The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamsulakmal, 2022-05-25 15:52:50

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE-10 TAHUN 2022

BUKU PROGRAM PIBG KALI KE-10 TAHUN 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURIA
PERDANA

BATU PAHAT JOHOR

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)

KALI KE – 10
TAHUN 2022

TARIKH :
28 MEI 2022 (SABTU)

MASA :
9.00 PAGI
TEMPAT :
GOOGLE MEET

ISI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan
1 Ucapan Aluan Pengetua
2 Ucapan Aluan YDP PIBG
3 Aturcara Majlis

4 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-8 & 9 Tahun 2020 & 2021

5 Penyata Kira-Kira PIBG Tahun 2021/2022

6 Penyata Kirakira Program Kecemerlangan Tahun 2021/2022

7 AJK PIBG 2022/2023
8 Jawatankuasa Mesyuarat PIBG Kali Ke-10 Tahun 2022
9 Penghargaan

1 SMK SURIA PERDANA TS25

KATA ALUAN PENGETUA

Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Negaraku
Malaysia.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan
usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 10 dapat
diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari
ini ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi
dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan majlis kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi
pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan
kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan
dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan yang diharapkan.
Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli
komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya.
Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat
dinafikan. Apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya
pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan
hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Penglibatan ibu bapa
dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah sangat penting dan kajian
membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah.
Hanya dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik
sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik
dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG
yang diterajui oleh Tuan Haji Shahari yang banyak memberi sokongan baik dalam
bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan
barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah
mencapai hala tuju dan kecemerlangan.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi
rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian sahaja, saya sudahi
dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

En Madzian Bin Rahmat

Pengetua SMK Suria Perdana

SMK SURIA PERDANA TS25 2

KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ALLAH S.W.T.
kerana dengan izin dan limpahan kasih sayang-Nya, kita dapat bersama-sama berada
di dewan ini untuk bermesyuarat, berbincang untuk kejayaan anak-anak didik SMK
Suria Perdana. Saya bagi pihak AJK PIBG sesi 2022/2023 mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan penghormatan kepada pihak sekolah SMK Suria Perdana kerana
telah berusaha dengan penuh dedikasi tanpa mengira penat dan lelah bagi menjayakan
majlis ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Sesungguhnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah sinonim dengan
peribahasa bagai aur dengan tebing. Diharapkan dengan kerjasama erat kedua-dua
pihak maka kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. PIBG merupakan antara
badan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran yang berkualiti di sekolah.
Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai
kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah
sekolah. PIBG bukan sahaja dapat membantu mengurangkan gejala salah laku atau
meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat berusaha
melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi dan mulia. Pemimpin masa hadapan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Dalam konteks hari ini, keupayaan PIBG untuk menghubungkan sekolah dengan
masyarakat amat penting dan memberikan banyak manfaat kepada sekolah di samping
memberikan sumbangan dalam melaksanakan aktiviti dan membantu melengkapkan
prasarana dan keperluan fizikal sekolah. Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui
penubuhan PIBG diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1961. Walaubagaimanapun,
kejayaan PIBG itu terletak pada sokongan padu daripada ibu bapa. Oleh sebab itu, ibu
bapa tidak sepatutnya memandang remeh terhadap peranan mereka dalam PIBG yang
diadakan di sekolah anak-anak mereka belajar. Ibu bapa harus sedar bahawa PIBG
diadakan bertujuan membantu sekolah dalam pelbagai skop dan peranan yang
dikehendaki oleh pihak sekolah. Justeru, peranan PIBG semakin mencabar terutama
dalam usaha membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah sama ada dari
segi prestasi akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga prasarana sekolah.

