PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Satu kaedah pengajaran sistematik yang berpusatkan murid. PBP merupakan satu model yang
berganjak dari amalan pembelajaran bilik darjah konvensional yang berpusatkan guru.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran dikuasai melalui proses inkuiri bagi menyelesaikan persoalan dunia
sebenar yang kompleks yang akhirnya akan menghasilkan satu hasil pembelajaran.
PBP satu pendekatan pembelajaran secara kolaboratif yang memfokus kepada penghasilan suatu
produk atau persembahan suatu tugasan melalui pembelajaran terarah kendiri.
PBP dijalankan berdasarkan pendekatan inkuiri penemuan berasaskan masalah atau sebaliknya. PBP
satu cara memupuk pemikiran yang abstrak, intelektual yang berkeupayaan meneroka isu-isu atau
tugasan yang kompleks.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
EMPAT PRINSIP PERHATIAN DALAM MELAKSANAKAN P&P MELALUI PBP MURID BELAJAR :
Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek : • Berkolaborasi dan kerja dalam pasukan
• Berfikiran kritis dalam menangani masalah kompleks
• Menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada tiga atau • Komunikasi oral dan membuat persembahan
empat murid untuk menyiapkan projek selama dua atau • Komunikasi bertulis dan menulis
empat minggu atau lebih • Teknologi
• Menyediakan soalan kompleks yang akan mewujudkan • Membangunkan kewargangeraan, mengambil isu sivik dan
keperluan murid untuk mengetahui dan menyokong projek global
dengan aktiviti dan maklumat baru yang akan membantu • Tentang kerjaya dan menjalani latihan
mendalami projek tersebut. Kandungan, penyelidikan dan melakukan semua di atas
• Mempunyai perancangan, draf, penanda aras dan •
persembahan murid kepada panel yang pakar yang
mungkin terdiri daripada ibu bapa dan / atau masyarakat
• Menyediakan masa yang sesuai untuk penilaian dan
maklum balas tentang kandungan projek, secara oral dan
komunikasi bertulis, kerja sepasukan, pemikiran kritis dan
kemahiran penting yang lain.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Pembelajaran Perkhidmatan Penyelesaian masalah
Projek jenis ini melibatkan komuniti setempat dan memberi peluang murid Projek jenis ini mirip pembe;ajaran berasaskan masalah kerana matlamat utamanya
mengaplikasi pembelajaran dalam konteks kehidupan di luar bilik darjah. adalah menyelesaikan masalah autetik berasaskan masalah sebenar dalam kehidupan
Contoh : mengumpul maklumat amaun penggunaan air bagi setiap penduduk atau berdasarkan satu senario yang direka yang menggambarkan situasi kehidupan
di kawasan tempat tinggal murid dan membandingkannya dengan kawasan sebenar.
lain seluruh dunia. Contoh : Menyelesaikan masalah pembuangan sampah di merata tempat di sekitar
Simulasi atau main peranan kawasan sekolah.
Projek jenis ini memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi Telekolaboratif
autentik. Murid memainkan peranan seorang tokoh dalam konteks zaman Projek jenis ini merupakan tugasan pembelajaran yang perlu dijalankan dalam talian.
tokoh tersebut yang dicipta semula. Projek jenis ini sangat sesuai Projek ini memberi pengalaman pembelajaran autentik dan pada masa yang sama
dijalankan bagi melihat semula sejarah dan mendapatkan perspektif yang berkolaborasi dengan komuniti luar bilik darjah sendiri seperti kumpulan murid dari
pelbagai tentang sesuatu isu. kelas yang berbeza, pakar, masyarakat setempat dan sebagainya.
Contoh : Mengadakan persembahan berdasarkan sejarah beberapa negara Contoh : Mengadakan sesi perdebatan di bilik darjah.
atau tokoh terpilih dengan menjemput ibu bapa dan masyarakat setempat. WebQuest
Pembinaan dan reka bentuk Projek jenis ini menggunakan pendekatan inkuiri di mana murid mencuba menjawab
Projek pembinaan dan reka bentuk biasanya berdasarkan keperluan dalam beberapa persoalan dengan mencari maklumat yang sebahagian besarnya didapati
kehidupan seharian atau boleh juga berdasarkan situasi rekaan yang daripada Internet.
mencerminkan kehidupan harian sebenar. Projek jenis ini memerlukan Contoh : Mengadakan sesi perdebatan di bilik darjah.
murid membina model bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang autentik. Projek WebQuest apabila kebanyakan maklumat tentang isu yang diperdebatkan
Contoh : menceriakan kawasan sekolah dengan melukis mural di dinding diperolehi daripada internet. Sesi perdebatan merupakan satu saluran di mana murid
sekolah. menyampaikan dapatan mereka.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENDEKATAN MASTERI
Pendekatan masteri ialah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana guru merancang
kaedah pengajaran secara sistematik bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke satu unit pembelajaran yang
seterusnya.
Pendekatan masteri memerlukan peruntukan masa yang secukupnya dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang mestilah sesuai, berkualiti dan dilaksanakan secara sistematik oleh guru
supaya setiap murid dapat menguasai sekurang-kurangnya 80% dalam ujian sumatif mengikut kriteria
yang telah ditetapkan pada awal pembelajaran itu.
Menurut Bloom (1968) pembelajaran yang menggunakan pendekatan masteri merupakan satu kaedah
pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar berasaskan
falsafah bahawa semua murid atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENDEKATAN MASTERI
PRINSIP ASAS PEMBELAJARAN MASTERI CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI :
ADALAH :
1 Hasil pembelajaran perlu ditentukan
Murid normal boleh mempelajari perkara yang diajar Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit
oleh guru 2 pembelajaran
Murid perlu diberi masa yang mencukupi untuk Aktiviti pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan,
penguasaan sesuatu topik pembelajaran. 3 menarik dan menggembirakan murid
Arahan daripada guru mestilah jelas dan benar-benar 4 Penilaian berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria
difahami oleh murid. Bahan pembelajaran haruslah sesuai dan relevan
Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil supaya 5 dengan kebolehan murid
mudah dikuasai oleh murid.
