The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan Sekolah bagi SK Ampang untuk sesi persekolahan 2022 - 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-39326244, 2022-06-19 22:00:52

Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Ampang

Buku Pengurusan Sekolah bagi SK Ampang untuk sesi persekolahan 2022 - 2023

Keywords: buku pengurusan sekolah,manual pengurusan sekolah,sk ampang,sekolah kebangsaan ampang,pengurusan sekolah

DASAR DAN KETETAPAN SEKOLAH

17. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
a. Guru yang masuk ke kelas perlu megimbas Kod QR rekod kawalan
kelas sebagai eviden keberadaan guru.
b. Penyelaras bilik-bilik khas - menyediakan buku rekod penggunaan
bilik, buku rekod penggunaan alatan/radas/bahan/visual / buku rekod
pinjaman peralatan, jadual penggunaan bili-bilik tersebut
c. Jadual penggunaan bilik-bilik khas mesti diserahkan kepada Puan
Guru Besar pada 20 Mac 2022 dan disebarluaskan kepada kelas-kelas
untuk makluman dan tindakan.
d. Mulai sesi 2022, semua guru juga dikehendaki mencatatkan sumber
pendidikan yang digunakan ketika PdPc dalam Buku Rekod Kawalan
Kelas.
e. Setiap suku tahun,Buku Rekod Kawalan Kelas perlu dihantar ke
pejabat untuk diverifikasi dan proses membuat analisis penggunaan
sumber pendidikan.

18. BILIK GURU
a. Keselamatan Bilik Guru tanggungjawab semua guru
b. Non-tenching period ’ bukan ‘free period’ (SPI Bil. 3/1981)
c. Tiada sekatan untuk makan di kantin ketika ‘Non-tenching period ’
tetapi kawal waktu makan – Jangan Bersembang Berlebihan @
Membuang Masa
d. Gunakan ‘Non-tenching period ’ untuk buat ABM/ rancang dan buat
RPH berkualiti / buat dokumentasi / dll
e. Murid tidak digalakkan masuk
f. Memastikan suasana Bilik Guru tidak mengganggu mana-mana pihak.
g. Menjadi ruang bekerja yang kondusif – hias dan kemas

19. PBPPP DAN LNPT

a. Pengerusi membentangkan prestasi PBPPP dan LNPT Guru dan AKP

bagi tahun 2022.

b. Tahniah diucapakan kepada semua warga sekolah kerana 100%

mencapai markah 85% ke atas.

c. Senarai Pegawai penilai 1 dan 2 akan diedarkan pada minggu pertama

persekolahan

d. Bermula 21 Mac 2022 sehingga pertengahan bulan November 2022.

e. Sediakan Borang Keberhasilan dan bincang dengan PP1 – KPI

keberhasilan perlu relevan

f. Penilaian kali pertama pada minggu pertama Mei 2022 dan kedua

pada minggu ketiga Oktober 2022.

g. BRM adalah evidence paling utama.

h. LDP berkaitan akan dilaksanakan pada Mei 2022.

i. Semua ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap keputusan yang

telah dicapai dan akan memberikan komitmen seperti yang telah

dipersetujui 201

DASAR-DASAR

KURIKULUM

202

DASAR-DASAR KURIKULUM

LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah bidang utama atau core business bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.

1. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:
a. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
b. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
c. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri.

2. DASAR-DASAR
a. Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan,
kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek jasmani,rohani,mental
dan emosi.
b. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
c. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
d. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan
kurikulum semasa.
e. Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik mestilah diberikan keutamaan.

3. MESYUARAT
a. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 )
kali setahun mengikut piawaian jabatan pendidikan bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan,masalah dan isu kurikulum di sekolah serta
tindakan susulan.
b. Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di
dalam PKPA 2/1991.
c. Mesyuarat Panitia pula perlu dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun
dan minit mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh seminggu selepas
tarikh mesyuarat.
d. Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 (Tiga) hari
sebelum tarikh mesyuarat.

203

DASAR-DASAR KURIKULUM

e. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan
pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan maklumbalas yang
sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.

f. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak
Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-Ketua Panitia dipertanggungjawabkan
sepenuhnya.

4. PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN
a. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling
Iktisas Bil 4 / 1986
b. Kejayaan murid dalam matapelajaran, prestasi peperiksaan awam, motivasi
dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di
dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi
dengan optimum untuk saling bekerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman
dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan keberkesanan
pengajaran.
c. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada
TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran.
d. Semua panitia mestilah berusaha mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan
para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.
e. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh
pentadbir sebagai penasihat. Satu salinan minit mesyuarat panitia
hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.

5. SISTEM FAIL
a. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
b. Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi –
putih ).
c. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua
minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang
berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh ketua panitia.
d. Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas
mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran
sekolah.

204

DASAR-DASAR KURIKULUM

6. PAKEJ MATAPELAJARAN
a. Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
b. Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) – Dua Belas ( 12 ) Mata Pelajaran.

7. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
a. Sukatan Pelajaran (SP),Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan
mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses
pembelajaran dan pemudahcaraan.
b. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia hendaklah disimpan oleh setiap guru.
c. Satu salinan SP,HSP, DSKP dan RPT bagi setiap mata pelajaran mestilah
disimpan di dalam fail panitia.
d. Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan
objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP dan DSKP kepada objektif
pentaksiran dan juga mempraktikkannya dalam proses PdPc di dalam kelas,
dengan itu setiap guru harus mahir tentang konstruk-konstruk pentaksiran
bagi mata-mata pelajaran yang diajar.
e. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) hendaklah mengikut format
yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-
masing.
f. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
menggunakan e-RPH sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran.
g. Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk
menilai tahap pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru
bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.
h. Fail Rekod Mengajar (e-RPH) mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran
sekolah setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak
dan disahkan.
i. Semua guru mesti dapat menunjukkan RPH dalam apa jua cara apabila
diminta oleh pihak berkeperluan pada bila-bila masa.
j. Semua guru mesti menerapkan elemen Pembelajaran Abad Ke 21 iaitu
komunikasi, kolaborasi, kritis, kreatif dan nilai ( 4K1N ) serta menggunakan
ABM dan kemudahan ICT untuk memaksimakan keberhasilan PdPc.
k. Kualiti pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan menguasai kaedah-
kaedah terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti
perkembangan staf (LDP) dan Professional Learning Community (PLC).

205

DASAR-DASAR KURIKULUM

8. SPI DAN AKTA JADUAL WAKTU
Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan pada:
a. Akta Pendidikan 1996
b. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 8 Tahun 2016 - Perlaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017)
c. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 7 Tahun 2016 - Perlaksanaan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017)

9. JADUAL WAKTU
a. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan guru serta pentadbir dalam mesyuarat jadual
waktu.
b. Ketetapan 42 minggu waktu PdPc setahun bagi tahap 1 manakala 40 minggu
waktu PdPc setahun bagi tahap 2. Bilangan minggu persekolahan setahun
adalah 43 minggu termasuk minggu peperiksaan.
c. Dasar pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberikan kepada guru opsyen
dan kepakaran guru.
d. Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu
Guru Ganti.
e. Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan
oleh Pihak Pentadbiran Sekolah.
f. Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru
penyelaras Bilik-bilik Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah
siap. Satu salinan jadual mestilah diserahkankan kepada pihak pentadbiran
sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat.
g. Bilik-Bilik Khas yang terlibat untuk PdPc adalah Pusat Sumber, Makmal
Komputer, Bilik Sains, Bengkel RBT, Surau, Bilik J-Qaf, Bilik Muzik, dan Bilik
Moral.

13. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)

a. Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris selaras dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu

MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa

Inggeris.

b. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,

seterusnya meningkatkan ketrampilan murid dan pada masa yang sama

meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Hal ini adalah kerana

pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.

c. Keberkesanan proses pembelajaran dan pemudahcaraan mestilah dinilai

oleh guru mata pelajaran, murid dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi

PdPc berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan

daya tumpuan pelajar di dalam kelas dengan merujuk borang pencerapa2n06
Standard 4 SKPMg2.

DASAR-DASAR KURIKULUM

d. Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi
pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh
sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran
tersebut.

e. Pembelajaran dan pemudahcaraan menggunakan stesen-stesen
pembelajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan
dikembangkan secara berterusan.

f. Proses Pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas juga mesti
memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai
sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.

g. Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan aktiviti dan soalan-
soalan aras tinggi (HOTS: Higher Order Thinking Skills Questions)

14. GURU GANTI
a. Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti
Rehat Khas oleh Guru Besar hendaklah perlu memaklumkan kepada GPK
pentadbiran sekolah lebih awal untuk disediakan guru ganti bagi kelas guru
tersebut.
b. Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk
kelas yang ditinggalkan. Guru yang menggantikan pula harus menjalankan
PdPc seperti biasa menggunakan bahan pengajaran yang ditinggalkan
kepada murid.
c. Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang
telah diarahkan dan bertanggungjawab untuk setiap perkara yang berlaku di
dalam kelas tersebut.

15. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

a. Peperiksaan Dalaman iaitu Peperiksaan Setengah Tahun dan Peperiksaan

Akhir Tahun dilaksanakan hanya untuk murid Tahap 2 sahaja bagi mengesan

pencapaian dan kefahaman murid.

b. Markah peperiksaan perlu diisi oleh guru matapelajaran melalui laman web

SAPS mengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan

Dalaman.

c. Pentaksiran Bilik Darjah pula dilaksanakan untuk semua murid Tahap 2 dan

Tahap 1. Namun, Guru Matapelajaran dan panitia perlu membuat

Pentaksiran Bilik Darjah secara mendalam, konsisten, dan tepat terutama

untuk murid Tahap 1 kerana tiada lagi peperiksaan.

d. Hasil pentaksiran perlu diisi oleh guru matapelajaran melalui laman web atas

talian mengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha Pentaksiran Bilik

Darjah (PBD).

e. Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa

untuk ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran

murid-murid diadakan semasa Hari Bicara Akademik yang dijalankan selepas

peperiksaan. 207

DASAR-DASAR KURIKULUM

16. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN
a. PdPc guru matapelajaran akan dicerap dua kali setahun untuk membantu
guru membaiki dan memantapkan PdPc.
b. Pengurusan Panitia juga akan dipantau dua kali setahun untuk memastikan
panitia melaksanakan aktiviti yang direncana.
c. Buku latihan dan buku kerja akan dipantau dua kali setahun untuk
menyemak latihan dan tugasan yang diberikan kepada murid.
d. Pencerapan boleh diadakan secara formal dan tidak formal melalui
Professional Walk oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.

208

DASAR-DASAR

HAL EHWAL MURID

209

DASAR-DASAR HAL EHWAL MURID

1. MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai
individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif
dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan
potensi kepimpinan.

2. OBJEKTIF
a. Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal
Murid yang lebih menyeluruh.
b. Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu
kecemerlangan di peringkat sekolah.
c. Menyediakan dan membina kemenjadian murid yang bersahsiah terpuji,
berketrampilan dan berpewatakan baik.

3. DASAR AM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
a. DASAR 1: TENAGA PENGAJAR
i. Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada
semua pelajar.
ii. Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam
semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.
iii. Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama,
bertimbang rasa, dan kasih sayang.
b. DASAR 2: PENDAFTARAN MURID
i. Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa
sekatan.
ii. Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod
pendaftaran dan ke dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).
c. DASAR 3: PELANTIKAN PENGAWAS
i. Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.
ii. Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh panel khas
perlantikan.
iii. Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh
Guru-guru Lembaga Disiplin Sekolah dan Guru Besar
iv. Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung tahun untuk
persediaan pakaian murid.

210

DASAR-DASAR HAL EHWAL MURID

d. DASAR 4 : PENGURUSAN DISIPLIN
i. Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
ii. Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan
Semua Penolong Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin.
iii. Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke
Lembaga Disiplin.
iv. Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak
untuk yang serius atau berulang melebihi 4 kali.
v. Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan”
dalam menangani permasalahan disiplin pelajar.
vi. Ibubapa atau penjaga yang tidak hadir ke sekolah, perlu
memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.
vii. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari
berturut-turut dikira ponteng sekolah.
viii. Guru perlu memasukkan 10 amalan baik murid ke dalam Sistem
Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) setiap bulan.
ix. Guru juga boleh melaporkan sebarang salah laku murid ke dalam
SSDM untuk tindakan lembaga disiplin sekolah.

e. DASAR 5: KEBAJIKAN MURID
i. Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa
cuba dibantu melalui jawatankuasa sekolah.
ii. Sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin
memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini.
iii. Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang
bermasalah demi menjaga maruah pelajar tersebut.
iv. Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan
berikut;

✓ RMT & SUSU (pendapatan kurang daripada RM450.00 atau
purata RM110.00)

✓ EMK (ELAUN MURID KHAS) RM150 sebulan x 12 bulan
(tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk
menerima EMK pada tahun tersebut).

✓ KWAPM - murid yang tercicir dari persekolahan. (Pendapatan
kurang daripada RM750 atau perkapita RM170)

✓ SPBT (semua murid layak menerima mulai tahun 2008)

211

DASAR-DASAR HAL EHWAL MURID

f. DASAR 6: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
i. Semua murid berhak mendapat khidmat guru bimbingan dan
kaunseling yang dilantik.
ii. Guru bimbingan dan kaunseling mestilah bekerjasama dengan pihak
pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel,
ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan
luar yang berkaitan.

g. DASAR 7: KESELAMATAN SEKOLAH
i. Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang
mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
ii. Ibu bapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu
menulis nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak
pejabat.
iii. Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
iv. Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
v. Alat pemadam api mesti diselia dan diganti 2 kali setahun.
vi. Latihan kebakaran di sekolah perlu dijalankan sekurang-kurangnya 2
kali setahun.
vii. Kawalan keselamatan oleh pengawal Keselamatan 24 jam sehari.
Seorang pengawal pada waktu siang dan 2 orang pada waktu malam.

h. DASAR 8: KESIHATAN
i. Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik
melalui program-program yang dirancang seperti :
✓ Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun
✓ Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6
✓ Program RMT
✓ PdPc Pendidikan Jasmani & Kesihatan
✓ Ceramah dan kempen tentang bahaya dadah
✓ Ceramah dan kempen tentang keselamatan diri
✓ Ceramah dan kempen tentang keselamatan jalanraya.
ii. Guru Kelas mestilah mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar
daripada ibu bapa / penjaga.
iii. Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa
berada sekolah.
iv. Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa
menghubung penjaga terlebih dahulu
v. terhadap kes-kes yang kronik.
vi. Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah Kesihatan.
vii. Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk sekurang-
kurangnya sekali setahun.

212

DASAR-DASAR HAL EHWAL MURID

h. DASAR 9: KECERIAAN & KEBERSIHAN
i. Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid bagi memastikan kelas
berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk proses pembelajaran
berlaku.
ii. Pekerja swasta akan membersihkan kawasan sekolah.
iii. Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-
kurangnya sekali setahun.

i. DASAR 10: DATA & REKOD
i. Semua kemasukan murid mestilah direkod dalam Buku Pendaftaran
Murid / Buku Agung.
ii. Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa disimpan
dalam Sistem APDM oleh guru kelas.
iii. Guru kelas juga perlu mengemaskini fail murid setiap tahun bagi
memastikan fail tersebut dapat diberikan kepada murid pada akhir
tahun enam pembelajaran di SK Tengku Mariam.

213

DASAR-DASAR

KOKURIKULUM

214

DASAR-DASAR KOKURIKULUM

1. Objektif Bidang Kokurikulum SK Ampang

Mewajibkan murid tahun 4 hingga tahun 6 menyertai satu pasukan unit

beruniform, satu kelab dan persatuan serta satu sukan dan permainan yang

ditetapkan oleh pihak sekolah.

a. Membentuk murid menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan juga sosial melalui aktiviti dan program unit beruniform,

kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

b. Memastikan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dapat dilaksanakan dengan

berkesan.

c. Memastikan 100% murid terlibat dalam program dan aktiviti di peringkat

sekolah, zon, Negeri, Kebangsaan dan juga Antarabangsa.

d. Membudayakan pemikiran inovatif & kreatif melalui penglibatan dalam

kokurikulum

e. Membudaya KBAT dan HIP dalam setiap aktiviti / Program yang dilaksanakan.

2. Dasar Am Pengurusan Kokurikulum

a. Dasar Pembangunan Sukan

i. Setiap murid berhak terlibat dengan sekurang-kurangnya satu jenis

sukan dan permainan yang disenaraikan.

ii. Guru haruslah sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan tentang

sukan dan permainan terkini bagi memastikan kemahiran dan minat

murid dalam bidang sukan dan permainan dapat dibentuk dengan

baik.

b. Dasar Lokasi Kokurikulum

i. Semua aktiviti kokurikulum merangkumi semua bidang perlu

dilaksanakan dan dianjurkan di lokasi yang telah pun ditetapkan.

Maklumkan kepada GPK Kokurikulum jika terdapat sebarang

perubahan tempat.

ii. Guru haruslah memastikan tempat yang dipilih adalah sesuai untuk

menjalankan sebarang aktiviti dengan selamat, menarik dan

memberikan impak tinggi.

c. Dasar Papan Kenyataan Kokurikulum

i. Setiausaha Kokurikulum dan Sukan mesti mengemaskini papan

kenyataan kokurikulum dengan info dan maklumat terkini sekolah.

ii. Setiap Unit Badan Beruniform juga mesti mengemaskini papan

kenyataan masing-masing dalam masa tiga bulan pertama bermula

bulan Januari.

d. Dasar Laporan Aktiviti Kelab Persatuan / Unit Beruniform / Sukan

Permainan / Projek Gemilang

i. Ketua setiap unit perlu memastikan SEMUA maklumat / butiran / data yang

terkandung dalam buku laporan aktiviti perlu disedia dan dikemaskini dari

semasa ke semasa.

ii. Rekod Laporan Aktiviti perlu dihantar kepada GPK Kokurikulum selepas

tamat aktiviti kokurikulum untuk penyemakkan dan pengesahan.

iii. Penyelaras bagi setiap unit bertanggungjawab bagi memastikan ketetapan

dipatuhi 215

PENDIDIKAN SIVIK
PENERAPAN NILAI MURNI 2022

BULAN NILAI PENERAPAN

JANUARI • Sayangi diri
Sayangi Keluarga
FEBRUARI Kasih Sayang • Sayangi Komuniti Sekolah
MAC • Cinta Akan Negara
APRIL Hormat • Sentuhan Selamat
MEI Menghormati • Sopan Santun Terhadap keluarga
JUN • Menghargai Orang KurangUpaya
JULAI • Menghormati Warga Sekolah
OGOS • Celik Wang
• Berdisiplin
SEPTEMBER Bijak Teknologi maklumat
OKTOBER Bertanggungjawab • Rajin
NOVEMBER • Berfikiran Positif
Kebersamaan
• Kemesraan
Interaksi Sihat
• Penjimatan Sumber
Pemilioharaan dan Pemuliharaan Flora dan Fauna
Kegembiraan • Sayangi Sesama Manusia
Kasih Sayang • Saya Anak Malaysia
• Malu Melakukan Perkara Negatif
Hormat • Menghormati Kepelbagaian Agama Bangsa
• Budaya dan Bahasa
• Menghormati Undang-undang Jalan Raya
• Mematuhi Peraturan Setempat
• Menjaga Persekitaran Sekolah
• Hak Asasi Kanak-kanak
Jujur
Menghormati • Menghargai dan Menepati Masa
Sahabat
• Jasamu Dikenang
Negaraku Merdeka
• Bersyukur
Menghayati Rukun Negara
Bertanggungjawab • Mengekalkan Warisan dan Budaya Malaysia
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia Tanah Air Ku
• Toleransi
Hindari Rasuah
• Menghargai Alam Sekitar (amalan 3K)
Negaraku Aman
Kegembiraan • Katakan “Tidak” Pada Rokok
• Celik Cukai
Jenayah Siber




Kasih Sayang •




Hormat •


Menghormati •





Bertanggungjawab •



216

PANDUAN

GURU KELAS

217

PANDUAN GURU KELAS / PEMBANTU GURU KELAS

1. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
a. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong
Ketua Darjah, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan,
b. Memastikan AJK Kebersihan menjalankan tugas untuk membersihkan papan
hitam, menyapu lantai, mengelap cermin tingkap, menyusun kerusi meja
dan membuang sampah.
c. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan
papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga
(jika perlu) untuk kelas.

2. MENENTUKAN PERKARA-PERKARA YANG BERIKUT ADA DI DALAM KELAS:
a. Jadual Waktu
b. Jadual Bertugas
c. Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar, meja guru dan papan hitam
diinventorikan.
d. Alatan pembersih seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
e. Mempamerkan inventori kelas masing-masing.
f. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
g. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada Guru
Pembangunan (GPK Kokurikulum).
h. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3. JADUAL KEHADIRAN MURID (eKEHADIRAN / APDM )
a. Menandakan jadual kedatangan (ekehadiran/APDM) setiap hari selewat-
lewatnya sebelum waktu kedua berakhir .
b. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas diisi dan dilengkapkan
didalam sistem APDM.
c. Memastikan kelas mempunyai Buku Rekod Melindungi Masa Instruksional
(MMI) dan diselenggarakan seperti yang diarahkan:
• Guru Mata Pelajaran hendaklah menandatangani Buku MMI setiap
kali menjalankan PdPc di dalam kelas.

4. LAPORAN PELAJARAN, SIJIL BERHENTI, SURAT AKUAN DAN KAD KESIHATAN
a. Memastikan setiap pelajar mempunyai Fail Peribadi Murid.
b. Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum
dan sahsiah dalam Fail Peribadi Murid bagi setiap penggal / semester.
c. Menyampaikan rekod kemajuan pelajar kepada ibu bapa untuk
ditandatangani
d. Menyedia dan mengisi
• Laporan PBD / SAPS bagi setiap peperiksaan sekolah.
• Sijil Berhenti dan Surat Akuan Pelajar.

218

PANDUAN GURU KELAS / PEMBANTU GURU KELAS

5. MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DAN DISIPLIN
a. Memberikan galakan, motivasi dan memberangsangkan minat murid terhadap
akademik.
b. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dam memberikan hadiah
(jika perlu).
c. Sentiasa prihatin setiap masalah pelajar.
d. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan
dalam kalangan pelajar.
e. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat pelajar yang
mengalami masalah kesihatan. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling jika terdapat masalah pelajar melanggar disiplin sekolah.

6. BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN
a. Skim Pinjaman Buku Teks diagih kepada pelajar yang layak,mengemaskini fail SPBT
dari semasa ke semasa.
b. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama
pelajar yang tidak memulangkan buku teks dan serahkan kepada Guru SPBT.
c. Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan kepada
Guru Kebajikan.

7. KUTIPAN SUMBANGAN DAN DERMA
a. Mengutip sumbangan pada awal tahun.
b. Mengutip sumbangan PIBG, bayaran persekolahan dan mengeluarkan resit bagi
pembayaran.
c. Menyerahkan semua sumbangan PIBG dan bayaran persekolahan kepada Guru
Besar dan Bendahari PIBG.

8. PENDAFTARAN PELAJAR BARU
a. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan
nombor pendaftaran pelajar baharu daripada Guru Penolong Kanan HEM.
b. Menentukan kad kemajuan pelajar dari sekolah terdahulu.
c. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

9. MURID PINDAH KELUAR
a. Memastikan Fail Murid disempurnakan.
b. Memastikan buku Teks SPBT, hal-hal PBD, Buku Kesihatan disediakan dan lengkap.

10. PENDAFTARAN SUKAN, PEMANTAUAN DAN LAIN-LAIN
a. Memastikan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
b. Memastikan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai
nama mereka mengikut peraturan, kelab dan badan beruniform yang dipilih
kepada Penyelaras Kokurikulum.

219

PANDUAN

GURU BERTUGAS

220

PANDUAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. TUGASAN AM GURU BERTUGAS MINGGUAN
a. Bertanggungjawab dalam tempoh sepanjang minggu bertugas.
b. Guru bertugas mingguan hendaklah datang awal (15 minit awal) dan pulang
15 minit selepas loceng dibunyikan bagi memastikan tiada apa-apa kejadian
yang berlaku.
c. Bertanggungjawab membuat laporan bertulis dalam:
i. Buku Laporan Guru Bertugas Harian
ii. Buku Laporan Ucapan Perhimpunan Rasmi
d. Menyelia kebersihan tandas dan kantin.
e. Membuat rondaan di seluruh bangunan sekolah terutama pada waktu rehat
bagi mengelakkan tiada murid makan di merata tempat dan tiada sampah
bertaburan.
f. Mengawasi disiplin pelajar dan mengambil tindakan segera dan munasabah
sekiranya ada murid yang melanggar peraturan sekolah.
g. Sentiasa peka terhadap apa juga yang berlaku sepanjang minggu bertugas.
h. Bertanggungjawab merancang perhimpunan mingguan dan harian jika perlu
serta membuat pengumuman dari masa ke semasa jika dikehendaki berbuat
demikian. Mengumumkan semua jenis pengumuman dari guru-guru lain.

2. TUGASAN GURU BERTUGAS 1 – MEMASTIKAN:
a. Perhimpunan mingguan berjalan lancar dan mengikut protokol.
b. Bendera Malaysia, Negeri Selangor dan sekolah dikibarkan mengikut
susunan yang betul.
c. Pengawas bertugas menaikkan bendera semasa nyanyian lagu.
d. PA Sistem disediakan dan berfungsi degan baik.
e. Kaset atau CD lagu siap sedia dimainkan degan bantuan pengawas.
f. Menyampaikan ucapan & pengumuman maklumat yang berkaitan.
g. Menguruskan kehilangan barang atau penemuan barang.
h. Menghantar murid sakit ke klinik atau pulang ke rumah jika keadaan sakit
murid serius.
i. Membuat rondaan di Blok A dan pada waktu rehat bagi memastikan semua
murid makan di kantin.
j. Membuat ulasan sepanjang minggu bertugas.

221

PANDUAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

3. TUGASAN GURU BERTUGAS 2 – MEMASTIKAN:
a. Membuat catatan laporan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas, Laporan
Ucapan Mingguan
b. Mengawasi murid-murid supaya senyap semasa perhimpunan rasmi
berlangsung.
c. Menyelia murid mematuhi peraturan di kantin semasa rehat.
d. Menyelia kebersihan sekolah dan kantin termasuk tandas.
e. Membuat rondaan di Blok B dan memastikan semua murid berada di kantin
semasa rehat.

4. TUGASAN GURU BERTUGAS 3 – MEMASTIKAN:
a. Membuat rondaan di bangunan pusat sumber pada awal pagi dan waktu
rehat bagi memastikan disiplin murid terkawal. Juga termasuk kebersihan
kawasan dan bilik air di bangunan tersebut.
b. Murid-murid senyap semasa perhimpunan mingguan rasmi berlangsung
dan pulang ke kelas dalam keadaan teratur.

5. TUGASAN GURU BERTUGAS 4 – MEMASTIKAN:
a. Membuat rondaan di bangunan pentadbiran pada awal pagi dan waktu
rehat bagi memastikan disiplin murid terkawal. Juga termasuk kebersihan
kawasan dan bilik air di bangunan tersebut.
b. Murid-murid senyap semasa perhimpunan mingguan rasmi berlangsung
dan pulang ke kelas dalam keadaan teratur.

222

PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN SEKOLAH

223

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

224

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

225

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

226

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

227

DASAR-DASAR

PERHIMPUNAN SEKOLAH

228

DASAR PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH

1. PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH
a. Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Ahad mulai 7.20 pagi.
Oleh sebab itu waktu perhimpunan dimasukkan ke dalam jadual waktu,
maka semua guru diwajibkan menghadirinya.

2. GURU BERTUGAS MINGGUAN DIMESTIKAN:
a. Datang lebih awal sepanjang minggu bertugas dan membuat pengumuman
kepada semua murid supaya berada di Dewan SKA

3. ATUR CARA PERHIMPUNAN HARIAN SEKOLAH

Masa Aturcara Tindakan

7.15 pagi Guru mengambil tempat duduk di atas Guru Bertugas
7.20 pagi pentas dan murid mengampil tempat mengatur kedudukan
duduk mengikut kelas. murid
7.30 pagi Ketibaan Guru Besar / GPK / Tetamu
Pengawas sebagai
7.38 pagi Nyanyian lagu rasmi: pengacara majlis
7.40 pagi 1. Lagu Negaraku
7.55 pagi 2. Lagu Negeri Selangor Pengawas sebagai
Ikrar Rukun Negara & Ikrar Murid Music Conductur dan
memainkan lagu
Bacaan Doa
Pengawas sebagai
1. Sesi Penyampaian Hadiah / Sijil / pembaca ikrar
Pingat kepada murid atau guru
Pengawas sebagai
2. Pengumuman aktiviti / program pembaca doa
mingguan sekolah
Guru Bertugas sebagai
Tema Mingguan – Guru bertugas pengacara majlis

Ucapan Guru Besar atau Guru Penolong SLB / Pengawas /
Kanan Murid
Penutup Bacaan Surah Wal’As dan tasbih
Kifarah Pengawas sebagai
Guru matapelajaran membawa murid pengacara majlis
masuk ke kelas untuk PdPc
Pengawas sebagai
pengacara majlis

Guru Bertugas
mengatur pergerakan
murid

229


Click to View FlipBook Version