Hadirin sekalian,
Bagi pihak PIBG, sekali lagi saya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk
merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah
berusaha dan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Akhir kata, selaku
YDP PIBG, saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan Puan Pengetua dan
guru-guru serta warga SMK Suria Perdana, sekolah kita akan terus menggilap prestasi
yang lebih cemerlang dan gemilang dalam semua aspek kelak, Insya-Allah.Sekian,
wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera. Sekian, terima kasih

Tuan Haji Shahari bin Othman
Yang Di Pertua PIBG SMK Suria Perdana
Batu Pahat, Johor

3 SMK SURIA PERDANA TS25

ATURCARA MAJLIS

8.30 pg : PENDAFTARAN IBU BAPA / PENJAGA

9.00 pg : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 10 TAHUN 2022
BERMULA (DIPENGERUSI OLEH YDP PIBG)

: Bacaan Doa
: Ucapan Pengetua

En Madzian Bin Rahmat
: Ucapan YDP PIBG SMK Suria Perdana

Tuan Haji Shahari Bin Othman
: Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

Agung/ Perkara-perkara berbangkit.
: Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan

PIBG SMK Suria Perdana
: Hal-hal Lain
: Ucapan Penangguhan

11.00 pg : Bersurai

SMK SURIA PERDANA TS25 4

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE-8 TAHUN 2020 DAN KE-9 TAHUN 2021
SMK SURIA PERDANA, BATU PAHAT, JOHOR

TARIKH : 10 OKTOBER 2021 (AHAD)

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET @ FB LIVE)

https://meet.google.com/pbg-kmcc-kps

https://www.facebook.com/suriaperdana/

KEHADIRAN : 132 orang

Pautan borang kehadiran mesyuarat ( https://bit.ly/3oMNGWL )

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan Hj. Shahri bin Othman mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah yang diketuai oleh En. Madzian bin Rahmat
1.2 Harapan pengerusi agar mesyuarat petang ini berjalan dengan lancar
walaupun dijalankan tanpa bersemuka.
1.3 Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa, murid-murid dan guru
kerana ada kesepakatan sepanjang beliau menjadi YDP PIBG.
1.4 Harapan kepada guru-guru dan AKP agar sentiasa menjalankan amanah
untuk kecemerlangan anak-anak SuPer
1.5 Jika terdapat sebarang masalah berkaitan anak-anak, ibu bapa boleh
berjumpa dengan guru-guru dan pentadbir sekolah untuk perbincangan demi
kecemerlangan anak-anak SuPer.
1.6 Masalah disiplin anak-anak SuPer semakin bertambah baik sejak pengerusi
menjadi YDP PIBG dari tahun 2013 hingga sekarang.
1.7 Diharapkan agar semua pihak patuh kepada arahan kerajaan dan KPM untuk
kebaikan bersama. Diharapkan agar semua warga SuPer dan ibubapa
terselamat daripada penyakit Covid-19.
1.8 Pemilihan AJK yang baru akan diadakan pada petang ini. Pilihlah wakil yang
terbaik untuk bekerjasama dengan pihak sekolah

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 En. Mohamad Hafis bin Tukimin selaku setiausaha PIBG membentangkan
minit mesyuarat agung kali ke-7 Tahun 2019 (Rujuk Buku Program
Mesyuarat Agung PIBG 2021 https://anyflip.com/ysxzu/fqdh/ )
2.2 En. Abd. Rahman bin Husin mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan
2.3 Pn.Eledawati binti Jasad menyokong pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
TIADA

5 SMK SURIA PERDANA TS25

4.0 FOKUS MESYUARAT:

4.1 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN PIBG
2019, 2020, 2021
4.1.1 Pn. Shalin Haliza binti Sapuan (bendahari PIBG) membentangkan
penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2019 (Rujuk Buku
Program Mesyuarat Agung PIBG 2021 https://anyflip.com/ysxzu/fqdh/ )
4.1.1.1 Baki dana sumbangan PIBG ialah RM 18,001.30 dan baki
dana program kecemerlangan ialah RM 11,108.36.

