahun 1987, beliau memulakan pengajian di bidang
diploma iaitu Perguruan Asas kemudian melanjutkan pengajian lagi dalam Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Sejarah dan Sains Politik), Sarjana Sastera (Sejarah) dan pada tahun 2007 beliau dapat
menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Sejarah). Semasa dalam tempoh perkhidmatan
beliau pernah menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 2013 dan 2022. Sehingga kini, beliau
masih aktif menulis dan pencapaian beliau telah menerbitkan artikel, jurnal dan buku lebih kurang 200 penerbitan. Beliau
juga telah menyelesaikan 5 geran penyelidikan dan kini sedang berkolaborasi dengan penyelidik lain melaksanakan geran
pendidikan di bawah geran Universiti. Beliau juga menjadi penyelia 10 orang pelajar Ijazah Doktor Falsafah dan 18 pelajar
Sarjana. Beliau sering menjadi rujuk oleh beberapa pihak dan pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Pakar Rujuk Kurikulum
dan buku Teks Sejarah KPM pada tahun 2017 hingga 2022. Terkini, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pakar Rujuk
Kurikulum dan Buku Teks Sejarah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 2023 hingga 2027. Beliau boleh
dihubungi melalui e-mel [email protected].
EDISI 3
50 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
PROFESOR MADYA DR. ADNAN JUSOH
Profesor Madya Dr. Adnan Jusoh berkhidmat sebagai ahli akademik di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains
Kemanusian, Universiti Pendidikan Sultan Idris semenjak tahun 2010. Beliau merupakan graduan
Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sejarah (Major) dan
Persuratan Melayu (Minor) dan menamatkan pengajian pada tahun 2001. Kemudian, beliau
melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang
arkeologi dan bergraduat tahun 2004. Minat yang mendalam dalam bidang arkeologi telah mendorong beliau melanjutkan
pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang yang sama iaitu bidang
arkeologi dan telah bergraduat tahun 2010. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang paling banyak membuat
penerbitan lebih kurang 165 terbitan termasuklah artikel, jurnal, prosiding dan buku. Beliau banyak menjalankan penyelidikan
dan yang terkini adalah identifikasi tapak prasejarah untuk pembinaan Web Portal e-Lenggong Heritage Site di tapak warisan
dunia Lenggong “Pasca COVID-19” di bawah Geran Penyelidikan Universiti. Beliau turut mempunyai 7 pelajar Ijazah Doktor
Falsafah dan 11 pelajar Sarjana, 13 daripadanya sudah tamat pengajian. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
[email protected]
PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAINUDIN HUSIN
Profesor Madya Dr. Ahmad Zainudin Husin salah seorang kakitangan akademik yang terawal
berkhidmat di Jabatan Sejarah. Karier beliau di UPSI bermula pada tahun 2000. Beliau mendapat
Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera (Sejarah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia,
manakala Ijazah Doktor Falsafah disempurnakan di Universiti Malaya. Beliau aktif melakukan
penyelidikandan menerbitkan artikel dan buku dalam bidang kepakarannya sama ada di peringkat
nasional dan juga peringkat antarabangsa. Beliau juga terlibat dalam menyumbangkan kepakarannya dalam beberapa geran
penyelidikan. Beliau kini mempunyai 13 pelajar siswazah yang mana tiga daripada mereka adalah pelajar peringkat ijazah
doktor falsafah manakala 10 yang lain adalah pelajar peringkat sarjana. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
[email protected]
PROFESOR MADYA DR. KHAIRI ARIFFIN
Profesor Madya Dr. Khairi bin Ariffin antara pensyarah yang merupakan pensyarah berpengalaman
luas di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mula
berkhidmat pada 2009. Beliau mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga
Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya di dalam bidang sejarah. Beliau aktif menjalankan
penyelidikanmelalui geran yang diperolehdaripada pelbagai agensi sepanjang perkhidmatannyadi
UPSI. Sehingga kini, beliau mempunyai 107 penerbitan yang dalam bentuk prosiding, artikel jurnal dan buku. Beliau
berpengalaman luas dalam penyeliaan pelajar peringkat siswazah dan kini beliau mempunyai 14 pelajar Ph.D dan 29 pelajar
