SMK DURIAN TUNGGAL
Jalan Bukit Balai, 76100 Alor Gajah Melaka
DOKUMENTASI / LAPORAN
KURSUS TEKNIK PENANDAAN KERTAS
MATEMATIK TAMBAHAN
TARIKH : 8 APRIL 2019
HARI : ISNIN
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT: MAKMAL SAINS 2
“TOGETHER WE ACHIEVE EXCELLENCE : UNIT KURIKULUM / HEM / KOKURIKULUM 2019”
DOKUMENTASI dutass 2019
KANDUNGAN
Perkara
1.0 Pendahuluan:
2.0 Rasional / Matlamat:
3.0 Objektif:
4.0 Sasaran:
5.0 Jawatankuasa:
6.0 Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:
7.0 Perbelanjaan:
8.0 Ringkasan perjalanan program:
9.0 Kelemahan dan kekuatan:
10.0 Cadangan penambahbaikan:
11.0 Penutup:
“TOGETHER WE ACHIEVE EXCELLENCE : UNIT KURIKULUM / HEM / KOKURIKULUM 2018”
DOKUMENTASI dutass 2019
1.0 Pendahuluan.
Panitia Matematik Tambahan SMK Durian Tunggal merancang untuk melaksanakan kursus
teknik penandaan kertas matematik tambahan (kertas 1 dan kertas 2) supaya semua guru
didedahkan lebih awal teknik untuk memastikan pelajar dapat skor markah semasa
menjawab soalan. Ini merupakan salah satu langkah untuk membantu pelajar terutama
kumpulan yang lemah untuk lulus.
2.0 Rasional/ Matlamat
Membantu menambah kefahaman guru tentang teknik menjawab soalan dengan betul agar
dapat mengelakkan pelajar dari kehilangan markah semasa menjawab soalan.
3.0 Objektif
Panitia Matematik Tambahan SMK Durian Tunggal merancang untuk melaksanakan kursus
teknik penandaan kertas matematik tambahan (kertas 1 dan kertas 2) bagi :
1. Memberi pendedahan kepada guru tentang teknik yang betul penggunaan simbol
dalam menanda kertas SPM.
2. Mendedahkan guru kepada kaedah menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 yang betul
bagi mengelak kehilangan markah.
3. Perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua guru matematik tambahan terutama
guru yang baru mengajar
4.0 Sasaran
Semua guru matapelajaran Matematik Tambahan
5.0 Jawatankuasa
Penasihat 1 : Pn.Paridah bt Omar (Pengetua)
Penasihat 2 : Tn.Hj Zainal Abidan b Joned (GPK1)
: Pn. Rahimah bt Jalil (GPK HEM)
: Pn.Junaidah bt Ishak (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program: Pn. Norlijah bt Zakaria (GKMP Sains dan Matematik)
Setiausaha : Pn. Anita bt Ishak (Ketua Panitia Matematik Tambahan)
AJK : Pn.Sapura bt Suhaimi
Pn.Hazlina bt Jaiton
Pn.Noor Syafiza bt Abdul Rahman
Pn.Siti Aisah bt Abas
Jurugambar : Pn.Noor Syafiza bt Abdul Rahman
6.0 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
TARIKH MASA PERKARA
8 APRIL 2019 2.30 - 3.30 petang TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1
3.30 - 4.30 petang TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2
4.30 - 4.45 SESI SOAL JAWAB
7.0 Perbelanjaan
TIADA
8.0 Ringkasan perjalanan program:
Program ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Pn.Siti Aisah dan Pn.Sapura
memberikan tips-tips mudah untuk memastikan pelajar dapat skor markah dalam
peperiksaan. Kursus ini juga secara tidak langsung menerangkan kaedah memahami
kehendak soalan berdasarkan katakunci dari soalan tersebut seterusnya menerangkan
teknik untuk menyelesaikan masalah. Turut dibincangkan adalah topik yang mudah
yang boleh membantu pelajar untuk lulus.
9.0 Kelemahan dan kekuatan:
Kelemahan :
Kekangan masa setiap guru untuk hadir dan kursus ini memerlukan lebih masa.
Kekuatan :
Pn.Siti Aisah bt Abas dan Pn.Sapura bt. Suhaimi selaku guru yang berpengalaman
dibantu oleh guru-guru lain mencurahkan ilmu bersungguh-sungguh demi membantu
pelajar agar beroleh kejayaan yang cemerlang.
10.0 Cadangan penambahbaikan:
Panitia merancang untuk mengadakan kursus ini sekali lagi selepas peperiksaan
pertenghanan tahun.
11.0 Penutup:
Diharapkan agar program ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid
SMK Durian Tunggal dalam peperiksaan SPM khususnya dalam matapelajaran Matematik
Tambahan. Terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung
dalam membantu menjayakan program ini.
PENYAMPAIAN KURSUS TEKNIK PENANDAAN KERTAS MATEMATIKTAMBAHAN 2019