4.1.2 Pn. Shalin Haliza binti Sapuan (bendahari PIBG) membentangkan
penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2020 (Rujuk Buku
Program Mesyuarat Agung PIBG 2021 https://anyflip.com/ysxzu/fqdh/ )
4.1.2.1 Baki dana sumbangan PIBG ialah RM 28,567.56 dan baki

dana program kecemerlangan ialah RM 15,198.83.
Sumbangan program kecemerlangan pelajar PT3 2020 akan
digunakan sewaktu mereka SPM tahun 2022. Oleh itu, mereka
tidak perlu membayar lagi sumbangan tersebut untuk SPM
2022 kecuali mereka yang belum membuat pembayaran.

4.1.3 Pn. Shalin Haliza binti Sapuan (bendahari PIBG) membentangkan
penyata kewangan PIBG berakhir 30 September 2021 (Rujuk Buku
Program Mesyuarat Agung PIBG 2021 https://anyflip.com/ysxzu/fqdh/ )
4.1.3.1 Baki dana sumbangan PIBG ialah RM 16,833.36 dan baki

dana program kecemerlangan ialah RM 7,202.63.

4.1.4 En. Normadani bin Untong mencadangkan pengesahan laporan
4.1.5 kewangan berakhir 31 Disember 2019, 31 Disember 2020 dan 30
September 2021.
Pn. Sa’ibah binti Saniman menyokong pengesahan tersebut.

4.2 PEMBUBARAN AJK TERTINGGI 2019/2020
4.2.1 Tuan Hj. Shahri bin Othman selaku YDP PIBG membubarkan AJK
tertinggi PIBG sesi 2019/2020.

4.3 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
4.3.1 Pn.Hidayati binti Saibon mencadangkan untuk melantik Tuan Hj.
Shahri bin Othman sebagai pengerusi sementara.
4.3.2 En. Madzian bin Rahmat menyokong lantikan tersebut.

4.4 PEMILIHAN AJK TERTINGGI 2021/2022
4.4.1 Lantikan Jawatan Kuasa sesi 2021/2022 dijalankan.
4.4.2 En. Normadani bin Untong mencadangkan agar mengekalkan barisan
AJK yang lepas dan mencadangkan seorang AJK baru iaitu En
Fauzani bin Saludin
4.4.3 En. Abd. Rahman bin Husin menyokong lantikan tersebut.

SMK SURIA PERDANA TS25 6

Senarai Jawatan kuasa PIBG sesi 2022/2023

Penasihat : En. Madzian bin Rahmat

Yang dipertua : Tn. Hj. Shahri bin Othman

Naib yang dipertua : En. Abd. Rahman bin Husin

Setiausaha : En. Mohamad Hafis bin Tukimin

Bendahari : Pn. Shalin Haliza binti Sapuan

Ahli Jawatan Kuasa (guru)
1. En. Abdul Malek bin Abdul Kadir
2. En. Rashidi bin Muhammad Sapuan
3. Tn. Hj. Yusli bin Mustaffa
4. En. Normadani bin Untong
5. Pn. Sa’ibah binti Saniman
6. Pn. Eledawati binti Jasad
7. En. Fadli Hazwan bin Mohammad Angawam
8. En. Zaidi bin Yahya

Ahli Jawatan Kuasa (ibu bapa)

1. Pn. Rosidah binti Rahmat
2. En. Mohd Sulaiman bin Tukimin
3. Pn. Sanisah binti Sengari
4. Pn. Nor Azila binti Hj. Juki
5. Pn. Roslia binti Basri
6. En. Rohaizan bin Esa
7. En. Mohd Zainudin bin Sulaiman
8. En Fauzani bin Saludin

Juru audit:
1. Pn. Hidayati binti Saibon

2. Pn. Nor Afidah binti Mohd Arun

4.5 PEMBENTANGAN USUL

USUL 1 – PN. SARINAH BINTI SAPUAN
i) Meminta jasa baik pihak sekolah agar mempertimbangkan pengurangan

bayaran PIBG dan bayaran buku latihan untuk tahun hadapan.
Respon oleh tuan pengetua adalah pihak sekolah akan berbincang
dengan pihak koperasi dan pihak yang terlibat. Sebarang keputusan akan
dimaklumkan kelak. Pihak sekolah sangat prihatin akan masalah
berkaitan lebihan buku tahun 2021 dan akan cuba yang terbaik untuk
semua.

7 SMK SURIA PERDANA TS25

USUL 2 – EN MOHD SUKHAIMI BIN SELAMAT
i) Mengharapkan agar pelajar yang menaiki motosikal tidak perlu menolak

motosikal mereka dari pintu pagar sekolah ke tempat parking motosikal
pada waktu datang dan balik.
Respon oleh pengetua ialah apabila kita melihat SOP Covid-19, pelajar
akan berhenti di pintu pagar untuk mengambil suhu dan menolak di
tempat parkir yang disediakan hampir dengan pintu pagar sekolah.
Jika situasi sebelum Covid-19, pintu pagar belakang dibuka untuk pelajar
meletakkan motosikal. Tetapi, jika pelajar datang lewat selepas 7.20 pagi,
mereka perlu masuk dan menolak motosikal dari pintu pagar utama
hingga ke tempat parkir.

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1.1 En. Abd. Rahman bin Husin memohon agar sesi pengajaran
bersemuka yang diajar di dalam kelas diajar juga secara atas talian
dengan pelajar yang belajar di rumah.
Respon oleh pengetua - disebabkan kemudahan terhad yang ada di
sekolah, kumpulan yang berada di rumah akan dibekalkan modul
pembelajaran manakala pelajar yang berada di sekolah akan belajar
tajuk yang sama dengan kumpulan pelajar di rumah.

5.1.2 Pn. Zalimah binti Mesran meminta penjelasan tentang anaknya yang
mendapat sumbangan baju uniform sekolah tetapi tidak mendapat
baju yang betul. Respon oleh PK HEM ialah baju tersebut telah
dibungkus dan dilabel nama penerima oleh Majlis Agama Islam Johor.
Pihak sekolah hanya menjadi perantara untuk menyampaikan
sumbangan tersebut. Justeru, pihak sekolah memohon maaf atas
kekurangan tersebut. Ibu bapa yang terlibat boleh berurusan terus
dengan pihak yang memberikan sumbangan tersebut.

5.1.3 En Fauzani bin Saludin mencadangkan untuk membawa pihak JPJ ke
sekolah untuk memberikan taklimat berkaitan keselamatan pelajar.
Respon tuan pengetua ialah program tersebut adalah sangat baik dan
boleh dilaksanakan apabila keadaan mengizinkan.

6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengharapkan agar semua pihak bekerjasama untuk
kecemerlangan anak-anak SuPer agar beroleh kejayaan.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.55 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................…… ……...............................……….

(EN MOHAMAD HAFIS BIN TUKIMIN) (TN HJ SHAHARI BIN OTHMAN)
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG
SMK SURIA PERDANA SMK SURIA PERDANA

SMK SURIA PERDANA TS25 8

PENYATA KIRA-KIRA PIBG
BERAKHIR 31 DIS

Dt Penerimaan Folio Jumlah Tarikh
Tarikh 28,567.56 2021
2021 Baki b/b 100.00 Jan 3 Bahan PDPR
Sumbangan YDP Jan 22 Bahan PDPR
Jan 1 28,667.56 Jan 22 Bayaran gaji
23 Sept Feb 16 Pembelian A
Feb 16 Sumbangan A
Feb 16 Pemasangan
Feb 16 Pembelian Th
Feb-16 Penyelengga
Mac 3 Upah cat mu
Mac 7 Penyelengga
baik pulih mu
April 4 Jamuan Mesy
Sept 23 Program PPV
(pembelian w
Sep 30
Sept 30 Teknik menj
Perbelanjaan
Dis 6 (cenderahati
Dis 6 Bayaran gaji
Dis 6 Bahan fotosta
Dis 6 Kertas Peper
Dis 7 Teknik Menj
Dis 18 Teknik Menj
Dis 19 Hadiah GPK
Dis 27 Teknik Menj
Dis 31 Bahan Gerak
Baki

