MESYUARAT
KOKURIKULUM
KALI PERTAMA
SMK DURIAN TUNGGAL No. Kod Sekolah : MEA 0101
No. Tel. Sekolah : 06-5531269
76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA.
Rujukan Kami :SMKDT/MT7001/17/MES(1)
Tarikh : 23 Disember 2018
Kepada :
Semua guru,
Tuan/Puan,
MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2019
Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mesuarat kokurikulumkali pertama akan
diadakan pada:
Tarikh : 31 Disember 2018
Masa : 11.30 pagi
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Transformasi Dutass
2. Bersama-sama ini disertakan agenda mesyuarat untuk pengetahuan dan tindakan tuan/puan.
1. Ucapan Pengetua
2. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Taklimat Penyelaras Kokurikulum
4. Hal-hal lain
3. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
….…………………………..
(ANITA BINTI ISHAK)
SETIAUSAHA KOKURIKULUM
SMK DURIAN TUNGGAL No. Kod Sekolah : MEA 0101
No. Tel. Sekolah : 06-5531269
76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA.
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA
TARIKH : 31 DISEMBER 2018
MASA : 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN TRANSFORMASI DUTASS
KEHADIRAN :
Semua guru hadir kecuali :
1. Pn Aminah bt Anna (CB)
2. Pn.Hazlina bt Jaiton (MC)
3. Pn.Nur Fariza bt Hawari (CB)
4. Pn. Siti Halijah bt Mat Dros (bersebab)
5. Pn. Rafidah bt Mohd Saad (bersebab)
6. En Mohd Raimi b Rahim ( bersebab)
7. Pn Noorsyafiza bt Abd Rahman (bersebab)
8. Pn Noorafizah bt Hussin (bersebab)
9. Pn.Siti Salwah bt Mamat (bersebab)
10.Pn Yuziana bt Mohd Lawee (bersebab)
AGENDA MESYUARAT :
1. Ucapan Pengetua
2. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Taklimat Penyelaras Kokurikulum
4. Hal-hal lain
1. UCAPAN PENGETUA
1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha sama
guru-guru membangunkan kokurikulum sekolah sepanjang 2018.
1.2 Memohon kerjasama dari semua guru untuk terus bersama-sama menjayakan program
sepanjang 2019 seperti yang telah ditetapkan. Bangkit Cemerlang Bersama.
1.3 Menekankan tentang intergriti penjawat awam berdasar pekeliling yang telah diedarkan.
1.4 Memohon kerjasama semua guru untuk menjaga keselamatan dan mengawal disiplin pelajar
sepanjang aktiviti berlansung.
Tindakan : Makluman semua guru
2. UCAPAN GPK KOKURIKULUM
2.1 Mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam menjayakan kokurikulum
sepanjang 2018 dan mengimbas kejayaan-kejayaan yang telah berjaya dicapai sepanjang tahun .
Beliau juga mengharapkan pada tahun ini kejayaan akan lebih cemerlang dengan momentum
“Bangkit Cemerlang Bersama”.
Tindakan : Makluman semua guru
2.2 Memaklumkan bahawa perjumpaan pertama kokurikulum akan bermula pada minggu ke dua
persekolahan. Aktiviti Kokurikulum 2019 akan diadakan pada waktu petang jam 2.10-5.00
petang dimana jam 2.10 - 2.40 adalah waktu makan dan solat bagi pelajar islam dan 2.40 - 5.00
perjumpaan koku. Menekankan bahawa kehadiran guru dan pelajar adalah wajib.
Tindakan : Makluman semua guru
2.3 Perhimpunan bulanan koku akan diadakan sebulan sekali iaitu minggu terakhir setiap bulan.
Segala pengumuman, laporan penyampaian anugerah dan hadiah boleh dibuat semasa
perhimpunan ini berlansung.
Tindakan : Makluman semua guru
2.4 Menerangkan tentang beberapa pekeliling khas yang patut dipatuhi dalam perlaksanaan
aktiviti kokurikulum.
Tindakan : Makluman semua guru
2.5 Program besar pada tahun 2019 adalah :
i) Merentas Desa (31 Januari 2019)
ii) Sukan Tahunan (April 2019)
Iii) Perkhemahan Badan Beruniform (April 2019)
iv) Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi (Julai 2019)
v) Pesta Bola Sepak PialaPatriotik (Ogos 2019)
Perincian bagi setiap program akan ditentukan dalam mesyuarat yang akan dimaklumkan
kelak.
Tindakan : Makluman semua guru
2.6 Perubahan besar telah dibuat dalam agihan tugas pada tahun 2019 dan guru-guru boleh
merujuk takwim untuk mengetahui tugas masing-masing.