sarjana. Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang beberapa kali sepanjang perkhidmatannya. Boleh hubungi beliau
menerusi e-mel [email protected]
EDISI 3
51 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
PROFESOR MADYA DR. NAZIRAH LEE
Profesor Madya Dr. Nazirah binti Lee mula berkhidmat di Jabatan Sejarah pada 2002. Beliau
memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) dan
Sarjana Sastera (Sejarah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala, Ijazah Doktor
Falsafah (Sejarah) diperolehi daripada Hiroshima City University, Hiroshima Jepun. Antara
pengalaman professional utamanya adalah sebagaiSarjana Pelawat, di Jabatan Sejarah,School of
Oriental and African Studies, London University (2013-2014), Pensyarah Pelawat, di Fakulti Sains Sosial Universiti Negeri
Semarang (2021) dan Narasumber, Universitas Negeri Yokyakarta (2021). Majoriti daripada penyelidikannya bertumpu kepada
sejarah sosial terutamanya yang berkaitan dengan agama dan masyarakat. Namun terdapat juga penyelidikannya dalam
aspek lain sejarah Malaysia khususnya perkembangan sejarah pelancongan. Kebanyakan daripada hasil penyelidikannya
dibentangkan di seminar dan diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa sebagai penulis utama atau penulis
bersama. Selain itu, beliau juga terlibat dalam perundingan/ pakar rujuk bagi agensi berkaitan kepakarannya dan aktif
menyelia pelajar di peringkat pengajian siswazah. Beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2004 dan
2016. Beliau sangat mengalu-alukan sebarang perkongsian, pertukaran idea dan aktiviti akademik seumpamanya untuk
tujuan berkenaanbeliau boleh dihubungi melalui e-mel [email protected]
DR. BAHARUDDIN JABAR
Dr. Baharuddin Bin Jabar merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah yang mempunyai
kepakaran dalam bidang pendidikan sejarah. Beliau mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan
Idris pada 2002. Beliau memiliki Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam Ijazah
Sarjana Pendidikan (Sains Sosial-Sejarah) dan menamatkan pengajian sebagaiDoktor Pendidikan di
Universiti Sains Malaysia. Beliau juga menerbitkan 37 terbitan yang merangkumi artikel, buku dan jurnal. Terdapat 7
penyelidikan yang telah beliau jalankan hampir kesemuanya lengkap dan terkini di bawah geran universiti, beliau
menjalankan penyelidikan berkaitan Pendidikan British di Perak sehingga Perang Dunia Kedua 1941. Beliau boleh dihubungi
melalui e-mel [email protected]
DR. HARYATI BINTI HASAN
Dr. Haryati Binti Hasan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan berkhidmat di UPSI
sejak 2008. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah), Ijazah Sarjana Sastera
(Sejarah Malaysia) dan Ijazah Doktor Falsafah (Sejarah Malaysia). Beliau sangat giat dalam
menjalankan penyelidikan, kini terdapat 11 penyelidikan yang telah dan sedang dilaksanakan.
Menghasilkan sebanyak 103 buah penulisan dalam jurnal, bab dalam buku, prosiding,modul dan
majalah. Beliau mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2012 dan 2021. Bagi berhubung dengan beliau boleh
menerusi e-mel [email protected]
EDISI 3
52 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
DR. RABAAH ABDULLAH
Dr. Rabaah Abdullah merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan memulakan
perkhidmatannya pada 2002. Kepakarannya menjurus kepada bidang Asia Tenggara khususnya
Sejarah Politik Thailand. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti
Malaya, Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor
Falsafah dari Universiti Malaya. Dari segi penyelidikan beliau kini mengetuai 2 geran penyelidikan
yang berstatus aktif iaitu GPUF (2021-2023) dan FRGS (2022-2024), manakala dari segi penerbitan terdapat beberapa artikel
dan buku yang diterbitkan secara solo dan secara kolaborasi dengan penulis yang lain. Seterusnya di peringkat antarabangsa,
beliau pernah dilantik sebagai pensyarah pelawat di Universitas Negeri Yokyakarta (UNY) Indonesia pada tahun 2021 secara
atas talian. Antara lain beliau turut dilantik sebagai nara sumber, juga oleh UNY pada tahun yang sama. Selain itu, Dr. Rabaah
juga memperlihatkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan dan berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2019. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel seperti berikut
[email protected].
DR. SAHUL HAMID MOHAMED MAIDDIN
Dr. Sahul Hamid Bin Mohamed Maidin merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah yang mula
berkhidmat pada 2007. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dari
UPSI dan Ijazah Sarjana (Sejarah) dari Universiti Malaya. Kemudian beliau melanjutkan pengajian
dalam peringkat Ijazah Doktor Falsafah di University of Sydney pada tahun 2016 dengan bidang
kepakarandalam Sejarah Asia Tenggara. Sebanyak4 geran yang telah ditawarkan kepada beliau
dalam melaksanakan penyelidikan yang terkini adalah Pemindahan Kemahiran dan Pengetahuan Pelajar Abad Ke-21 Melalui
Kerangka Pdpc-PBL Berkonsep Kartun Mata Pelajaran Sejarah. Beliau juga telah menerbitkan sebanyak 41 penerbitan.
Kegigihan beliau melaksanakan tugas melayakkan beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017.
Bukan itu sahaja, beliau juga pernah mendapat pingat Perak dalam program Online Digital Education Platform. Beliau turut
aktif sebagai perunding dan pakar rujuk bagi agensi kerajaan dan swasta berkaitan perihal propaganda dan perang saraf
politik, sejarah dan pemikiran politik Melayu serta analisis politik Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
[email protected]
DR. IVANA PRAZIC
Dr. Ivana Prazic merupakan pensyarah antarabangsa di Jabatan Sejarah. Beliau mula berkhidmat di
Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 2022. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera
Sejarah di University of Belgrade (Serbia). Kemudian, pada tahun 2001 beliau memperoleh Sarjana
dalam Sejarah di Universiti Bangalore (India) dan Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Asia di
University of Sydney, Australia pada tahun 2016. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Sejarah
Sejarah Asia terutama Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Indonesia. Kini beliau menjalankan penyelidikan berkaitan Iskandar
Zulkarnain in Malay World. Beliau juga seorang pensyarah yang pakar dalam bidang Critical Hisroty of Colonialism dan
Decolonial Theory Bagi yang ingin menghubungi beliau boleh melalui e-mel [email protected]
.
EDISI 3
53 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
DR. SITI ZAHRAH MAHFOOD
Dr. Siti Zahrah Binti Mahfood seorang Pensyarah Kanan di Fakutli Sains Kemanusian dalam Jabatan
Sejarah yang mula berkhidmat sejak 2003. Beliau merupakan kelulusan Universiti Malaya dalam
Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Ijazah Sarjana (Sejarah). Pada tahun 2018 beliau berjaya bergelar
sebagai Doktor dengan menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Dalam
bidang sejarah,kepakaran beliau adalah Sejarah Malaysia(pensejarahan). Terkini, beliau sudah
memiliki 49 terbitan yang berbentuk artikel dan jurnal. Beliau pernah mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada
tahun 2016. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah, beliau juga giat dalam menjalankan beberapa
penyelidikan antaranya Pendidikan Melalui Media Persuratkhabaran dan Majalah Melayu 1920-1950-an di bawah geran
Universiti. Boleh hubungi beliau di e-mel zahrah@fsk,edu.my
DR. WAN NOORLIZAWATI WAN MAT ALI
Dr. Wan Noorlizawati Binti Wan Mat Ali merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, yang mula
berkhidmat sejak 2002. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dan Ijazah
Sarjana Sastera (Sejarah) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kemudiannya melanjutkan
pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di UPSI. Bidang kepakaran beliau adalah Sejarah
Malaysia (politik). Beliau terlibat aktif dalam penyelidikan melalui pelbagai geran yang ditawarkan
oleh berbagai agensi di peringkat nasional dan antarabangsa. Hasil penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam bentuk
artikel jurnal dan juga bab dalam buku di peringkat nasional dan internasional. Selain itu, beliau juga aktif berkongsi hasil
kajiannya di dalam pelbagai seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga membimbing pelajar peringkat
siswazah yang mengikuti pengajian di peringkat kedoktoran dan juga sarjana. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
[email protected]
DR. SHAKILA CHE DAHALAN
Dr. Shakila Che Dahalan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan
2022. Bekas seorang guru dan pernah bertugas di beberapa buah sekolah selama 9 tahun. Beliau
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan pendidikan (Sejarah), Ijazah Sarjana Pendidikan
(Kurikulum: Pendidikan Sejarah) di Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan
Sejarah) di Universiti KebangsaanMalaysia. Beliau bergiat aktif mengikuti seminar-seminar dalam
dan luar negara. Antara pengalaman profesional utamanya adalah menjadi pembentang di beberapa Seminar dalam dan luar
th
negara seperti Narasumber, Universiti Pendidikan Indonesia (2022) dan Keynote Speaker 7 International Seminar on Social
Studies and History Education, Universiti Pendidikan Indonesia (2022). Kini, beliau telah menerbitkan 31 artikel, 16 jurnal dan
5 buah penulisan buku dalam bidang pendidikan Sejarah. Kini, beliau sedang menjalankan penyelidikan dalam pembangunan
dokumen dan modul pendidikan Sejarah di bawah geran universiti. Beliau berminat untuk menjalinkan kolaborasi dan
pertukaran idea terutama dalam bidang Pendidikan Sejarah, Sains Sosial atau bidang berkaitan. Beliau boleh dihubungi
melalui e-mel [email protected].
EDISI 3
54 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
DR. NURUL ASYIKIN HASSAN
Dr. Nurul Asyikin Hassan merupakan Pensyarah Kanan yang memulakan khidmatnya di Jabatan
Sejarah, Fakulti Sains Kemanusian pada 2022. Beliau berpengalaman sebagai guru sebelum menjadi
seorang pensyarah kanan di jabatan ini. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Sejarah),
Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Seterusnya,
beliau menerima anugerah Ijazah Doktor Falsafah (Kurikulum dan Pengajaran) dari Universiti
Malaysia Sabah pada tahun 2021. Beliau boleh dihubungimelalui e-mel [email protected].
EN. MOHAMAD KAMAL KAMARUDDIN
En. Mohamad Kamal bin Kamaruddin merupakan pensyarah yang berpengalaman luas di Jabatan
Sejarah dan telah memulakan khidmatnya sejak 2006. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Sains Kemanusian (Sejarah dan Tamadun Islam) dan Ijazah Sarjana Sains Kemanusian (Sejarah) di
Universiti Islam Antarabangsa. Kepakaran beliau adalah Sejarah Eropah. Setakat ini beliau telah
menerbitkan sebanyak83 penulisan termasuk buku, jurnal dan artikel. Beliau juga aktif dalam
melaksanakanpenyelidikanberkaitan Sejarah Eropah. Beliau boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected].
JABATAN SEJARAH
EDISI 3
55 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
HUBUNGI KAMI
Sekiranya anda ingin berkongsi sebarang artikel dengan kami, hantarkan penulisan anda
dengan emel kepada [email protected] atau menghubungi terus ketua bahagian
penulisan. Kami sangat mengalu-alukan pembaca untuk menyumbangkan artikel atau
berita kepada kami.
RENCANA RUANGAN PELAJAR
Dr. Noor Hadzlida Ayob (Ketua) Dr. Siti Zahrah Mahfood (Ketua)
[email protected] [email protected]
Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin Cik Noorkharilhuda Ibrahim
[email protected] [email protected]
En. Mohd Razali Harun En. Muhammad Nur Aizuddin Norafandi
[email protected] [email protected]
En. Sharil Mat Esa
BERITA & PENCAPAIAN [email protected]
Dr. Murihah Abdullah (Ketua) ALUMNI
[email protected]
Dr. Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Dr. Vasanthan Gurusamy (Ketua)
[email protected] [email protected]
En. Shuhir Karmawi Abdul Aziz Dr. Marshelayanti Mohamad Razali
[email protected] [email protected]
Pn. Fatin Syaza Mohd Sham Pn. Rozimah Hamdan
[email protected] [email protected]
Pn. Nurashikin Kamaruzaman Cik Natasya Farina Rashid
[email protected]
[email protected]
ISU KHAS KOMENTAR
Dr. Sakinah Salleh (Ketua) Dr. Siti Noranizahhafizah Boyman (Ketua)
[email protected] [email protected]
Dr. Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim Dr. Rose Fazilah Ismail
[email protected] [email protected]
Dr. Sara Shakilla Mohd Salim Pn. Wan Noor Zeiti Wan Abdul Rashid
[email protected] [email protected]
Pn. Norfarah Hanani Abu Kassim En. Irwan Hamdi Mohamad
[email protected] [email protected]
Pn. Yanty Marhainis Omar
PENGANTARABANGSAAN [email protected]
Dr. Shakila Che Dahalan (Ketua)
[email protected]
EDISI 3
56 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG
EDISI 3
BIL. 2 / 2022
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN FSK
35900, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
https://www.fsk.upsi.edu.my
[email protected] [email protected] Fakulti Sains Kemanusiaan TERUS CEMERLANG