2022 b/b 4,492.91
Jan 1 Baki
SMK SURIA PERDAN
9

G SMK SURIA PERDANA Folio Kt
SEMBER 2021 h/b Jumlah

Pembayaran 1,050.20
1,000.00
R MPSM SPM
R MPSM SPM 432.00
300.00
guru KGSK 300.00
Alat tulis untuk calon SPM 300.00
295.00
Anak Yatim 2,700.00
grill tandas 500.00
hermometer berdiri 8,000.00
araan sekolah
ussolah 200.00
araan speaker dewan dan 250.00
ussolah
yuarat AJK PIBG 250.00
V di sekolah 957.00
wire extension dan air untuk petugas)
awab Perniagaan SPM 1,800.00
n Mesyuarat Agung PIBG 2019-2021 482.55
AJK PIBG, jamuan, banner dan sijil)
guru KGSK (2 orang) 2,410.56
at kertas ujian (Cosmik Trading) 300.00
riksaan Akhir Tahun (Bintang Printing) 200.00
jawab Bahasa Melayu 200.00
jawab Prinsip Perakaunan 200.00
K HEM berpindah
jawab Kimia 2,047.34
k Gempur SPM 4,492.91
28,667.56
NA TS25

PENYATA KIRA-KIRA PIBG
BERAKHIR 28

Dt Penerimaan Folio Jumlah Tarikh
Tarikh 2022
2022 Baki b/b 4,492.91 Pembeli
Sumbangan YDP 200.00 Feb 9 Hadiah g
Jan 1 Feb 9 Jamuan
Mei 20 Feb-24 Program
Apr-23 Penyelen
Apr-24 Bahan F
Mei 16 Perbelan
Mei 28 (cendera

2022 b/b Mei 28 Baki pad
Mei 1 Baki pada 1 Mei 2022 4,492.91

626.97

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

................................................................ ..........................................
(SHALIN HALIZA BINTI SAPUAN) (HIDAYATI BINTI SAIB
BENDAHARI PIBG, PEMERIKSA KIRA-KIR
SMK SURIA PERDANA. PIBG, SMK SURIA
PERDANA.

SMK SURIA PERDAN

SMK SURIA PERDANA Folio Kt
MEI 2022 Jumlah

Pembayaran 655.00
95.00
ian alat tulis untuk pelajar SPM 2021
guru berpindah sekolah (3 orang) 100.00
Mesyuarat Kecil AJK PIBG 500.00
m Khatam Al-Quran 1,000.00
nggaraan Tandas Sekolah 1,415.94
Fotostat Pelajar
njaan Mesyuarat Agung PIBG 2022 300.00
ahati AJK PIBG, jamuan dan sijil)
h/b 626.97
da 28 Februari 2022 4,492.91

......... DISEDIAKAN OLEH:
BON)
RA 1, ................................................................
(PN. NOR AFIDAH BINTI MOHD
NA ARUN)
PEMERIKSA KIRA-KIRA,
SMK SURIA PERDANA.

TS25 10

PENYATA KIRA-KIRA PROGRAM KECE
BERAKHIR 30 DI

Dt Penerimaan Folio Jumlah Tarikh
Tarikh Baki b/b 15,198.83 2021
Baha
2021 15,198.83 Jan 3 Progr
Feb 16 (Mak
Jan 1 Tekn
Sep 8 Tekn
Sep 21
Sep 24 Tekn
Sep 26 Tekn
Sep 30 Tekn
Sep 30 Tekn
Dis 31 Baki

Jan 1 Baki b/b 1 7,202.63

11 SMK SURIA PERDAN

EMERLANGAN SMK SURIA PERDANA Folio Kt
ISEMBER 2021 Jumlah

Pembayaran 1,056.20
6,000.00
an PDPR pelajar
ram kecemerlangan pelajar SPM 100.00
kan dan minum pelajar SPM 2020) 240.00
nik Menjawab Mat Tambahan SPM 100.00
nik Menjawab Bahasa Melayu SPM 100.00
nik Menjawab Fizik SPM 200.00
nik menjawab Bahasa Inggeris SPM 200.00
nik Menjawab Sains SPM 7,202.63
nik menjawab Sejarah SPM 15,198.83
h/b

NA TS25

PENYATA KIRA-KIRA PROGRAM KECE
BERAKHIR 2

Dt Penerimaan Folio Jumlah Ta
Tarikh 20
2022 Baki b/b 7,202.63 Me
Sumbangan Ibu Bapa dan Komuniti 4,000.00
Jan 1
Apr 30

2022 Me
Jun 1 Baki 11,202.63

b/b 9,756.63

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

................................................................. ..................................................
(SHALIN HALIZA BINTI SAPUAN) (HIDAYATI BINTI SAIBON)
BENDAHARI PIBG, PEMERIKSA KIRA-KIRA 1,
SMK SURIA PERDANA. PIBG, SMK SURIA PERDANA.

CATATAN:

1) Baki b/b 31 Disember 2021 RM 7,202.63, di dalamnya terdapat wang kecemerlan
dibatalkan pada tahun 2020, maka wang tersebut dibawa ke tahun 2022 untuk keg
Maka wang kecemerlangan yang tinggal untuk program tahun 2021 hanya RM 52

SMK SURIA PERDAN

EMERLANGAN SMK SURIA PERDANA
28 MEI 2022

arikh Pembayaran Kt
Folio Jumlah
022
1,446.00
ei 16 Penyelenggaran Speaker Sekolah Peperiksaan

ei 28 Baki h/b 9,756.63
11,202.63

DISEMAK OLEH:

..........................................................................
(PN. NOR AFIDAH BINTI MOHD ARUN)
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2,
PIBG, SMK SURIA PERDANA.

ngan bagi pelajar PT3 2020 berjumlah RM7,150.00. Disebabkan PT3 12
gunaan program SPM nanti.
2.63 sahaja.

NA TS25

AJK PIBG 2022/2023
SMK SURIA PERDANA

EX-OFFICIO
EN MADZIAN BIN RAHMAT

YDP PIBG
TN HJ SHAHARI BIN OTHMAN

NYDP PIBG
EN. ABD RAHMAN BIN HUSIN

SETIAUSAHA
EN MOHAMAD HAFIS BIN TUKIMIN

BENDAHARI
PN SHALIN HALIZA BINTI SAPUAN

AJK GURU

PN HALIMATUN BINTI MOHD SALLEH

EN RASHIDI BIN MUHAMMAD SAFUAN
EN YUSLI BIN MUSTAFFA

PN SAIBAH BINTI SANIMAN
PN ELEDAWATI BINTI JASAD
EN FADLI HAZWAN BIN MOHAMMAD ANGAWAN

EN ZAIDI BIN YAHYA
AJK IBU BAPA

PN ROSIDAH BINTI RAHMAT
EN MOHD SULAIMAN BIN TUKIMIN

PN SANISAH BINTI SENGARI
PN NOR AZILA BINTI HJ JUKI

PN ROSILA BINTI BASRI
EN ROHAIZAN BIN ESA
EN ZAINUDDIN BIN SULAIMAN

JURU AUDIT
PN HIDAYATI BIN SAIBON
PN NOR AFIDAH BINTI MOHD ARUN

13 SMK SURIA PERDANA TS25

AHLI JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 10 TAHUN 2022

PENGERUSI : En Madzian bin Rahmat
Pengetua SMK. Suria Perdana

TIM. PENGERUSI (I) : Pn Halimatun binti Mohd Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Suria Perdana

TIM. PENGERUSI (II) : En Rashidi bin Muhammad Safuan
Penolong Kanan HEM SMK. Suria Perdana

: En Yusli bin Mustaffa
Pen. Kanan Kokurikulum SMK. Suria Perdana

PENYELARAS : En Zaidi bin Yahya

SETIAUSAHA : En Mohamad Hafis bin Tukimin (MAT PIBG)

BENDAHARI : Pn Shalin Haliza bt Sapuan

JAWATANKUASA TUGASAN
Pendaftaran
Pn. Siti Samaniah bt Maarof Ketua & Pen. menyediakan google form berserta link.
En. Zul-Izzi b Daud AJK kongsikan link google form dengan guru-guru
tingkatan
Teknikal & IT Guru-guru tingkatan kongsikan dengan WhatsApp kelas
En. Mohd Zazali b Mohamad Zin @ Jin masing-masing untuk ibu bapa mereka daftarkan
Pn. Zaliah bt Itam Razali kehadiran ke MAT PIBG secara atas talian
Pn. Farah Adibah bt Aziz Selesai mesyuarat, AJK cetak senarai kehadiran ibu bapa
En. Fadli Hazwan b Mohd. Angawam serta buat rumusan peratus kehadiran ibu bapa dan
serahkan kepada Setiausaha untuk diminitkan
Pengacara Menyediakan tapak google form untuk usul dan cadangan
En. Mohd Miza Shahril Shah b Mohd Isa yang perlu diberikan kepada ibu bapa.
Bacaan Doa Menyediakan link Google Meet untuk MAT 2022
Hj Abdul Halim b Mohamad (keutamaan untuk AJK Pelaksana MAT PIBG)
Buku Program Menyediakan link Google Meet untuk penyertaan ibu
En Syamsul Akmal bin Mohd Ridzuan bapa, guru-guru & staf)
En Ahmad Milzam bin Moh Issa Bersedia dengan pelan kontegensi sekiranya berlaku
gangguan teknikal semasa mesyuarat berlangsung
Back Drop Digital Mengacarakan majlis / mesyuarat
En. Muhamad Hanafee b Ngaimin
Mengetuai bacaan doa di permulaan mesyuarat

Berhubung dengan Setiausaha untuk mendapatkan
maklumat pengisian buku program.
Menyediakan hanya 5 naskah hardcopy untuk tujuan
dokumentasi
Menyediakan buku program secara digital yang boleh
diakses oleh peserta mesyuarat semasa mesyuarat
berlangsung

Menyediakan backdrop digital untuk Paparan semasa
mesyuarat berlangsung

SMK SURIA PERDANA TS25 14

Pencatat Mesyuarat PIBG Mencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 10.
Pn. Hidayati bt Saibon Menyerahkan catatan mesyuarat kepada Setiausaha untuk
Pn. Eledawati bt Jasad tujuan minit mesyuarat

Fotografi Mengambil gambar sepanjang mesyuarat untuk tujuan
En. Nor Hisham b Abd Rahim dokumentasi (screenshot)

Cenderamata & Sijil Penghargaan AJK PIBG Menyediakan cenderamata & sijil penghargaan kepada
Pn. Siti Farziana bt Naim AJK 2022.
Pn. Nur Khairin Syafiqa bt Zakaria
Menyediakan jamuan makan untuk mesyuarat agung PIBG
Jamuan
Pn Hairiah binti Madon
Pn Zaiton binti Ismail

Pn Saibah binti Saniman

15 SMK SURIA PERDANA TS25

PENGHARGAAN

PENGETUA SMK SURIA PERDANA
YANG DIPERTUA PIBG
KETUA KAMPUNG

AHLI JAWATANKUASA PIBG
GURU-GURU SMK SURIA PERDANA

IBU BAPA DAN PENJAGA

Serta semua pihak yang mejayakan majlis ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung

Terima kasih.

HENDAK BELAYAR KE TELUK BETONG,
SAMBIL BELAYAR LABUHKAN PUKAT,

BULAT AIR KERANA PEMBENTONG,
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT.
KAIN YANG CARIK CUMA DI HUJUNG,

DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI,
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

SMK SURIA PERDANA TS25 16


Click to View FlipBook Version