6 Tahap masteri mestilah melebihi 80% pada setiap topik
Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil supaya sebelum berpindah ke topik seterusnya
mudah dikuasai oleh murid. Aktiviti penggayaan – mencapai tahap masteri
7
Aktiviti pemulihan – tidak mencapai tahap masteri
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENDEKATAN MASTERI
Unit pembelajaran 1
Penentuan hasil pembelajaran
Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian
YA TIDAK
Murid menguasai?
Tindakan susulan aktiviti penggayaan Tindakan susulan aktiviti pemulihan
Unit pembelajaran seterusnya
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENDEKATAN MASTERI
PROSEDUR MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI
1 PENENTUAN HASIL PEMBELAJARAN
• Setiap pembelajaran yang berlaku menuntut kepada hasil yang positif. Oleh itu, hasil pembelajaran merupakan
matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
• Hasil pembelajaran merupakan perkara yang perlu dikuasai oleh murid di akhir sesuatu unit pembelajaran
bertujuan :
✓ Mengenal pasti perkara yang perlu dikuasai oleh murid
✓ Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran
✓ Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar
✓ Membantu membina Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENDEKATAN MASTERI
PROSEDUR MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI
2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Apakah kaedah terbaik untuk pembelajaran masteri?
AKTIVITI BERPUSATKAN GURU AKTIVITI BERPUSATKAN MURID
• Syarahan • Soal jawab • Bacaan • Main peranan
• Penerangan • Latih tubi • Sumbang saran • Lakonan
• Huraian • Bercerita • Kerja amali • Demontrasi
• Demonstrasi • Membuat latihan • Eksperimen • Simulasi
• Bercerita • Penerangan • Projek • Membuat nota
• Pembacaan • Penjelasan • Kuiz • Lawatan
• Memberi nota • Huraian • Penyelesaian • Pengajaran berprogram
• Perbincangan • Masalah • Pembelajaran
• Inkuiri • Reka cipta berbantukan komputer
• Penemuan • Pembelajaran koperatif • Pembelajaran kendiri
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENDEKATAN MASTERI
PROSEDUR MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI
3 PENILAIAN
• Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid.
• Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam
pembelajaran masteri bertujuan untuk :
✓ Mengesan pencapaian murid
✓ Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah
✓ Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum tercapai
✓ Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran
✓ Menentukan aktiviti pemulihan dan penggayaan yang perlu dijalankan
✓ Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran
• Penilaian dalam pembelajaran masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif
yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria.
• Penilaian mestilah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
• Penilaian pembelajaran masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai dan bertujuan :
✓ Mempastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga menjejaskan pembelajaran seterusnya
✓ Memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai
• Setelah melaksanakan penilaian guru telah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dan dengan itu beliau akan menentukan tindakan
susulan yang sesuai kepada murid.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENDEKATAN MASTERI
PROSEDUR MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI
4 TINDAKAN SUSULAN
AKTIVITI PENGAYAAN (PENGUKUHAN) AKTIVITI PEMULIHAN
• Dirancang bagi murid yang telah menguasai aras masteri. • Dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri.
• Contoh : Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang
✓ Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang dikenal pasti.
lebih mencabar • Contoh :
✓ Memperluas pengalaman dan memperkukuhkan kefahaman murid ✓ Mengajar semula menggunakan kaedah dan bahan lain
✓ Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir ✓ Membetulkan pelakuan yang salah
✓ Memberi latihan yang lebih mencabar ✓ Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula
✓ Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk ✓ Menggunakan bahan visual
✓ Melatih murid membuat nota ✓ Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan
✓ Menjalankan latih tubi ✓ Menjalankan latihan
✓ Melatih murid mengenal pasti idea utama ✓ Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya
✓ Mengakses maklumat dari laman web ✓ Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh
✓ Melatih murid menyampaikan maklumat dari pelbagai bentuk grafik ✓ Membimbing murid menyusun maklumat
seperti peta minta, carta organisasi dan rajah ✓ Melatih murid mengenal pasti idea utama
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
RUJUKAN
Barrows, H. S. & Tamblyn, R.N. (1980). B passing fad? Medical Education. New York, N.Y.
Block, J. H. (ed)(1971). Mastery Learning: Theory and practice. New York : Holt.
Bloom, B.S, Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D.R. (1956). Taxanomy of educational objectives. Handbook :
Cognitive Domain. New York: McGraw-Hill.
Carroll, John B. (1963). A model of school learning. Teachers College Record, 64, 723-733. San Francisco: Jossey-Bass.
Gibbons, M. (2000). The Self-directed Learning Handbook. San Francosco: Jossey-Bass.
nd
Guskey, T. R. (1997). Implementing mastery learning (2 Ed.). California : Wadeswoth Publishing.
Levine, D. (1985). Improving student achievement through mastery learning programs. San Francisco: Jossey Bass.
Nurulhuda Abd Rahman, et. Al (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran.
Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI.
Ramsden, P. (2002). Learning to Teach in Higher Education. London : Routledge Falmer.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Pelaksanaan Pembelajaran Masteri dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Savery, J. R., & Duffy, T.M. (1995). Problem based learning: An Instructional model and its constructivist framework.
Educational Technology, 35, 31-38.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
TOPIK 4
KAEDAH
& PENDEKATAN
PENGAJARAN
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI