The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azeanrahim234, 2022-05-16 11:24:38

E-BULETIN FSK EDISI 2 BIL 1 2022 ISSN 2821-2894

yang melawan naratif menghadapi cabaran getir dimasukkan dalam hierarki Maslow. Tanpa
ini. Majlis Belia Malaysia contohnya peranti digital khususnya laptop, pelajar tidak
menggerakkan beberapa usaha secara tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan norma
langsung melalui badan-badan gabungan. baharu hari ini dengan saksama.
Antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia Dengan usaha terbatas dan kemampuan
(ABIM) berusaha mendekati inisiatif DLEfA sederhana, APBM membuktikan tetap mampu
(Digital Learning Experience for All) yang menyumbang kepada inisiatif ini. Sehingga Mac
digerakkan oleh Dr Amin Senin, Mantan Ketua 2022, mereka telah mengedarkan 88 unit
Pengarah Pelajaran Malaysia. ABIM juga komputer terpakai kepada golongan
komited menjadi badan pemantau terhadap berpendapatan rendah di beberapa kawasan di
inisiatif kerajaan dalam menangani kemiskinan seluruh negara. Jumlah ini walaupun dilihat
digital. Peranan ABIM sebagai kumpulan semak kecil, tetapi memadailah untuk sebuah NGO
dan imbang melalui pendekatannya yang belia yang terbatas sumber mampu
menggesa kerajaan mengambil perhatian iltizam menyumbang.
yang tidak diterjemahkan dalam pembentangan
bajet 2022. ABIM merujuk kepada Rancangan Penglibatan tidak langsung persatuan
Malaysia ke-12 2021-2025 yang dibentangkan belia melalui dua contoh yang diberikan ini telah
YAB Perdana Menteri. Antara lain telah mewakili dua pendekatan penting dalam proses
memuatkan hasrat untuk meningkatkan sivik iaitu dasar (major), program (minor). Satu
pendidikan digital. Walau bagaimanapun, melibatkan advokasi perubahan di peringkat
renungan terhadap pembentangan Bajet 2022 atas ke bawah, manakala satu lagi daripada
tidak memperlihatkan terjemahan kepada bawah ke atas. Kedua-duanya sama penting
hasrat tersebut. Justeru, tekanan yang dalam usaha memastikan langkah-langkah
diberikan dalam bentuk advokasi akan proaktif dapat diambil bagi menangani isu
mendorong kepada penyelesaian isu ini secara keciciran digital ini.
dasar.

Organisasi lain seperti Alumni Parlimen
Belia Malaysia (APBM) turut menggerakkan
inisiatif mengumpulkan laptop terpakai untuk
diedarkan kepada golongan asnaf atau mereka
yang termasuk dalam kategori miskin digital ini.
Masalah keciciran pelajaran bukan disebabkan
oleh sikap atau pembawaan pelajar. Rintangan
utama mereka ialah soal kemampuan ekonomi
untuk memiliki peranti yang dapat Gambar hiasan.
menghubungkan mereka kepada proses
pembelajaran. Peranti sudah termasuk dalam Muhamad Hanapi b. Jamaludin
komponen wajib yang mungkin perlu Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Malaysia


e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 50

RUANGAN PELAJAR




















































































e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 51

Persatuan Mahasiswa Sejarah










01/01/2022 01/04/2022
Pertandingan Eat Clean Challenge
Tautan Ukhwah Mahasiswa Sejarah

08/01/200 02/04/2022
Bual Bicara Sejarawan Muda : Cabaran Dan Penulisan Ilmiah Dalam Bidang Sejarah
Kegusaran History Space Night
(Mendeley, Tips Penulisan Dan Pencarian
Sumber)
12/01/2022
Webinar Rasuah : Rakyat Malaysia Bimbang 03/04/2022
Rasuah Dalam Pentadbiran Negara Majlis Penutupan Tautan Ukhuwah Mahasiswa

Sejarah
13/01/2022
Arak Timah : Sentiviti/ Mainan Politik ?
09/04/2022
Bengkel Montaj Dan Inovasi Dalam Sejarah
26/01/2022 Komik E-book
Webinar Masalah Sosial Di Terengganu

16/04/2022
Bicara Ilmiah Pilih Fakta Atau Auta 2.0


19/04/2022
23/02/2022 Khatam Al-Quran Dan Tazkirah Nuzul Al-Quran
Webinar OPS Daulat Melawan Sulu
20/04/2022
25/02/2022 Nam Tien (Penjajahan Ke Selatan) 1069-1834 :
Webinar Isu-isu Dalam Masyarakat Islam Suatu Kupasan


30/02/2022 21/04/2022
Webinar Sejarah Rakyat Sebagai Satu Webinar Tanah Melayu Milik Siapa?
Alternatif ? Antara Sejarah Politik Atau
Dakyah Dalam Pemaparan Sejarah Politik
Malaysia








e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 52

AKTIVITI PELAJAR




















































































e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 53

Persatuan Pengajian Malaysia
































26/01/2022 01/04/2022
Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2022 Majlis Penjenamaan Semula Jabatan Pengajian
Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan kepada
Jabatan Pengajian Malaysia


01/04/2022
01/02/2022 – 06/02/2022 Majlis Penutup Youth Sport Fest
Pertandingan ‘Suara Emas’
13/04/2022
Majlis Orientasi PPMAS Ambilan Mac



20/04/2022
01/03/2022 – 24/03/2022 Ceramah Ihya Ramadhan
Youth Speed Run
24/04/2022
01/03/2022 – 24/03/2022 Kemanisan Ramadhan : Study While Achieve
Youth Fit Video Robic Lailatul Qadar


01/03/2022 – 24/03/2022
Youth Skip Virtual Challenge









e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 54

AKTIVITI PELAJAR




















































































e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 55

Persatuan Pendidikan Islam


















































































e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 56

AKTIVITI PELAJAR




















































































e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 57

Persatuan Geografi


















































































e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 58

AKTIVITI PELAJAR




















































































e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 59

e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 60

ALUMNI FSK








Persediaan Awal bagi Guru Baharu yang Mendapat

Penempatan – Pengalaman Seorang Guru Alumni UPSI

Veeradarshini Muneesvaran
Alumni UPSI 2020




Artikel ini ditulis setelah saya berkhidmat dalam jangka masa yang terdekat.
selama 3 bulan sebagai seorang penjawat Keputusan penempatan negeri, daerah,
awam atau Guru. Mungkin ada kekurangan sekolah dan tarikh lapor diri akan
tetapi diharapkan dapat memanfaatkan dimaklumkan dan kita perlu bersiap sedia
pembaca semua, khususnya yang telah berjaya untuk langkah seterusnya. Setelah mendapat
ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan tempat dan sekolah yang akan ditempatkan
Pendidikan DG41. Saya kongsikan serba sedikit sebagai langkah pertama bolehlah ‘join group’
pengalaman saya mengikut urutan yang perlu Telegram untuk mendapatkan maklumat yang
diikuti oleh seorang guru yang baharu dilantik lebih lanjut. Ini memudahkan kita untuk
untuk melaksanakan tugas sebagai seorang mendapat pelbagai informasi dengan mudah.
guru. Persiapan ini adalah sangat penting Platform umpama ini boleh digunakan untuk
untuk memulakan kerja kita sebagai seorang mencari rumah sewa jika ditempatkan di
pendidik yang berwibawa.
negeri lain dan bukannya negeri kelahiran
Setelah hampir 2 tahun berkerja di sendiri.
sektor swasta akhirnya keputusan yang Maka persiapan awal dan pencarian
dinanti- nantikan telah diumumkan oleh pihak tempat tinggal perlu dilakukan lebih awal.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Walaupun tarikh pembukaan sekolah tidak lagi
iaitu semakan untuk tawaran Pegawai diumumkan perlu bergerak lebih awal sebelum
Perkhidmatan Pendidikan DG41 melalui lama hari lapor diri yang sebenar. Masa ini
web MySPP. Jika anda berjaya dalam temuduga dokumen-dokumen yang diminta perlu
yang diadakan maka surat tawaran boleh disediakan dan dibawa bersama. Dokumen
dicetak. Dalam surat tawaran dinyatakan yang dimaksudkan ialah ‘Medical Checkup’,
jawatan yang ditawarkan, jumlah gaji serta Surat Tawaran, surat-surat berkaitan
tindakan yang perlu dibuat oleh calon yang pelantikan, surat akuan dan dokumen-
berjaya sebelum, semasa dan selepas melapor dokumen peribadi perlu disediakan. Lebih baik
diri. Untuk makluman dalam surat tersebut jika mempunyai cetakan lebihan dokumen-
hanya dinyatakan kita telah berjaya dan dokumen ini. Dokumen-dokumen ini perlu
ditawarkan jawatan Pegawai Pendidikan, disahkan oleh Pegawai yang diiktiraf.
negeri, daerah dan sekolah yang akan
ditempatkan akan diumumkan kemudian Setelah selesai kerja rasmi sekolah,

e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 61

bolehlah mulakan urusan rumah untuk disewa Apabila menjejak kaki ke alam pekerjaan
jika anda ditempatkan di negeri orang. Untuk sebagai seorang guru perkara yang perlu
mencari rumah pelbagai platform atau media selalu kita hadapi ialah sistem
sosial boleh digunakan untuk lebih pengoperasian secara talian seperti
memudahkan. Setelah hampir 2 tahun HRMIS, E-Operasi, SPLKPM, APDM SSDM
menunggu akhirnya hari yang dinantikan telah dan sebagainya. Oleh itu biasakan diri
tiba iaitu lapor diri sebagai seorang pendidik untuk bertanya kepada guru-guru lain untuk

secara rasmi. Satu sesi taklimat akan diadakan mendapatkan maklumat dan cara
oleh Jabatan Pendidkan Negeri atau di sekolah pengoperasian sistem secara talian ini. Selain
masing-masing khas untuk guru-guru baharu. itu, sebagai seorang pendidik kita juga harus
Kemudian, kita perlulah, berkenalan dengan bersabar dengan tugas yang akan diberikan.
barisan pentadbir sekolah dan pada masa ini Semua tugas yang diberikan kepada kita pasti
sesi akujanji akan diadakan di depan Pengetua akan memberi pengajaran dan pengalaman
sekolah. untuk digunakan pada suatu hari kelak.

Sebaik sahaja selesai sesi perjumpaan Sekolah dan profesion perguruan
dengan pentadbir sekolah langkah seterusnya merupakan satu aspek yang membolehkan
adalah perlu berjumpa dengan kerani sekolah kita belajar banyak perkara dan mendapat
untuk menyelesaikan dokumen-dokumen pengalaman yang berbeza kerana masa ini
penting. Dalam menyelesaikan dokumen kita bertemu dengan pelbagai ragam manusia
penting kita juga perlu berkenalan dengan yang mengajar pengertian profesion ini.
warga sekolah yang lain. Kita sebagai guru Sebagai seorang individu, guru-guru juga perlu
baharu, jangan segan untuk bertanya kepada pikulkan tugas dengan penuh prihatin dan
guru-guru lama yang mempunyai pengalaman dedikasi.
yang terperinci dalam profesion ini.
Akhir sekali sentiasa buat yang
terbaik, walaupun profesion kita mempunyai
pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi,
buat yang terbaik biar kita puas hati dengan
kerja yang telah dilaksanakan. Sama-sama
kita mendidik anak bangsa demi negara
tercinta.



Veeradarshini Muneesvaran
Alumni UPSI 2020







e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 62

KOMENTAR






Pendidikan Keselamatan Siber Pupuk Kesedaran

Kewarganegaraan Digital


Dr. Norhafiza Mohd Hed
Ketua Jabatan Pengajian Malaysia



Sejak penularan wabak pandemik COVID-19, Lebih menarik, di US, kerajaannya telah
kebanyakan masyarakat Malaysia, khususnya mengiktiraf pendidikan keselamatan siber
generasi muda beralih kepada penggunaan sebagai elemen utama dalam polisi
teknologi digital bagi menyampaikan keselamatan negara dengan membangunkan
maklumat dan berkomunikasi. Namun, wujud program yang dikenali sebagai ‘The National
segelintir yang menyalahgunakan internet dan Initiative for Cybersecurity Education (NICE)’.
media sosial sehingga muncul pelbagai NICE adalah kolaborasi antara kerajaan, ahli
ancaman dan jenayah siber seperti sindiket akademik dan sektor swasta dalam
penipuan siber, kecurian maklumat, pornografi memperkukuhkan keupayaan negara dalam
dan penggodaman. Mengikut statistik yang menangani cabaran pendidikan keselamatan
dikeluarkan oleh MyCert pada tahun 2021, siber menerusi piawaian dan amalan terbaik.
jumlah insiden jenayah siber yang dilaporkan NICE telah menggunakan kempen
pada tahun 2021 adalah sebanyak 10,016 kes ‘Stop.Think.Connect’ sebagai strategi untuk
di mana insiden jenayah yang paling tinggi menyebarkan kesedaran dan pengetahuan
adalah penipuan siber dengan jumlah insiden keselamatan siber kepada masyarakatnya.
sebanyak 7,098. Ini menunjukkan kesedaran Begitu juga di Australia, kempen ‘Cybersmart’
keselamatan siber dalam masyarakat masih yang dilaksanakan menerusi pelbagai program
lagi rendah memandangkan ramai pengguna seperti kelas virtual Cybersmart dan garis
siber yang tidak mengamalkan penggunaan panduan warga Cybersmart memberi
media secara beretika dan bertanggungjawab. kesedaran kepada masyarakatnya untuk
Oleh itu, pendidikan keselamatan siber adalah menjadi warga digital yang lebih baik. Ini
sangat penting bagi mewujudkan persekitaran menunjukkan negara-negara maju ini telah
siber yang positif. jauh ke hadapan berbanding dengan negara

Di negara-negara maju seperti US, UK, lain dalam pembangunan pendidikan
Australia dan Kanada, pendidikan keselamatan keselamatan siber dengan menggabungkan
siber diterapkan menerusi pelbagai program pendidikan keselamatan siber sama ada
kesedaran dan kempen. Misalnya, di UK, portal formal atau tidak formal pada setiap
‘Get Safe Online’ adalah inisiatif yang diambil peringkat institusi pendidikan. Malah,
oleh kerajaan bagi menyediakan khidmat kebanyakan negara-negara ini turut
nasihat dan praktikal kepada masyarakat menawarkan program ijazah sarjana muda dan
tentang cara melindungi diri dalam talian. pascasiswazah dalam bidang keselamatan

e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 63

siber. warga digital perlu menguasai kemahiran dan
pengetahuan digital yang kompeten serta
Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai usaha bagi meningkatkan kesedaran mempunyai kesedaran yang tinggi berhubung
masyarakat terhadap keselamatan siber. dengan keselamatan siber. Kesedaran
Antaranya menerusi penguatkuasaan undang- kewarganegaraan digital ini perlu dipupuk
undang yang berkaitan dengan penyalahgunaan dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja
internet seperti Akta Komunikasi dan golongan belia yang merupakan pengguna
Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948, dan Akta tertinggi teknologi digital, tetapi juga kanak-
Fitnah 1957. Selain itu, kerajaan juga kanak dan ibu bapa. Hal ini penting kerana
mengadakan banyak kempen kesedaran seperti menerusi kewarganegaraan digital, masyarakat
#TakNakScam, #TidakPastiJanganKongsi dan dapat meningkatkan penguasaan literasi digital
Hari Keselamatan Internet bagi mengekang dan meningkatkan kesedaran keselamatan
penularan jenayah siber. Namun, dalam konteks dalam teknologi, dan dalam masa yang sama
pendidikan keselamatan siber, masih kurang membantu menghasilkan persekitaran
perhatian dan inisiatif yang diambil oleh teknologi yang lebih selamat. Bagi memastikan
kerajaan. Walaupun terdapat perancangan kesedaran kewarganegaraan digital ini dipupuk
untuk memperkenalkan modul Kesedaran dalam masyarakat, kerjasama antara kerajaan,
Keselamatan Siber di sekolah rendah dan badan bukan kerajaan, pihak swasta dan para
sekolah menengah yang merangkumi topik akademik adalah sangat diperlukan bagi
berkaitan adab dalam talian, namun ianya memperkasakan pendidikan keselamatan siber

masih tidak mencukupi. Ini kerana pendidikan di Malaysia. Selain itu, Malaysia perlu merujuk
keselamatan siber perlu diperkasa secara kepada amalan terbaik negara-negara maju
holistik kepada setiap lapisan masyarakat bagi dalam membangunkan pendidikan keselamatan
memupuk kesedaran kewarganegaraan digital. siber yang komprehensif. Institusi pendidikan
Dalam pendidikan keselamatan siber, salah satu juga harus bersedia untuk mewujudkan
elemen utama yang harus diberi tumpuan ialah kurikulum pendidikan keselamatan siber
kesedaran kewarganegaraan digital. sebagai kursus wajib kepada pelajar dan
menawarkan program dalam bidang
Apa itu kewarganegaraan digital? keselamatan siber di peringkat ijazah. Jika
Kewarganegaraan digital atau ‘digital semua pihak termasuk masyarakat memberikan
citizenship’ didefinisikan sebagai norma yang komitmen sepenuhnya dalam membudayakan
sesuai, penerapan nilai murni dan sikap pendidikan keselamatan siber, Malaysia dapat
kebertanggungjawaban dalam penggunaan mewujudkan masyarakat celik digital, sekali
teknologi digital. Konsep kewarganegaraan gus dapat mengurangkan ancaman dan jenayah
digital ini menekankan kepada kawalan kendiri siber di negara ini.
individu dalam menggunakan teknologi. Dalam

erti kata yang mudah, kewarganegaraan digital
ini mengajar tentang adab sebagai warga Dr. Norhafiza Mohd Hed
digital. Kewarganegaraan digital ini sangat Ketua Jabatan Pengajian Malaysia
signifikan kerana teknologi digital sentiasa Fakulti Sains Kemanusiaan
berubah dan sukar dikawal. Oleh itu, setiap Universiti Pendidikan Sultan Idris

e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 64

KOMENTAR







Keselamatan Dalam Melayari Internet


Cik Noor Adharina Alias
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Pusat Teknologi Maklumat

Universiti Kebangsaan Malaysia

Dalam dunia digital masa kini, melayari internet telah menjadi satu keperluan dalam menjalani
kehidupan seharian. Oleh itu, keselamatan dalam melayari internet adalah penting bagi
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kecurian wang dalan akaun
bank, kecurian identiti, kehilangan akaun media sosial, penipuan dan pelbagai lagi.

Beberapa tips yang saya kongsikan di bawah adalah sebagai langkah berhati-hati dan
peringatan untuk diri saya sendiri dan semua pelayar internet;

1. Menggunakan komputer di tempat awam
Sekiranya anda menggunakan komputer di tempat awam seperti di Siber Cafe, lapangan
terbang atau mana-mana fasiliti yang menyediakan komputer yang boleh di akses secara
percuma atau berbayar, yang memerlukan anda untuk log masuk, pastikan anda log keluar
setelah selesai menggunakannya. Jika anda tidak log keluar dengan betul, akaun anda akan
diakses oleh sesiapa sahaja dan boleh mengundang kepada risiko.

2. Menggunakan Wifi di tempat awam
Perkhidmatan Wifi di tempat awam kini sangat luas jaringannya. Biasanya perkhimatan Wifi
ini disediakan secara percuma sama ada di restoran, hotel, pejabat kerajaan, tempat
mencuci kereta, cafe dan banyak lagi. Namun, kelemahan Wifi di tempat awam adalah ia
boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Risiko ini muncul apabila pelayar internet tersebut adalah
dalam kalangan penggodam. Oleh itu, sebolehnya elakkan menggunakan Wifi di tempat awam
untuk mengakses akaun bank atau akaun yang mempunyai maklumat-maklumat sulit.



















Gambar hiasan.

e-BULETIN FSK 65

Gambar hiasan.


3. Kata Laluan
Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius, jangan sesekali berikan orang lain akses
kepada akaun dalam talian atau kata laluan anda. Kemudian pastikan semua akaun anda
dilindungi dengan kata laluan yang kukuh. Kukuh yang dimaksudkan ialah mempunyai huruf,
simbol, nombor beraneka yang sukar untuk digodam.

4. Maklumat peribadi
Jangan letakkan maklumat peribadi seperti nama anda, keluarga, bandar rumah, no kereta
atau umur di nama pengguna anda. Selain itu, lebih penting lagi, jangan berkongsi maklumat
peribadi dengan orang yang anda hanya kenal dalam talian sahaja. Kemudian, pengguna
internet yang ingin berkongsi nombor telefon, cara yang lebih selamat untuk berkongsi ialah
dengan menghantar mesej peribadi (PM) kepada individu yang ingin anda kongsikan.

5. Perisian keselamatan
Perisian keselamatan penting bagi melindungi maklumat dalam sistem komputer, rangkaian atau
sebarang peranti mudah alih. Selain itu, ia berfungsi mengawal akses pihak ketiga, memberikan
perlindungan data dan sistem dari virus atau gangguan jaringan internet serta mempertahankan
risiko keselamatan sistem lain. Oleh itu, amatlah perlu untuk mempunyai perisian keselamatan
seperti antivirus atau anti-spyware yang terkini. Diingatkan juga, elakkan daripada menggunakan
perisian keselamatan yang telah tamat tempoh kerana ia tidak akan melindungi data anda.

Secara keseluruhannya, kita sebagai pengguna dan pelayar internet harus cakna dan
mengambil tahu apa yang perlu dilakukan dan yang tidak sepatutnya dilakukan semasa melayari
internet. Perkara ini penting bagi memastikan keselamatan diutamakan dengan mencegah sebelum
kita terkena perdaya.



Cik Noor Adharina Alias

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia


e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 66

HUBUNGI KAMI






Sekiranya anda ingin berkongsi sebarang artikel dengan kami, hantarkan penulisan anda
dengan email kepada [email protected] atau menghubungi terus ketua bahagian
penulisan. Kami sangat mengalu-alukan pembaca untuk menyumbangkan artikel atau
berita kepada kami.







Dr. Noor Hadzlida binti Ayob (Ketua)
[email protected]
Dr. Muhammad Ridhwan bin Sarifin
[email protected] Dr. Siti Zahrah binti Mahfood (Ketua)
En. Mohd Razali bin Harun [email protected]
[email protected] Cik Noorkharilhuda bin Ibrahim
Pn. Wan Noor Zeiti binti Wan Abdul Rashid [email protected]
[email protected] En. Muhammad Nur Aizuddin bin Norafandi
[email protected]




Dr. Murihah binti Abdullah (Ketua)
[email protected]
Dr. Wan Noorlizawati binti Wan Mat Ali Dr. Vasanthan A/L Gurusamy (Ketua)
[email protected] [email protected]
En. Shuhir Karmawi bin Abdul Aziz Dr. Marshelayanti binti Mohamad Razali
[email protected] [email protected]
Pn. Nurashikin binti Kamaruzaman Pn. Rozimah binti Hamdan
[email protected] [email protected]
Cik Natasya Farina binti Rashid
[email protected]


Dr. Sakinah binti Salleh (Ketua)
[email protected]
Dr. Wan Muhammad Hafizuddin b. Wan Abd Halim
[email protected] Dr. Siti Noranizahhafizah binti Boyman (Ketua)
Pn. Norfarah Hanani binti Abu Kassim [email protected]
[email protected] En. Irwan Hamdi bin Mohamad
Pn. Sara Shakilla binti Mohd Salim [email protected]
[email protected] Pn. Yanty Marhainis binti Omar
[email protected]













e-BULETIN FSK EDISI 2 BIL. 1/2022 67

EDISI 2 | BIL. 1 / 2022



FSK FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
35900, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
TERUS CEMERLANG https://www.fsk.upsi.edu.my
[email protected] [email protected]


Click to View FlipBook Version