2.6.1 Beberapa Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan dan Permainan
telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu dan mewujudkan beberapa kelab baru
mengikut keperluan.
2.6.2 Terdapat juga perubahan lokasi papan kenyataan dimana guru-guru penasihat boleh
merujuk dengan Pn.Anita dan papan kenyataan mestilah dilengkapkan selewat
lewatnya sebelum cuti Tahun Baru Cina.
2.6.3 Laporan Mingguan Pada tahun 2019 akan menggunakan google form di mana guru
penasihat boleh menghantar laporan menggunakan link yang diberi, QR code atau
melalui VLE frog. Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Pn Anita.
Tindakan: Guru yang berkenaan
2.7 Memberi taklimat mengenai buku rekod pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
(Kad PAJSK) Setiap pelajar MESTI memiliki dan membawa kad pajsk setiap kali perjumpaan BB,
KP, KSP, RUMAH SUKAN dan semua aktiviti, pencapaian mesti direkodkan
Tindakan: Guru yang berkenaan
2.8 Memperkenalkan Program Interaktif Bahasa Melayu (PIKeMB).
2.8.1 Ciri-ciri PIKeBM :
Kemahiran lisan
Peluang luas penggunaan bahasa
Lestarikan budaya berbahasa
Santai dan seronok
Aktiviti pengembangan bahasa
Penerokaan dan amali
2.8.2 Perlaksanaan KIT dalam aktiviti KOKU
Fahami KIT PIKeMB
Pilih dan sesuaikan kit mengikut silibus
Rancang aktiviti mengikut silibus
Sisipkan kit yang dipilih dalam aktiviti yang dilaksanakan
2.8.3 Contoh perlaksanaan akan di dimasukkan dalam telegram sekolah untuk rujukan guru-
guru penasihat.
Tindakan : Semua guru penasihat
2.9 Meminta kerjasama semua guru supaya menjadikan aktiviti kokurikulum satu aktiviti yang sihat
dan menyeronokkan demi membasmi gejala yang tidak baik di kalangan pelajar. Disamping
menjalankan aktiviti koku guru-guru boleh menyelitkan kesedaran tentang bahaya dadah,
rokok , vape, rempit, ponteng, hiv dan sebagainya. Pelajar perlu diingatkan selalu secara
berulang dari masa ke semasa
Tindakan : Semua guru penasihat
3. UCAPAN KETUA PENYELARAS KOKURIKULUM (TN.HJ RAMLI BIN ZAKARIA)
3.1 Aspek keselamatan perlu diberi keutamaan walau dimana berada. Sebarang aktiviti pelajar
mesti bersama guru. Kawalan disiplin dan keselamatan pelajar sebelum, semasa dan selepas
aktiviti kokurikulum adalah sangat penting dan harus diberi perhatian yang serius dan sentiasa
mengingatkan pelajar tentang keselamatan diri.
Tindakan : Makluman semua guru
3.2 Pelajar yang ponteng atau melakukan salah laku disiplin semasa perjumpaan kokurikulum
berlansung akan dikenakan tindakan disiplin dan surat amaran perlu dikeluarkan.
Tindakan : Semua guru penasihat
3.3 Tempat perjumpaan akan ditentukan oleh penyelaras dan akan dimaklumkan dalam telegram
Sekolah dan akan ditampal dipapan kenyataan untuk rujukan.
Tindakan : Makluman semua guru
3.4 Guru penasihat perlu menghantar perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada minggu
tersebut kepada Pn.Rosliza sebelum perjumpaan berlansung untuk tujuan pemantauan.
Tindakan : Semua guru penasihat
3.5 Senarai kehadiran pelajar untuk perjumpaan pertama mestilah mengikut senarai nama sedia
ada sahaja. Guru penasihat di ingatkan supaya tidak menerima pelajar yang nama tidak
tersenarai.
3.6 Tn.Haji Ramli menegaskan aktiviti kokurikulum seharusnya:
Menjadi pelengkap kepada kurikulum
Mengimbangkan perkembangan JERI setiap murid
Memperkayakan murid dengan pengalaman berharga
Mempersiapkan murid dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan
Magnet untuk membentuk iklim pembelajaran yang menarik minat murid ke sekolah
Membina dan meningkatkan disiplin murid
Alat perpaduan, muhibbah, integrasi nasional
Mampu mengisi masa lapang murid secara berfaedah
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Pn.Anita mengingatkan buku Pengurusan 2019 sama seperti tahun lepas. Guru penasihat
dikehendaki melengkapkan buku pengurusan koku dan menyerahkan kepada su koku untuk
tindakan selanjutnya.
Tindakan : Semua guru penasihat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang
Disediakan oleh: Di sahkan oleh:
______________________
_______________
(ANITA BT ISHAK)
Setiausaha Kokurikulum